KUANTAN: Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM519,000 hasil rampasan dari seluruh negeri sejak 2011 hingga tahun ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pelupusan itu melibatkan 2,656 item meliputi 15 jenis dadah dan dilupuskan esok oleh syarikat kontraktor bertauliah di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor.
Antara dadah terlibat ialah heroin seberat 3.35 kilogram (kg), methamphetamine (1.70kg) kanabis (727.23 gram), ketamin (71.12 gram), nimetazepam (72.56 gram), yaba (200.1 gram) dan ekstasi (171.9 gram).
"Pelupusan dilaksanakan selepas menerima perintah mahkamah berhubung kes selesai prosiding dan tamat tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan kepada pesalah terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. #AstroAwani







Tiada ulasan:
Catat Ulasan