script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bot Nelayan Tempatan Dengan Lima Orang Kru Warga Myanmar Di Tahan Bersama 720 Kilogram Hasil Laut

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan bot nelayan tempatan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen dalam operasi bersepadu di perairan Kuala Kuantan, di sini semalam.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab, berkata terdahulu bot terbabit dikesan mencurigakan ketika bersauh kira-kira 2.9 batu nautika dari tenggara Kuala Kuantan sebelum ditahan dalam operasi Preventive SAR dan Op Makmur jam 9.50 pagi.

Katanya, pemeriksaan menemukan lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 32 hingga 45 tahun.

"Seorang daripadanya memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) tamat tempoh, manakala empat lagi tidak memiliki dokumen sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Mereka juga gagal mengemukakan permit kerja daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

"Bot bersama kru, peralatan menangkap ikan, dokumen serta hasil laut dianggarkan seberat 720 kilogram dibawa ke Jeti Penerpa Kuantan Slipway untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.