
Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) kini dalam bahaya bila terdapat maklumat yang mengatakan UMNO Bahagian itu mengambil ketetapan untuk menolak nama beliau dicalonkan untuk bertanding lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, UMNO bersedia untuk menggantikan Saifuddin dengan muka baru iaitu calon dari Pemuda UMNO Mentakab bagi kerusi parlimen Temerloh pada PRU-13 ini. Berdasarkan maklumat, satu mesyuarat sulit akan diadakan di Jordan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ketetapan itu. Jika ini berlaku, maka Saifuddin dilihat akan terpinggir dari politik UMNO kerana beliau lebih bersikap terbuka dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan mahasiswa. Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah didesak meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar oleh kira-kira 350 orang mahasiwa di pejabatnya. Apapun, mengulas lanjut selepas itu Saifuddin berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar. Soalnya sekarang, bolehkah Saifuddin bertahan dalam UMNO atau meninggalkan parti itu sebelum PRU-13 ini nanti. UMNO tidak suka mana-mana pemimpin mereka yang cenderung kepada apa yang diperjuangkan oleh pembangkang walau pun ia untuk kebaikan rakyat sebenarnya. Malah, Saiffudian dilihat antara pemimpin UMNO yang amat disenangi oleh pembangkang kerana beliau lebih bersikap profesional dalam berpolitik. Namun, apakah sikapnya sebegini sesuai dalam UMNO. Mungkin Saifuddin boleh menilai segalanya kerana beliau lahir daripada sebuah NGO yang memperjuangkan aspirasi anak-anak muda. Apapun, semoga Saiffudin cepat membuat keputusan dan tindakan kerana dirinya kini dijadikan mangsa kutukan oleh blogger-blogger dan penyokong UMNO sendiri sekarang. Jika tersilap langkah, hayat politiknya akan terus berkubur begitu sahaja. Namun, jika dia cepat bertindak untuk kembali kepada rakyat ia memungkin untuk beliau dianggat ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Apapun, segala keputusan kini ditangan Datuk Saifuddin Abdullah. Bertindak atau pun terus bertahan.

Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka
yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini

Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka
yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini
[Apa yang bakal terjadi kepada Saifuddin ini jelas sekali melambangkan ketakutan UMNO BN terhadap sikap yang beliau tunjukkan mutakhir ini. Memang benar, kini beliau semakin popular dikalangan rakyat tidak kira yang menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Saifuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang agak berkarisma, bersih dan tidak banyak kontroversi melampau. Malah, pendiriannya yang tegas terutamanya dalam mempertahankan hak-hak mahasiwa juga dilihat sebagai satu alasan untuk pihak berkenaan menolak beliau. Sedangkan, pemimpin seperti inilah yang wajar dikekalkan. Mungkin, dek kerana UMNO tidak perlukan orang seperti ini akhirnya mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Apa yang pasti, jika Saifuddin dijatuhkan oleh partinya sendiri maka ia satu kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan. Malah, kami yakin satu hari nanti Saifuddin kembali akan berada di landasan kebenaran dalam meneruskan perjuangan politik beliau pastinya. Apakah beliau sudah bersedia agaknya? Atau mungkin dia akan tetap setia kepada UMNO].












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kalaulah ada lagi 10 orang Saifuddin dalam Umno.... nampaknya kalahlah PR...... nasib baik ada satu jer... Tabik sama Datuk Saifuddin...
Kalau PRU13 berdasarkan calon individu.... dialah salah seorang pilihanku...
org bijak mcm saifuddin ni memang tak diperlukan umno
Salahkah atau di mana silapnya apabila Datuk Saifuddin Abdullah bersikap terbuka, lalu dikatakan berpotensi untuk menyertai pembangkang? Itu hak Saifuddin sebenarnya. Sama halnya dengan kes Dr Hassan Ali. Apabila beliau (Dr Hassan Ali) bertindak meluahkan pendapat dan pendiriannya, lantas dia dituduh sebagai pro UMNO. Mengapa? Apakah ini memang menggambarkan sikap dan 'hatibudi' sebenar PAS? Saya tidak pernah ragu bahawa sikap hipokrit dan 'talam dua muka' sebeginilah yang menyebabkan pembangkang 'hilang deposit dalam PRK Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau lepas. Memalukan, menjijikkan dan memuakkan! Kalau ini berterusan, jangan terkejut kalau PAS bakal kehilangan Kelantan dalam PRU13 nanti!
PEMIMPIN yang berhati bersih, memang tidak diperlukan di dalam UMNO.UMNO dari dulu,kini dan selamanya lebih TENTERAM jika para pemimpinnya boleh berkompromi dengan lain2 pemimpinnya dalam MEROMPAK HASIL NEGERI.
LIHAT sahaja bagaimana ANWAR IBRAHIM yang enggan membenarkan MAHATHIR KUTTY BAILOUT perniagaan anaknya yang hampir muflis. Bila enggan sahaja berkompromi MEROMPAK WANG RAKYAT, ANWAR diFITNAH secara terancang!!!!
KALAU Saifuddin sayangkan kedudukannya di dalam politik UMNO,adalah lebih baik bersekongkol dengan PARA PEROMPAK kerana SAIFUDDIN kena faham fakta bahawasanya, hanya perompak yang boleh menyelamatkan perompak !!!!
TETAPI sekiranya SAIFUDDIN benar2 mahu keredhaan ALLAH dan rela jawatan dan keselesaannya sekarang tergugat, segeralah membuat pertimbangan untuk melangkah ke wadah perjuangan RAKYAT iaitu menyertai PEMBANGKANG !!!!
RAKYAT perlukan pemimpin yang ikhlas dan mahu bersama menumbangkan kerajaan ZALIM. Biarkan pemimpin JAHAT dan Zalim seperti Tok NAN terus bergelumang dengan dosa2 kepada RAKYAT hasil MEROMPAK KEKAYAAN NEGERI PAHANG untuk diri,keluarga dan kroninya.
SESUNGGUHNYA Nabi Muhammad SAW ketika ditanya apakah tanda2 ahli neraka, Baginda secara jelas menyatakan banyak tanda2 ahli neraka dan ciri2 tersebut JELAS KELIHATAN pada pemimpin UMNO.... wallahualam....
Sama saja halnya. Dalam PAS pemimpin pak turut dan bacul memang sangat-sangat diperlukan. Tiada tempat untuk orang-orang seperti Dr Hassan Ali. Sebaliknya orang-orang yang mahir mencarut, memaki hamun dan merapu memang amat dialu-alukan dalam PAS.
Hipokrit, bongkak, sombong dan syok sendiri adalah identiti PAS. Siap pakai serban super besar tapi otak lemu minda tikus, pengecut!
DATO SAIFUDDIN NI TAK FAHAM POLITIK, KALAU NAK AMANAH DAN KERJA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT, UMNO BUKAN WADAH NYA, itu kerja pembangkang. Kalau Umno buat kerja kerja dengan amanah untuk rakyat, dah lama pembangkang bungkus. Nak kekal dlm UMNO, anda mesti rasuah, beli cincin kat bini puluh puluh juta, menzalimi orang dan segala jenis kezaliman adalah amalan mutlak.
Nak kekal dalam pembangkang mesti jadi pak turut dan bacul. Orang bagi 'taraf nabi' kat ulamua talam dua muka, wajib sokong. Bagi pingat hero kat orang jahat, mesti sokong. Boss besar dapat kurnia 'insan istimewa anugerah iblis', tak pe memang patutpun sebab memang dia perangai ilis, tapi dia sokong kita so everything will be alright! Orang hina agama depan mata, biarkan asalkan orang itu sokong kita!
Anon Saturday, December 24, 2011 11:17:00 AM,
Kat PDO ni tak payah guna ayat sindir-sindir......
Ko cakap direct je ayat ko tu Untuk Amenuuu kesayangan Sman......
Hak Saifuddin bersikap terbuka dan hak Umno pula utk tidak mencalunkan beliau.Berpolitik kena berani tanggung akibat.Selamat jalan Saifuddin,dan kalau masih ada keinginan utk jadi calun rasanya pintu PKR terbuka luas,boleh ganti Nizam,yg tidak di gemari oleh bebudak PKR sendiri,jadi samalah dgn Saifuddin yg tidak di gemari pula oleh bebudak Umno sendiri.
Di Temerloh tu bagi Umno satu-satunya'winnable candidate'ialah Dato Sarit Jusoh.Jadi Umno eloklah calunkan semula beliau terutamanya utk melawan Pas di DUN Semantan.Di Parlimen letakan saja Cegu Amir,walau pun beliau hanya seorang guru ,tapi beliau berbudi bahsa,dan suka menolong orang juga tidak sombong.
Post a Comment