script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Pahang Terima 1,000 Kotak Makanan Madani Prihatin Bernilai RM100, Berupa Keperluan Asas Untuk Diagihkan

KUANTAN: Polis Pahang menerima sumbangan 1,000 kotak makanan Madani Prihatin mengandungi barang keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, sumbangan kotak makanan dianggarkan bernilai RM100 itu akan disalurkan kepada beberapa kategori penerima.

Menurutnya, penerima terdiri daripada pesakit kronik, ibu atau bapa tunggal, dan orang kurang upaya (OKU) selain pesara polis.

"Golongan asnaf, pesakit terlantar, mualaf, keluarga yang mempunyai lima anak atau lebih, individu berpendapatan di bawah kadar purata 40 peratus serta pekerja pembersihan turut menerima sumbangan ini.

"Kepada penerima, gunalah barangan ini secara berhemah dan elakkanlah sebarang pembaziran kerana setiap rezeki adalah hasil keprihatinan dan kasih sayang daripada mereka yang sudi membantu," katanya.

Azry Akmar berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kotak makanan Madani Prihatin di Kompleks Logistik Alor Akar, di sini.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Dr Sim Chon Siang yang mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Pada masa sama, beliau berkata, sumbangan itu akan memberi manfaat besar kepada penerima, bukan sekadar dalam bentuk barangan makanan asas tetapi sebagai simbol harapan bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran hidup. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.