script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Filem Histeria Memaparkan Adengan Lesbian, Terbukti Kerajaan UMNO Dan BN Telah Gagal Melaksanakan Konsep Islam Hadhari !!

Apa sudah jadi dengan Negara Islam Hadhari?. Semakin hari semakin ngeri dengan berbagai aksi yang cukup menyayatkan hati. Apakah kerajaan sudah "buta hati" untuk menilai segala yang terjadi. Dalam pada mereka menerapkan konsep Islam Hadhari itu sendiri, kini rakyat semakin dipesongkan dengan adengan-adengan yang jauh tersasar dari konsep itu saban hari. Sebelum ini kami pernah mendedahkan tentang penghinaan Islam yang dilakukan dalam beberapa buah filem di negara kita seperti Sepet, Dunia Baru The Movie dan banyak lagi. Kini satu lagi adengan yang tidak sepatutnya berlaku telah dipaparkan dalam satu lagi filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam. Filem "Histeria" yang dipercayai telah memaparkan adengan "cium-cium" antara sesama perempuan kini semakin menimbulkan kontroversi. Apa tidaknya, filem itu jelas sekali menggalakkan "unsur Lesbian" kepada generasi muda hari ini. Biarpun sebelum ini kita banyak mendengar masalah gejala sosial yang kian melanda serta merosakkan anak-anak muda. Namun, kerajaan seolah-olah tidak langsung mahu mengambil iniseatif dan mengawal sensitiviti umat Islam di negara ini.

‘Histeria’, adalah filem arus perdana pertama arahan James Lee terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB). Ia dikatakan sebuah filem seram yang bersifat lebih universal. James Lee adalah pengarah ‘Indie’ terkenal dengan hasil sentuhan seperti “Beautiful Washing Machine” dan “Before We Fall In Love Again” yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean pada Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005. Pertemuan James Lee dan Gayatri Su-lin Pillai, Pengurus Besar TUSB lima (5) tahun lalu di Festival Pasaran Filem Hong Kong telah menghasilkan Histeria yang berkonsep "rentas budaya". Setelah menjelajah ke Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2008, Histeria telah mendapat banyak kata pujian dari pengkritik pengkritik filem antarabangsa. Dengan kos pembikinan sebanyak RM 1.4 juta, Histeria boleh dikategorikan sebagai sebuah filem seram versi Hollywood yang amat popular di era 80an seperti ‘Evil Dead’ dan ‘Friday 13th’. Filem bercorak sebegini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami. Selain menerapkan “Asian twist” dengan acuan dan unsur mistik Melayu popular; “Hantu Raya”, James turut menggunakan pencahayaan yang kurang bagi memberangsangkan mood filem ini.

Kemunculan Histeria sebagai sebuah filem seram yang diberi sentuhan berbeza dalam konteks lebih segar dengan nafas seram versi Hollywood akan menemui peminat layar perak di 47 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Disember 2008 lalu. Selain itu, lagu tema filem Histeria nyanyian Nadia AF6 hasil gubahan Nur Zaidi Abd Rahman kini telah mula berkumandang di stesen stesen radio tempatan. Bagi menghangatkan aktiviti promosi filem Histeria, barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra, Vanida Imran dan lain lain akan menemui peminat melalui beberapa siri jelajah di beberapa negeri terpilih Semenanjung Malaysia. ‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.

Melihat kepada perjalanan plot ceritanya, nampak filem ini sememangnya ada kekuatannya tersendiri. Namun kami amat terkejut dengan watak lesbian yang dipaparkan dalam cerita itu. Soalnya apakah kerajaan Islam Hadhari sudah "buta mata" untuk melihat senario yang berlaku ini. Kenapa adengan sebegini boleh terlepas oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM)?. Apa yang mereka tapis sebenarnya, atau sengaja ingin mencari populariti. Kami difahamkan, sebelum ini LPFM bukan main lantang mengkritik mana-mana filem yang memaparkan unsur lucah dan berbaur seks. Malahan ahli parlimen BN sendiri bukan main lantang mengkritik filem-filem berkenaan di Dewan Rakyat seperti filem pendek "comolot" yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Apakah motif adengan Lesbian dipaparkan dalam filem "Histeria" ini. Mungkinkah ini bermakna, kerajaan menggalakkan adengan seperti itu berlaku dikalangan rakyat Malaysia?. Sebenarnya adengan seperti ini lesbian, gay dan sebagainya memang sudah menjadi satu trend baru dalam masyarakat Islam di negara kita. Ini membuktikan bahawa Islam Hadhari telah gagal dan ternyata satu retorik politik semata-mata.

[PDO mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang dikenali sebagai Tok Iskandar atas info ini. Segala maklumat dan kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga dengan pendedahan yang dilakukan ini ianya dapat membuka mata dan telinga kerajaan agar lebih peka dengan sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang beragama Islam. Unsur Lesbian ini sebenarnya memang satu fenomena yang berlaku di mana-mana asrama, kolej dan kediaman yang menempatkan 100% pelajar atau pekerja perempuan di dalammnya. Ia adalah satu bukti jelas bahawa Islam Hadhari gagal untuk membawa apa-apa perubahan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia selama ini. Justeru itu kerajaan UMNO dan BN harus menerima konsep Islam yang asal dan tidak mereka cipta Islam Baru yang dinamakan Islam Hadhari untuk merosakkan minda umat Islam].

PENGUMUMAN: Anda Yang Berminat Dan Mempunyai Bisnes Serta Produk Untuk Dipromosikan, Bolehlah Menempah Iklan Di Blog Ini. Kami Menawarkan Kategori Iklan Berbaris Seperti Ini Atau Iklan Seperti Di Sebelah (Imej). Kadar Harga Yang Ditetapkan Adalah Paling Minima Iaitu Iklan Berbaris (RM50 X 3 Hari) Dan Iklan Banner (RM150 Sebulan). Kami Juga Sedia Menerima Tempahan Membina Blog Usahawan Untuk Anda Yang Mempunyai Bisnes Sendiri. Jika Berminat, Sila Email pahangdaily@yahoo.com Untuk Mendapatkan Info Lanjut. Tkasih.
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.


Share:

5 ulasan:

  1. Info tentang filem histeri daripada NST Online
    NST Online » Frontpage
    2008/12/18

    By : Meor Shariman


    Lesbian kiss sets tongues wagging
    KUALA LUMPUR: The first-ever kiss by two Malaysian actresses will be shown on screens today, at nearly 50 cinemas nationwide.

    Locking lips on screen are Nurliana Samsuddin and Sharifah Norazean, better known as Scha, in the horror flick Histeria.

    In the intimate scene, Nurliana, who plays a lesbian schoolgirl, is supposed to express her interest for the character played by Scha.

    "Scha plays a girl who is confused about her sexual orientation," Nurliana said, adding that the kissing scene was not in the original script.

    "Scha and I were only supposed to hold hands to show our affection, but on the set, (director James) Lee told us to kiss."


    She admitted that she was shocked by the request and did not want to do it at first. "My first instinct was to say no because I was not comfortable."

    She then sat down with Lee and Scha to discuss the scene, with the intention of declining to do it.

    "During the discussion, we thought it would be impossible for the scene to be approved by the National Censorship Board.

    "Lee also explained why he wanted the kissing scene. He said he wanted to show the reality of life in an all-girls boarding school.

    "Such relationships exist in schools and that's the message we want to send to the audience."

    Nurliana admitted she was nervous when doing the scene. "We did two takes because the first did not work."

    In the first take, they relied more on angle for a "camera trick". They were supposed to move their faces close enough for the camera to catch the illusion of a kiss.

    "But it did not work and we knew then that there was no other way. In the second take, our lips touched briefly and that's it."

    Nurliana said as an actress, it was the most awkward and weird experience.

    Now, the actress is feeling the heat over the scene.

    "I've received many emails and messages on Facebook condemning me. Some questioned why, as a Muslim, I agreed to do the scene.

    "Please understand that the decision to do the scene was a professional one, " said Nurliana, who was also concerned that her parents would be dragged into the controversy.

    She said her parents were informed of the scene but they have not seen the movie. "I just hope they will not freak out after watching it."

    Histeria, produced by Tayangan Unggul Sdn Bhd, tells the story of a group of girls who have to spend a weekend at a haunted hostel block.

    When an evil force is accidentally unleashed, the group has to find a way out of the locked school.

    Histeria is Lee's first commercial effort. He made a name in international independent film circles with The Beautiful Washing Machine, which won the Best Asean Feature Award and Fipresci Prize at the Bangkok International Film Festival 2005.

    Nurliana is also a director, whose directorial debut was Selamat Pagi Cinta. She is currently working on the action flick, Remp-It V3, as assistant director.

    BalasPadam
  2. simpan info ini kerana kerajaan BN mungkin senyap-senyap potong babak bercium itu.rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apa tindakan JAKIM terhadap kedua aktres Melayu yang beragama Islam yang mengaku telah bercium itu?

    BalasPadam
  3. Kok ada yang amat setuju tak kerana mereka dari jenis yang sama?

    BalasPadam
  4. Pahang daily online,
    Masaalah seperti ini perlu dirujuk pada menteri agama islam hadhari. Mungkin menteri ini ada alasan dan ulasan yang menarik tentang filem histeria.

    Sebenarnya sebahagian dari pada kita tidak tahu akan peraturan dan undang-undang islam hadhari berkaitan dengan sex. Mungkin diharamkan, atau mungkin dibiarkan saja...?

    Oleh kerana itu kita tidak boleh meletakkan hukuman pada filem itu sebelum menteri islam hadhari mengeluarkan fatwa..?

    Kita harap menteri islam hadhari tampil menjawab persoalan ini.

    BalasPadam
  5. aihh
    lakonan pun tak bule terima ka?
    ia hanya lakonan la
    mmg la ia salah, tapi takde niat dalam hati yang mereka mmg nak buat
    hanya demi untuk cerita itu
    lagi pun adegan itu dipotongkan ?
    aniwei....
    saya rasa kamu perlu baiki website ini.
    website ini bersepah, saya tak faham pun apa mesej yang hendak disampaikan.
    blogger mesti orang melayu tipikal. bukan ?
    good luck in life..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.