script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Kes Kemalangan Di Atas Jambatan Balok, Pihak Polis Diharap Buat Siasatan Secara Adil Biar Pun Melibatkan Anak Orang Kenamaan

KUANTAN [9.15 am] - Malam semalam satu kemalangan telah berlaku di atas Jambatan Balok dekat sini. Kemalangan adalah perkara biasa, namun sekiranya "sikap kurang ajar" pemandu lain menyebabkan kemalangan yang membawa maut, maka ia adalah satu penganiayaan sebenarnya. Inilah yang berlaku dalam kemalangan seawal kam 1.30 pagi semalam. Ia melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira (CBB2221) dengan sebuah kereta sport mewah dua pintu (WXX9999). Menurut sumber kereta mewah itu dipercayai dipandu oleh seorang anak anggota polis di Kemaman atau mungkin juga orang kuat UMNO Kemaman. Difahamkan kereta sport mewah itu telah remuk dalam kemalangan tersebut, walau bagaimana pun kesemua penumpang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun, pemandu kereta Proton Wira telah mengalami kecederaan parah dan mungkin kritikal. Krew kami yang berada dilokasi melaporkan bahawa mereka begitu kecewa melihat gelagat kesemua pemandu dan penumpang kereta mewah terbabit yang kelihatan boleh tersenyum dan bergurau senda biarpun telah berhadapan dengan kemalangan. Malah, tidak timbul langsung perasaan kesal dan cuba untuk membantu pemandu kereta Proton Wira yang mengalaman kecederaan itu. Malah mereka juga mungkin merasa tidak bersalah kerana memandu kereta mewah, walhal saksi yang melihat kejadian itu jelas menyatakan bahawa kereta mewah tersebut telah memotong di atas jambatan berkenaan. Ini bermakna, pemandu kereta mewah terbabit harus bertanggungjawab di atas segala apa yang telah terjadi itu.

[Justeru itu adalah diharapkan agar pihak polis tidak menutup kes ini biarpun mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu nanti. Malah ada saksi yang secara jelas melihat kejadian itu menyatakan memang kesalahan terletak kepada kereta mewah berkenaan. Ini bermakna mereka harus didakwa dan dibawa ke muka keadilan. Kita tidak mahu, gara-gara mereka adalah anak polis dan orang kuat UMNO maka mereka boleh terlepas daripada sebarang hukuman yang sewajarnya. Ini sering berlaku dimana-mana sebenarnya. Dek kerana anak "orang kuat" atau "pegawai polis" maka banyak kes jenayah dilepaskan, walhal ramai juga anak-anak mereka yang terlibat dengan kes jenayah di seluruh negara. Integriti pihak polis dan mahkamah perlu diperbetulkan bagi mengubah persepsi orang ramai].

Share:

17 ulasan:

  1. wah2....sedap2 jer menuduh..pikir sikitlah...bengong....

    lain kali guna otak..ye tak yer?mak ko x ajar kot?

    maybe..no wonder lah..perangai macam ni..asyik buat kesimpulan sendiri jer..

    BalasPadam
  2. wah2....sedap2 jer menuduh..pikir sikitlah...bengong....

    lain kali guna otak..ye tak yer?mak ko x ajar kot?

    maybe..no wonder lah..perangai macam ni..asyik buat kesimpulan sendiri jer..
    ---------------------------------
    Kau faham tak apa yang di sarankan penulis ? Penulis suruh siasat .... agar integriti polis dan mahkamah diperbetulkan bagi mengubah persepsi orang ramai. Yang dok maki orang pasal apa ?

    BalasPadam
  3. ALAH PEDULIK KAN LA..TYPICAL UMNO'S DOG..BIASA LAH...MENYALAK LA TAK TENTU PASAL

    BalasPadam
  4. Salam... tukang komen atas sekali tu org umno la tu.. x pen memang dia yg bawak kereta tu.. wakakakaka.. dah la komen guna anonymous... awat.. hangpa xda teloq kut.. PD.. tumpang copy noh...

    BalasPadam
  5. BAGUS MELAYU TOLONG MALAYU. YANG KOMA DOK DENGKI TU KENAPA.

    BalasPadam
  6. YANG SIAR BAGI BANGKIT SEMANGAT KEMARAHAN MELAYU KENAPA. BANGSA LAIN DOK BUAT LEBIH DASYAT BAGI NEGARA KACAU BILAU . KENAPA KOMA TAK SIAR DALAM BLOK INI.

    BalasPadam
  7. BAGUS PDO. SIAR DALAM BLOG INI MENGENAI MELAYU. BIAR MELAYU BANGKIT DAN BERSATU. BARU BEST. KITA TENGOK NAK JADI APA.

    BalasPadam
  8. Kenyataan PDO lebih mirip kpd mengaitkan kemalangan tersebut sbg angkara perbuatan orang-orang tertentu. Yg peliknya mengapa kaitkan kemalangan itu dgn parti politik. Kemalangan adalah kemalangan, itu saja. Bila polis menyiasat, kata tak adil pulak. Walhal polis baru nak mula menyiasat, macamana boleh kata polis tak adil. Susah kalau mentaliti dah negatif. Sikap, pendirian dan pradigma semuanya negatif jika dari awal lagi prognosis sudah negatif. PDO ni kena belajar lagi kot...

    BalasPadam
  9. PDO tiada modal..member aku cita kemalangan 2 semua org jd panik..semua tolong membantu..PDO abih modal?

    BalasPadam
  10. terer nye member ko ada kat c tu kul 1.30 pg!mcm tau2 je accident nak jd c tu ek.apapun,yg pemandu kete mewah ptong atas jambatan apasal.dpt lesen terbang ka?sian lah yg pemandu wira tu.anak bini lg nak kena tanggung.

    BalasPadam
  11. pdo memang suka cari publisiti murah sebab tu suka buat cerita merapu . kalau tengok sendiri boleh la buat cerita. ini semua dari sumber yang tak sah. apa la pdo dah hilang akal ke pe. buat la artikel yang masuk akal sikit. tah tah yang bawa keta mewah kaum kerabat pdo sendiri. orang pahang lah katakan. nun manjung.

    BalasPadam
  12. org umno mmg mangkuk jamban..lain kali bc bg paham dl, jgn nk menyalak mcm anjing kurap..nk bt kecoh, gie la blog2 korang..bt semak je..

    BalasPadam
  13. halo koboi sesat, kat blog PDO ni banyak artikel merapu dan main hentam keromo je. Ulasan dibuat semata-mata utk melepaskan perasaan dendam dan tak puas hati. Fakta tak betul dan tak tepat. Sbb tu lah kena kritik dan tujuannya utk menegur supaya tak terus hanyut dan sesat. Buat artikel biarlah ada kredibiliti jgan main tembak je macam cerita koboi sesat dan mabuk dalam saloon..kah kah kah...kalau tak nak dikritik dan ditegur, pi balik jilat ju**r Bush tu.....(sudahlah, malas nak layan koboi sesat mata satu)

    BalasPadam
  14. kakakaka...koboi sesat pun ada dalam blog ni erk... hebat..hebat

    BalasPadam
  15. Oii! Anonymous mangkuk ayun, yang hang pi baca blog PDO buat pa. La hang kata dia buat crita merapu. Klu hang tak baca pun lagi baguih, hang pun tak marah kat PDO. Yang betul dlm blog ni Anonymous dah jadi gila... anony gila, anony gila..kah..kah..kah.

    BalasPadam
  16. cicit@ciritwanmatsaman ni pun dah sama sesat dgn kuncunya koboi sesat mata satu. Pesen lama, ketinggalan zaman..(tak usah layan sicirit dgn sikoboi nih..unproductive species).

    Be cool mr cirit n mr koboi!

    BalasPadam
  17. kalau kat kampung aku,
    memang sah pemandu kereta spot
    tu kena belasah, dh la potong
    kat kat double line, atas jambatan pulak tu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.