script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim Dan Keputusan Kes Pembunuhan Altantunya !!

Azan Ismail, Setuju Raja Petra Jadi Saksi Kes

Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail hari ini mengaskan bahawa beliau amat bersetuju jika peguambela Sirul dan Azilah memanggil semula Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam dan juga "Blogger" Raja Petra Kamaruddin sebagai saksi. Ini bermakna, pihak badan kehakiman di negara ini sudah mula sedar dan menerima orang yang membuat "Akuan Bersumpah" untuk dipanggil sebagi saksi sesuatu kes. "Saya secara dasarnya amat bersetuju, kerana akaun bersumpah adalah sesuatu yang tidak harus dipandang sebelah mata oleh pihak mahkamah. Banyak kes yang melibatkan akuan bersumpah sebelum ini tidak diberi ruang. Maka, kini jika Raja Petra dipanggil sebagai saksi sekurang-kurangnya beliau boleh mendedahkan segala apa yang terkandung dalam akuan bersumpah terbabit di mahkamah" katanya. Menurut Azan lagi, secara tidak langsung ini memberi gambaran bahawa "akuan bersumpah" adalah satu dokumen penting yang harus diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Selama ini kebanyakan individu yang membuat akuan bersumpah dianggap sebagai membuat "fitnah" dan akuan terbabit langsung tidak pernah disiasat oleh pihak polis. Justeru itu dengan penghormatan yang diberikan kepada Raja Petra untuk menjadi saksi di mahkamah dalam kes pembelaan diri Sirul dan Azilah nanti, diharap banyak rahsia besar dapat dibongkarkan dalam kes pembunuhan Altantunya Shariibuu. Beliau juga berharap agar bukan sahaja akuan bersumpah Raja Petra disiasat, malahan juga semua akuan yang membabitkan kes-kes lain selepas ini haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.

[Kita amatlah berharap agar mahkamah tidak menolak Raja Petra dipanggil sebagai saski dalam kes pembelaan itu nanti. Jika ada pihak yang menghalang, maka ternyata sememangnya kes ini ada "rahsia yang tersurat" di sebaliknya. Maka itu Raja Petra harus dipanggil untuk mendedahkan segala kandungan akuan bersumpahnya itu di mahkamah. Diharap dengan pendedahan itu, ada pihak-pihak terbabit yang akan dipanggil sebagai saksi dalam kes itu nanti. Siapakah yang dimaksudkan? Semua pihak dapat meramalkannya].

Awas Najib, Bala Dan Raja Petra Bakal Jadi Saksi

Awas Najib! mungkin itulah amaran Pak Lah dan Khairy terhadap TPM itu. Ini kerana sudah pasti mereka akan dikaitkan dengan kes ini dalam masa terdekat. Ini kerana nampaknya kes perbicaraan pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Sharibu semakin "panas dan mendebarkan". Perkembangan terbaru yang menyaksikan Razak Baginda dibebaskan menunjukkan bahawa pasti ada orang lain yang akan dituduh dalam kes ini. Apa yang menarik, kami difahamkan peguambela tertuduh iaitu Azilah dan Sirul yang dipanggil untuk membela diri pada 10 November ini meminta mahkamah memanggil semula saksi pertama kes itu iaitu Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam. Lebih menarik lagi prguambela tertuduh juga meminta mahkamah memanggil penulis blog yang kini ditahan ISA iaitu "Raja Petra" sebagai saksi. Apakah ini bermakna satu konspirasi bagi mengaitkan Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam kes ini bakal menjadi kenyataan. Tambahan pula kedua-dua mereka sebelum ini telah mengeluarkan "akuan bersumpah" tentang penglibatan Najib-Rosmah dengan kes ini.

[Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal perjalan Najib menjadi Perdana Menteri akan digagalkan dengan kes Altantunya. Sekarang sudah terang lagi bersuluh, nampaknya jika Raja Petra dan Balasubramaniam dipanggil sebagai saksi. Maka sudah pasti mereka akan bertanya soal "akuan bersumpah" mereka dulu. Dan akhirnya, Najib dan Rosmah akan dipanggil ke Mahkamah untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang diperkatakan terhadap mereka selama ini. Pak Lah dan Khairy kini tersenyum].


Azilah, Sirul Azhar Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, hari ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu , dua tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul Azhar. Azilah dan Sirul Azhar didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini. Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati. Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan. Sirul Azhar yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

[Melihat kepada kenyataan peguambela Sirul dan Azilah, mereka nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim membebaskan Razak Baginda. Ada sesuatu yang tidak kena terhadap prosiding yang dijalankan. Mereka juga akan memanggil semua yang terlibat seperti pakar bom, penjaga stor UTK serta lain-lain saksi yang terlibat].

Terkini, Sah Razak Baginda Akhirnya Dibebaskan

Keputusan mahkamah yang dibaca sekitar jam 9.30 pagi tadi mengesahkan kini penganalisis politik, Abdul Razak Baginda akhirnya dibebaskan dan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pula akan dipanggil untuk membela diri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak. Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan. Sementara itu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu. Setelah membuat penilaian maksimum yang cukup tinggi terhadap kesemua bukti secara total, Mohd. Zaki berkata, "saya berpuas hati wujudnya kes prima facie bagi tertuduh pertama (Azilah Hadri) dan yang kedua (Sirul) untuk menjawab tuduhan.

"Dengan itu saya memanggil tertuduh pertama dan kedua membela diri mereka. Bagi tertuduh ketiga (Abdul Razak), saya mendapati tiada kes prima facie baginya untuk menjawab tuduhan. "Oleh itu beliau dibebaskan dan dilepaskan," kata Mohd. Zaki dalam keputusannya setebal 10 halaman yang dibacakan beliau. Mohd Zaki juga mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan. Sesuatu perlu disiasat atas dakwaan isteri beliau dulu bahawa suaminya itu tiada hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Siapakah yang beliau maksudkan, dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan? Bukankah ini semua "misteri yang masih berlum terjawab" dalam kes ini.

[Keputusan hakim yang telah kami jangkakan dan sedikit pun kami tidak terkejut. Segalanya kini terbukti bahawa kes ini sememangnya nampak kesamarannya. Dua lagi tertuduh akan dipanggil untuk membela diri. Semua ini adalah "trick' semata-mata. Kami juga yakin yang kedua-dua itu akan dibebaskan. Ataupun dipenjara seumur hidup kemudian dibebaskan ikut jalan belakang. Siapa pembunuh Altantunya sebenarnya?.]

Nasib Razak, Azilah Dan Sirul Diketahui Hari Ini

SHAH ALAM - Nasib penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu dua tahun lalu akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini. Keputusan itu akan dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebaik sahaja Abdul Razak, 48, bersama Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, tiba di mahkamah untuk menghadiri prosiding.

Ketiga-tiga tertuduh masuk ke bilik mahkamah pada pukul 9.02 pagi ini. Abdul Razak dilihat memeluk anak perempuan tunggalnya, Rowena, 21, dan isterinya, Mazlinda Makhzan. Kedua ibu bapa dan ahli keluarga terdekat Abdul Razak turut hadir. Azilah (foto kanan) pula dilihat berbual dengan teman wanitanya, Nor Azilah Baharuddin yang sering hadir mengikuti perbicaraan kes itu bersama ibunya. Ahli keluarga Sirul Azhar (foto kiri) tidak dapat dipastikan sama ada hadir atau tidak kerana tertuduh kedua itu jarang dilihat dihampiri oleh keluarganya.

Sirul Azhar sebelum ini pernah memberitahu wartawan, dia telah berpesan kepada keluarganya agar tidak menghampirinya bagi mengelakkan mereka dikenali oleh media. Turut kelihatan ialah bapa Altantuya, Setev Shaaribuu yang ditemani oleh Konsul Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi serta Duta Mongolia di Thailand, Siikhuu Sainbileg. Suasana di mahkamah juga tidak kurang menarik apabila para wartawan daripada akhbar tempatan mahupun agensi berita asing mula tiba di mahkamah seawal pukul 5.20 pagi. Seperti pada peringkat awal perbicaraan, pihak polis turut melakukan kawalan ketat apabila pihak media diminta mendaftarkan diri dan mengambil pas sebelum dibenarkan masuk ke bilik mahkamah. Dengan jumlah wartawan yang membuat liputan, ditambah dengan ahli keluarga dan sahabat handai tiga tertuduh, galeri awam bilik mahkamah di tingkat empat Kompleks Mahkamah di sini boleh digambarkan penuh sesak. Dalam keadaan sedemikian, Hakim Mohd. Zaki dijangka membacakan keputusannya pada pukul 9.30 pagi ini.

[Penantian yang amat menarik semua pihak. Tumpuan diberikan bukan sahaja dari dalam negara, malahan juga dari media luar negara. Apakah keputusan yang bakal diumumkan oleh hakim nanti bakal mengundang seribu persoalan seperti yang kami jangkakan atau dapat diterima?. Segalanya bakal terjawab sebentar lagi. Apapun kami yakin telahan kami tidak akan tersasar jauh. Bila rakyat sudah boleh menilai keputusan mahkamah, ini bermakna memang sistem kehakiman negara itu sudah pincang namanya].

Hakim, 7 November Tentukan Kesahihan Sijil

KUALA LUMPUR: Hakim S. M Komathy Suppiah akan membuat keputusan pada 7 November ini bagi menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi di sini. Beliau menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah bantahan pihak pembelaan dan hujah pendakwa raya dalam prosiding di Mahkamah Sesyen sepanjang hari ini.

[Kita merasa amat bertuah, kerana dalamkekalutan kes perbicaraan Anwar selama ini akhirnya ada juga hakim yang adil seperti Komathy Suppiah itu. Beliau mungkin dihalang untuk mengendalikan perbicaraan Anwar di Mahkamah Sesyen, kerana sikapnya yang sukar untuk diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak tertentu. Inilah yang menyebabkan pihak pendakwaraya beriya-iyabenar untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi agaknya].

Anwar Hadir Dengar Hujah Bantahan Kes Liwat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8.55 pagi ini bagi menghadiri prosiding kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23. Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan peguam S.N Nair. Turut hadir bekas penulis ucapannya , Dr. Munawar Ahmad Anees, 60. Mahkamah hari ini akan mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadapnya ke Mahkamah Tinggi di sini. Anwar, 61, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

[Perbicaraan yang jelas sekali mengelirukan serta mengaibkan sebenarnya. Gara-gara satu report polis oleh seorang anak muda kononnya diliwat tanpa bukti akhirnya Anwar didakwa dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka. Tetapi bagi TPM Najib Razak, biarpun bertimbun laporan polis dibuat terhadapnya. Polis bukan sahaja tidak menyiasat malahan tidak memanggilnya ke mahkamah ataupun didakwa. Sebaliknya, mudah sahaja menafikan semua itu dengan menganggapnya sebagai fitnah. Bagi Anwar yang dikatakan difitnah, mereka menolaknya dengan berbagai alasan. Apakah ini namanya undang-undang di Malaysia?. Jelas sekali "double standard" dan menafikan hak rakyat].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakatan Harapan (PH) Pahang Komited Untuk Memastikan Manfaat Belanjawan 2027 Dapat Dinikmati Oleh Seluruh Lapisan Masyarakat

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Pahang komited memastikan manfaat Belanjawan 2027 dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat, khususnya ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.