script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.