
..............................
Musykil: PM Najib Nafi, Kerajaan Luluskan Cukai Perkhidmatan 6% Dan Ia Dilakukan Oleh Syarikat Syarikat Telekomunikasi Itu Sendiri Sebenarnya !

Sensasi: Artis Terkenal, "Raja Pop" Jamal Abdillah Akhirnya Buat Keputusan Menyertai Parti UMNO !
“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk kita. “Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan Baisan Nasional,” ujarnya lagi.
[Tindakan Jamal Abdillah menyertai UMNO dilihat tidak sedikit pun mempunyai nilai komersial sebenarnya. Tambahan pula Jamal bukan jenis yang mudah "insaf". Lihat saja apa yang berlaku kepada dirinya selama ini. Penuh dengan cerita panas dan kontroversi berkaitan dispilin dan masalah keluarganya. Itu belum termasuk penglibatan beliau dengan ketagihan dadah. Semua ini membuktikan kepada kita bahawa Jamal tidak boleh dijadikan ikon perubahan dan kemasukannya ke dalam UMNO tidak lebih untuk mencari sesuatu yang sudah lama diidamkan. Jamal mengikut jejak Jins Shamsuddin seorang lagi artis dari bumi Perak menyertai UMNO. Persoalannya, manakah arah tujuan beliau jika hanya berbangga kerana UMNO menjaga kebajikan artis semata-mata. Apakah dia fikir sampai mati mahu menjadi artis agaknya. Oleh itu, kita harap Jamal ikhlas dengan hasrat beliau itu dan dapat konsisten dengan apa yang dilakukan. Ini kerana peminatnya masih ramai hatta dikalangan penyokong pembangkang sendiri. Apakah mereka semuanya kini boleh terpengaruh].
Apa 'Bakal Terjadi' Kepada Generasi Akan Datang Andai Ramai Tokoh Akademik Cuba Ubah Sejarah

[Sejarah tidak wajar diubah kerana ia harus dinikmati oleh generasi akan datang. Maka itu kepada tokoh akademik dan pakar sejarah yang berkaitan agar tidak terpedaya dengan permainan politik pihak-pihak tertentu dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang jelas menyelewengan daripada fakta sejarah itu selama ini. Sepatutnya mereka harus pertahankan nilai-nila sejarah itu, namun kini sebaliknya pula berlaku. Ramai dikalangan mereka mula cuba menjadi juara untuk menegakkan benang yang basah. Mereka lupa bahawa sejak turun temurun itulah sejarah yang telah mereka hasilkan. Makanya, kembalilah ke landasan kebeneran biar pun pahit untuk ditelan. Cubaan mengubah sejarah seolah-olah menghina maruah negara].
Kontroversi: Gara-Gara Mat Sabu, Majlis Profesor Negara Tiba-Tiba Dedahkan British Tidak Pernah Menjajah Persekutuan Tanah Melayu Selama Ini!

PAS Cadangkan, Debat Mat Sabu Serta Muhyiddin Yassin Di Siarkan Secara Langsung Dari Stadium !

Majlis Perbandaran Kuantan Di Gesa Bertimbang Rasa 'Menguatkuasakan Undang-Undang' Saman Parking Di Sekitar Kawasan Jalan Bank Kuantan !

institusi kewangan seperti HSBC, CIMB Bank, BSN dan juga Maybank
Penguat Kuasa MPK Perlu Lebih Bertimbang Rasa
Pihak MPK sewajarnya lebih bertimbang rasa kepada orang ramai dalam urusan saman menyaman ini sebenarnya. Mereka tidak boleh mengarahkan pegawai mereka sewenangnya mengeluarkan saman jika mana-mana kenderaan itu tidak menghalang lalu lintas atau diletakkan pada lokasi yang bersesuaian. Malah, tindakan MPK menggunakan kupon letak kereta bergores seperti sekarang juga jelas sekali satu langkah yang cukup membebankan orang ramai. Jika dulu, jika mereka berurusan untuk tempoh beberapa jam maka hanya resit berwarna kuning akan diletakkan pada kenderaan berdasarkan kepada jam tertentu. Tetapi sekarang, keadaannya berbeza bila kupon gores digunakan. Mereka terpaksa membayar harga satu jam biar pun hanya berurusan sekitar dua atau tiga minit sahaja. Malah, jika mereka terlewat untuk menukarkan kupon tersebut maka saman akan terus dikenakan biarpun hanya beberapa minit sahaja kelewatan tersebut. Ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat. Secara logiknya, tidak ada mana-mana pihak akan terus letakkan beberapa keping kupon untuk urusan yang mereka lakukan. Makanya, hanya sekeping dua yang diletakkan. Mereka tidak tahu berapa lama urusan tersebut boleh selesai. Masakan jika terlewat setiap jam mereka harus berlari ke kenderaan masing-masing untuk menukarkan kupon gores tersebut, Bayangkan jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan dan sebagainya. Di sinilah, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat duit secara mudah sebenarnya. Mereka menjana kewangan dengan hanya mengenakan saman kepada kenderaan terbabit. Amatlah tidak adil bagi orang ramai terutamanya bagi mereka yang datang dari luar Kuantan dan tidak mempunyai kupon gores. Ini amat membebankan serta cukup menguntungkan pihak berkenaan semata-mata. Apaka ini adil namanya?.[Paling mengejutkan, bilamana pihak MPK telah berpesta saman pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Begitu ramai Pegawai Peguatkuasa telah dikerahkan menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Kuantan (Terminal Makmur) semata-mata ketika mereka berurusan di kawasan Karnival Jualan yang terletak di situ. Bayangkan, malam raya pun MPK bertindak menyaman kenderaan. Bukankah ini amat zalim dan tidak berperikemanusiaan sebenarnya. MPK gagal membezakan hari biasa dengan hari peristiwa. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka juga berpesta saman pada hari persitiwa terutamanya ketika Karnival Jom Heboh TV3 berlangsung di bandar ini. Dengan lagak sombong dan tidak mempunyai timbangrasa Penguatkuasa MPK menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang disediakan. Sudahlah mereka mendapat untung daripada sewaan tapak dan permit berkenaan, mereka bebankan pula orang ramai dengan tindakan saman. Justeru itu, Kerajaan Negeri Pahang digesa memantau perkara ini kerana terdapat maklumat pihak MPK memaksa pegawai Penguatkuasa mereka mencapai sesuatu target untuk mendapatkan seberapa banyak saman setiap hari. Secara tidak langsung, ia menggalakkan pegawai terbabit menjadi begitu angkuh dan sombong apabila membuat tindakan. Ini semata-mata kerana mereka mahu mencapai target tertentu. Kami akan mendedahkan isu ini jika senario tersebut tidak berubah. MPK tidak perlu berseronok membawa kakitangan mereka melancong ke sana ke mari dengan rintihan rakyat. Jika ini terus berlaku maka Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang bakal dipersalahkan].
Lynas: Kerajaan Negeri Menasihatkan Kakitangan Awam Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang !

[Rakyat samada mereka orang awam atau kakitangan kerajaan berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan betul tentang sesuatu isu. Kerajaan Negeri sewajarnya melakukan apa saja yang dibuat oleh pihak yang membantah Lynas jika mahu rakyat percaya dengan kenyataan mereka. Tindakan menggasak dan menghalang kakitangan kerajaan akan menyebabkan mereka semakin keliru dan tidak yakin dengan maklumat dari kerajaan itu sendiri sebenarnya. Lantaran itulah mereka mendapatkan maklumat menerusi internet dan pihak-pihak berkenaan. Kebebasan menerima maklumat tidak perlu dihalang pada zaman moden ini. Cuma, bagaimana kerajaan mahu mengubah persepsi rakyat supaya menerima penjelasan mereka. Itulah yang penting. Namun, apakah cukup dengan mengadakan taklimat untuk penyokong sendiri semata-mata tanpa mengajak seluruh rakyat terlibat?. Berbeza dengan mereka yang membantah Lynas, berbagai agenda dan program dilaksanakan bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang bahaya kilang Lynas itu. Kenapa kerajaan tidak mampu lakukan perkara yang sama?. Inilah yang memusykilkan rakyat sejak dari awal kontroversi panas ini dihebohkan].
Rakyat "Terus Bantah" Tindakan Perkenalkan 6% Cukai "Perkhidmatan" Pembelian Nilai Prabayar !
KUALA LUMPUR 9 Sept - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman (foto) berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal. “Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan. “Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya. Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini. Mengulas lanjut, Maamor berkata, selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Sepatutnya syarikat telekomunikasi yang dibebankan, bukannya rakyat
[Tindakan kerajaan ini jelas sekali membelakangkan kepentingan rakyat sebenarnya. Bayangkang disaat syarikat telekomunikasi kini mengaut keuntungan lumayan tiba-tiba rakyat dibebankan dengan cukai sedemikian. Sepatutnya cukai dikenakan kepada syarikat terbabit dan tidak harus diletakkan atas bahu rakyat. Apa yang pasti, majoriti rakyat terutamanya generasi muda akan memprotes secara besar-besaran senario yang berlaku ini. Malah, sudah pasti jika kerajaan gagal bertindak mereka akan pastikan undi tidak untuk BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Kerajaan harus berhati-hati dalam tindakan yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat seperti ini jika mahu terus mendapat sokongan. Jika tersilap, mereka pasti menjadi korban kesilapan sendiri].
Si Nazri Aziz Dakwa 'Tidak Tahu Menahu' Kabinet Setuju Guna Dakwat Kekal Pada PRU Akan Datang

[Agak menghairankan kita bilamana seorang menteri kabinet mengatakan dia tidak tahu menahu satu keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri. Bukankah Nazri Aziz merupakan Menteri DiJabatan Perdana Menteri dan sudah pastilah beliau lebih tahu sesuatu keputusan penting berkenaan. Bukankah isu dakwat kekal dan reformasi pilihanraya itu adalah kehendak rakyat. Jika menteri sendiri gagal memainkan peranan dan peka dengan keputusan mesyuarat kabinet, maka apalah lagi yang mahu diharapan ke atas pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini sebenarnya. Justeru itu, Nazri perlu lebih bertanggungjawab atas segala tindak tanduk beliau selepas ini. Kenyataan "tidak tahu" adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal kerana mana-mana mesyuarat sudah pasti ada notis dan minitnya. Tidak mungkin keputusan besar seperti ini tidak diketahuinya, atau sengaja buat tak tahu. Inilah yang memusykilkan kita].
Isu Komunis: UMNO Kini Makin 'Terjerat' Dengan Permainan Politik Sendiri, Rupanya Mereka Lebih Dasyat Dari Apa Yang Kita Sangkakan Selama Ini !
Pendedahan oleh media arus perdana tentang ucapan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Pulau Pinang dulu yang kononnya menyokong komunis dalam isu Tragedi Bukit Kepong akhirnya benar-benar memakan diri nampaknya. Biar pun kini beratus-ratus laporan polis telah dibuat terhadap pemimpin nombor dua PAS itu, namun ternyata kedudukan Mat Sabu dan popularitinya kini semakin memuncak. Malah, nama beliau kini lebih popular daripada lain-lain pemimpin negara sendiri. Semuanya gara-gara permainan media yang membuat provokasi terhadap Mat Sabu. Paling menarik, bila ramai pula tokoh akademik dan pakar sejarah yang mempertikaikan buku rujukan Mat Sabu tentang perjuangan Muhamad Indera (Mat Indera) dalam tragedi Bukit Kepong itu. Malah, tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan telah dipersoalkan oleh ramai pihak. Sementara itu Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan. Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang. Soalnya sekarang kenapa baru kini mahu dinafikan kreadibilit penulis?. Sedangkan buku tersebut telah diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan mendapat sokongan dari Menteri Besar Johor sendiri Abd Ghani Othman (biarpun dia terpaksa menafikannya, gara-gara dapat tekanan).[Persoalannya, apakah sudah tiada orang Cina di Malaysia yang tidak pandai berbahasa Mandarin. Bukankah UMNO mempunyai ramai sahabat berbangsa Cina dari MCA, Gerakan dan sebagainya. Kenapa perlu wujudkan persefahaman dengan Parti Komunis China (CPC). Bukankah ini bermakna UMNO "Cakap Tak Serupa Bikin", meuduh Mat Sabu tetapi mereka lebih teruk lagi. Kenapa ahli-ahli UMNO tidak membuat laporan polis terhadap pemimpin UMNO sendiri agaknya?. Inilah namanya politik, mereka buta sejarah dan tidak mahu melihat kebenarannya. Akhirnya menyangka parti mereka itu jujur berjuang dan tidak bersekongkol dengan British atau komunis itu sendiri. Padahal mereka yang lebih dasyat daripada apa yang kita sangkakan selama ini. Justetu itu, rakyat perlu sedar dengan permainan politik UMNO dan medianya ini. Isu pokok tentang penipuan pengundi dalam pilihanraya sengaja disembunyikan. Mereka mengalih pandangan supaya rakyat tertumpu kepada isu sejarah yang jelas untuk memastikan mereka lupa kepada penipuan mereka. Oleh itu, rakyat diminta tidak panik dan terus sampaikan maklumat tepat kepada semua agar mereka tahu siapa yang sedang beretorik isu komunis].
Panas: PAS Terengganu Dedahkan Ribuan Warga Asing Myanmar Di Kenal Pasti Tersenarai Sebagai Pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 Di Negeri Itu!
Panas: Kecewa Dengan Biro Politik Parti, AJK AMK Cabang Indera Mahkota Mahu Letakkan Jawatan

Sejarah 'Anwar Ibrahim' Pun Pemuda UMNO Rela Buang, 'Mana Mungkin Ketuanya' Si Khairy Layak Berdebat Tentang Sejarah Tragedi Bukit Kepong !!

Pemuda UMNO Padamkan Sejarah Anwar Ibrahim

Untuk bukti kukuh perkara ini, Sila klik SINI untuk ke laman berkenaan
Peminat Kecewa, Bolasepak Pahang Kini Semakin Merudum Di Kala Prestasi Negara Kian Memuncak
Ramai peminat sukan terkilan dan kecewa dengan perkembangan terkini bolasepak di negeri ini sekarang. Pasukan Pahang yang begitu gah dipersada sukan itu di tanahair kita selama ini, kini merudum biar pun dalam keadaan bolasepak negara yang kini mula melonjak. Tidak syak lagi, skuad Tok Gajah yang begitu digeruni dulu, kini sudah hilang taringnya. Pasukan yang pernah dibarisi pemain ternama seperti Fandi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Jamal Nasir, Yunus Aliff dan ramai lagi itu kini umpama "hidup segan mati tak mahu". Tiada lagi aura peminat untuk datang ke stadium seperti dulu. Malah, setiap kali skuad Pahang bermain di Stadium Darul Makmur, hanya sekitar 500 hingga 1000 orang peminta sahaja yang dilihat hadir memberikan sokongan. Terbaru, ketika Pahang bertemu Trengganu dalam separuh akhir Piala FA pada tahun lepas. Ramai peminat fanatik bolasepak Pahang, musykil kenapa skuad negeri ini begitu teruk sekarang. Tambah mendukacitakan ialah Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri kedua-duanya adalah dari Pahang. Lantaran itu kenapa prestasi bolasepak dinegeri ini begitu teruk sekali. Malah ketika kita berbangga dengan kejayaan dan peningkatan prestasi pasukan negara, tiada seorang pun daripada 23 pemain negara dipilih dari negeri Pahang sebenarnya. Ada pihak yang mengatakan kualiti pasukan Pahang kini begitu rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Senario ini memungkinkan, bolasepak yang satu ketika dulu menjadi sukan popular akan luntur masa demi masa. Jika fenomena ini gagal diubah, kita khuatir akhirnya tiada lagi peminat bolasepak Pahang yang akan memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah itu kelak. Sesuatu perlu dilakukan segera jika Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak mahu kehilangan peminat setia ke stadium yang bakal menyebabkan kantung mereka semakin bermasalah.[Amat menghairankan pasukan Pahang yang pernah menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1983 dan 1992 itu, tiba-tiba gagal menempatkan diri dalam kelompok 16 buah pasukan yang layak kali ini. Paling menyedihkan kini mutu pasukan Pahang lebih rendah dari pasukan berstatus kelab yang layak ke Piala Malaysia 2011 seperti Felda United, Johor FC, Sime Darby, T-Team dan PDRM FA. Bukankah ini sesuatu yang amat memalukan sebenarnya. Maknanya, kini pasukan Pahang hanya layak berada sebaris dengan skuad belasahan yang lain. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan agaknya?. Tambah memusykilkan, kejatuhan prestasi Pahang ini dikala pasukan lain dari pantai timur kini semakin gah dipersada seperti Kelantan dan Trengganu. Apakah masalah tunggakan gaji pemain dan kakitangan masih lagi menjadi topik utama. Mungkinkan, Pengurus dan Jurulatih sedia ada sudah wajar ditukarkan?. Kenapa ini tidak dilakukan?. Kenapa perlu kekalkan individu yang sudah tidak mempunyai kreadibiliti dan gagal?. Hapuskan politik dalam bolasepak jika mahu terus maju!. Jika tidak, sudah pasti gegak gempita suara para penyokong tidak dapat di saksikan lagi di Stadium Darul Makmur pada masa akan datang].
Gara-Gara Promosi Mat Indera Oleh Media UMNO, Mat Sabu Akui Nama Beliau Kini Semakin Popular
Mat Sabu Di Minta Supaya Saman Utusan, Sejarah Merdeka Tidak Wajar Tonjol Tokoh UMNO Sahaja!

PAS Minta Mat Sabu Agar Saman Utusan Malaysia
DAP Perak 'Pertikai' Sikap UMNO, Kutuk Mat Sabu Tapi Mereka Kawan Dengan Parti Komunis China!
Jenazah Allahyarham 'Noramfaizul' Telah Selamat Di Semadikan Di Tanah Perkuburan UPM Serdang
[Keranda dibaluti bendera "Jalur Gemilang" kemudiannya dibawa ke Masjid TUDM untuk solat jenazah sebelum dibuka bagi membolehkan anggota keluarga dan hadirin lain menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir. Naemah dilihat menitiskan air mata sewaktu menatap wajah anak sulung kesayangannya yang juga anak lelaki tunggal daripada enam beradik. Balu Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki arwah iaitu Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3, turut berada di masjid berkenaan dan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian. Najib dan Muhyiddin ialah antara kenamaan yang turut menunaikan solat jenazah buat Allahyarham, yang disifatkan sebagai wira negara oleh Perdana Menteri. Jenazah kemudiannya dibawa ke rumah keluarganya di Taman Serdang Raya, kemudian ke Masjid Al-Islah untuk sembahyang jenazah buat kali kedua sebelum disemadikan].
Hj.Hadi Menafikan Dakwaan PAS Mahu MB Kedah Berundur Serta Akui Azizan Masih Kekal Jawatan !

[Berita pucuk pimpinan tertinggi PAS mahu agar MB Kedah itu meletakkan jawatan kini sudah tersebar menerusi SMS sebenarnya. Malah ada juga pihak yang telah menamakan calon-calon yang akan menggantikan Ustaz Azizan Razak kiranya beliau melepaskan jawatan tersebut. Persoalannya, kenapakah isu ini boleh timbul disaat politik negera dihujani dengan isu pejuang kemerdekaaan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Apapun, apa yang jelas sekarang ialah ada usaha untuk memecah belahkan PAS Kedah dengan isu terbaru ini. Dari satu segi, Ustaz Azizian dilihat memang masih diperlukan oleh rakyat Kedah. Namun, dek kerana masalah kesihatan yang dihadapainya maka beliau wajar berehat untuk tempoh yang lama. Mungkin inilah yang menyebabkan spekulasi ini ditimbulkan].
'Save Malaysia Stop Lynas' Meneruskan Bantahan, Minta Putrajaya Selesai Isu Lynas Sebelum PRU-13

[Nampaknya bantahan terhadap Lynas terus bergema biar pun berbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyakinkan rakyat bahawa projek itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap mereka. Keselamatan Lynas adalah dijamin, namun apakah jaminan itu buat selamanya. Memang kita tahu, itulah juga jaminan yang diberikan oleh kerajaan ketika membina kilang Asian Rare-Earth (ARE) di Bukit Merah Perak satu ketika dulu. Namun, apa yang terjadi selepas beberapa tahun ia beroperasi?. Inilah yang menakutkan rakyat Kuantan sebenarnya. Mereka tidak hairan orang luar mengatakan Lynas tidak berbahaya, kerana mereka tidak akan melalui kehidupan di situ. Tapi, bagaimana dengan rakyat Kuantan?. Bukankah mereka yang berhadapan dengan risiko sebenarnya].
Tengku Mahkota: Keadaan "Sultan Pahang" Yang Gering Akibat Demam Selasa Lalu Kini Kian Pulih
[Sementara itu, baginda turut menyarankan supaya Jabatan Bomba Dan Penyelamat dapat menubuhkan satu unit bomba tetap berbanding bomba sukarela sedia ada untuk beroperasi di sekitar Sungai Lembing. Dalam kejadian pada 5.45 petang Selasa lalu, enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka yang dibina syarikat perlombongan lebih 50 tahun lalu musnah dalam kebakaran tersebut. Kami mendoakan semoga Sultan Pahang cepat sembuh serta dapat kembali bersama rakyat].
Pengerusi "Yayasan Karyawan", Datuk Dr.Hassan Ahmad Telah "Meninggal Dunia" Petang Semalam
[Beliau bukan sahaja menumpukan terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan. Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948). Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955. Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian (1962)].








