script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PahangGo Catat Rekod MBOR Sebagai Aplikasi Kerajaan Negeri Yang Tawar Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak

KEPALA BATAS: Aplikasi PahangGo mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai aplikasi kerajaan negeri yang menawarkan perkhidmatan mudah alih dengan ciri terbanyak.

Pengiktirafan berprestij itu disampaikan menerusi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2025 di Bertam Resort & Water Park di sini pada Sabtu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri merangkap Pengerusi PahangGo, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pencapaian tersebut membuktikan usaha kerajaan negeri dalam mendigitalkan perkhidmatan telah menunjukkan hasil yang membanggakan.

Menurutnya, PahangGo telah mendapat pengiktirafan MBOR kerana mewujudkan pelbagai aplikasi untuk perkhidmatan kerajaan.

“Sebagai sebuah agensi yang diberikan mandat oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan Pelan Digital Pahang, PahangGo menyediakan pelbagai kemudahan seperti membayar cukai tanah, parkir, bil air dan elektrik serta pelbagai lagi.

“Usaha ini telah menampakkan keberhasilannya dan mendapat pengiktirafan,” katanya.

Tambah Mohammad Fakhruddin lagi, selain kemudahan perkhidmatan, aplikasi tersebut turut memperkenalkan inisiatif baharu termasuk kerjasama dengan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bagi memudahkan rakyat negeri ini membayar zakat dan wakaf secara dalam talian.

“Inisiatif itu bukan sahaja memudahkan urusan zakat tetapi turut menyokong pembangunan agama di negeri Pahang.

“Inilah pendekatan ‘people-centric’ yang menjadi teras aspirasi Pahang1st,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan e-dompet Pahang yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini.

“Inilah pendekatan ‘people-centric’ yang menjadi teras aspirasi Pahang1st,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan e-dompet Pahang yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.