pahangdaily pahangdaily Author
Title: Eksklusif: Susulan Kes Rasuah Pemimpin Politik Pahang, Pemimpin PAS Sifatkan UMNO Bahagian Paya Besar Adalah Lubuk Segala Rasuah Parti Itu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN - PAS Kawasan Paya Besar Pahang menyifatkan tindakan Lembaga Displin UMNO menggantung dan memberi amaran kepada empat pemimpin UM...
KUANTAN - PAS Kawasan Paya Besar Pahang menyifatkan tindakan Lembaga Displin UMNO menggantung dan memberi amaran kepada empat pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar semalam membuktikan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah. Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Yusuf Embong (foto) berkata, belum pernah berlaku di dalam sejarah Umno semua pemimpin utama bahagian disabitkan dengan amalan rasuah sebagaimana berlaku kepada kawasan ini. "Ini menunjukkan kepimpinan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah tetapi kerana di dalam UMNO politik wang (rasuah) bukan kesalahan jenayah maka tiada tindakan sivil dikenakan terhadap pemimpin terbabit," kata beliau. Semalam, pengerusi Lembaga Displin UMNO menjatuhkan hukuman terhadap 16 orang pemimpin UMNO termasuk Naib Presidenya, Dato' Seri Mohd Ali Rustam kerana mengamalkan politik wang. Turut dikenakan tindakan bersama Ali ialah Dato' Japlin Akim (Ketua Pemuda UMNO Kota Belut,Sabah), Mohamab Najuib Mohamad Shahaimi (Ketua Pemuda UMNO Maran, Pahang) Dato' Abdul Manan (Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang), Saadun Basirun (Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil, Melaka), Dato' Mokhtar Samad (Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Selangor), Salmah Pin (Ketua Wanita Umno Bahagian Tun Razak, Selangor) Rosli Hasan (Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil), Mohd Zuki Mohd Zain (Gua Musang, Kelantan), Amran Mat (Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krai, Kelantan) dan Zalina Ismail (Naib Ketua Puteri Bahagian Bukit Katil Melaka) digantung keahlian mereka selama tiga tahun.

Mereka yang lagi diberi amaran ialah, Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO), Md Sohaimi Mohd Shah (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang) Mohamad Zaili Besar (Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang,) Mohd Sohaimi Jusoh (Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang). Tambah Yusuf, pemimpin UMNO Paya Besar yang digantung dan diberi amaran itu adalah wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang diberi kepercayaan oleh pengundi dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu. "Kini sudah terbukti mereka adalah pengamal politik wang yang sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka perlu mengosongkan jawatan masing-masing untuk membersihkan kerusi mereka daripada terpalit dengan amalan rasuah," ujar beliau. Yusuf mencabar Umno Pahang supaya memecat dan memaksa mereka melepaskan kerusi Adun dan Ahli Parlimen bagi menunjukkan betapa seriusnya Umno memerangi rasuah. "Ini suatu ujian kepada Umno untuk melihat ketelusan dan keseriusan Umno memerangi gejala rasuah," tegas Yusuf. Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, PAS negeri akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini berkaitan isu berkenaan. Katanya PAS memandang serius isu berkenaan lebih-lebih lagi pembabitan kepimpin UMNO yang berkuasa. "Mana boleh perasuah atau penyamun menjadi pemerintah, jika di dalam parti sendiri mereka mengamalkan rasuah apatah di tempat-tempat lain," sindir beliau. Kata beliau, apa yang berlaku kepada UMNO itu menunjukkan parti itu sudah tidak mempunyai kelayakan lagi untuk memerintah negara dan rakyat seharusnya menyedari dengan mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

[Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS itu bagai ada kebenarannya. Biarpun hanya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Manan Ismail yang dikenakan tindakan displin berupa penggantungan selama satu tahun. Namun, ketiga-tiga pemimpin lain itu sebenarnya memang terlibat dengan rasuah "politik wang" sebenarnya. Imej mereka kini sudah tercalar dan tidak layak untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing. Jika dalam UMNO sendiri mereka sudah mengamalkan rasuah, apatah lagi bila ingin membeli undi untuk menang dalam pilihanraya umum dulu. Sudah pasti mereka menang dengan menggunakan rasuah untuk membeli undi. Maka itu, bila terbukti mereka bersalah dan dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO itu ia bermakna mereka juga harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pemimpin seperti ini memang tidak layak lagi untuk mejadi Wakil Rakyat].

PROGRAM CALL PUN DAPAT DUIT
Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Menggunakan Telefon Pospaid Atau Prepaid. Modal Hanya
RM50 Dan peluang Jana Income Maksima Sehari Hingga RM3,000 Baru Dilancarkan, Agen Diperlukan Di Seluruh Negara
Klik Sini Dan SMS 018-2206761


TAWARAN: PLAT CANTIK UNTUK DI JUAL
WEM77, BBG14, AGJ5, NCD4, AGE88, AGK88, WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, BBG60, BBP1234, JB111, ABU2121, BBE4444

Tel : 019 - 292 1111 (Cik Zura)

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 1:04:00 PM

Rakyat yang bodoh p pangkah BN. Bila dah naik habiskan duit rakyat. keh..keh..

P/S: JADILAH RAKYAT YANG BIJAK MEMILIH.

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 3:13:00 PM

mgkn sama juga la kalau pangkat PAS or PKR... semuanya sama aje nak perabihkan duit rakyat... kalau idak tgk ajela mb s'ngor elaun aje dah 35,000.00

~PakKaramu~ said... Thursday, March 19, 2009 3:24:00 PM

Pak Karamu melawat blog anda

antizionis said... Thursday, March 19, 2009 4:35:00 PM

kalo pemimpin umno ada telor, ishtihar la harta korang cm selangor...ada berani???

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 6:38:00 PM

ngaku je lah kalau dh terlibat dengn politik wang

Anonymous said... Friday, March 20, 2009 7:20:00 AM

awat pemimpin2 umno tak ada telor ke??? anatizionis ada telur tak??? tunjuklah muka n nama sebenar kalau nak minta org tunjukkan kebenaran... baru betoi2 jantannya telur

Anonymous said... Friday, March 20, 2009 8:02:00 AM

telur mu ka ada 2 butir saja awang ooo. kerana dasar2 yg d perjuang umno mu dok boleh dok mkn gaji dgn k,jaan la ni. bacalah harkah selalu dlm 2 ada di pamer harta2 yg di miliki olh peminpin melayu la ni. itu la kena banyak membaca.mu suka cina jadi ketu kaaa kwn. dolah naik nyok

ataspagar said... Friday, March 20, 2009 10:46:00 AM

haha!! bt dl br ckp, dia sendiri pn x ltk nama nk srh org ltk nama dn gbr. bgs jgk cadangan antizionis tu, ptt dicontohi oleh negeri2 yg lain. baru la rakyat yakin yang pemimpin2 x bolot kekayaan.

Anonymous said... Friday, March 20, 2009 1:38:00 PM

alah pemimpin mana yg tak bolot kekayaan... kalau idak tak la berebut dok fitnah org tu org ni... dah ada kuasa semua gila duit pagar oiiii

ataspagar.. said... Friday, March 20, 2009 3:21:00 PM

tu la, nama je org islam..syarat2 nk jd pemimpin pn dia org x tau..

MUAALAF said... Friday, March 20, 2009 6:41:00 PM

NAK TANYA SIKIT USTAD:

APAKAH HUKUMNYA SESAORANG YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM, TETAPI
MENOLAK HUKUM HUDUD.

MINTAK TOLONG PERJELASKAN

 
Top