Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


November 28, 2012

Mahkamah Tinggi Kuantan 'Tangguh Pengurusan' Kes Lynas Malaysia 'Saman SMSL' Pada 17 Disember Ini !!

KUANTAN, 28 Nov - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan. Hakim Dato' Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itudilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini. Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara. Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan. Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon.

[Ramai pemerhati yang berpandangan keputusan Lynas menyaman SMSL ini pasti akan dimenangi oleh Lynas. Ini kerana Lynas sudah pun dibenarkan operasinya oleh kerajaan Malaysia sendiri. Makanya, tidak mungkin keputusan perbicaraan kes ini akan berpihak kepada SMSL. Walau apapun yang dilakukan oleh rakyat bagi menghalang operasi kilang Lynas termasuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur baru-baru ini, namun tidak mungkin kewujudan Lynas di kawasan perindustrian Gebeng dapat dihalang melainkan mengubah kerajaan yang ada hari ini. Hanya rakyat yang perlu buat perubahan jika mereka mahu masa depan mereka lebih terjamin pada masa yang akan datang. Maka, buatlah pilihan anda!].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

usin said...

pelik sungguh dgn cara pemikiran blogger pdo ini. bawa kes ke mahkamah sudah. keputusan mahkamah juga sudah. kajian pakar2 dalam & luar negara sudah. laporannya juga sudah, penerangan pihak pengurusan sudah. lawatan ke tapak juga sudah. kenapa semua itu tidak boleh dihormati? adakah jika keputusan itu memihak kepada SMSL baru boleh dihormati? boleh tak bezakan suci hati dgn busuk hati? apa akan jadi jika kuasa yg diperolehi kelak berpunca dari tindak tanduk jahat dan busuk hati, boleh pdo bayangkan?

Anonymous said...

PDO...post entri parti sultan pahang tak ada ruang KOMEN ker?

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]