[Foto ini sebagai renungan untuk semua anggota yang masih berkhidmat dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Bayangkan, jika bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pun akhirnya sedar akan kesilapan dan keterlanjuran yang telah dilakukan selama ini. Maka, apatah lagi anda. Jangan dek kerana arahan ketua akhirnya anda menjadi mangsa penghinaan rakyat Malaysia. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya keselamatan pemimpin politik yang takut kehilangan kuasa mereka. Ingatlah, Allah melihat setiap apa yang anda semua kerjakan. Lambang "Allah" dan "Muhammad" yang ada pada uniform anda perlulah senantiasa diamati betul-betul, perintah siapa yang perlu diikuti sebenarnya. Jangan perbodohkan diri anda hanya kerana mahu puaskan hati ketua atau pegawai atasan, walau pun sesuatu arahan itu bertentangan dengan norma kemanusian malah melangkaui batasan agama. Ingatlah, anda punyai keluarga dan anak-anak yang akan perjuangan kebenaran dan mahukan perubahan dalam hidup mereka kelak. Apakah, ia menjadi dosa apabila mereka mahu melakukannya. Perlukah mereka diperangi, dizalimi atau dilakukan sesuka hati. Justeru, ambillah ikhtibar atas perkara yang lepas dan amalkan motto "Adil, Tegas, Berhemah" dengan jujur dan ikhlas. Bukan sekadar hiasan semata-mata seperti sekarang].
Remaja 14 tahun dikurung, diliwat di Pangsapuri Bukit Kemuning
-
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki melalui detik hitam apabila bukan sahaja
dikurung selama tiga jam malah diliwat seorang lelaki dalam kejadian di
sebuah...
7 jam yang lalu







Cukup-cukuplah PAS 'bernaung' di bawah kangkang DAP dan ketiak PKR.
BalasPadamLebih molek, terhormat dan berfaedah kalau semua penyokong PAS ramai-ramai keluar PAS dan masuk UMNO.
Tak usahlah berangan nak terus mengajak orang masuk 'syurga' tajaan PAS.
SAUDARA PDO: Saya terpanggil untuk menulis bagi mewakili semua warga PDRM seluruh tanahair. Sebelum itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memperingatkan semua warga PDRM.Samada peringatan PDO secara jujur atau ada kepentingan lain maka Allah swt sahaja yang maha mengetahuinya. Saya berpendapat hujahan PDO sedemikian rupa hanya tidak lebih meraih undi di PRU yang akan datang. Memang tidak diragui bertugas sebagai angkatan beruniform tambahan pula mempunyai kuasa menangkap dan menuduh orang salah ke mahkamah akan ada pro dan kontranya. Saudara PDO; Untuk pengetahuan PDO Dato Fauzi sudah terkeluar jauh meninggalkan PDRM. Beliau terbang bebas dan tidak lagi terikat dalam amalan PDRM. PDO lihat kembali pada gambarnya dimana cara pemakaian uniform yang dipakai oleh beliau pun sudah jauh berubah. Ini bermakna cara warga PDRM bertugas pun sudah berubah jauh. Kalau ditanya pada beliau berkaitan tugasan PDRM rasanya akan gagap untuk jelaskan. Oleh itu adalah menjadi haknya untuk memilih parti yg bersesuaian dengannya. Dalam hal ini PDO telah menyalah anggap bahawa seolah-olah dek kerana beliau telah menyertai parti yang melanggar arus kerajaan memerintah seolah-olah semua warga PDRM mahu mengikut jejak langkahnya. Untuk makluman PDO kami warga PDRM selagi masih berkhidmat dan parti yang ada sekarang masih memerintah negara selagi itulah kami akan setia. Tetapi kuasa mengundi kepada sesuatu parti itu adalah hak individu.Ini amat jelas kerana kami tidak boleh berpolitik. Sebagai manusia yang mengakui dirinya Islam amat jelas soal halal dan haram tetapi ada segelintir manusia yang tamak kuasa hingga lupa segala-galanya. Saudara PDO; Saya dan semua warga PDRM mempunyai etika dan prinsip dalam pasukan yang mesti diikuti dan bukan mengikut arahan pegawai atasan seperti mana andaian PDO.
BalasPadamAdalah menjadi satu kesilapan menuduh kami PDRM menyalahi kuasa ketika melakukan tugasannya. Seperti mana PDO telah ketahui bahawa lambang "Allah" dan "Muhamad" yang ada pada uniform PDRM telah pun kami sedia maklum, tetapi tidak semua anggota PDRM sebagai manusia biasa tidak melakukan kesilapannya. Kalau PDO dan sekutu PDO tahu akan kehormatan "lambang" pada logo PDRM persoalan saya kenapa SEKUTU-SEKUTU PDO telah mengengkar arahan PDRM semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada baru-baru ini. Walhal pada ketika itu kami memakai uniform penuh yang berlambangkan "Allah" dan "Muhammad". Saudara PDO; tugasan kami kepada masyarakat banyak budi bicara sebenarnya. Kalau kami menguatkuasakan undang-undang yang diperuntukkan oleh PDRM semua orang tidak akan bergerak bebas. Memanglah..hendak mencari salah sekejap sahaja boleh kesan. Tetapi adakah itu yang kita mahu? Sudah tentu tidak. Saya rasa cukuplah dulu leteran saya, ada banyak lagi sebenarnya idea yang boleh dilontarkan kepada saudara PDO. Saya nasihat kepada PDO janganlah membuat komen mengikut emosi tanpa tidak mengikut maklumat atau fakta yang jelas yg akan membuatkan orang lain 'mangilas'. Sebelum Menulis perlu mencari sumber yang tepat daripada pelbagai hala. Ataupun berdampinglah dengan warga PDRM. Disitu PDO akan mengetahui perkara sebenarnya daripada membuat andaian yang tidak ada asasnya. Terima kasih.
Cukup-cukuplah AMNO 'bernaung' di bawah kangkang MCA dan ketiak MIC.
BalasPadamLebih molek, terhormat dan berfaedah kalau semua penyokong UMNO ramai-ramai keluar UMNO dan masuk PR.
Tak usahlah berangan nak terus mengajak orang masuk 'syurga dunia' tajaan PEROMPAK UMNO .(ANTI PEROMPAK MELAYU)
BUDAKBOY
BalasPadamPDO, Koi respect kat awok sebab awok publish komen yang hentam awok balik. Ini baru cucu mat kilau namanya.
Sebenarnya ramai anggota polis dan mantan yang menyokong PR. Pasukan uniform (tentera dan polis) tak boleh berpolitik beb. Dia orang semua ada access pada senjatapi. tu sebab tak boleh.
Memang kita akui warga PDRM ada etika dan prinsip dalam pasukan yang mesti diikuti dan tapi mengapa apabila ada campor tangan ahli politik dari parti tertentu dalam kuasa polis menyebabkan etika dan prinsip yang dibanggakan itu menjadi kabur ?
BalasPadamAkibatnya anggota polis semua pangkat jadi bangang dan keliru untuk membezakan antara kerajaan dengan parti UMNO Baru , antara rakyat dengan penjenayah.
Secara langsung mereka menyalahi kuasa melanggar etika dan prinsip itu ketika melakukan tugasannya. Sebagai bukti tindakan warga PDRM terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tempohari mengikut SOP yang telah ditetapkan ?
Dan kita ketahui bahawa Dato Fauzi memang sudah pencen tapi rakyat tetap mengenali beliau sebagai anggota polis. Mentality orang yang telah bersara adalah keinsafan diatas kebodohan mereka menyokong sesuatu yang tidak benar tapi mentality orang yang masih berkhidmat apa yang dikatakan ……“kami warga PDRM selagi masih berkhidmat dan parti yang ada sekarang masih memerintah negara selagi itulah kami akan setia..”
Bagaimana pula bila parti yang memerintah ketika ini tumbang dalam pilihanraya ke 13 nanti, apakah warga PDRM akan ikut sama parti yang telah tumbang itu atau mahu jadi barua parti mana pulak ?
Boleh ke pemimpin pembangkang yang jadi parti pemerintah menerima warga PDRM sebagai pengawal keselamatan mereka sedangkan sebelum ini warga PDRM telah membelasah mereka macam binantang ?
Tahukah warga PDRM membezakan antara kerajaan Barisan Nasional dengan parti Barisan Nasional dan apa perbezaan antara kuasa Duli Yang diPertuan Agong dengan kuasa Perdana Menteri Malauysia ?
Semuga warga PDRM tidak bersikap BODOH SOMBONG dan berperangai HARAMJADAH....
Hahahahahaa.. Mmg polis jlnkan tugas.. Tp x kanlah smpi langgar tabie manusia. Peserta bersih di belasah separuh mati mengalahkan penjenayah.. Polis kena ingat..mereka yg pg bersih sbb nak tgok pilihanraya yg adil dan bebas dilaksanakann di negara ini. Masalahnya polis sama2 terlibat..undi pos dah tentu bos yg pangkah...kdg tu ayah PAS, tp bila anak dah jd polis mereka lupa segalanya. Ayah pun akan dibelasah gara2 sokong pembangkang... Ni masalah niii
BalasPadammemanglah dato fauzi tu dah lama pencen klu tngok pd bju gmbar atas tu spertiman komen no 2 tu ckp...tp org lama ni rahsia bnyak bro....kena plak bekas pengarah yg pegang jwtn sangkut pauk jenayah...mesti dia knal sapa buat taik n sapa jolok taik.hahahaha..klu ketua suruh mkn taik..kau mkn la...hahahaha....org klu beriman solat xtggal,ingat halal haram,dosa pahala yg bukan mcm aku nii...aku rasa masa phimpunan bersih haritu xde sepak terajang nye.....masa dkat masjid india......tengah azan tu...dtg cari baju bersih dah srupa mcm harimau yg klaparan...dah sangpok hantu rasanya.....buat benda fikir la......klu korang kontrol kerah anggota mana yang ada,,,iring peserta rasa xda maslah...tp oleh krn ikut telunjuk pihak atasan yg xmaju rasa diri trgugat krn phimpunan ni dia kerah polis2 ni buat sperti yg diarah....
BalasPadamsahabat dalam PDRM, apa yg d bincangkan di sini saya tertarik bahawa menyokong PAS, dan PR bukan lah menjadi satu perkara yg menyebabkan hilang kerja, pada saya jgn dok ikut parti yg jelas menyokong perkara mungkar, cuba kita muhasabah patut ke kita melawan apa yg Allah perentah, Jelas PAS terutama nya dengan perlembagaan parti yg di dokong nya mengatakan diantaranya Alquran dan Sunnah menjadi dasar parti. maka sepatutnya kita sebagai org Islam dan telah pun mumayyiz begitu lama dengan penuh keinsafan menyatakan sokongan kerna ingin hidup dan berjaya di dunia dan akhirat bersama ISLAM, Lihat lah spt Kerajaan kelantan yg sudah lebih 20 Tahun memerintah, tak ada lagi rakyat nya mati kelaparan. Allah mengurniakan rezki kpd hambanya di atas mukabumi ini, tetapi kerajaan persekutuan yg memerintah melakukan kezaliman menidakkan berbagai perkara diantara nya ROYALTI MINYAK, Dan berbagai bagai sekatan terhadap kerajaan Kelantan, patutkah ini berlaku Adil kah pemerentah Malaysia yg sering mencanagkan bahawa melindungi bangsa Adakah rakyat kelantan bukan berbangsa MELAYU dn berugama ISLAM, sehingga menidak berbagai bantuan dan peruntukan, Oleh itu kpd semua PDRM dan pengundi berfikir lah, Jika kezaliman berterusan lambat laun Bala Allah akan tiba kpd Pemimpin dan Parti yang menolak hukum hukum Allah. Kpd Anggota PDRM Biar lah menjalankan tugas secara Adil kerna dgn keadilan ini Martabat polis dan semua penguasa akan di pandang mulia dan pdrm sememang nya wajib menyokong PR. Kerana selama ini Pembangkang lah yang banyak membela pihak polis dlm berbagai perkara terutama menyuarakan masaalah kediaman anggota , masaalah pelarasan gaji dan jawatan. dan akhir nya hasil dari teguran dan berbagai lagi di Parlimen Kerajaan akur dan hari ini sudah dapat nikmat tersebut. bersama kita menyuarakan KEBENARAN. DAN KEADILAN. Hidup PDRM di bawah panji panji Islam yg syumul. Langkah yg di lakukan oleh Dato Fauzi adalah satu contoh terpuji. Anggota dan Polis pencen yg lain bagaimana...
BalasPadamANGGOTA "PDRM" NIE AMAT TAKUT PADA "KETUA" ATAU PEGAWAI ATASAN NYA..
BalasPadamSO, MMG TAKUT GILA, DAN IKUT JE APE DISURUH... WALAU KERJA YG TAK BETUL, WALAU PUN TAHU SALAH..
TAKUT PADA "KETUA" TAPI TAK TAKUT PADA "ALLAH"..
SO,.. SBAB TU "ANGGOTA PDRM" NIE BILA NAK MATI.. ADUHHH SEKSA NYA..
LANSONG MASYARAKAT TAK HORMAT...
SORRY LAAA.. CUBA RENONG2..
JANGAN MARE!!! ATAU TERASA..
ITU APA YG KAMI SEMUA LIHAT...
Anon Sunday, June 17, 2012 10:08:00 PM...
BalasPadamAnda terlalu sadis untuk menjadi makhluk yang layak bergelar manusia yang berakal. Jangan terlalu menghina PDRM. PDRM memang perlu ada kepatuhan terhadap ketua untuk layak memberikan khidmat yang berkesan kepada rakyat atau massyarakat. Saya nak tanya anda satu hal saja: Apa bakti atau sekurang2nya tanggungjwb sosial yang telah anda berikankan kepada rakyat dan masyarakat sejak anda menjadi penyokong taksub pemimpin parti anutan anda?
PDO,,,
BalasPadamSiapa pon bolih persoalkan, fauzi saari semasa menjawat jawatan tinggi (seorang pengarah daripada beberapa pengarah jabatan PDRM) menjalankan kerja kerana periuk nasi, hari lepaas pencen pilih politik cawangan pembangkang.
Mari persoalkan semasa bertugas tidak ke bolih dibetulkan, dibaiki apa-apa kelemahan yg wujud dalam pasukan? apa guna berjawatan tinggi tapi tak mampu memimpin pasukan kearah kebaikan!! kepada pegawai dan anggota yg berdisplin tak berupaya nak ubah kebaikan, kebajikan apa hal dengan orang awam yg jelas perangai pon kakadang lagi susah hendak di ajar///
Kalaupon 10 orang bekas polis macam fauzi saari dalam pas, MELAYU, ISLAM dibumi Malaysia tak akan berubah.
ANON:17/6,5.06PM.
BalasPadamPerkataan BELASAH,BODOH SOMBONG dan HARAM JADAH adalah sikap penulis sendiri yg (kurang ajar + haramjadah) penulis serupa manusia bengong keluarga HAMPas dan duduk sereban dalam kandang babi. manusia yg tak dapat berfikir secara rasional,
MENGHARAPKAN PAS UNTUK MENGUBAH NASIB MELAYU (ISLAM) DI MALAYSIA? Tak usah buat jenaka kerana ini bukan masa yang sesuai untuk berlawak.
BalasPadamPolis kerja ada atoran dan tertakluk kepada undang-undang. sudah ramai polis dijatuhkan hukum kerana kesalahan!! inipon pembangkang buta dan pekak? apa nak lebih ramai polis mampos baru nak ucap polis baik jalan kerja dengan adil.
BalasPadampembangkang/pengikut pembangkang selalu cakap tak guna otak dan lihat kenapa polis kena bertindak. (ketegasan polis amat sederhana) bila menghadapi apa juga suasana tegang. pembangkang mau tau tengok polis sangat tegas?
bolih!! polis tidak rugi apa-apa. malah dengan ketegasan maksimam lebih memudahkan polis buat kerja....
Anon Monday, June 18, 2012 12:12:00 PM...
BalasPadamMajoriti rakyat Malaysia memahami dan masih sanjung tinggi integriti dan peranan polis dalam masyarakat. Hanya segelintir yang BESAR KEPALA dan sengaja mahu sencari sebab dan cara untuk buat provok pada polis. Kumpulan ini sebenarnya telah 'direkrut' akal dan mindanya oleh kumpulan tertentu untuk kepentingan tertentu.
Jadi kepada seluruh warga PDRM, teruskan berbakti kepada negara dan masyarakat. KHIDMAT BAKTIMU SENTIASA DIHARGAI!
Betul Anon 2.46, bukan semua anggota polis tak bertimbang rasa dan ganas atau sombong, ramai lagi yg betul bekerja untuk menyara anak isteri dan ramai juga yg menyokong parti pembangkang, kita ucap tahniah kpd yg menyokong gerakan Islam dan menyokong tertegak negara yang di dalam nya mempunyai hukum apa yg datang dari Al Quran..Yakin dan percaya lah ramai juga anggota yg menjaga Akidah mereka dan selebih nya kerana mereka memandang dunia dan bukan mengingati akhirat maka setengah nya LAGHA, dan tidak memikirkan haram halal, dan mereka lupa kerja yg mereka lakukan satu ibadah yg amat berharga. oleh itu kita yg melihat jgn lah menuduh keseluruhan PDRM itu tidak baik, mari lah kita sama sama baiki dan dengan nasihat yg baik dan berhemah Insyaalah Allah akan membuka pintu hati mereka dan menyedari makanan yg di suapkan ke mulut anak isteri dan keluarga mereka yg halal, dan datang dari kerja mereka yg memang satu tugas yg baik, Insyaalah. Dan bersama mendoakan agar mereka akan menyokong PR, Biarkan anggota yg meletakkan DUNIA itu akan Insaf dan memilih ISLAM sebagai ADDIN dan tidak bersekongkol dgn PARTI yg tidak menerima Hukum Allah dan membiarkan rakyat dalam keadaan kecelaruan fikiran, yakin dan percaya lah Hanya Islam saja yg BENAR diatas muka bumi ini. kpd Anggota PDRM teruskan lah tugas demi Agama dan Negara, semoga Allah akan mengurniakan kejayaan kpd Anggota yg patuh dan amanah. InsyaAllah. sokong lah PR.
BalasPadamaku amat kesian melihat anggota polis diperalatkan oleh kerajaan bn. pegawai atasan mendapat gaji yang tinggi manakala pegawai bawahan mendapat gaji yang ciput saja berbanding kakitangan awam lain terutama nya cikgu (bandingkan pekeliling bil 1/2012 SSM pegawai awam dan pekeliling bil 2/12 SSM polis). tapi perkara ini mula disedari oleh angota pdrm dan ramai dari mereka termasuklah kerabat aku yang mula berpihak kepada pembangkang. harap pdo dapat dedahkan kedua perkeliling ssm baru ini untuk tatapan angota2 polis yang belum sedar mareka selama ini diperalatkan tapi diberi gaji ciput serta sukar mendapat kenaikkan pangkat...
BalasPadamkenaikan pangkat polis pun pakai kroni..sapa baik dgn boss cepat naik pangkat.. Polis bawahan ni x lebih jadi barua kpd boss2 dia org... Rasuan jgn citerlar..... Sbb tu polis x akan jd baik bila dok dlm PDRM. Ada surau masjid dlm kawsan polis pun, hanya waktu Jumaat jer yg penuh.. Itu pun berapa ramai yg tinggal tuntutan Islam utk memperhambakan diri kpd arahan yg bukan2... Kadang x bolih pk langsung... Nak belasah peserta Bersih..padan2 lar...tangkap jer sudah lar mcm Bersih 2.0 dulu.. Tp Bersih 3.0 arahan boss... BELASAH... Smpai 20 pukul sorg... Giler ker apa ni?. POLIS TRAFIK yg x pernah belasah org pun tiba2 jadi lain mcm... Macam menyerang penjenayah.. Sdgkan mereka x bawak parang, pistol, senapang dll.. Tidak mahu menyerang polis.. Tp bila polis bertindak ganas... Peserta pun terpaksa pertahankan diri dlm apa jua cara sekali pun....
BalasPadamTapi Mat Sabu tak suka polis. Mat Sabu lebih suka KOMUNIS...
BalasPadamkaki khalwat denga bini orang berceramah.
BalasPadamdiri sendiri penuh dosa maksiat masih lagi teringin nak memimpin.
dasar pemimpin pas muka tak tahu malu tampal kulit babi
mujur ada PAS, Dan bagus juga m.sabu timbulkan isu kominis, yg untung balu2, polis pencen yg lain, sedara tolong ikut perbicaraan m.sabu, bagaimana jelas fitnah.di adakan, sedara tak boleh buka mata lagi ke, jiwa kotor, asyik nampak salah orang dan tak langsung menerima bagaimana pembelaan olih m.sabu terhadap anggota polis dan PDRM.. Hati dah tertutup dgn kebaikan dan kebajikan. PAS masih relevan, sedara saja yg masih bertampal kulit babi. Semoga sedara anon 5.38, malu kpd Allah dengan tuduhan membuta tuli, HIDUP PDRM DI BAWAH PELIHARAAN ALLAH Bersama berjuang dalam halaqah ISLAM,
BalasPadamdari pengamatan saya sekitar ibunegara.sebelum bersih 3..polis memberikan kerjasama dan kawalan keselamatan yang penuh kepada peserta perarakan dan perhimpunan suku sakat BN dan menutup laluan utk memberi ruang demo kumpulan ini sehingga selesai... tetapi bila suku sakat PR bukan di tutup laluan utk beri ruang malah ditutup jalan utk dihalang terus malah dengan perintah mahkamah...
BalasPadamPolis laksanakan undang-undang yang direka dan dicipta oleh manusia. Tugas yang sememangnya menjadi tanggungjawab manusia untuk memelihara dan menjaga keselamatan negara.Seterusnya manusia akan hidup dengan aman dan dapatlah bekerja dan beribadat dengan tenang. Tapi adakah kita lupa manusia yang mereka dan mencipta undang2 itu adalah makhluk ciptaan Allah semata-mata?. Jadi mengapa Undang-undang yang Allah ciptakan (hudud) misalnya manusia tolak mentah2? hebat sangatkah manusia berbading Allah yang mencipta? Hebat sangatkah kita berbanding Allah. Laksanakan dulu undang-undang Allah barulah kita boleh katakan 'saya mencari rezeki yang halal".
BalasPadamPAs dengan umno sekarang sama sahaja 2x5, Sejak arwah nik aziz x da tampok pentadbiran yg dikendalikan oleh haji hadi awang da lari x sama mcm dulu penuh semangat dan kenyakinan. Kutuk sama mengutuk pas tajaan ke syurga ,duduk bawa ketiak dap la tu jauh sekali, perjuangan Dap hnya dalam negeri dan kawasan daerah sahaja x lebih kerana malaysia masih punya sultan ,melayu bodoh je yg ckp dap akan kuasai dunia dan pas bawak ke jalan syurga..hakikat nye baik umno atau pas sekarang x payah undi buat habis dakwat je, teruskan penjuangan dalam keadilan dan amanah tu jauh lebih baik ,daripada melayu yg bodoh x tahu ditindas hari2.
BalasPadam