script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Telah Memotong Bekalan Elektrik Di10 Buah Premis Perjudian Yang Beroperasi Secara Haram Di Kuantan

KUANTAN: Polis telah memotong bekalan elektrik di 10 premis perniagaan di sini yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam Op Mega Pemotongan Elektrik Premis Perjudian hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata tindakan itu dilaksanakan bersama-sama Tenaga Nasional Berhad di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sebagai langkah susulan selepas premis terbabit pernah diserbu dan didakwa di mahkamah sebelum ini.

"Operasi pemotongan bekalan elektrik ini adalah usaha berterusan untuk mengekang aktiviti perjudian yang menjadi gejala negatif kepada masyarakat serta memberi impak sosial di Kuantan.

"Antara kawasan yang terlibat ialah Semambu, Kempadang, Sungai Soi dan Taman Tas, serta Jalan Tun Ismail di sini," katanya kepada pemberita sejurus selepas polis menyerbu kawasan Semambu.

Beliau berkata pihaknya juga telah menahan 10 orang yang merupakan pekerja dan penyelia premis judi berkenaan selain merampas pelbagai peralatan perjudian termasuk telefon bimbit serta kertas catatan berkaitan judi dalam talian dan loteri haram.

"Kesemua premis terbabit beroperasi di rumah kedai dengan menyamar sebagai perniagaan biasa seperti kedai membaiki telefon bimbit, menjual sabun dan kedai runcit manakala kegiatan perjudian dijalankan di bahagian belakang premis," katanya.

Mohd Adli juga berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan terhadap beberapa pusat judi haram yang masih aktif dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras kegiatan perjudian itu. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.