pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Gesa Isu "Rozita" Di Tutup, Si Mati Orang Asli Beragama Kristian
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Orang ramai digesa menghentikan penyebaran gambar wanita orang asli "Rozita Binti Othman" yang mengelirukan semua p...

KUANTAN: Orang ramai digesa menghentikan penyebaran gambar wanita orang asli "Rozita Binti Othman" yang mengelirukan semua pihak baru-baru ini. Ia berikutan terdapat kenyataan kononnya wanita terbabit berbangsa Melayu dan beragama Islam, tapi anehnya di kebumikan di perkuburan Kristian Taman Gelora dekat sini.

Mengulas lanjut perkara itu, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, isu ini sebenarnya bukanlah "fitnah" tetapi "salah faham" dan "kekeliruan" di kalangan umat Islam.

Mereka keliru, kenapa nama itu ada "binti" kalau ia menjurus ke aras orang asli sedangkan sudah termaktub sejak sekian lama perkataan itu khas untuk "orang Islam" sahaja. 

Di dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti "anak lelaki kepada" manakala Binti pula mewakili "anak perempuan kepada". Ia berasal dari perkataan Arab iaitu "ibn" (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau "binte" (بنت) bagi anak perempuan. Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad. Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan "bin" atau "ibn" dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat. "Ibn" adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai "bin" (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-Ahzab, Ayat 5 (rujuk  https://ms.wikipedia.org/wiki/Bin)

"Persoalannya kenapa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak cakna benda-benda macam ini?. Isu tak timbul jika perkuburan Islam itu berada di lokasi majoriti bukan Islam. Namun perkuburan Kristian Taman Gelora terletak berdekatan masjid yang didiami oleh majoriti Melayu di Kampung Tanjung Api... inilah yang menyebabkan orang ramai yang terpandang papan tanda di kubur itu jadi keliru sebenarnya", kata Shukri.


"Tidak ramai orang Islam yang tahu penggunaan bin dan binti kini dibolehkan kepada orang asli dan kaum-kaum lain di Sabah serta Sarawak. Inilah yang berlaku dalam kes ini. Bukan soal mahu menghina si mati atau sebaliknya, cuma kekeliruan itu pokoknya. semua orang keliru sebab mereka tidak tahu menahu. Bagi orang asli memanglah akan marah seolah-olah menjatuhkan maruah mereka... tapi papan tanda di kuburan itu mana ada tulis si mati orang asli...makanya ... kekeliruan itulah menyebabkan isu ini diviralkan", katanya.

Beliau turut mendakwa menerima maklumat dari ahli keluarga terbabit selepas isu tersebut diviralkan dan telah memohon maaf bagi semua pihak atas kesilapan yang berlaku. "Semua pihak terutamanya mereka yang viralkan isu ini perlu memohon maaf secara terbuka kepada keluarga terbabit... soal mereka membuat laporan polis kononnya di fitnah itu hak keluarga berkenaan. Bagi saya isu ini harus di tutup demi keharmoniam kaum di negara kita. Ini bukan soal perkauman cuma kekeliruan yang tidak disengajakan", jelas beliau.

Justeru NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa semau posting terhadap isu ini dipadamkan serta merta demi menjaga imej dan maruah keluarga berkenaan. "Itulah yang terbaik dan tutup buku isu ini dari terus diviralkan..Semoga kesilapan begini tidak berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang hendaknya", katanya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top