script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Pahang Zahir Takziah Atas Pemergian Bonda Tengku Permaisuri Selangor

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda baginda.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar Allahyarham Esah Tahar, bonda Tengku Permaisuri Norashikin, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diringankan kesedihan dan dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” menurut hantaran itu.

Selangor Royal Office menerusi satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Damansara, Selangor akibat sakit tua pada 5.15 pagi hari ini.

Jenazah Allahyarham Esah selamat dikebumikan di Makam Diraja di Shah Alam, Selangor pada 2.45 petang tadi.#Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.