script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Dakwaan Kes Menghina Sultan "Double Standard", Bila Tiada Serorang Pun Ahli UMNO Di Dakwa Kerana Menghina Sultan Trengganu Dulu!

KUALA LUMPUR - Maka hebohlah didedahkan dalam media arus perdana tentang enam orang individu telah didakwa oleh mahkamah atas tuduhan menghina Sultan Perak. Kami begitu simpati dengan nasib serta apa yang berlaku kepada kesemua yang terbabit. Bagi kami inilah bukti bahawa apa sahaja boleh dilakukan bila "kuasa ada ditangan mereka". Kesemua mereka yang terbabit ditangkap di seluruh negara oleh pihak polis setelah segala penyiasatan selesai dilakukan. Kesalahan mereka ialah memberi komentar yang melampau terhadap Sultan Perak terhadap insiden "rampasan kuasa" yang berlaku di negeri itu baru-baru ini. Bagi kami, kesemua yang tertuduh tidak harus dipersalahkan kerana mereka menulis komen terbabit dalam keadaan emosi berlandaskan kepada isu yang berlaku. Soalnya, siapakah yang menimbulkan isu yang menyebabkan rakyat "derhaka" dan "menghina Sultan" Perak itu?. Bukankah ia dek kerana tindakan "rampasan kuasa" yang didalangi oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya pemimpin UMNO negeri Perak yang harus dipersalahkan. Ini kerana insiden itu bermula selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri daripada Tajol Rosli. Jika tidak, sudah pasti isu rampasan kuasa tidak berlaku dan tiada rakyat atau individu yang akan menghina Sultan Perak, baik secara berhadapan mahu pun menerusi penulisan.

Mereka yang dituduh itu ialah Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu". Selain daripada beliau turut didakwa di mahkamah yang sama ialah Muslim Ahmad yang tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan. Sementara itu di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama. Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang. Manakala itu di Sabah pula, seorang pemilik kedai telefon iaitu Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Manakala di Petaling Jaya juga, seorang juru ukur tanah Nor Hisham Osman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak. Hanya seorang sahaja yang mengaku bersalah dalam kes ini, sebaliknya kesemua yang lain mahu dibicarakan oleh mahkamah dan dibenarkan ikat jamin.

Sususlan daripada itu, kami melihat bahawa jika alasan menghina Sultan Perak digunakan sebagai asas pertuduhan dalam kes ini, maka apa bezanya dengan indidiviu yang memmbentangkan kain rentang "Kami Ndak Idris Natang" yang ditujukan kepada Sultan Trengganu yang juga merupakan Yang Di Pertuan Agong dulu. Bahkan ia telah disiarkan oleh media arus perdana ketika itu. Kenapa kes itu terus menyepi tanpa sebarang berita. Bahkan, hingga ke saat ini kita tidak mendengar pihak polis begitu cepat menangkap dan mnyiasat seterusnya mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah. Begitu juga dengan bekas MB Trengganu (Idris Jusoh) dan MB Perlis (Shahidan Kassim) yang secara jelas menghina Sultan masing-masing apabila memprtikaikan watikah perlantikan MB oleh Sultan dan menerima pula watikah yang dibuat oleh Perdana Menteri dulu. Kes ini jug sepatutnya boleh dituduh dan didakwa atas kesalahan menghina sultan?. Namun kenapa mereka semua ini terlepas dari hukuman? Hanya kerana mereka dalah ahli UMNO dan menyokong kerajaan yang memerintah maka akhirnya mereka terselamat dari segala pertuduhan biarpun semua bukti lengkap sudah disediakan.


[Dalam hal ini, memang jelas terdapat unsur-unsur "double standard" dan pendakwaan terpilih yang berlaku kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Ianya bermakna jika anda ahli UMNO maka apa sahaja kes boleh diselesaikan dengan mudah tanpa sebarang tindakan mahkamah. Jika dilihat kes Hina Sultan Trengganu dulu, bukankah gambar individu terbabit jelas dipaparkan di kaca TV dan disaksikan oleh seluruh rakyat tetapi mereka selamat kerana puak-puak UMNO. Walhal kesemua yang dituduh kali ini hanya memberi komen dan melalui internet yang tidak dapat disaksikan oleh seluruh rakyat sebenarnya. Tetapi dek kerna mereka itu "comfirm" dan "sah-sah" adalah penyokong Pakatan Rakyat, akhirnya mereka didakwa dengan cepat sekali !!].

TAWARAN: PLAT CANTIK UNTUK DI JUAL
WEM77, BBG14, AGJ5, NCD4, AGE88, AGK88, WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, BBG60, BBP1234, JB111, ABU2121, BBE4444

Tel : 0192921111 (Cik Zura
)
Share:

11 ulasan:

  1. hayaia terengganu itu bukan hina ooo. yang hina ini sultan sudah perkenan dan lantik apa mau kacau2 / demo sana/sini tindok tengah jalan ooo. ini tarak malu ini kaaa sama bangsa kita. kita bangsa tak ada p demo2/tidok tgh jalan pun. kita mau duduk aman damai mau berniaga cari mkn baik2. ini semua malayu sja . islam ajar ini macam ka. haiyya ahcong.

    BalasPadam
  2. Ahli UMNO lebih kebal dari Raja Raja melayu.

    BalasPadam
  3. Tido tgh jalan tindih aje biar mampohhhhh... mati katak baru ada otak

    BalasPadam
  4. ini bukan pasal parti. ini kerja bodoh punya olang. kita pun tarak kisah elayu jadi ketua. kita mau hidup baik2 x mau kacau sana sini. loo tengo la. la lain bangsa ada ka. ini semua melayu oooo. tarak malu ka sama bangsa kami. islam ajar ini macam kaa. haiyaaa . ahcong

    BalasPadam
  5. Berani buat berani lah bayar denda, seorang pejuang apakira sgt RM10,000 tu,claim kat banker koranglah,kalau kat Thailand lagi teruk kau orang yg tak pandai berbudi bahasa, yg tak sedap tu dah kena mulalah nak kait kat orang lain pulak,kononnya orang tu buat tak kena, habis tu yg kita ikut tu sbb apa, masa kat TR tu team sama juga yg buat sbb tu berani buat lagi,, lagi berani sampai masuk ruang blog peribadi plak, jadi kesalahan kali kedua tekleh lepaslah,nasihat saya jangan ikut nafsu syahwat aje,jgn asyik ikut belakang jer,,,

    BalasPadam
  6. Wahai PDO bodoh..

    Kau tak rasa ke lepas ni kau punya turn pulak?

    Kau selalu kata "Kami boleh beroperasi dimana sahaja" "Kami tidak punya tmpt tetap"

    Hei! Kau rasa yang kena dakwa tu macmana dorang boleh kena tangkap?

    hehe..polis ada intel diaorang la wei! Kalau dia nak cari kau atau aku..ANYTIME BRO! ANYTIME!

    Kau nak lari mana?

    NI BARU TEKNOLOGI MANUSIA! KAU TAK PERNAH TAU KE ADA MALAIKAT KIRI KANAN KITA YANG DOK REKOD SEGALA PERBUATAN MALAH HATI KITA NI? ITU TEKNOLOGI ALLAH SWT LAGI MAHA HEBAT!!

    KAU TAK TAU KE ATAU TAKNAK PERCAYA?

    KALAU TAK PERCAYA ADA MALAIKAT DIKIRI KANAN KAU TU, BERMAKNA KAU TAK BERIMAN DGN RUKUN IMAN!!!!!

    BERAT TUDUHAN AKU NI!!

    APA KATA KAU JAWAB PDO?

    BalasPadam
  7. Aku rasa ni org yang sama jer bg komen ni,..ye tak PDO..lantak lah awak nak menyalakkk pun..malaehh den layan eh..

    BalasPadam
  8. Umno buat tak pe,
    orang lain buat tak le..


    corret, corret, corret

    BalasPadam
  9. haiyya, itu hakim mau cari mkn saja, sulah..sulah..sudah kena sembelih apa mcm..kita ramai-ramai sembelih dia olang pulak lo..kasi tanam hidup-hidup lagi bagutt..

    BalasPadam
  10. haiyaa. islam ajar itu macam ka. tarak malu sama a puna bangsa ka. maki / fitnah / bohong / demo sana sini . kita punya bangsa tarak itu macam oooo. ini bodoh punya olang. melayu jadi ketua manyak kacau. itu aaa serupa monkey dapat flower. looo mau dap jadi ketua kkka. kita pun tarak mau punnya. lagi sosoh ooo cali mkn. duduk baaik2 la. ahchong

    BalasPadam
  11. tu lar talian hayat umno..
    hehehe.. x pe.. x pe..
    pru13 kang tengok lar..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.