script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Suara Rakyat, Peniaga Gerai Niaga Aidil Adha Kecewa Dengan Sikap Pegawai MPK !!

KUANTAN - Peniaga kecil gerai jualan Aidil Adha disini merungut atas sikap "sorong tarik" pegawai Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi membela nasib mereka. Ini berikutan penarikan balik kebenaran menukarkan operasi perniagaan dari tapak padang MPK2 (Hadapan Stadium Darul Makmur) ke tapak letak kereta Padang MPK di hadapan Masjid Negeri Sultan Hj. Ahmad Shah ditarik balik. "Kami dibenarkan untuk menjalankan perniagaan ditapak itu sebelah pagi tadi, namun setelah berkhemas dan bersiap dengan segala kelengkapan, arahan tersebut ditarik balik oleh pegawai MPK terbabit pada sebelah petangnya" rungut salah seorang peniaga yang ditemui. Rata-rata peniaga amat kesal dengan sikap penganjur yang lepas tangan dalam permasalahan yang mereka hadapi. Mereka terpaksa membayar sewa tapak sehingga RM1,500 untuk tempoh 14 hari. Menurut salah seorang peniaga kerepek terkenal di bandar ini, Kak Nik berkata "Kami terpaksa membayar harga sewa penuh tapak terbabit, sedangkan kami tidak diberi tahu dimanakah lokasi sebenar. Kami sangkakan perniagaan akan dijalankan di tapak depan masjid negeri. Kerana disitu adalah pusat tumpuan orang ramai siang dan malam. Namun, sebaliknya kami dihantar ke tapak baru berhampiran Padang MPK 2, hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan". Menurut beliau lagi, tapak berhampiran Padang MPK2 (Lokasi Jom Heboh) tidak sesuai, kerana ia bukan pusat tumpuan. Kawasan itu hanya menjadi tumpuan bila diadakan program-program besar selama ini. Diwaktu yang lain, ia jelas tidak sesuai kerana orang-ramai jarang sekali akan tertumpu disitu melainkan ketika Bazar Ramadhan diadakan.

Sebahagian daripada pengerai terbabit yang kecewa dengan apa yang terjadi
Susulan daripada itu, ramai peniaga kini mengalami kerugian. "Bayangkan, sejak seminggu yang lalu saya purata pendapatan harian atas jualan kami hanyalah antara RM2 hingga RM20 sehari" kata seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Din. "Kami tidak sangka jadi begini, ini kerana kawasan yang disediakan itu jelas sekali tidak dikunjungi oleh warga Kuantan. Ini menyebabkan kami terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi. Walhal sewa tapak RM1,500 telah kami jelaskan. Kami kecewa dengan sikap lepas tangan penganjur yang langsung tidak memikirkan nasib kami yang merupakan peniaga Melayu bumiputera yang menjalankan perniagaan disini" tambahnya lagi. Krew kami sempat meninjau lokasi terbabit malam tadi. Ternyata apa yang digambarkan itu jelas kelihatan. Sepanjang 1 jam berada di lokasi terbabit, kami tidak nampak langsung kelibat orang ramai atau pelanggan yang datang membeli disitu. Sebahagian besar para peniaga menjalankan perniagaan jualan kuih muih hari raya seperti kerepek, kacang, rempeyek dan lain-lain lagi. Keadaan lengang dan tidak seperti kebiasaannya, jelas membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh para peniaga disitu ada kebenarannnya. Mereka harus dibela dan dibantu, jika tidak mereka akan mengalami kerugian.


Bukti, suasana lengang tiada pelanggan biarpun baru jam 9.00 malam

Kemas, Barangan tersusun rapi tanpa pembeli sejak seminggu yang lalu

Wakil peniaga menunjukkan surat kepada MPK berhubung perkara ini
Kami juga difahamkan wakil peniaga terbabit telah mengadakan pertemuan dengan Pegawai MPK yang dikenali dengan nama Encik Zul padi semalam (10.30 pagi). Dalam pertemuan itu, wakil terbabit menyatakan rasa terkilan mereka kepada penganjur yang tidak membela nasib mereka. Mereka mahu berpindah ke tapak sedia ada di hadapan Masjid Negeri, kerana disitulah lokasi yang paling sesuai dan dikunjungi ramai orang berbanding dihadapan Stadium Darul Makmur. "Encik Zul sendiri telah berjanji akan membantu kami, menguruskan khemah serta menyediakan semula tapak baru terbabit. Bahkan beliau juga bersetuju supaya semua peniaga terbabit berpindah ke tapak itu petang ini (semalam)" kata wakil terbabit. "Namun, entah kenapa setelah kami mengemaskan barangan kami untuk berpindah ke situ. Tiba-tiba arahan itu ditarik balik lewat petang" tambahnya lagi. Lantaran itulah mereka terlalu kecewa dengan apa yang terjadi ini. Mereka kini telah "diperkotak-katikan" oleh Pegawai MPK dan juga pihak penganjur terbabit.

Lebih menghairankan, kebenaran sudah diberikan dan pihak MPK sendiri sudah menyediakan penghadang lalulintas dikawasan terbabit untuk mendirikan 13 buah khemah niaga di situ. Namun entah kenapa secara tiba-tiba arahan itu ditarik balik?. Sebelum ini kami difahamkan, alasan yang diberikan ialah tapak itu telah disewa oleh pihak lain. Namun sehingga kini ia kelihatan kosong semata-mata. Kami amatlah berharap agar perkara ini dapat diselesaikan segera. Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi Hari raya Aidil Adha akan menjelma. Maka pihak MPK diharap tidak khianat dengan para peniaga. Kami harap peniaga terbabit dapat dipindahkan segera ke tapak niaga di tapak letak kereta, Padang MPK hadapan Masjid Negeri. Malah para peniaga telah bersedia untuk menyewa tapak baru itu dengan bayaran RM500 jika kelulusan dibenarkan. Surat berkaitan perkara terbabit juga telah dihantar oleh wakil peniaga kepada pihak MPK untuk tujuan diatas (Foto). Justeru itu tidak timbul soal membelakangkan mana-mana pihak dalam hal ini.

[Kami amatlah berharap agar pihak kerajaan negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dapat memainkan peranan ini bagi membela nasib rakyat (peniaga terbabit). Bantulah mereka segera demi sebuah perjuangan. Mereka adalah orang Melayu dan rakyat Pahang yang teraniaya. Bahkan mereka akan mendapat kerugian jika perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan kadar segera. Kami amatlah berharap campur tangan MB dapat menyelesaikan permasalahan ini. Kesihan benar melihat rintihan para peniaga terbabit. Semoga perkara yang berlaku ini dapat memberi kesedaran kepada pihak kerajaan agar memberi ruang yang terbuka untuk para peniaga kecil dan usahawan Melayu berniaga. Apakah ini maknanya konsep ketuanan Melayu yang dilaungkan selama ini. Pengerai Melayu pun tidak dibela].
Share:

2 ulasan:

  1. Itukah dia konsep Ketuanan Melayu yang dibanggakan oleh Umno dalam membangunkan ekonomi orang Melayu?

    BalasPadam
  2. perkara ni jadi dah lama....bermula tahun 90an harga tapak gerai hanya dalam ratus jer skang dah ribu2....soalnya dorang ni tak pernah pikir ke yang peniaga-peniaga kecil ni hanya mengharap pada perniagaan mereka dan dah tentunya tak punya gaji bulan macam staf MPK dan pekerja kerajaan.....dengan harga barang yang sentiasa naik walaupun petrol turun sangat membebankan.....tu tak masuk hutang tekun,mara dan sebagainya......sekarang ni siapa bunuh melayu? siapa pula tuan melayu?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pemandu Jengkaut Ditemukan Lemas Selepas Jentera Dikendalikan Terbalik Ketika Kerja-Kerja Pembersihan Di Tasek Bera Dikenal Pasti.

  ‎ KUANTAN :  Pemandu jengkaut yang ditemukan lemas selepas jentera dikendalikan terbalik ketika kerja-kerja pembersihan di Tasik Bera, Ber...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.