script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Ir.Nizar Tidak Durhaka Kepada Sultan, Memang Ada Sejarah Menteri Besar Yang Enggan Untuk Letakkan Jawatan Di Perak Sebelum Ini !!


IPOH [3.35 pm] - Dalam mencari sebuah jalan penyelesaian "perang tempoyak" di Perak hari ini, bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi (foto) iaitu bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah (foto atas) sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi Menteri Besar. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya. Ghazali berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

[Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah (foto) dan disedut dari blog beliau. Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’ - Artike MSO ]

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44,BEU77, BT56, WR71, WR81,WR61, WR76 dan WR67. Harga boleh dirundingkan. Berminat sila hubungi talian hotline 018-2206761 (Encik Azmie)

BENGKEL ASAS MEMBINA LAMAN BLOG: Penyertaan untuk anda yang berminat menyertai Bengkel Asas Membina Blog bersama Blogger Cucumatkilau masih dibuka. Peluang terbaik untuk anda mempunyai blog peribadi masing-masing sekarang. Jangan lepaskan !! Daftar segera, Yuran penyertaan hanyalah RM80.00 sahaja. Bengkel sehari ini akan diadakan di Kuantan (Feb) dan diikuti lokasi lain di seluruh negara mulai Mac 2009 ini. Kepada anda yang berminat, sila isikan borang pendaftaran dibawah dengan segera untuk dihubungi. Terima Kasih [Sila Daftar Di Sini]

Share:

10 ulasan:

  1. Apa yang dilakukan oleh UMNO diPerak hanya untuk mengelirukan keadaan agar rakyat berpihak padanya.

    Sejarah tidak boleh diubah lagi, tapi ahli dan pemimpin UMNO masih boleh diubah atau dibubarkan.

    BalasPadam
  2. melayu pas dan pkr lah yang paling bodoh dan dunggu sekali. tak payah lah susah payah cari kisah-kisah sejarah untuk membenarkan penderhakaan nizar pada paduka seri sultan perak. patut nya kisah sejarah itu di ambil contoh untuk tidak diulangi oleh pas atau nizar tapi di ambil contoh untuk membenarkan penderhakaan tu terus berlaku. sama macam kisah nik aziz dengan menantunya, di mana melantik menantunya atau kroni adalah sunnah nabi, tapi bila orang umno lantik kroni salah, berdosa tapi bila dia lantik kroni dapat pahala. orang-orang macam ni yang cakap berbelit-belit tak ubah macam peres si yahudi tua tu kita nak ikut dan jadikan pemimpin ker??? apa-apa pun tahniah dan syabas pada umno kerana dapat tawan perak semula. yang pasti yang dehaka pada hari ini dan yang tak nak letak jawatan adalah nizar dan pakatan rakyat bukan umno. hidup UMNO!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. bagus artikel ni...ilmiah...oukul umno semula!!!!

    kat sini pun best gak...

    http://corongkita.blogspot.com/2009/02/allah-maha-besar-rakyat-perak-hukum.html

    BalasPadam
  4. Al Fatehah buat Allahyarham Roslan Shahrum,ahli parlimen Bukit Gantang.

    Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...tidaklah terkecuali Tok,Radenjowo,Zombie D'Pangkor dan Najib sendiri.

    Bertambahlah lagilah kesedihan penyokong Pakatan Rakyat yang sebelum ini gempar dengan trajedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak oleh gerombolan lanun yang diketuai oleh Zombie D' Pangkor.

    Betapa bacul dan phobianya Najib terhadap PRK sudah tersebar satu Malaya setelah BN tewas di dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu walaupun Najib yang menjadi jeneral perang BN.Ketika PRU12 juga Najib yang menjadi jeneral perang dan Pakatan Rakyat telah berjaya menguasai Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.

    Sejak kekalahan berturut-turut di PRU 12,PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu,Najib semakin phobia dengan PRK.Cara terbaik untuk memulihkan imejnya ialah melalui pembelian secara pakej ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

    3 ADUN Pakatan Rakyat telah juling mata denga tawaran wang besar daripada Najib bersetuju melompat katak ke kem BN dan kesempatan ini dipergunakan Najib untuk merampas kuasa di Perak dang telah melantik ketua lanun Zombie D' Pangkor sebagai tok wakil kerajaan haram di negeri Perak.

    Tiada siapa yang meminta PRK Bukit Gantang diadakan dengan cara yang sama seperti PRK Kuala Terengganu.Pasti ada hikmahnya ketentuan Ilahi.

    Kini Najib seperti beruk tertelan cili,apa yang ditakutinya telah menjadi realiti.tak dapat tidak setotok mana pun UMNOnya Pengerusi SPR,beliau terpaksa mengadakan PRK di Parlimen Bukit Gantang.

    Tok sangkakan PRK akan diadakan di Parlimen Pensiangan kerana ketika ini sedang menunggu proses rayuan mahkamah.

    Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang,Changkat Jering dan Trong.DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering telah dimenangi PKR dan DUN Trong pula telah dimenangi oleh BN.

    ADUN Changkat Jering baru-baru ini telah melompat dan belot daripada partinya sendiri dan PRK Bukit Gantang akan menjadi medan buat rakyat Perak khususnya para pengundi parlimen Bukit Gantang yang masih berang dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak menghukum kerajaan haram BN dengan memberikan undi majoriti besar sehingga hilang wang pertaruhan calon BN yang akan bertanding.

    Paling menarik peratusan pengundi Melayu di Bukit Gantang sekitar 63%,27% pengundi Cina dan 9% pengundi India.

    Kedudukan sukar buat BN dan najib bakal hilang jawatannya jika BN kalah di dalam PRK Bukit Gantang.Khairi pula menunggu dengan sabar untuk membalas dendam setelah kem Najib mensabotaj hulubalangnya Wan Farid di PRK Kuala Terengganu dan Norza Zakaria.Peluang Khairi untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO lebih cerah jika Najib berjaya disingkirkan daripada persada politik tanahair.

    Inilah yang paling ditakuti Mukhriz,sehingga mengajak ADUN-ADUN PAS menyertai kerajaan haram BN di Perak.

    Itulah Tok dah cakap tak berkat rampas kuasa daripada kerajaan negeri Perak yang sah.

    Tok tak dapatlah nak sahkan apakah ini balasan daripada Allah.Cuma Tok yakin buat baik balasannya baik dan buat jahat balasannya pun setimpallah dengan perbuatannya.

    Tok nak cadangkan agar pemimpin Pakatan Rakyat mencalonkan Nizar sebagai calon mereka di Parlimen Bukit Gantang dan kita serahkan kepada para pengundi di Bukit Gantang untuk memilih ahli parlimen yang mereka rasakan sesuai.

    Buakn sahaja Tok tapi hampir semua rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi membenci najib dan sudah sampai masanya beliau pencen dengan aib besar kerana sebelum ini cukup angkuh sehingga berani membelakangkan kepentingan rakyat asalkan agenda peribadinya tercapai.

    Kambing hitam yang dicari oleh Pak Lah sudah dijumpai dan Najib bolehlah join Tun Dr Mahathir minta suaka politik di Zimbabwe.Mugabekan ada.

    BalasPadam
  5. artikel menarik.xtau pun b4 ni.terima kasih.bertmabah meluat aku kt BN pas ni.

    BalasPadam
  6. Sejarah adalah tauladan, tetapi di dalam perundangan sejarah adalah contoh. Mungkin orang dan penyokong UMNO tidak akan faham. Mereka ini adalah golongan yang tertutupmata,telinga dan hati mereka. Syabas kepada orang UMNO kerana penyokong - penyokong mereka telah difirman olh Allah. Amat sukar bagi penyokong totok UMNO nak faham benda macam ini kerana hati mereka telah terttup dari kebenaran. Bagi mereka segala - galanya dui dan b***t.
    Kawan - kawan saya dalam UMNO Pahang bersemangat konon merekaah orang yang paling setia memperjuangkan Melayu dan Islam, tetapi realitinya, merekalah yng banyak memecahkan anak dara Melayu, hidup berjudi dan minum arak. Apa yang boleh diharap pada orang seperti ini? Merasuah dan makan rasuah. Menindas orang - orang miskin. Moga Allah emberi petunjuk kepada mereka. Amat malang sekiranya tidak sempat bertaubat dan panggilan Ilahi pun sampai.
    Kepada penyokong PKR banyak bersabar dan mengingati Allah, sebenarnya kebenaran telah terlalu hampir zaman gelap Malaysia akan berlalu.

    BalasPadam
  7. HIKMAH DISEBALIK KEMATIAN MP BUKIT GANTANG UNTUK RENUNGAN SULTAN PERAK


    SALAM…

    Sebagai seorang yang beragama Islam, aku mempercayai akan wujudnya hikmah dan pengajaran dalam setiap perkara/peristiwa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

    Dalam konteks politik di Perak akhir-akhir ini telah terhasil satu keputusan yang jelas sekali menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akibat dari Kuasa yang ada pada Sultan dan Raja-raja Melayu. Keengganan Sultan Perak mempekenankan pembubaran DUN untuk diadakan Pilihanraya negeri, kedengaran di sana sini suara Rakyat yang inginkan Rakyat membuat pilihan. Siapakah dan Bagaimanakah pilihan mereka untuk menentukan peneraju negeri mereka. Malah Sultan tetap dengan keputusannya, membayangkan bahawa keputusan Sultan tersebut adalah mutlak atau tidak terbatal. Sama ada adil atau tidak, sama ada rakyat mengeluh atau tidak, itu bukan pilihan Tuanku. Yang pastinya, keputusan Tuanku tersebut telah memulakan dimensi baru dalam ragam politik Malaysia. Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah berlaku. Semua rakyat terpanggil bersama-sama untuk belajar dan menganalisa krisis undang-undang tersebut daripada yang buta huruf hinggalah golongan akademik, masing-masing bercakap-cakap dan memulakan Tesis baru untuk kajian ilmiah mereka. Sangat menarik bukan…

    Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu adalah sebahagian dari hikmah yang terdapat di dalam Peristiwa Rampasan Kuasa 6/2/2009 setelah tertubuhnya Kerajaan Haram Negeri Perak.

    Pada 10/2/2009 akan berlakunya angkat sumpah Exco untuk Kerajaan Haram Negeri Perak seperti yang dijadualkan. Manakala sehari sebelumnya pada 9/2/2009 hari Isnin Negara dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen dari Perak iaitu dari Parlimen Bukit Gantang. Kenapa Sultan enggan membubarkan DUN? Kenapa Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia sebelum Exco Kerajaan Haram menggangkat sumpah? Kenapa wakil rakyat dari Perak yang meninggal dunia dan bukan dari negeri lain? Itu semua adalah urusan Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

    Bagi aku, hikmah yang terdapat dari peristiwa tersebut adalah dengan keputusan MUTLAK Sultan Perak yang enggan membubarkan DUN untuk diberi pilihan kepada rakyatnya memilih pemimpin. Malah keputusan Tuanku adalah TIDAK ADIL dari pandangan rakyatnya…ramai yang kecewa…ramai yang bersedih dan lagi ramai yang rasa diperbodohkan.

    Maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang ini dengan sendirinya Pilihan Raya Kecil akan berlaku sebagaimana yang dipersetujui dalam lunas-lunas demokrasi Malaysia. ALLAH S.W.T MAHA ADIL untuk hambanya, maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut rakyat telah diberi peluang untuk kembali memilih pemimpin pilihan mereka setelah dinafikan oleh Sultan Perak. Secara tersiratnya, keputusan yang terhasil dari PRK yang akan diadakan nanti akan dapat mengukur sejauh mana keputusan Tuanku Sultan Perak adalah betul dan wajar untuk kebajikan rakyatnya. Wallahualam…

    SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA BERKUASA.

    BalasPadam
  8. DAULAT TUANKU... KAMI SANGAT RAMAI LAGI TUANKU YANG SOKONG DIATAS APA YANG TUANKU BUAT KHASNYA DI NEGERI PERAK. KALAU TIDAK KERANA KEDAULATAN TUANKU SUDAH TENTU PERAK SELEPAS PR12 MB NYA PERTAMA KALI DALAM SEJARAH DARI BANGSA CINA!!!!!!! ITU YANG ORANG DOK KATA MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI TU..... YA LA TUUUUUUUUUUU

    BalasPadam
  9. Parti keris ni bising cakap Nizar derhaka. Adakah mereka lupa selepas PRU mereka menolak pemilihan Mat said oleh Sultan Terngganu. Apakh hukum derhaka hanya untuk pembangkang saja dan bukan mereka? Dan sejak bila pula parti keris menjadi pembela raja? Bukankah mereka juga yg menghapuskan imuniti raja dulu? Kita melupakan sejarah tapi sejarah sentiasa menghantui kita..

    BalasPadam
  10. Salam, saya dah upload di dalam blog saya, www.shamsuliskandar.com tentang sejarah MB Perak. Ubah tajuk sikit. Boleh na ??

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Maran Tahan Penjawat Awam Gara-Gara Merakam Video Seorang Lelaki Dalam Tandas Sebuah Pasaraya Di Bandar Jengka

MARAN : Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki disyaki merakam video seorang lelaki di dalam tandas sebuah pasar raya di Bandar Jengka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.