script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, terdapat beberapa wakil rakyat berbuat demikian dan mencetuskan persepsi seolah-olah persidangan DUN dijalankan secara berat sebelah dan tidak mengikut aturan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut. Segala penjelasan telah saya berikan sebelum ini.

“Terdapat pihak yang masih mempertikai mengapa laporan atau penyata kewangan diletakkan pada hari terakhir persidangan dalam aturan urusan mesyuarat.

“Perlu saya tegaskan bahawa penetapan tarikh embargo pada hari terakhir adalah amalan standard sejak sekian lama, dan ia selaras dengan apa yang telah dilaksanakan di beberapa DUN yang lain,” katanya.

Mohd Sharkar berkata sebelum memulakan sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Katanya, laporan berkenaan diagendakan sebagai kertas pembentangan dan bukannya untuk dibahaskan bagi memastikan maklumat tidak dipetik secara pramatang sebelum dibentangkan secara rasmi di dalam dewan.

Selain itu, beliau turut menegaskan dakwaan bahawa penetapan tarikh embargo pada hari terakhir persidangan menghalang ruang perbahasan adalah tidak tepat sama sekali.

“Sekiranya Ahli Yang Berhormat berasakan sesuatu laporan itu perlu dibahaskan, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan usul secara rasmi bagi membolehkan ia dipertimbang untuk dibawa dan dimasukkan dalam aturan mesyuarat yang akan datang selaras dengan Perkara 27 (3), Peraturan Mesyuarat Dewan.

“Dewan Ke-15 ini sudah memasuki tahun kelima. Ahli-Ahli Yang Berhormat sepatutnya sudah tahu proses perjalanan mesyuarat Dewan Negeri dilaksanakan, sebab itu setiap ulasan, mesti merujuk kepada buku Peraturan Mesyuarat dan sepatutnya sudah mencapai tahap kematangan politik yang tinggi,” katanya lagi. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.