script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Insiden Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri, Pemimpin Pakatan Rakyat Tetap Ikhtiraf Yang Nizar Adalah Menteri Besar Perak Yang Sah

KUALA LUMPUR [11.20 pm] - Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh KeADILan, Pas dan DAP dalam satu kenyataan masih mengiktiraf Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.”Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.,” menurut kenyataan berkenaan. Kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rampasan kuasa di Perak. “Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau,” katanya lagi. Menurut kenyataan itu lagi lagi, Pakatan Rakyat akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Mengulas mengenai reaksi yang ditunjukan rakyat hari ini bagi membantah upacara mengangkat sumpah Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional Perak, Pakatan Rakyat merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara. “Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara,” menurut kenyataan lagi.

[Inilah padahnya bila Tuanku Sultan Perak dipergunakan untuk tujuan politik kepartian semata-mata. Sultan sepatutnya bertindak secara adil dan bijaksana, kini institusi di dihina dan dicemuh oleh rakyat Perak. Inilah yang dikatakan "Raja Adil Raj Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah". Kemelut yang berlaku ini adalah gara-gara sikap pemimpin tertinggi UMNO yang menggunakan "kemewahan" untuk menguasai Sultan. Akhirnya, mereka mendapat kuasa dan Sultan Perak mendapat penghinaan. Puak-puak UMNO dan BN merasa lega selepas Menteri Besar baru dilantik dikalangan mereka. Justeru itulah, mereka tidak menghiraukan sebarang bantahan rakyat. Apa yang penting, Sultan Perak memperkenankan niat jahat itu dan kuasa akan kembali ke tangan mereka secara "tidak terhormat". Inikah yang dikatakan oleh Pak Lah supaya rakyat bersabar dan menerima takdir itu. Beliau menyamakan bagaimana UMNO dan BN bersabar menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Punyalah dangkal mentaliti PM Malaysia ini, kalah pilihanraya adala secara demokrasi berpelembagaan dan secara sah. Namun kalah sekarang adalah secara jahat dan zalim menerusi rampasan kuasa !!].

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44,BEU77, BT56, WR71, WR81,WR61, WR76 dan WR67. Harga boleh dirundingkan. Berminat sila hubungi talian hotline 018-2206761 (Encik Azmie)

Share:

6 ulasan:

  1. Raja Eleena binti Sultan Azlan Shah is a daughter of the current ruler of Perak, Azlan Shah. She was born on April 3, 1960 and holds a Bachelor’s Degree in Law from the University of London. She is now a lawyer with her own legal firm in Kuala Lumpur.

    Eleena Azlan Shah is also a practicing barrister, being called by Lincoln’s Inn, London, in 1985. Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986. She set-up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner.

    Eleena Azlan Shah was appointed to the Board of Gamuda untitledwsdon 1 June 1992. She is the niece of Kamarul Zaman bin Mohd Ali. She is a Director and major shareholder of Generasi Setia (M) Sdn Bhd, which is a major shareholder of Gamuda. Her directorships in other public companies are with KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad and Danau Permai Resort Berhad.

    Eleena Azlan Shah was named in May 2007 as Malaysia’s 25th richest in the country with assets worth over US$228 million (MYR 773 million). She becomes the list’s second woman after Chong Chook Yew who occupies number 18th with US$320 million (MYR 1.085 billion). Her wealth comes from her being the largest individual shareholder in construction firm Gamuda.

    Eleena’s stock took a beating in the past 18 months. She was ranked number 35 richest woman in 2008.

    BalasPadam
  2. Gila meroyan dah bekas mb perak nih...

    BalasPadam
  3. DAP byk menang diPerak tapi rata2 yang berdemonstrasi haram berhampiran istana Tuanku adalah muka-muka melayu yang berkopiah, berjubah dan berjanggut yang semestinya ahli parti politik berkenaan...tak de pun muka2 lain selain dari orang melayu... kalau ada pun mungkin 1/2 orang... nampak sangat begitu mudah org melayu diperkotak katik kan oleh orang lain...sepatutnya org2 DAP la yang ramai...apa kita dapat? nak menunjuk gagah... nak melawan undang2 konon... aduhai orang melayu... fikir panjang lah sikit..
    Sampai nak menderhaka kepada Sultan.. apa semua ni?? Institusi Raja telah berabad subur di Malaysia dan terbukti berjaya memberikan keamanan kepada semua... apa.??.. nak jadimacam Singapura??? Jangan nak menunjuk terror la... kalau kat negeri lain... tak tau la...dah kena tarajang dah

    BalasPadam
  4. Orang Melayu telah diperalatkan oleh DAP untuk menentang keputusan yang telah dibuat oleh Raja.

    Mereka lupa, DAP pernah memulaukan perlantikan Nizar sebagai menteri besar di Perak.

    Bawalah bertenang, percayalah kepada ketentuan ilahi.

    BalasPadam
  5. Setuju dengan Waris Pahang... kalau langkau 2/3 negeri... dah kena penampo bodo dah depa ni

    BalasPadam
  6. Kebanyakan tanah2 kat pahang ni,
    semuanya kerajaan negeri jual kat
    jutaan melayu, baru2 ni pun hampir
    1000 hektar dikawasan maran, MB jual
    kat melayu jugak kot.

    baiknya umno mca tu bukan cina,
    mic tu bukan hindu, gerakan tu
    bukan cina, yang cina, hindunya
    adalah puak2 melayu yang menentang
    Islam. sebab tu kerajaan umno bn
    halalkan judi, maksiat, kilang arak
    dh 51 tahun.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Maran Tahan Penjawat Awam Gara-Gara Merakam Video Seorang Lelaki Dalam Tandas Sebuah Pasaraya Di Bandar Jengka

MARAN : Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki disyaki merakam video seorang lelaki di dalam tandas sebuah pasar raya di Bandar Jengka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.