Media arus perdana malam tadi melaporkan bahawa kes tersebut turut "mengaitkan pemimpin negara". Soalnya kini, apakah benar pemimpin negara itu dikaitkan atau memang terlibat secara langsung dalam kes ini. Persoalan yang timbul juga, siapakah yang memberi arahan kepada tertuduh untuk mengeluarkan "bom C4" dari stor UTK. Bahkan pengeluaran itu tidak disedari oleh penjaga stor itu sendiri. Ini bermakna terdapat ketirisan dalam hal ini. Mana mungkin bom yang digunakan untuk tujuan perang, boleh dibawa keluar sewenang-wenangnya oleh pihak terbabit. Melainkan ia mendapat "lampu hijau" daripada pihak atasan.
Kes ini kini menjadi tumpuan dunia sebenarnya. Jika dalam kes Noritta Samsuddin, kesemua tertuduh dibebaskan dan pihak polis gagal menjejaki "pembunuh sebenar". Bahkan lebih mengejutkan pihak polis hanya membuat laporan "terdapat dua lembaga misteri" yang tidak dikenalpasti membunuh mangsa. Apa yang peliknya, lembaga misteri itu sehingga hari ini tidak pernah didedahkan. Khabarnya kes ini juga turut melibatkan "pemimpin kerajaan". Maknanya kes boleh hilang dan selesai begitu sahaja bila ia melibatkan "orang besar". Tapi jika kes melibatkan rakyat biasa, maka sudah pasti penjenayah akan dicari sehingga ke "lubang cacing" sekalipun. Apapun, sebagai rakyat dan pemerhati, kita mahu dalam kes sebesar ini pasti ada tertuduh yang akan menerima hukuman. Tidak adil bagi keluarga si mati bila keputusan dibuat "Altantunya telah mati sebelum diletupkan dengan bom C4". Jika ini berlaku, sudah pasti undang-undang negara kita sekali lagi akan dicemuh oleh masyarakat antarabangsa. Mana mungkin keputusan, si mati membunuh diri sebelum dia diletupkan. Jika beliau membunuh diri, masakan pula mayatnya diletupkan. Inilah yang menjadi persoalan?.
Namun, di Malaysia semua boleh jadi. Orang bunuh orang boleh selamat tetapi orang yang ingin menyelamatkan orang pula yang akan terpenjara. Inilah dia amalan undang-undang "rimba" yang perlu dibersihkan oleh Ketua Hakim Negara yang baru. Kita tidak mahu selama-lamanya rakyat berada dalam situasi yang tidak menyenangkan. Jika kes Altantunya ini berakhir dengan adanya "tertuduh yang bakal menerima hukuman" sekali pun, rakyat masih sangsi dengan keputusan itu. Apatah lagi jika semua tertuduh dibebaskan. Maka selama-lamanya rakyat akan berada dalam keadaan "keraguan yang munasabah". Jika ini berlaku, bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi pemimpin negara. Belum pernah terjadi dalam sejarah bakal pemimpin nombor satu diragui seperti ini. Bahkan sejak dulu lagi semua pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negara dilihat sebagai "bersih" dan tidak banyak "skandal". Namun, kali ini cukup berbeza, dan rakyat takut dengan fenomena yang akan berlaku di kemudian hari. Kes boleh ditutup dengan adanya "kuasa dan wang", namun dunia tetap akan menghina kita. Apakah rakyat boleh hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang dicemuh oleh masyarakat antarabangsa suatu hari nanti?.
[Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu ini. Khabarnya ia akan disiarkan secara langsung menerusi media arus perdana. Apakah motif penyiaran ini ? Mungkin ada rahsia disebaliknya. Maka itu usahlah kita mengharapkan sesuatu keputusan yang "telus" sebenarnya. Terimalah apa jua ketentuan yang bakal menjelma. Semoga roh si mati akan tenang disana dan mereka yang membunuhnya akan tidak selamat buat selama-lamanya, biarpun terlepas dari hukuman dunia. Sama-sama kita fikirkan !].







Saya, adalah salah seorg peminat Phg Daily, disini saya ingin menasihatkan Phg Daily agar jangan sesekali mengubahsuai gambar dari gambar sebenar, contohnya gambar shahrukh khan yg sdg memegang bendera pas, atau DS Najib pakai serban .
BalasPadamWalau pun Phg Daily memang diakui bijak didlm bidang pengubahsuaian ini, memang menjadilah .....tetapi kesan buruknya ialah , apabila ada gambar sebenar yg disertakan dng berita sebenar....org sudah tidak akan mempercayainya lagi .
Maka Phg Daily akan menjadi seperti Utusan malaysia yg beritanya tidak boleh dipercayai...
mahukah Phg Daily jadi seperti itu ?
Oleh itu yg paling penting,untuk meningkatkan kepercayaan org ramai kpd Phg Daily, berita nya mesti benar, jangan sesekali membuat fitnah.... sekian .
woi ababina babi, semua benda yang pahang daily kuarkan so far betul!! tepat!!!! 10000%
BalasPadamyang kau dok kalut apasal?takutttttttttttt kaaaaa?
berapa rosmah najib bayar ko?
woit bangsat, dok diam2 jer la
kepada pahang daily, doksah amik kira komen camni, gampang je.
sdr anonymous yg dikasihi,
BalasPadamsdr memanggil saya ababina babi, apa salah saya?
Saya juga peminat Phg Daily,cumanya saya mencdgkan kpd Phg Daily supaya jangan jadi semcm utusan malaysia,saya tidak menuduh Phg daily membuat berita fitnah....baca baik2 tulisan saya diatas .
Saya cuma mengingatkan Phg Daily supaya jangan sesekali menulis berita fitnah....ini cuma ingatan atau cadangan sahaja...bukan menuduh .
Sdr anonymous baca dan faham betul2
apa yg saya tulis, jangan melenting tak tentu pasal....
Sekian dari sdrmu sesama Islam ....
ababina .
Kita juga ingin menasihati semua Melayu Islam. Tak kiralah kalau pun termasuk Tok Guru Tok Guru dan Ustaz2.
BalasPadam1. Tolonglah tolak segala tulisan negatif.
2. Jangan dampingi langsung blog2 negatif.
3. Tunjuklah contoh KEISLAMAN dengan penuh kemurnian.
Terima kasih.
buat apa marah2. rasional sikit. org xde akal saja yg suka maki2. pemuda sekarang x suka dakwah keras.
BalasPadam3. Tunjuklah contoh KEISLAMAN dengan penuh kemurnian.
BalasPadamha..ha..ha..contoh keislaman ? panggil org babi ?