script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi memastikan hasil pertanian terus diterima di pasaran antarabangsa.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kegagalan mematuhi elemen ESG boleh menyebabkan produk pertanian tempatan ditolak oleh negara luar.

"Di sini saya ingin menegaskan supaya kebun-kebun di Cameron Highlands menukar corak pertanian kerana dunia kini semakin canggih dan aspek ESG perlu diterapkan. Tanpa elemen ESG, mungkin produk yang dikeluarkan tidak dapat dijual di peringkat antarabangsa.

"Dari semasa ke semasa, ada produk dari Cameron Highlands tidak dibenarkan dieksport, khususnya ke Singapura dan negara-negara lain. Ini satu kebimbangan," titah baginda dalam hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini.

Baginda turut menegaskan bahawa kerajaan, pakar pertanian dan pekebun perlu merangka pendekatan baharu dalam meningkatkan kaedah serta corak pertanian di kawasan tanah tinggi itu.

"Kita perlu melihat perkara ini secara serius dan terperinci. Perlu ada libat urus dan perbincangan untuk memperkukuh corak serta kaedah pertanian di Cameron Highlands.

"Ini nasihat saya dan harap ia diambil kira secara serius. Ini bukan bahan gurauan kerana ia melibatkan masa depan dan keadaan geografi di Cameron Highlands," titah baginda. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.