script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Berkenan Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah Di Pekan

PEKAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 9.55 pagi disambut Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Projek perkampungan berkeluasan 3.88 hektar (9.6 ekar) yang terletak di hadapan Serambi Pekan di sini merupakan cetusan idea Tunku Azizah sejak 2017. 

Tunku Azizah yang juga pengasas dan pengerusi Yayasan Tenun Pahang Diraja bertekad menyediakan perkampungan itu sebagai satu pusat sehenti bagi memanfaatkan kemahiran prospek ketika di dalam penjara dan dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pada majlis yang diadakan sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang yang ke-66 itu, Tunku Azizah turut mempersembahkan taklimat berkaitan perlaksanaan projek perkampungan itu.  

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar projek yang memberi peluang kedua kepada bekas banduan tersebut dikendalikan sebaik mungkin. 

“Dengan ada program seperti ini sedikit sebanyak saya percaya beri satu jaminan kepada mereka bila keluar nanti sekurang-kurangan ada peluang untuk meneruskan kehidupan dalam bidang tenunan atau bidang lain sekali pun di projek ini nanti," titah baginda.

Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah akan membuka peluang kepada masyarakat dan bekas banduan untuk memanfaatkan serta meneruskan kemahiran kraftangan antaranya tenun. 

Lokasi berkenaan juga akan dilengkapkan penempatan selain pavilion, ruang niaga, pusat kraf, rumah kebun dan kafe serta restoran. 

Dalam pada itu, Sultan Pahang menzahirkan harapan supaya Temasya Warisan Pahang yang berlangsung di Pulau Keladi di sini juga diteruskan dari semasa ke semasa dengan penglibatan beberapa negeri antaranya Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka. 

Baginda juga bertitah supaya masyarakat Pekan lebih berdikari selain Serambi Pekan dihidupkan dan dijayakan semula. #Bernama

 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Amanah Pahang Tegur Budaya Berpuak Yang Masih Berlaku Dalam Parti, Hingga Jejaskan Penghayatan Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menegur budaya berpuak yang masih berlaku dalam parti terutama ketika pemilihan sehingga menj...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.