script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dianggap sebagai “Negeri Pangkalan” parti itu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penguasaan di empat negeri berkenaan atau SG4 perlu dikekalkan dan diperkukuh, selain memastikan agenda Islam dilaksanakan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.

“Setiap kerusi DUN dan Parlimen yang telah dimenangi dalam PRU15 wajib dipertahankan, manakala Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai ‘Negeri Pangkalan’ mesti terus dikekalkan penguasaannya, diperkukuh pentadbirannya serta dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.

Menurut beliau, pencapaian kerajaan negeri pimpinan PAS perlu disampaikan kepada rakyat dan pengundi menerusi mesej yang jelas serta pantas, terutama bagi menangani serangan dan dakwaan terhadap pentadbiran parti itu.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu mengutamakan penyelesaian terhadap isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS bersyukur dengan kejayaan melahirkan “anak sulung” parti itu di Sabah, selain berjaya menambah bilangan kerusi dan memperluas pengaruh di Negeri Sembilan.

Katanya, pencapaian berkenaan membawa tanggungjawab besar kepada PAS untuk memenuhi kepercayaan yang diberikan rakyat.

“Keutamaan PAS ialah mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya.

Beliau berkata Pahang, Perak dan Selangor pula disasarkan menjadi negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan PAS pada pilihan raya akan datang.

Katanya, perkembangan itu mampu memperkukuh kedudukan Pas dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Parlimen, selain meningkatkan pencapaian parti di Melaka yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen, di samping melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi,” ujarnya.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, bagi memenuhi prasyarat kemenangan menuju PRU16, seluruh jentera PAS perlu mengambil pendekatan politik yang berhikmah dalam usaha menyatukan masyarakat Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Katanya, usaha berkenaan penting bagi membentuk sebuah masyarakat majmuk yang harmoni di Malaysia tanpa menggadaikan prinsip perjuangan parti.

“PAS berpegang pada Islam dan tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam mana-mana perjanjian. PAS berjanji dengan hukum Islam dan membatalkan janji juga dengan hukum Islam.

“Pada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam.

“Usaha memperkukuh perpaduan umat hendaklah berjalan bersama jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam dan penghormatan kepada kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, PAS juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada negara, namun tidak akan menggadaikan dasar serta prinsip perjuangannya.

Menurutnya lagi, usaha penyatuan itu bukan hanya berlaku di peringkat nasional, malah turut mendapat sambutan di peringkat negeri, kawasan dan cawangan PAS. #MalaysiaGazette


Share:

Wan Rosdy: Akses Terus Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) - Pelabuhan Kuantan Sokong Pertumbuhan Industri, Pelaburan Di Pahang

KUANTAN: Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, akses terus antara LPT2 dengan Pelabuhan Kuantan dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) itu bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan, malah menyokong pertumbuhan industri dan pelaburan di kawasan pembangunan utama sekitarnya.

Menurutnya, kemudahan berkenaan memudahkan akses ke Pelabuhan Kuantan dan Terengganu, sekali gus memendekkan tempoh perjalanan serta memberi kemudahan kepada pelabur dan pengguna dari kedua-dua negeri

"Ia juga seiring dengan fokus kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur supaya ia dapat memberi kebaikan, kemudahan dan keselesaan kepada pelabur.

"Lebih-lebih lagi kita kini dalam perancangan untuk membesarkan Pelabuhan Kuantan dan membangunkan Bandar Aeroangkasa Pahang di Gebeng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan LPT2 di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, dengan pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan itu, Plaza Tol Pelabuhan Kuantan akan mula beroperasi dan dibuka kepada semua pengguna lebuh raya bermula jam 6 pagi pada Jumaat.

Menurutnya, laluan berkenaan melibatkan jajaran sepanjang 11.5 kilometer yang merangkumi 10.1 kilometer di Pahang dan 1.4 kilometer di Terengganu.

"Projek ini dilaksanakan secara berfasa melalui lima pakej utama dengan kos keseluruhan RM400 juta. Persimpangan bertingkat ini pula disiapkan dengan kos RM145 juta," katanya.

Beliau berkata, semua pakej projek berkenaan telah disiapkan dan diserahkan kepada agensi berkaitan termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Sementara itu, dalam kenyataan bersama, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjelaskan, Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan sebahagian pembangunan Jalan KPC Port Link yang dilaksanakan oleh ECERDC.

Menurutnya, pembangunannya bagi menyediakan akses terus antara LPT2 dengan Pelabuhan Kuantan, MCKIP, Kuantan Port City serta kawasan pembangunan utama di sekitarnya.

Jelasnya, persimpangan berkonsepkan reka bentuk trumpet ini boleh diakses dari kedua-dua arah, iaitu dari Kuala Terengganu dan Kuantan.

"Pembukaan persimpangan ini dijangka memberi penjimatan masa perjalanan sehingga 30 minit berbanding penggunaan jalan sedia ada, selain membantu mengagihkan aliran trafik dengan lebih efisien dan mengurangkan kesesakan di Jalan Persekutuan serta jalan -jalan utama sekitar Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.

"Pembukaan akses baharu ini turut menyokong pertumbuhan kluster industri, perdagangan dan logistik yang merangkumi Pelabuhan Kuantan, MCKIP, kawasan perindustrian Gebeng dan Bandar Pelabuhan Kuantan," jelasnya. #SinarHarian

Share:

Keluarga Kepada Mangsa Nahas Tragis 11 Kenderaan Di LPT1 Maklum Kafe Milik Arwah Akan Ditutup, Operasi Terakhir Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada mangsa nahas tragis di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Muhammad Nazatul Nazmi, mengumumkan keputusan untuk tidak meneruskan operasi kafe milik arwah dan akan membuka premis itu buat kali terakhir pada Jumaat.

Menerusi satu hantaran di Threads, adik kepada Allahyarham melalui akaunnya @iqiekazama berkata, keputusan berkenaan dibuat dengan berat hati memandangkan mereka tidak mempunyai kepakaran untuk meneruskan legasi arwah, khususnya dalam menghasilkan kek yang menjadi identiti utama kafe tersebut.

Menurutnya, setiap resipi dan hasil tangan isteri kepada Allahyarham, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, yang turut terkorban dalam kemalangan itu, mempunyai keunikan tersendiri yang sukar digantikan.

“Sayang seribu kali sayang, tetapi kami terpaksa membuat keputusan ini kerana insan yang menjadi roh dan nadi kepada kafe tersebut sudah tiada.

“Kami juga tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan semula kek-kek arwah kerana setiap satunya unik dan berbeza setiap minggu,” katanya, merujuk kepada perniagaan kafe pasangan itu, Secangkir Cafe, di Sungai Karang, Kuantan.

Keluarga Allahyarham Muhammad Nazatul memaklumkan premis berkenaan akan beroperasi buat kali terakhir pada 4 September dari jam 3 petang hingga 9 malam dengan memberi tumpuan kepada jualan kopi dan kek sahaja.

Bagaimanapun, stok jualan adalah terhad dengan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu potong kek, manakala bekalan kopi dihadkan kepada 300 cawan.

Dalam pada itu, keluarga turut memaklumkan bahawa mereka akan melelong pelbagai stok dan peralatan kafe yang masih berbaki.

Menurut mereka, hasil jualan yang diperoleh akan digunakan untuk menyelesaikan sebarang hutang atau komitmen yang masih tertunggak atas nama arwah.

Terdahulu, empat individu termasuk tiga sekeluarga maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh pada malam Isnin lalu.

Selain pasangan suami isteri yang masing berusia 32 tahun itu, anak mereka, Armaan Nazeef yang berusia empat tahun turut terkorban. Seorang lagi yang turut kehilangan nyawa ialah penumpang sebuah kenderaan lain.

Kemalangan kira-kira jam 10 malam itu membabitkan empat kereta, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV), sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah pikap, sebuah lori tangki dan sebuah bas. #AstroAwani

Share:

Kerajaan Pahang Yakin Kutipan Hasil Melebihi RM1 Bilion, Kali Kelima Berturut-Turut Selepas Berjaya Mencapai RM950 Juta Setakat Ini

KUANTAN: Kerajaan Pahang optimis mampu mengutip hasil melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut selepas mengutip hasil RM950 juta setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pencapaian itu memberikan ruang untuk terus membangunkan infrastruktur, memperkukuh kemudahan awam serta memperluas manfaat pembangunan kepada rakyat.

"Tetapi kita tidak boleh berhenti di sini. Kita mesti terus bergerak dan membuka lebih banyak ruang pertumbuhan. Alhamdulillah, hasil negeri Pahang juga melepasi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut sejak 2022.

"Insya-Allah, saya berkeyakinan, tahun ini kita sekali lagi mampu mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk tahun kelima berturut-turut berdasarkan kutipan hasil semasa iaitu RM950 juta setakat ini," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan YP Commercial Centre (YPCC) di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas pelancaran YPCC, beliau berkata, melalui anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang, YP Land Sdn Bhd, YPCC merangkumi tiga pusat komersial di lokasi strategik sekitar Kuantan iaitu YPCC Tanjung Lumpur, YPCC Bandar Indera Mahkota dan YPCC Kuantan.

"Bagi saya, YPCC bukan sekadar deretan premis atau projek hartanah. Ia adalah usaha membina ekosistem perniagaan.

"Di Tanjung Lumpur, pembangunan ini meliputi kawasan seluas 24.8 ekar (lebih 10 hektar) dengan kawasan boleh disewa sebanyak 232,889 kaki persegi.

"Ia menggabungkan tiga komponen utama, iaitu Zon Komersial, Zon Automotif dan RIMBUN (pelbagai segmen perniagaan) yang merangkumi peruncitan, automotif, makanan dan minuman, perkhidmatan serta gaya hidup," katanya. #BeritaHarian

Share:

Dua Premis Bangunan Lama Di Jalan Mahkota Terbakar Malam Tadi, Musnahkan Sebahagian Besar Tingkat Atas Sebuah Kedai Pakaian

KUANTAN: Dua premis di bangunan lama di Jalan Mahkota di sini terbakar malam tadi, memusnahkan sebahagian besar tingkat atas sebuah kedai pakaian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.33 malam dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan merupakan pasukan pertama tiba di lokasi.

"Ketika tiba, api sedang marak di tingkat atas kedai nombor 43 yang melibatkan sebuah kedai pakaian dan telah merebak di tingkat atas sebelah premis berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. 

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati kebakaran berlaku sepenuhnya di tingkat atas kedai pakaian itu yang dipercayai menjadi lokasi awal kejadian, manakala tingkat bawah tidak menunjukkan kesan terbakar yang ketara.

"Kerja pemadaman masih dijalankan bagi memastikan tiada bara api yang tertinggal dan mengelakkan kejadian kebakaran semula. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang masalah sumber air dan tiada anggota bomba mengalami kecederaan," katanya.

Mohd Razam berkata siasatan lanjut akan dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan anggaran nilai kerugian.

Selain itu, beliau berkata struktur bangunan lama yang banyak menggunakan bahan kayu juga menyebabkan api merebak dengan cepat, selain kedua-dua bangunan berkenaan dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Beliau berkata operasi pemadaman dan penyelamatan melibatkan 33 anggota daripada empat balai bomba di sekitar Kuantan iaitu BBP Kuantan, Indera Mahkota, Gebeng, Taman Tas dan Peramu, dengan sembilan jentera pelbagai jenis dikerahkan termasuk jentera tangga dan lori tangki.

Pemilik kedai pakaian berkenaan, Norhan Mohd Nor, 51, berkata beliau menerima berita mengenai kejadian itu kira-kira 11.30 malam sebelum tiba di premis berkenaan 15 minit kemudian.

Beliau berkata premis itu menjadi pusat penyimpanan dan pengedaran stok bagi dua cawangan kedai pakaian miliknya di Kuantan, selain menyimpan sejumlah besar stok baharu untuk persediaan musim perayaan.

"Banyak stok raya baru masuk dan barang-barang itu memang disimpan di sini dan memang tak boleh nak buat apa dah. Kedai ini menjadi pusat untuk mengedarkan stok ke tempat lain, jadi kerugian memang besar," katanya ketika ditemui Bernama. #AstroAwani

Share:

Nahas Sebelas Kenderaan Di LPT, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi Dalam Satu Liang Di Tanah Perkuburan Islam Setali Kuantan

KUANTAN: Jenazah tiga beranak mangsa kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) (Arah Timur) di kawasan Lanchang, Temerloh, malam tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang, malam ini.

Jenazah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatul Nazmi, 32, dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, bersama anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, di sini, kira-kira jam 10.30 malam.

Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dibawa ke Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau di sini, kira-kira jam 7 malam dan disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan.

Kira-kira 500 orang, termasuk ahli keluarga dan rakan arwah, hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah tiga beranak itu dituntut waris selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh, kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan dibawa ke Masjid Paya Luas, Temerloh, untuk dimandi, dikafan serta disolatkan.

Kejadian sekitar jam 10.55 malam tadi meragut empat nyawa membabitkan tiga beranak itu yang menaiki sebuah Proton S70, dan seorang penumpang Honda CRV berusia 55 tahun dari Shah Alam, Selangor.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, dipetik berkata berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki muatan simen, sebuah bas dan sembilan kereta yang sedang dalam perjalanan ke arah timur.

Beliau dilaporkan berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden dipercayai berpunca daripada lori tangki simen hilang kawalan lalu melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di laluan terbabit.

Nahas itu turut menyebabkan pemandu lori tangki berusia 52 tahun serta pemandu Honda CRV berumur 18 tahun parah.

Pemandu dan penumpang lapan kenderaan lain, termasuk 30 penumpang bas ekspres terbabit pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. #BeritaHarian

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Dan Agensi Berkaitan Digesa Pergiatkan Usaha Cegah Banjir Lebih Awal, Tangani Pencerobohan Tanah Haram

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan supaya mempergiatkan usaha pencegahan banjir lebih awal, khususnya ketika negeri ini kini memasuki bulan September.

Baginda bertitah, kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang, terutama di kawasan yang sering dilanda banjir, perlu diberi perhatian segera.

"Pihak berkaitan dapat memastikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual ditetapkan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Selasa

Al- Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini.

Dalam pada itu, Al- Sultan Abdullah turut menitahkan supaya Kerajaan Negeri dan agensi terlibat terus memantau dan mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang.

"Beta rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang," titah baginda. #SinarHarian

Share:

Lori Tangki Simen Hilang Kawalan Jadi Punca Nahas Ragut Empat Nyawa Di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1 ) Malam Tadi


KUANTAN: Tragedi meragut empat nyawa di Kilometer (KM) 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Lanchang, Temerloh makam tadi dipercayai berpunca akibat lori simen hilang kawalan lalu melanggar beberapa buah kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di atas jalan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian membabitkan 11 buah kenderaan yang dalam perjalanan ke arah Timur.

“Akibat perlanggaran ini, pemandu kereta jenis Honda CRV iaitu lelaki Cina berumur 18 tahun mengalami cedera parah manakala penumpang iaitu bapanya, Seow Beng Wain, 55 meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta jenis Proton S70 iaitu Muhammad Nazatul Nazmi, 32 serta dua orang penumpang iaitu isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32 dan anak lelakinya berusia 4 tahun turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori tangki simen tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh.

Selain itu, Azry Akmar berkata, pemandu dan penumpang lapan buah kenderaan lain yang terlibat iaitu sebuah bas ekspress, sebuah Toyota Hilux, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan lima kereta lain tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke HosHAS, Temerloh bagi rawatan dan post mortem akan dijalankan pagi ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Jelasnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan sebelum dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh dan enam anggota BBP Karak. – MalaysiaGazette



Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian membabitkan 11 buah kenderaan yang dalam perjalanan ke arah Timur.

“Akibat perlanggaran ini, pemandu kereta jenis Honda CRV iaitu lelaki Cina berumur 18 tahun mengalami cedera parah manakala penumpang iaitu bapanya, Seow Beng Wain, 55 meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta jenis Proton S70 iaitu Muhammad Nazatul Nazmi, 32 serta dua orang penumpang iaitu isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32 dan anak lelakinya berusia 4 tahun turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori tangki simen tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh.

Selain itu, Azry Akmar berkata, pemandu dan penumpang lapan buah kenderaan lain yang terlibat iaitu sebuah bas ekspress, sebuah Toyota Hilux, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan lima kereta lain tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke HosHAS, Temerloh bagi rawatan dan post mortem akan dijalankan pagi ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Jelasnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan sebelum dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh dan enam anggota BBP Karak. – MalaysiaGazette

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian membabitkan 11 buah kenderaan yang dalam perjalanan ke arah Timur.

“Akibat perlanggaran ini, pemandu kereta jenis Honda CRV iaitu lelaki Cina berumur 18 tahun mengalami cedera parah manakala penumpang iaitu bapanya, Seow Beng Wain, 55 meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta jenis Proton S70 iaitu Muhammad Nazatul Nazmi, 32 serta dua orang penumpang iaitu isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32 dan anak lelakinya berusia 4 tahun turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori tangki simen tersebut turut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh.

Selain itu, Azry Akmar berkata, pemandu dan penumpang lapan buah kenderaan lain yang terlibat iaitu sebuah bas ekspress, sebuah Toyota Hilux, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan lima kereta lain tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke HosHAS, Temerloh bagi rawatan dan post mortem akan dijalankan pagi ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Jelasnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan sebelum dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh dan enam anggota BBP Karak. #MalaysiaGazette

Share:

Status Instagram Terakhir Mangsa Nahas Ngeri Di LPT1 Malam Tadi Cetus Rasa Sedih Rakan-Rakan Pemilik Secangkir Cafe Sungai Karang

PETALING JAYA: “Wait till you have kid when they say (tunggu sampai ada ada anak nanti), Armaan happylah mummy hari ni (Armaan suka hari ni).”

Itu antara status dimuat naik Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, pada akaun Instagramnya yang disertakan gambar anak lelakinya dikenali sebagai Armaan sewaktu menyambut Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, semalam.

Allahyarham juga memuat naik gambar mereka sekeluarga di kawasan tempat letak kereta di dataran tersebut selepas sambutan semalam di Putrajaya.

Status Instagramnya tular di media sosial selepas dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarham yang bersedih atas tragedi menimpa mereka sekeluarga.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang daripada empat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh malam tadi merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan.

Nur Atiqah Sofiya maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka dengan kesemuanya menaiki Proton S70.

Seorang lagi mangsa lelaki yang maut menaiki kereta Honda CRV.

Terdahulu, empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Temerloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan melibatkan 11 kenderaan iaitu bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CRV, dua buah Proton Saga, dua Perodua Myvi dah sebuah Perodua Aruz. #KOSMO!

Share:

Seorang Daripada Empat Mangsa Yang Maut Kemalagan Di LPT1 Malam Tadi Ialah Pemilik Secangkir Cafe Di Sungai Karang Kuantan


PETALING JAYA: Seorang daripada empat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh malam tadi merupakan pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Kuantan.

Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka dengan kesemuanya menaiki Proton S70.

Seorang lagi mangsa lelaki yang maut menaiki kereta Honda CRV.

Sementara itu, ramai kenalan dan pelanggan yang pernah mengunjungi Secangkir Cafe turut mengucapkan takziah atas berita sedih tersebut selain ada yang berkongsi pernah menempah kek dengan Nur Atiqah Sofiya.

“Al-Fatihah untuk Sofiya (pemilik Secangkir Cafe), suami dan anak lelaki mereka. Kita pelanggan saja, tapi sedihnya. Baru chat (mesej) semalam sebab nak singgah beli ‘butter teok’,” ya Allah. Dia pernah buatkan suami saya kek hari jadi, ‘victoria sandwich’ dan ‘butter teok’ sangat la sedap.

Arwah baik sangat, masya-Allah,” kongsi pengguna Threads Runsyuhada.

“Baru je tempah dengan owner minggu lepas. Ya Allah, tak sangka sangat,” komen Gegulapop dengan berkongsi gambar kek pernah ditempah dengan mangsa.

“Tak sangkanya kemalangan teruk kat LPT malam tadi, owner Secangkir Cafe,” kata Farfarfarawayyy.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat maut dalam kejadian kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan termasuk bas, lori tangki, trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Temerloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan melibatkan 11 kenderaan iaitu bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CRV, dua buah Proton Saga, dua Perodua Myvi dah sebuah Perodua Aruz. #KOSMO!

Share:

Empat Mangsa Maut, Empat Lagi Cedera Dalam Kemalangan 11 Kenderaan Di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) Malam Tadi


TEMERLOH: Empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan dekat sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan dua Proton Saga, dua Perodua Myvi, Toyota Alphard, sebuah bas ekspres, Proton S70, lori tanker, Honda CRV, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

“Tiga mangsa maut dalam Proton S70 ialah pemandu, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, penumpang, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta seorang kanak-kanak.

“Seorang lagi mangsa ialah lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada dalam Honda CRV,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Salahuddin berkata, empat lagi mangsa mengalami kecederaan, termasuk dua lelaki tersepit dalam lori tangki dan Honda CRV, selain seorang wanita menaiki Toyota Hilux serta seorang lelaki cedera ringan dalam Proton Saga.

“Seramai 30 penumpang bas ekspres dilaporkan selamat, selain mangsa dalam Toyota Alphard, Perodua Aruz, dua Perodua Myvi dan sebuah Proton Saga.

“Sebahagian mangsa dalam Toyota Hilux turut dilaporkan selamat,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan dua lelaki tersepit dalam Honda CRV dan lori tanker sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“BBP Temerloh kemudian tiba dengan tujuh anggota bagi membantu mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam Honda CRV.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, enam anggota BBP Karak turut membantu mengeluarkan tiga mangsa tersepit dalam Proton S70 menggunakan peralatan khas.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, operasi dikawal pada jam 2.48 pagi sebelum anggota bomba menjalankan kerja pembersihan dan pemantauan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi dan semua jentera bersama anggota meninggalkan lokasi untuk kembali ke balai,” katanya. #SinarHarian

Share:

Pahang Akan Tingkat Penguatkuasaan Aktiviti Sumber Mineral, Bagi Pastikan Segala Operasi Berkenaan Patuhi Undang-Undang

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti berkaitan sumber mineral bagi memastikan segala operasi berkenaan mematuhi undang-undang. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan syarat lesen, permit dan kelulusan ditetapkan. 

"Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa, termasuk melalui penggunaan teknologi pemantauan dan risikan, bagi memastikan hasil bumi negeri diurus secara teratur, bertanggungjawab serta mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Sementara itu, Wan Rosdy berkata beliau telah mengarahkan siasatan menyeluruh dilaksanakan melibatkan aktiviti pemindahan bahan mineral disyaki bijih besi di Raub, semalam. 

Beliau berkata hasil risikan termasuk pemantauan menggunakan dron telah mengesan tiga treler yang disyaki membawa bahan mineral keluar dari kawasan perlombongan sebelum ditahan untuk pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). 

"Semakan mendapati pemandu mengemukakan Borang 13D dan Delivery Order (DO) daripada kelulusan kawasan lain, bagi tujuan pengangkutan bahan mineral," katanya. 

Wan Rosdy berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati lokasi stockpile atau simpanan stok bahan mineral yang ditunjukkan oleh pemandu berada di luar kawasan perlombongan yang dibenarkan seperti dinyatakan dalam dokumen dikemukakan.

"Pihak penguat kuasa turut mendapati lokasi stockpile tersebut berada di kawasan yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (LPS), dan ketiga-tiga pemandu gagal mengemukakan dokumen atau kelulusan yang sah berkaitan lokasi berkenaan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata pihak penguat kuasa telah menahan tiga pemandu terbabit untuk membantu siasatan serta menyita tiga treler yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pemindahan bahan mineral tersebut.

"Ketiga-tiga individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis, manakala tiga kenderaan yang disita telah dibawa ke Tapak Sitaan UPNP Zon Pahang Tengah di Temerloh," katanya. 

Tindakan sitaan dan tangkapan telah dibuat mengikut Seksyen 137 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001, manakala kesalahan berkaitan maklumat dan kemungkiran terma atau syarat sedang disiasat di bawah Seksyen 159 dan Seksyen 165 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001. #AstroAwani

Share:

Kerajaan Pahang Bakal Tawarkan Pinjaman Motosikal Tanpa Faedah Kepada Pelajar IPT Berusia 18 Hingga 21 Tahun Bermula 2027


KUANTAN: Kerajaan Pahang bakal menawarkan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta berusia antara 18 dan 21 tahun bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata cadangan tawaran pinjaman itu akan dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2027 yang dijadualkan pada November atau Disember depan.

"Insya-Allah kerajaan negeri akan mengumumkan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada pembentangan Belanjawan Pahang 2027.

"Kalau pinjaman RM4,000, itulah yang perlu dibayar sebagai satu galakan kepada anak kita yang belajar di institusi pendidikan tinggi," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Pahang di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di sini hari ini.

Mengulas majlis penyampaian itu, beliau berkata, seramai 2,326 pelajar SPM, STAM dan STPM yang mencatat keputusan cemerlang pada 2025 menerima insentif berjumlah RM1,000 seorang.

Katanya, ia termasuk insentif tiga Anugerah Khas Peringkat Kebangsaan bagi STPM, manakala 13 sekolah menengah dan dua Kolej Tingkatan Enam turut menerima Anugerah Khas pencapaian STPM.

"Insentif ini sebagai penghargaan kepada pelajar dan mendoakan mereka akan mencapai kejayaan lebih baik selepas ini," katanya. #BeritaHarian

Share:

Kerajaan Masih Menyiasat Kegiatan Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Dan Penjualan Tanah Menerusi Platform Dalam Talian


KUANTAN: Kerajaan Pahang masih menjalankan siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan urusan permohonan dan penjualan tanah membabitkan tanah milik kerajaan negeri di Bentong seperti diiklankan menerusi platform dalam talian.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata siasatan itu turut meliputi modus operandi sindiket termasuk mengenal pasti sasaran yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Pahang, malah individu dari luar negeri itu.

Beliau berkata, tindakan segera akan diambil bagi memastikan sindiket berkenaan dihalang daripada meneruskan kegiatan penipuan.

"Nasihat kepada orang ramai ialah berurusan dengan agensi berkaitan jika ada cadangan pembangunan dan membeli tanah. Berurusan dengan Pejabat Tanah.

"Jangan berurusan dengan pihak ketiga untuk mengelak menjadi mangsa sindiket," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Pahang di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sindiket dipercayai menawarkan penjualan tanah kerajaan negeri di Bentong dengan memperdaya mangsa menerusi iklan di platform dalam talian.

Baru-baru ini, kerajaan Pahang mengesan kegiatan sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong yang membabitkan tanah milik kerajaan negeri.

Sindiket berkenaan dipercayai menawarkan urusan pemberimilikan tanah kepada orang ramai dengan meminta mangsa membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses pemberimilikan dilakukan.

Susulan itu, Wan Rosdy menegaskan kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan negeri di luar prosedur yang ditetapkan undang-undang. #BeritaHarian

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.