script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Sekalung Penghargaan Kepada Setiausaha Politik MB Pahang Atas Pelawaan !!

KUANTAN - Pihak Pahang Daily Online, ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi atas kesediaan mempelawa kami untuk mengadakan pertemuan dengan beliau pejabatnya semalam. Namun, begitu sebagai salah satu wadah alternantif untuk rakyat kami belum bersedia lagi untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan segala permasalahan dan kekalutan politik yang melanda Pahang mutakhir ini. Kesudian YH Dato' amatlah dihargai. Kami hanya bersedia untuk berbuat demikian sekiranya difikirkan perlu dan ditempat yang "berkecuali". Ini kerana, jika pertemuan diadakan di pejabat beliau kami khuatir akan berlaku "bias" dalam hal ini. Maklumlah, dengan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik MB dan kami hanya media alternantif yang membicarakan soal hala tuju negeri Pahang. Kami sekali lagi menafikan bahawa Pahang Daily Online terikat dengan mana-mana pertubuhan politik sama ada UMNO, PKR, PAS atau DAP. Justeru itulah pada banner kami sendiri diletakkan kesemua gambar pemimpin parti terbabit di Pahang ini. Mungkin dalam masa terdekat ini, kami akan melancarkan banner baru sebagai ganti banner di atas yang kami rasakan sudah tidak relevan untuk memperjuangkan isu-isu rakyat di Pahang ini. Tambahan pula, kami dituduh sebagai berpihak kepada PKR dan PAS dalam soal isu-isu yang dibangkit. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk berunding dengan mana-mana pihak tentang hala tuju Pahang Daily Online ini pada masa akan datang.

[Kami memohon maaf kepada mana-mana pihak yang selama ini telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan jasa untuk membangunkan blog ini. Biarpun baru lebih sebulan beroperasi di alam maya, namun hits pengunjung ke blog ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Sokongan padu ini akan diperkuatkan lagi dengan segala bahan maklumat yang disampaikan oleh orang ramai kepada kami untuk disiarkan. Kami tidak berupaya untuk pergi ke seluruh negeri Pahang untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan. Justeru itu kepada anda yang mempunayi berita menarik atau permasalahan rakyat setempat bolehlah emailkan kepada kami berserta gambar sekali. Kami akan siarkan segala permasalahan tersebut untuk diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Kami mahu jadikan blog ini sebagai pemangkin suara rakyat ke arah perubahan].

PENGUMUMAN: Anda Yang Berminat Dan Mempunyai Bisnes Atau Produk Untuk Dipromosikan, Bolehlah Menempah Iklan Di Blog Ini. Kami Menawarkan Kategori Iklan Berbaris Seperti Ini Atau Iklan Seperti Di Sebelah (Imej). Kadar Harga Yang Ditetapkan Adalah Paling Minima Iaitu Iklan Berbaris (RM50 X 3 Hari) Dan Iklan Banner (RM150 Sebulan). Kami Juga Sedia Menerima Tempahan Membina Blog Usahawan Untuk Anda Yang Mempunyai Bisnes Sendiri. Jika Berminat, Sila Email pahangdaily@yahoo.com Untuk Mendapatkan Info Lanjut. Tkasih

IKLANEKA II: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]


Share:

16 ulasan:

  1. Heran gak blog ni lebih lalang dr lalang!! Sudah terang lg bersuluh tulisan dan pendiriannya menafikan apa yg kerajaan dah buat. Anyway kalau betul nak jd neutral , story pun kenalah adil dan seimbang jgn nampak berat sebelah.

    BalasPadam
  2. Masalahnya dengan PahangDaily ialah, saudara lebih gemar amalkan pemberitaan hentam kromo pada sebahagian besar bahan-bahan berita saudara!

    Bahan beritanya kalau diamat-amatikan, lebih banyak sama ada bohong sepenuhnya ataupun secara putar alam, mengadunkan fakta dan fiksyen.

    Bahan berita sebegini - fakta + fiksyen, memang adunan yang boleh menarik minat pembaca sedangkan tarafnya ialah pembohongan.

    Kalau begini caranya, portal berita ini lebih layak untuk menulis novel lalu bolehlah bersaing dengan tokoh seperti JK Rowling.

    TUMPANG LALU

    BalasPadam
  3. krew pahang daily x pernah ada kelulusan dalam bidang kewartawanan. jika anda tidak berpuas hati dgn cara penulisan x mengapa. ramai lagi yg berpuas hati. bahan2 berita bukan hentam kromo tapi dpt dari sumber yg sahih dari dalaman UMNO dan kerajaan sendiri. kami menempatkan org2 kami dihampir semua jabatan kerajaan dan UMNO bahagian di Pahang. kenapa, anda terasa ker dgn berita itu? baguslah..mmg itu tujuan kami..siapa yg makan cili dia rasa pedasnya...

    BalasPadam
  4. Yang saya bangkitkan ialah soal standard pemberitaan yang tidak betul oleh Pahangdaily.

    Dengan pengalaman sedikit yang saya ada tentang pemberitaan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mendapatkan bahan berita yang sahih daripada sumber yang sahih.

    Untuk itu, bahan-bahan berita ini perlu menjalani saringan yang ketat bagi menentukan kesahihannya.

    Sesudah itu - melalui beberapa lapisan penyuntingan; barulah bahan berita berkenaan disiar.

    TUMPANG LALU, lagi

    BalasPadam
  5. Bukan pula saya terasa apa-apa. Tinggal lagi, sudah terbukti beberapa bahan berita yang saudara siarkan itu memang tak betul langsung. Fiksyen.

    TUMPANG LALU, lagi 2

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Kepada Editor Pahangdaily,
    Wartawan Sinar Harian juga majoriti tidak mempunyai kelulusan KHUSUS di bidang kewartawanan walaupun semuanya graduated.
    Tapi mampu memberi servis yang HAMPIR TERBAIK mengikut garis panduan dan etika pemberitaan...
    harap jangan jadikannya sebagai alasan yang membuka kelemahan sendiri.
    Jika kita mahu jadi sesuatu, kita BOLEH jadi sesuatu..bukan pada bidang yang kita ambil di Universiti....tetapi ilmu yang diperolehi semasa meniti kehidupan.
    kita belajar setiap hari sehingga mati...perbanyakkan kajian tentang journalism dan perlu adakan 'check n balance'...
    jangan bila org tegur, kata org tu sengajja condemn...jangan pula bila org kritik, cepat pula menangkis...
    apa2pun, ramai lagi SILENT READERS yang membuat HUKUM tentang penyampaian anda di sini.
    Alang2 dah HITS banyak, pertingkatkanlah kualiti pemberitaan....tak perlu sentuh soal USAHA TANPA GAJI, IKHLAS..akhirnya menceritakan masalah dalaman pentadbiran (yang kekurangan dana) sekali gus menampakkan kekurangan blog ni...tak perlu semua tu..sebab dari pembacaan pengunjung, mereka tahu sejauh mana keikhlasan anda...
    hanya golongan TERTENTU sahaja yang celik IT dan kita seharusnya sedar siapa PENGUNJUNG kita....

    ni cadangan ikhlas saya,
    Selaku graduan UIA yang tidak memiliki sijil kewartawanan....saya mampu berdiri dan boleh bersaing dengan graduan di bidang tersebut sekali gus memegang rekod wartawan terbaik Pahang....ini bukan nak mendabik dada....tapi harapnya menjadi BOOSTER kepada sekalian warga PAHANGDAILY.

    cadangan akhir,
    pergi la ke pejabat MB tu.
    walau apa pun alasan anda, org tetap akan pertikai KERANA, kenapa YB Fuziah boleh datang ke pejabat MB dan berbincang semeja....hasilnya juga amat baik dan memberansangkan....come on...just go...
    kalau kita tak pergi, kita takkan tahu sejauh mana tanggapan org tu terhadap KEBERANIAN kita...sekiranya jejari pantas menitipkan kata2 berbisa, pastinya mulut kita akan bertindak sama...kerana OTAK kita yang satu menjalankan semua kerja secara sama rata mengikut fungsinya...

    harapan saya, pahangdaily dapat pergi ke pejabat MB tu....sebab itu juga kawasan BERKECUALI..kerana ia adalah 'pejabat MB'...bukannya pejabat UMNO ataupon BN...sesiapa pon boleh jadi MB....
    perluaskan pemikiran anda semua.
    Assalamualaikum.

    BalasPadam
  7. Tambah lagi sikit yer....
    harapan saya, janganlah terlalu SINIS dengan cadangan serta pandangan orang...jangan pula rasa kita betul segalanya....saya tahu anda suka SUAPKAN cili kat orang...
    tapi ramai juga org suka lemparkan CILI BOH kat anda....berbahang juga muka, kan?
    terima je la semua...apa yang pasti,
    be professional.kalau kata ada sumber sahih dalam setiap pemberitaan, letakkan nama n pangkatnya...itu baru sahih...
    sebenarnya, besar tanggungjawab menjadi penyebar berita ni....
    kalau betul, ok la..urusan dunia akhirat selamat...kalau tak betul, masyaAllah...urusan dunia pun tersangkut, ini pulak urusan akhirat....
    yang benar itu BERITA..yang tak benar itu FTNAH....

    ikhlas,
    waris MAHARAJA PERBA JELAI

    BalasPadam
  8. kepada wartawan pahang daily dan anda yang sangsi dengan Pahang Daily Online,kami ucapkan terima kasih. Mungkin anda baru arif tentang BLOG agaknya. Sinar Harian berbeza dgn BLOG... Blog adalah pandangan peribadi dan hak penulis. Tentang sumber berita, sudah kami katakan bahawa kami menempatkan krew2 kami di hampir kesemua jabatan kerajaan di Pahang dan juga pejabat MB sendiri. Justeru itu, terpulang kepada pembaca utk menilai. Setakat seorang dua yg x berpuas hati tapi ada seribu lagi yang puas hati itu tiada masalah. Memang pendapat ada yg pro dan kontra. Dalam UMNO sendiri pun ada yg setuju dan x setju dgn MB Pahang sendiri. So apa masalahnya. Sinar Harian pun ada yg suka dan ada yg tak puas hati (kami akan dedahkan). Tentang jumpa SU Politik MB yang dikatakan oleh Sinar Harian Raub tempat berkecuali iaitu pejabat MB...awak ni buta mata ker? MB tu dari parti apa? UMNO kan...so awak kata ia tempat "BERKECUALI" buta huruf agaknya awak nii.. Tolong berPK sebelum keluarkan kenyataan.. MB tu dari parti UMNO dan BN..so kalau jumpa kat pejabat dia mesti TIMING dia org naik tinggi atau "NAIK TOCANG". maklumlah dia org pakai blazer duduk tmpt eksklusif... mana setaraf dengan krew kami. Kami sedia bertemu ditempat berkecuali mcm di coffe hous hotel atau pun pejabat sinar harian sendiri. itu baru berkecuali..tiada protokol dan sebagainya. Ingat, suara kami didengar oleh rakyat Pahang lebih pantas apa yg dilaporkan oleh sinar harian..Maka kami bersedia bila-bila masa. Buat masa ini kami masih beroperasi dari Puchong Selangor DE.. Harap Maklum

    BalasPadam
  9. Makluman:

    MB bermaksud MENTERI BESAR...
    yang ahli UMNO itu adalah ADNAN YAACOB..siapa yang tak belajar abih nih....ya betul BLOG ada kuasa hebat dari PAPER..tapi BLOG juga menerima cadangan dan pandangan orang lain..tak macam PAPER..kan?..
    PEJABAT MB adalah TEMPAT umum juga medan pertemuan rakyat dan pemimpin (pada ketika) itu untuk apa jua URUSAN..mengapa perlu jadi PENGECUT!...bahasa yang baik perlu dibalas dengan baik....jika buta saya tak akan menulis di sini...
    ntah la...
    kalau inilah jadinya....tak tahulah nak cakap apa lagi....
    jadilah LUNCAI DENGAN LABUNYA....

    nasihat saya,
    cubalah ILMIAH sikit bila berbicara...

    setiap kali ditegur...selalu prejudis....tak pernah ada kemajuan..
    dari dulu lagi....saluran yang baik..tetapi ego untuk menerima dengan cara baik....selalu menjadikan suasana buruk...

    ini dah betul2 IKHLAS...
    kalau tak petah dengan maklumbalas orang,
    kuburkan aje blog ni...

    tidak perlu la nak banding2kan dengan Sinar Harian...jika untuk fikir negatif....saya bandingkan tadi harapan semoga warga pahangdaily jadi POSITIF....mungkin tak faham maksud BOOSTER agaknya...
    amat mendukacitakan...

    BalasPadam
  10. Tambahan,
    kenapa perlu pandang rendah pada kebolehan sendiri bila berpeluang untuk meletakkan diri anda semeja dengan pemimpin dunia...
    kenapa perlu bandingkan sut mereka yang ada blazer dan sebagainya sedangkan bila mati semuanya guna SUT yang sama...
    kenapa perlu negatif dalam semua perkara bila ada kekuatan yang sengaja disembunyikan atau TAK TAHU LANGSUNG dimana letaknya kekuatan anda...
    anda makan nasi, dia pon makan nasi...anda berdarah merah..dia juga berdarah merah...
    jangan la pulak terlalu emosi bila menjawab pandangan orang sehingga menampakkan KELEMAHAN anda...RUGI!
    gunalah KEKUATAN BLOGGER untuk berdiri teguh sebaris PEMIKIR AGUNG.

    wahai semua WARGA PAHANGDAILY,
    keluar dari kepompong pemikiran negatif dan jadilah SESEORANG...

    bagi cadangan pon pk negatif, bagi pendapat pon pk negatif, apatah lagi kalau kena kutuk...mana KEMAJUAN?

    BalasPadam
  11. anda tersilap kerana memikirkan pejabat MB tempat BERKECUALI..ia berkecuali bagi SINAR HARIAN..dan BLOGGER PENGAMPU..tapi BAGI BLOGGER RAKYAT... ia bukan tempat BERKECUALI..tapi tempat MENJERAT DIRI..maka berhati-hati sebelum masuk perangkap... Sinar Harian boleh berkata apa sahaja. Anda ada etika dan perlu dipatuhi. Kami juga ada etika, dan etika kami ialah MELAPOR dan MEMASTIKAN RAKYAT tahu segala kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.. Itu yg penting..org anggap fitnah bila pelik mcm mana maklumat itu diterima..MB kata fitnah kes rompakan di rumahnya, tapi beliau telah berbincang dlaam mesyuarat Exco tetntang isu rompakan itu..kami pula mendapat info dari antara EXCO-EXCO terbabit yang tidak sebulu dengan beliau..Salahkah kami jika berkompromi? Setiap yg benar itu akan dianggap fitnah bila tertuduh tidak bersetuju dengan apa yg berlaku...Ini adalah resam duniawi

    Terima Kasih atas pandangan dan komen anda itu. Semoga maju jaya TQ

    BalasPadam
  12. wow...hebat..krew pahang daily jawab aku saksi...aku rasa jawapan krew pahang daily lebih tepat...........

    Teruskan usahamu wahai krew pahang daily...kalau aku ada duit lebih, akan aku sumbangkan, bagi melancarkan lagi blog ini....

    Tapi apakan daya, aku pun tengah pokai sekarang, maklumlah harga sawit tengah murah ......saborlah yek.....

    BalasPadam
  13. P/S: Sekadar monolog....


    Ah...peliknya apabila YB Fuziah mampu mengunjungi PERANGKAP tersebut dan boleh keluar dengan hati berbunga...

    takpa la,
    teruskan USAHA....

    BalasPadam
  14. Sama juga macam kes pahangaily terima maklumat tentang Wartawan Sinar Harian yang dihalau puak UMNO Raub daripada BANGUNAN UMNO RAUB pada mesyuarat Bahagian 18 Oktober lalu...

    terang dan nyata itu FITNAH...
    tapi biarlah tanpa penafian...
    siapa pemberi maklumat tersebut yang pastinya mencampur adukkan beberapa plot cerita beberapa tahun DAHULU melibatkan wartawan lain..

    dah nyata Mesyuarat tu diadakan di Dewan Jubli MDR....dan paling nyata takde seorangpun wakil WARTAWAN SINAR HARIAN....hehehehe...

    iya, dua tahun sebelumnya (sebelum Sinar Harian wujud)....ada insiden tersebut....

    apapun,
    Alhamdulillah....

    BalasPadam
  15. Sinar Harian adalah akhbar pembodek Kerajaan Bn. Wartawannya berbicara untuk cari makan saja! Kerana itu janganlah terlampau nak tunjuk pandai sangat nanti nampak sangat bodek kamu orang tu!

    BalasPadam
  16. Seladang pun jangan emosi...
    meh sini turun padang dan tengok....
    jangan main tuduh sebarangan saje...
    kalau asyik kata bodek kerajaan, kenapa banyak masalah rakyat dapat diselesaikan...
    tak semua wartawan yang bodek kerajaan...kena la tengok kaki mana...jgn sebab seladang seekor, semua terpalit lumpur...
    kalau SH bodek kerajaan, macamana pula boleh bongkar isu YAYASAN RAUB disiasat BPR...isu Kompleks Rakan Muda Dong jadi Gajah Putih...
    isu aktiviti KUARI yang musnahkan pendapatan penduduk....isu orang miskin keciciran daripada menerima bantuan JKM....
    renung2kan...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang Hadir Ziarah Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad Di The Mines, Seri Kembangan 2.15 Petang Tadi

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.