pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penganjur Cuai, Ada Satu Lagi Kes Sebelum Kejadian Di Rahsiakan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mendedahkan satu bukti kecuaian penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidi...

KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mendedahkan satu bukti kecuaian penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di sini baru-baru ini yang gagal mendedahkan telah berlaku satu kemalangan di kawasan litar sebelum perlumbaan sebenar acara itu dijalankan keesokan harinya.  Kecuaian tersebut menyebabkan Izwan Isa, 39, dan anak perempuannya Nur Zulaikha, 4, telah maut akibat dilanggar oleh kereta go-kart yang terbabas. 

Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata beliau hairan dengan penjelasan yang dibuat oleh Pengarah program berkenaan Prof Madya Dr Aminudin Abu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  yang mendakwa selepas sembilan kali menganjur program tersebut, tidak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini.



Justeru menurut Shukri, beliau menggesa Dr Aminuddin supaya kerap turun padang apabila ada sesuatu perlumbaan anjuran mereka selepas ini. 


"Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kejadian sebelum hari perlumbaan (Ahad) berlaku pada (Sabtu) ketika para pelumba mengadakan latihan perlumbaan. Sebuah kenderaan telah terbabas dan melanggar barrier kosong dan kenderaan awam yang diletakkan di tepi litar.. namun difahamkan pemandu hanya cedera ringan (kaki luka) sahaja.. maun sya hairan kenapa perkara ini tidak didedahkan kepada umum dan mereka merahsikannya?", kata Shukri.


"Saya pelik, sebagai Pengarah Program kenapa Dr Aminuddin tidak tahu menahu kejadian pertama itu, sedangkan ia sudah viral di laman sosial. Malah mungkin juga ada pihak cuba merahsiakannya supaya perlumbaan sebenar keesokannya tidak dibatalkan. Sepatutnya penganjur memperbetulkan masalah yang terjadi.. wajarkan barrier kosong dan kenderaan awam diletakkan ditepi litar tanpa ada halangan?. Mereka pernahkah fikirkan aspek keselamatan pemandu.. jika bukan orang awam sekali pun?. Mungkin kemalangan maut tempohari tidak berlaku jika ia dibatalkan gara-gara kemalangan pertama itu.", tambah Shukri.

Video kemalangan yang berlaku pada Sabtu (sebelum perlumbaan)

Menurut Shukri, beliau percaya kemalangan tersebut juga disembunyikan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang, Tourism Pahang, Tourism Malaysia  dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM). Lantaran itu semua pihak terbabit tidak tahu menahu kejadian yang berlaku. Ini menyebabkan mereka sangka penganjur telah melaksanakan aspek keselamatan, sedangkan ia jelas sekali gagal  katanya.

Video kemalangan yang berlaku pada hari perlumbaan (Ahad)

"Andainya berita kemalangan pertama ini dihebahkan, maka sudah pasti MAM boleh kenal pasti puncanya dan pastikan water barrier yang dijanjikan digunakan pada hari perlumbaan sebenar. Gara-gara cuai dan tidak mementingkan aspek keselamatan akhirnya orang awam menjadi mangsa pada keesokan harinya. Maka kami menyokong keluarga mangsa failkan tindakan saman di  mahkamah terhadap kes ini.. Ia bukan sekadar takdir tetapi ada pihak yang sengaja cuai aspek keselamatan. Bayangkan jika post morten kemalangan pertama dilakukan, maka sudah pasti penambahbaikan akan dilakukan termasuk penyediaan water barrier, yang mana impaknya tidak terlalu kuat jika berlaku kemalangan", tambah Shukri lagi. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top