KUANTAN, 23 Nov - Sebahagian besar anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini meluahkan perasaan kecewa mereka akibat tindakan kerajaan menjadikan mereka "alat" untuk menjaga kepentingan pojek Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kekecewaan itu timbul apabila anggota polis terbabit yang sepatutnya berjaga-jaga kiranya ada rusuhan atau demontrasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam ketika operasi membawa masuk bahan nadir bumi yang tiba dari Australia di Pelabuhan Kuantan ke kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Namun, apa yang belaku anggota polis dari cawangan trafik IPD terbabit seramai lebih kurang 30 orang tiba-tiba ditugaskan menjadi polis pengiring lori-lori treler yang digunakan untuk operasi terbabit. Menurut beberapa orang anggota polis berkenaan, mereka benar-benar tertipu dengan arahan berkenaan. Kerajaan tidak sepatutnya menyalahgunakan tugas anggota polis. "Kami bukannya dibayar gaji untuk iringi lori treler sebuah syarikat swasta seperti Lynas ... lainlah ia syarikat milik kerajaan. Apa yang terjadi ini jelas sekali telah melanggar tugasan dan tanggubgjawab yang telah diamanahkan kepada kami", kata mereka. Apa yang berlaku ini jelas sekali melanggar peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Soalnya kenapa anggota polis ini digunakan untuk mengiringi operasi membawa bahan nadir bumi "rare earth"?. Kenapa Lynas yang telah melabur beratus juta ringgit itu tidak menggunakan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan (security), jika mereka benar-benar mahu kawalan keselamatan dilakukan terhadap operasi tersebut. Kenapa perlu anggota polis dijadikan alat kepada operasi sebuah syarikat swasta. Lynas bukan kilang milik Kerajaan Negeri Pahang atau pun Kerajaan Malaysia. Ia milik pihak swasta. Maka menggunakan anggota polis untuk tujuan berkenaan jelas sekali bercanggah dengan peraturan pegawai kerajaan yang telah ditetapkan. Difahamkan, awal pagi semalam sahaja ada lebih dari 150 trip lori treler berkenaan berulang alik dari Pelabuhan Kuantan ke Gebeng. "Kami terpaksa lakukan kerja amal hingga jam 6.00 pagi dikala orang lain tidur lena. Lebih menyedihkan, kami hanya disajikan sedikit minuman dan makanan (mee goreng) tiada upah dan elaun tambahan diberikan. Lynas yang kaya raya bakal mengaut untung ratusan juta ringgit .. kudrat dan tenaga kami hanya dibayar dengan sepingga mee goreng... jika semalaman dibayar RM200 hingga RM300 seorang mungkin tidak menjadi pertikaian. Namun, inilah yang terjadi kepada kami sekarang... Kami mengawasi bahan mentah mereka dengan arahan pihak atasan. Kami yang menanggung risiko baik dari segi kesihatan atau pun ancaman nyawa", jelas salah seorang lagi anggota polis terbabit.
Difahamkan juga, anggota polis terbabit di tempatkan di Balai Polis Pelabuhan Kuantan sebelum memulakan operasi sekitar jam 1.00 pagi. "Arahan yang diberikan, semua operasi tidak akan dimulakan sekiranya ada rusuhan atau himpunan di pintu masuk jalan ke pelabuhan. Sepatutnya itulah tugas kami, mengawasi ketenteraman awam.. bukan dijadikan alat untuk menjaga kepentingan sebuah syarikat yang kaya raya seperti Lynas ini. Harap-harap pihak kerajaan dapat berbuat sesuatu agar kebajikan kami lebih terbela jika ada operasi sebegini rupa pada masa-masa yang akan datang", tambah mereka lagi.
[Apa yang berlaku ini amatlah tidak wajar sama sekali. Polis sepatutnya digunakan untuk menjaga ketenteraman awam dan bukannya keselamatan sebuah syarikat swasta seperti Lynas yang kaya raya ini sebenarnya. Sudahlah mereka tidak diberikan elaun tambahan, lebih teruk lagi terpaksa bekerja hingga ke pagi hari dan hanya diberikan makan mee goreng semata-mata. Ini merupakan satu penghinaan kepada tugas seorang penjawat awam terutamanya anggota polis itu sendiri. Walau pun Lynas mahu pergerakan mereka diawasi, syarikat terbabit sepatutnya menggunakan khidmat agensi kawalan keselamatan yang banyak terdapat di negara ini. Kenapa begitu kedekut keluarkan peruntukan untuk mendapat khidmat agensi terbabit. Kenapa perlu gunakan anggota polis secara percuma sedangkan Lynas akan mendapat untung bernilai jutaan ringgit. Malah, turut dipersoalkan jika benar Lynas tidak berbahaya maka kenapa mereka perlu takut berhadapan dengan rakyat yang berada di Pelabuhan Kuantan untuk membantah penghantaran bahan berkenaan ke kilang mereka di Gebeng. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Maka itu, tidak salah untuk rakyat mempertikaikan projek terbabit. Mereka ada hak untuk hidup selamat dan selesa].








siapa kata percuma? syarikat kawalan persendirian boleh jaga trafik ke? setahu saya syarikat syarikat pengankutan boleh menyewa polis untuk mengiringi perjalanan mereka bagi mengelakkan gangguan trafik. kira dapat mee goreng kira bagus dah tu..mungkin kecoh sebab tidak dapat elaun tuu yang kecoh..tak kan rakyat tak tau siapa polis hari ni..no money no talk.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSLSM and other antilynas groups have promised to blockade the entire port, thus causing pain to many tens of thousands of locals.... instead of allowing this to happen and result in riots between those who need the port open, and those who selfishly try to block it, lynas and the police avoided conflict.
BalasPadamThis is admirable as opposed to SLSM's intent on violent conflict.
Siapa kata kecewa? Itu cuma perang saraf. Yang pentingnya polis sedia berkhidmat. Sekiranya gangguan berlaku ke atas Lynas, jangan lupa polis mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan
BalasPadamsedia maklum, PDRM kini telah menjadi PECACAI umno dulu kini dan selamanya sampai kemampus jadi pecacai.
BalasPadamteruskan wahai pdrm dengan pecacai kamu.
Rakyat kalau salah sedikit di hina dan lakukan bermacam macam.
TUMPASKAN UMNObn
hancurkan umno
polis ni xpaham tugas de ker or pahang daily putar belit
BalasPadamhaha....dah2lah umat islam...malu ke orang wat perangai memfitnah ni
bukan semua polis pencacai umno,ramai juga polis yg sokong pembangkang,cuma bila mereka kerja dengan kerajaan nampak macam semua polis penyokong umno,
BalasPadamkalaupun polis menyokong umno mungkin mereka sakit hati dengan PR kerana mengelarkan polis dengan gelaran yg cukup menyakitkan telinga mendengarnya.
Pahang daily memang putar belit... masakan dengan tugas itu diberikan mee aje. Nampak sangat nok cari isu, masalahnya bende sede gini pun nok kecoh... sudahlah menarik orng Melayu nak mula berniaga... pandei lalu awok we
BalasPadamThis information is worth everyone's attention. When can I find out more?
BalasPadamAlso visit my homepage: successful youtube channel []