KUALA LUMPUR [9.09 pm] - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu. Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut. Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka. Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). "Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas. "Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media. "Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya. Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini. Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.
Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional. Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN. Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula. Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak. Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi. Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali. Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.
[Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak itu bukan sahaja mendukacitakan rakyat negeri itu. Malahan juga seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Hanya mereka yang takut untuk "berpijak di bumi yang nyata" sahaja akan menyokong "rampasan kuasa" yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional itu. Solanya sekarang, apakah MB Perak yang baru dapat memberi khidmatnya yang terbaik buat rakyat?. Kenyataan Sultan Perak bahawa MB Nizar telah tidak mendapat kepercayaan dikalangan anggota dewan adalah satu "penghinaan terhadap dirinya". Beliau bukan tidak tahu rentetan peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan mereka keluar dari Pakatan Rakyat. Siri kehilangan, rasuah, penyelewengan, ugutan dan gertakan jelas sekali dapat dilihat dalam kes ini. Maka Sultan Perak harus lebih adil dan saksama, melainkan 2/3 ADUN Perak memang menolak kepimpinan Nizar. Barulah baginda boleh menyatakan demikian. Namun, jika hanya tiga orang yang telah "dibeli" itu "lari" ia tidak bermakna MB ditolak. Namun, ia adalah satu perancangan jahat untuk merampas kuasa di negeri itu. Takkanlah Sultan Perak yang merupakan bekas "Ketua Hakim Negara" tidak dapat berfikir sehingga ke situ, walhal rakyat biasa sendiripun tahu apa yang berlaku di belakang tabir sebenarnya. Apakah Sultan Perak juga menerima "habuan" agaknya].[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44,BEU77, BT56, WR71, WR81,WR61, WR76 dan WR67. Harga boleh dirundingkan. Berminat sila hubungi talian hotline 018-2206761 (Encik Azmie)






Jangan memancing di darat, kelak anda dapat keparat.
BalasPadamBerpolitiklah jika larat, jangan pula menipu RAKYAT.
Raja diberi tahta, simbol payung kesejahteraan RAKYAT.
Jika Raja menghina RAKYAT, kelak disamakan seperti keparat.
Amboii indahnya bahasa... aku nak sambung
BalasPadamNajib Razak si bibir merah.
Merampas Kuasa negeri Perak.
Kini rakyat bertambah marah.
Sampai masa kau akan dipijak.
Jika Raja memegang daulat.
suara rakyat pula keramat.
Jika Tekad rakyat bulat.
Akan muncul si Hang Jebat.
Assalamualaikum..
BalasPadamkini kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat perak telah dinafikan hak utk terus berkhidmat demi amanah yg telah diberikan..
mengenai rentetan sultan yang tidak perkenan untuk membubarkan DUN, saya merasakan mungkin tuanku sultan telah tersalah pandang/faham undang2 yg sedia ada(undang2 tubuh negeri perak &perlembagaan).
mmg sultan ada kuasa untuk menitahkan menteri besarnya meletak jawatan.TETAPI, kuasanya itu 'valid' apabila sidang DUN dilakukan dgn usul undi tak percaya kepada kepimpinan menteri besar. Apabila undian dijalankan, jika majoriti ADUN bersetuju, maka kerajaan sedia ada telah tumbang dan PADA KETIKA ITU, barulah boleh sultan mengarahkan menteri besar meletak jawatan. itu sebenarnya yang termaktub dalam undang2 tubuh negeri.
jadi di sini, ditekankan bahawa sultan memakai AKTA INTREPITASI dimana sultan boleh melantik dan memecat. TAPI, malangnya, akta itu tiada dalam perlembagaan..
JADI, tanpa sidang DUN,titah sultan itu terbatal dgn sendirinya kerana sistem negara kita adalah RAJA BERPELEMBAGAAN dimana raja/sultan juga tertakluk dibawah undang2. undang2 itu yg seharusnya digunapakai oleh seseorang itu.
maka dgn itu, DATO' SERI IR MOHD NIZAR masih SAH sebagai MENTERI BESAR PERAK dan kerajaan pimpinannya masih sah yg digelar KERAJAAN MINORITI yg bermaksud mmpunyai bilangan kerusi yg sama antara parti dalam DUN.
Maka dgn itu, menteri besar yg baru dilantik, DATO' DR ZAMBRY ABD KADIR adalah tidak sah di sisi undang2. oleh sebab itulah, pakatan rakyat ingin mencabar keputusan itu di mahkamah kerana undang2 berpihak kepada mereka..
kpd org ramai, mmg diakui tuanku sultan adalah bekas ketua hakim negara. tapi,untuk pengetahuan, seseorg yg tahu undang2 tidak semestinya pengamal/pengikut undang2 yang baik. contohnya, berapa ramai hakim2 yg dirasuah ketika ini dimana hakim2 itu tahu rasuah salah disisi undang2, tapi buat tidah endah sahaja..
begitulah diibaratkan tindakan sultan perak yg jelas bertentangn dengan undang2 tubuh negeri baginda sendiri..
Oleh yg demikian, jika tertubuhnya kerajaan BN, MAKA dgn itu, ketahuilah bahawa kerajaan itu tidak sah dan haram di mata undang2( tapi tidak di mata pemimpin,pengampu@pembodek UMNO/BN).
petikan komen pahang daily
BalasPadamTakkanlah Sultan Perak yang merupakan bekas "Ketua Hakim Negara" tidak dapat berfikir sehingga ke situ, walhal rakyat biasa sendiripun tahu apa yang berlaku di belakang tabir sebenarnya. Apakah Sultan Perak juga menerima "habuan" agaknya].
aku amat pasti Sultan Perak akan menerima habuan dari Yang Maha Agung di akhirat diatas keputusan baginda, sekiranya kepusan baginda ini adalah keputusan yang adil maka baiklah habuannya tetapi sekiranya keputusan baginda ini satu kezaliman maka buruklah habuannya.
Hanya Allah seadil - adil hakim, siapalah kita manusia yang dijadikan dari tanah yang kotor mahu mendakwa menjadi hakim yang seadil - adilnya walaupun pernah menjawat jawatan ketua hakim negara sekalipun.
Plat untuk dijual..
BalasPadamedisi terhad utk vvip saja
BT 2 - untuk umno
C 4 - untuk najib
Cadangan kepada PDO>
BalasPadam1. Utamakan berita Phg
2. Tutup lagu. Ia ganggu orang yg dengar Quran atau ceramah Nik Aziz ketika melawat laman ini.
Terima kasih.
Inilah nasibnya pengkhianat Bangsa..Insaflah..
BalasPadam