script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Amaran Oleh Lembaga Displin Parti, Tiga ADUN BN/UMNO Parlimen Paya Besar Buat Laporan Polis Terhadap Pahang Daily Online !!

KUANTAN - Satu lagi laporan polis telah dibuat terhadap blog Pahang Daily Online di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam. Jika sebelum ini laporan dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung dengan laporan terhadap penyakit misteri beliau. Namun, kali ini ia melibatkan ketiga-tiga wakil rakyat BN bagi kawasan DUN Panching, DUN Lepar dan DUN Sg.Lembing Pahang, atas alasan yang sama iaitu "menfitnah" mereka berhubung dengan tindakan displin yang dikenakan oleh Lembaga Displin UMNO baru-baru ini. Ketiga-tiga ADUN terbabit iaitu YB Sohaimi Md.Shah (ADUN Sg.Lembing), YB Sohaimi Jusoh (ADUN Lepar) dan YB Zaili Besar (ADUN Panching) sebelum ini dikenakan tindakan amaran oleh lembaga displin parti itu berhubung dengan dakwaan telah menyalahgunakan tindakan dengan melobi, menganjurkan jamuan dan berkempen bagi pihak diri mereka. Manakala Ahli Parlimen kawasan terbabit (Paya Besar) Datuk Abdul Manan Ismail pula dikenakan tindakan gantung satu tahun atas kesalahan yang beliau lakukan itu. Dalam laporan polis terbabit ketiga ADUN berkenaan mengatakan blog PDO menfitnah mereka atas kesalahan "politik wang" walhal mereka kononnya tidak melakukan perkara itu sama sekali. Adalah difahamkan turut didakwa menfitnah ialah pemimpin PAS dan seorang pemimpin PKR yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara ini. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan berkenaan, sedangkan segala laporan itu adalah dipetik daripada kenyataan Ketua Bahagian terbabit sendiri iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, Ahmad Tajuddin ada mengatakan bahawa kesemua pemimpin terbabit terlibat dalam politik wang yang didalangi oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Malah beliau turut menggesa supaya Menteri Besar Pahang itu meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab berkenaan. Malah beliau juga sanggup menyahut cabaran Adnan untuk melakukan "sumpah mubahalah" di Masjid Negara yang sepatutnya diadakan pada hari ini. Namun atas, nasihat Mufti Pahang upacara itu dibatalkan oleh MB Pahang itu. Tambahan pula ia bertembung dengan perhimpunan Agong UMNO yang berlangsung sekarang ini.

[Susulan daripada itu, krew kami di Kuantan Pahang melaporkan bahawa kesemua pemimpin UMNO terbabit sepatutnya membuat laporan polis terhadap Datuk Ahmad Tajuddin dan bukannya kepada blog PDO dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Ini kerana beliaulah yang mengeluarkan kenyataan berkenaan yang dipetik oleh kesemua pihak termasuk PDO sendiri. Soalnya disini, kenapa mereka tidak berani untuk membuat laporan polis dan menyaman Ahmad Tajuddin?. Sedangkan beliau secara jelas cuba menghina pemimpin berkenaan dan ingin menjatuhkan maruah Menteri Besar Pahang yang kini akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Adalah lebih "afdal" kenyataan Ketua Bahagian UMNO Paya Besar itu diberi perhatian daripada membuat laporan polis terhadap Pahang Daily Online sebenarnya. Laporan ini turut disiarkan di muka depan akhbar Sinar Harian edisi Pahang hari ini].
Share:

1 ulasan:

  1. Inilah akibat apabila orang itu mempunyai IQ rendah. Malangnya menjadi pemimpin. Alamatnya sudah pastilah, pemimpin seperti ini akan merendahkan IQ orang lain.
    Nak buat macamana, inilah trend masyarakat kita orang Melayu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.