script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Nafi Dakwaan Tular Seorang Anggotanya Cedera Ditikam Orang Asli Ketika Operasi Di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera

BERA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam Orang Asli ketika operasi pemantauan keselamatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera di sini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata penyebaran maklumat palsu yang dikesan tular sejak semalam adalah tidak bertanggungjawab serta boleh menimbulkan kegusaran awam.

Kandungan tular mendakwa seorang anggota polis ditikam ketika menjalankan tugas rondaan serta pemantauan keselamatan di sekitar kawasan terbabit.

"Polis menafikan dakwaan berkenaan dan ia adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Penyebaran kandungan sebegini bukan sahaja berpotensi mendatangkan kegusaran kepada orang ramai, malah boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkiflee berkata, laporan polis sudah diterima berhubung isu tular berkenaan termasuk laporan yang dibuat di daerah lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai khususnya pengguna media sosial dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan tidak berkongsi kandungan yang berpotensi mencetuskan salah faham, kebencian serta persepsi negatif terhadap mana-mana individu atau komuniti," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Nafi Dakwaan Tular Seorang Anggotanya Cedera Ditikam Orang Asli Ketika Operasi Di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera

BERA: Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam Orang Asli ketika operasi pemantauan keselam...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.