PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, February 1, 2009

Kontroversi: Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !



PEKAN [12.50 am] - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .

Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.


[Dengan berita terbaru ini maka kini fahamlah kita kenapa Najib diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Tajol Rosli. Mungkin kerana Najib nampak hanya beliau sahaja yang boleh melaksanakan misi untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan apa jua sekali pun. Maka itu kita harus sama-sama berdoa dan mengharapan agar dengan perkembangan ini Kerajaan Negeri Perak tidak akan tumbang. Malah kita juga berharap agar inilah masanya Ahli Parlimen BN yang selama ini takut-takut untuk melompat parti supaya berbuat demikian demi masa depan rakyat. Jangan gadaikan lagi maruah dan masa depan negara kepada orang seperti Najib Razak yang sebenarnya langsung tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan kehadiran pegawai SPRM ke rumah Najib malam ini maka ia mengesahkan lagi bahawa beliaulah yang bertanggungjawab untuk memancung orang-orang Kairy Jamaluddin seperti Wan Farid, Norza Zakaria, Ismail Sabri Yaakob, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi di Pahang baru-baru ini sebenarnya]


14 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

my bawean said...

para ahli parlimen bn harus melihat perkara ini dengan hati yang jujur..andainya ini benar terjadi..maka pimpinan negara sudah terlalu jauh meninggalkan norma norma..maka seharusnya mereka membalas perbuatan ini dengan cepat dan lekas keluar dari parti umno dan bentuk kerajaan persekutuan yang baru..

Anonymous said...

Kalaupun mereka jadi keluar,,,,,kite terpaksa akur dengan pilihan mereka.....

Kepada pucuk pimpinan kamu mestilah BERMUHASABAH kerana tentu ada perkara yang tidak kena yang tlah dilakukan........

Wallahualam..............

.................AV..................

Anonymous said...

Kalaupun mereka jadi keluar,,,,,kite terpaksa akur dengan pilihan mereka.....

Kepada pucuk pimpinan kamu mestilah BERMUHASABAH kerana tentu ada perkara yang tidak kena yang tlah dilakukan........

Wallahualam..............

.................AV..................

Anonymous said...

Kalaupun mereka jadi keluar,,,,,kite terpaksa akur dengan pilihan mereka.....

Kepada pucuk pimpinan kamu mestilah BERMUHASABAH kerana tentu ada perkara yang tidak kena yang tlah dilakukan........

Wallahualam..............

.................AV..................

Anonymous said...

Kalau benar apa yang dikhabarkan oleh Pahang Daily ini bermakna Najib sudah guna cara lebih kasar dari cara pujuk rayu.

Din said...

Tolong updatekan kitorang ok..

semua penyokong PR dah gelabah dah nie.. :(

sawa said...

Mari kita ukur/nilai lompatan adun2 di Perak (kalau betul akan berlaku)
Yang satu tu nampaknya bersemangat memperjuangkan rakyat...tapi yang dua tu sedang bergelut memperjuangkan kerusi masing2.Entahlahhhhh.

Anonymous said...

Kalau 2 exco ni keluar, nampak sangat lah tak ada pendirian. Kena ugut sikitpun nak lompat parti. Camana Keadilan boleh pilih jadi exco orang macam ni. Ini mesti kes tangkap muat je. Mungkin sebab orang keadilan pun banyak jenis cam tu juak kot, tu boleh kawan dengan Najib atau jenis nak senang jugak kot.
Keadilan, UMNO campur tolak aje.

Seladang said...

Perjuangan besar ini juga menjadi tampi kepada jiwa murni masing-masing. Perjuangan untuk rakyat memerlukan pengurbanan yang besar. Nasaruddin mengurban kedudukan dalam Bn untuk perjuangan rakyat. Jika ada yang meninggalkan perjuangan untuk rakyat ini maka jelaslah PKR berjaya menampi antara bernas dengan hampa. Semuanya tidak mengherankan. Tambahan pula Najib memang terkenal dengan sikap yang ditonjolkan sekarang ini.

Nampaknya SPRM juga terlibat dengan penyelewengan kerana mengikut arahan Najib untuk berbuat sesuatu!

Rakyat mesti mendakwa mereka ini nanti!

Lanchang.. said...

kalo dua2 exco nie klr pkr, mmg ptt pn..PR x sepatut'a ada org mcm dia nie dlm parti, tiada prinsip dn pengecut...maruah diri blh dinilai dgn wang ringgit je..

mat_terab said...

Aku percaya kalau betul dua orang ADUN ni masuk BN mereka mesti teruk di ugut atau di rasuah juta-juta punya.......
kalau betul lah ada baiknya MB perak bubarkan DUN perak buat pilihan raya negeri semula... kita tengok rakyat terima sapa pakatan atau BN....
mungkin Sarawak akan ambik kesempatan bubarkan DUN sarawak ni mesti najib punya perancangan

tok iskandar said...

Ketika rakyat semakin muak dan mula menolak kerajaan UMNO-BN,heboh se Malaya 2 exco PKR nak jaoin UMNO.

Najib.....jika benar sekalipun 2 Exco PKR join UMNO,rakyat dah boleh baca betapa desperatenya kedua-dua Exco ini mempertahankan kerusi masing-masing.Berbakti kepada negara dan bangsa tidak terlintas dalam benak mereka yang kian bercelaru dengan tawaran rasuah juta-juta dan juga persetujuan najib buang kes rasuah mereka.Siapa nak masuk penjara weh...

Khabarnya mereka berdua kini berada di Pekan.Tengah berunding dengan Najib.Pak Lah pun dah umumkan beberapa ADUN Perak akan melompat menyertai BN.Kemudian Tok dengar khabar angin bertiup kencang seorang ADUN PKR di Kedahpun nak melompat parti.Ini mungkin lebih kepada strategi BN untuk mengelirukan Pakatan Rakyat.Apapun langkah berjaga-jaga kena diambil agar spekulasi tidak menjadi realiti.

Semakin suspen senario politik yang berlaku di Perak.Adegan aksi lompat-melompat kedua-dua belah pihak,Pakatan rakyat dan BN menjadikan kerusi Dewa Undangan Negeri masing-masing menjadi pertaruhan.

Belum reda berita Nasaruddin,ADUN Bota menyertai Pakatan Rakyat,timbul pula spekulasi 2 Exco PKR melompat parti.

Khabarnya,mereka berdua telah diculik dan kini berada di Pekan untuk berurusniaga dengan Najib.

Tok taklah mengiakan atau menidakkan perkara ini.Cuma Tok nak mengulas implikasinya jika spekulasi itu menjadi realiti.

Sebelum itu,tok nak cadangkan agar satu solat hajat diadakan di Stadium Negeri Perak dan seluruh negara memohon kepada Ilahi agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Tok ada dengar berita jika benar 2 exco PKR ini menyertai BN,pilihanraya kecil akan diadakan di kedua-dua dewan undangan negeri tersebut.Harapan UMNO untuk menang amat tipis memandangkan senario politik negara ketika ini lebih memihak Pakatan Rakyat.

Sejauh manakah kebenaran kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri itu otomatik kosong jika kedua-dua Exco PKR mengumumkan lompat parti tidak dapat dipastikan.

Kehadiran kedua-dua exco itu ke Pekan lebih kepada membincangkan strategi BN untuk menguasai Perak dengan menjadikan mereka sebagai kuda trojan.

Lebih mudah kedua-dua exco ini menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO beberapa bulan kemudian.Kemarahan rakyat terhadap merekapun ketika itupun kian reda.

Dari sudut positif,jika benar kedua-dua exco ini melompat parti,tiada lagi halangan wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat.Pak Lah dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa menghalang mereka.

Elok juga cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dipertimbangkan kerana jika kedua-dua exco ini menyertai BN,perbezaan kerusi hanyalah satu dan ini akan menyukarkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mentadbir negeri itu.Janganlah disamakan situasi di kelantan walaupun kerajaan PAS di sana pernah memerintah di sana selama sepenggal berbekalkan kelebihan satu kerusi dewan undangan negeri.

Jika Pakatan Rakyat dapat mencuri beberapa orang ADUN BN,kehilangan 2Exco PKR itu tidak akan menjadi masalah besar dan merugikan.sebaliknya,lebih menguntungkan kerana barua-barua sebegini tidak layak disimpan dan akan menjadi satu liabaliti kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh negeri Perak,peluang Pakatan Rakyat untuk menang besar dan merampas lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki BN lebih cerah dengan mengambilkira mood rakyat ketika ini.Kebencian mereka terhadap parti yang luput tarikh seperti UMNO semakin berkobar-kobar kerana tindakan keji UMNO menculik kedua-dua exco PKR ini untuk kepentingan politiknya.apabila kemarahan dan kebencian ini dizahirkan dalam kertas undi,nescaya BN akan kalah teruk.

Sudahlah berabih duit berbilion-bilion ringgit,masa depan Najib sebagai PM juga akan menjadi pertaruhan.

Di sini Tok hendak menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN.

Najib tak layak menjadi PM kita.Kes Altantuya,sumpah bohong Bala,pengakuan liwat saiful bukhari,penculikan kedua exco PKR memperlihatkan kepada kita semua wajah sebenar Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memerintah negara.

Apakah ini yang kita mahukan?Kepada kedua-dua Exco itu masih belum terlambat untuk mengubah pendirian dan kembali kepada Pakatan Rakyat.Jika sudah terlambat,keluarga sendiri turut berdepan cemuhan dan bakal dipulaukan rakyat dan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan walhal korang sendiri sudah tahu rakyat sudah benci dengan parti yang luput tarikh seperti UMNO.

keris panjang said...

habis apa nk jd dgn cadangan undang-undang lompat parti yg heboh diperkatakan tu..

Aku yang Tak Faham said...

Aku jadi sangat pelik macam mana pula askar (ATM) boleh terlibat dalam benda-benda gini, askar Amerika kot yang anda nampak tu. Ada sapa-sapa yang boleh bagi penerangn sikit.