script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Berkenan Kurniakan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) Kepada 50 Orang Penerima

TEMERLOH: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) di Kampung Paya Luas, di sini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, keberangkatan tiba baginda pada 12.20 tengah hari dengan memandu sendiri, diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada 50 penerima melibatkan penduduk dari Temerloh, Bera, Jerantut dan Maran.

Baginda menzahirkan harapan agar pemberian rumah Ru'RASA atau apa sahaja jenis rumah yang diusahakan kerajaan negeri untuk rakyat dihargai dengan sebaik mungkin.

"Jadikanlah rumah yang diterima ini seperti syurga untuk berteduh bersama keluarga. Rumah ini untuk penerima dan anak cucu tinggal di situ buat selamanya, jangan cepat fikir perkara yang tidak baik.

"Jaga rumah ini sebaik mungkin, jadikan ia sebagai tempat untuk menunaikan ibadah dengan selesa," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan supaya inisiatif perumahan seperti Ru'RASA diperluas kepada semua kaum kerana mereka juga merupakan rakyat Pahang.

Selain itu, baginda bertitah supaya isu bekalan air yang masih dihadapi rakyat di kampung tradisional serta perkampungan Orang Asli diberi perhatian segera dan tidak hanya menumpukan kepada projek sedang berjalan.

"Saya harap masalah air ini dapat diselesaikan secara berkesan. Dalam masa terdekat saya mahu taklimat terperinci di pejabat saya mengenai projek bekalan air untuk saya lihat sendiri. Kali ini saya mahu melihat dengan lebih dekat projek sedang dijalankan di seluruh daerah di negeri Pahang," titah baginda. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.