script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

KUANTAN: Sebanyak 122 hak milik di atas tanah milikan syarikat Berjaya sekitar Bukit Tinggi, Bentong dilucutkan kepada Kerajaan Negeri Pahang susulan kegagalan menjelaskan tunggakan cukai tanah berjumlah lebih RM70 juta.

Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Saifullah Muhammad Ali, berkata antara lokasi terbabit adalah kuarters pekerja, dobi, taman arnab dan taman Jepun yang masing-masing berada di atas tanah kerajaan yang dilucuthak.

"Pada 28 September 2026, UPNP melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah milik syarikat Berjaya Sdn Bhd di Bukit Tinggi, yang telah dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang.

"Sebanyak 122 hak milik yang dilucuthak telah disita, manakala struktur kekal yang berada atas tanah kerajaan telah dikosongkan dan dikunci, dengan pemasangan rantai dan mangga.

"Tindakan dilaksanakan selepas pihak Berjaya gagal menyelesaikan tunggakan cukai tanah sebanyak RM 70,481,097 melibatkan keseluruhan 122 hak milik, yang tertunggak seawal tahun 2020," katanya.

Beliau berkata, susulan sitaan itu, semua aktiviti di lokasi terlibat diarahkan untuk diberhentikan serta-merta dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan pendakwaan mengikut Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Katanya, wakil Berjaya Group yang hadir di lokasi ketika operasi pihakya, turut dimaklumkan bahawa tindakan itu dijalankan susulan penampalan dan penyerahan notis pada 9 dan 10 September lalu.

"Pentadbir Tanah Bentong mengeluarkan perintah lucuthak kepada semua 122 tanah hakmilik yang gagal dibayar cukai, dan pewartaan Notis 8a telah dilaksanakan pada Jun 2025.

"Kesemua lokasi kemudiannya dipasang rantai dan mangga bagi menghalang sebarang aktiviti atau pendudukan tanpa kebenaran di atas tanah yang telah menjadi milik Kerajaan Negeri," katanya.

Bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan berkenaan kini tertakluk kepada arahan penangguhan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Lucut Hak 122 Tanah Milik Berjaya Kerana Gagal Jelaskan Tunggakan Cukai Tanah Berjumlah Lebih RM70 Juta

KUANTAN: Sebanyak 122 hak milik di atas tanah milikan syarikat Berjaya sekitar Bukit Tinggi, Bentong dilucutkan kepada Kerajaan Negeri Paha...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.