script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adam Dibebaskan Pada Saat-Saat Akhir, Selepas "Wang Jaminan" Di Bayar


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly yang didakwa memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan pada saat akhir selepas wang ikat jamin dibayar sebelum kaunter pendaftaran di kompleks mahkamah dekat sini ditutup pada Jumaat.

Kaunter tersebut yang kebiasaannya dibuka sehingga 4.30 petang hanya ditutup kira-kira 5.30 petang bagi membolehkan Adam membayar RM300,000 dengan isterinya, Puteri Balqis Omar sebagai penjamin.

Sebelum itu, beberapa ahli keluarga Adam dilihat membuat pengeluaran wang di mesin ATM sebelum tampil membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.

Adam, 30, seorang ahli perniagaan dibebaskan kira-kira pukul 5.40 petang.
Sebelum itu, Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat.didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari dan 22 Februari lalu.

Pada 13 April lalu, Adam ditahan selepas keterangan beliau direkodkan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Projek 'Kuantan Skytrain' Yang Pernah Diwar-Warkan Sebagai Pemangkin Pembangunan Bandar Kuantan, Hanya Janji Politik Bermusim

KUANTAN: Projek Kuantan Skytrain yang pernah diuar-uarkan sebagai pemangkin pembangunan bandar Kuantan, disifatkan sebagai sekadar janji pol...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.