script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari, Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

TEMERLOH: Keprihatinan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terserlah apabila aduan masalah jalan yang diterima baginda semasa Program Kembara Pahang 1.0 pada 23 April lepas, berjaya diselesaikan dalam tempoh 55 hari.

Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif itu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan 130 keluarga Kampung Lebak Seberang yang memohon satu jalan pintas dibina di Jalan Tenggoh, Kampung Lebak Seberang, selepas laluan sedia ada ditutup sejak empat tahun lepas.

“Mereka (penduduk) telah menahan kereta saya semasa Program Kembara Pahang, ia ada rahmatnya kerana saya sekeluarga berpeluang meninjau perjalanan saya dan di situ saya mendapat maklumat mengenai masalah jalan di sini.

“Ia masalah perhubungan 130 keluarga Kampung Lebak Seberang dan kita bersyukur dengan terbinanya Jalan Tenggoh, Kampung Lebak Seberang, ia memberikan kemudahan kepada mereka,” titah baginda ketika berangkat melawat jalan pintas itu, di sini hari ini.

Baginda bertitah kecepatan penyelesaian masalah itu adalah hasil kerjasama baginda dan kerajaan negeri yang komited memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

“Ini akan menjadi contoh dan penanda aras kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat. Ia boleh dipercepat jika kita benar-benar beri tumpuan kepada isu setempat,” titah baginda.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah berharap jalan pintas tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk khususnya di kampung sekitar.

Difahamkan, Jalan Tenggoh, Kampung Lebak Seberang yang menelan kos RM116,800 itu dibina sepanjang 193 meter dengan kelebaran 3.3 meter.

Projek penurapan jalan pula disiapkan hanya dalam tempoh tiga hari selepas ia bermula pada 13 Jun lepas. #Bernama

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.