script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Pahang: Imej Keceriaan Rompin Fest 2009 Tercemar, Bayaran Perkhidmatan Dibuat Tetapi Alam Flora Gagal Melaksanakan Tugas Mereka !!

ROMPIN [12.15 pm] - Orang ramai terutamanya para pengunjung ke tapak Rompin Fest di Pantai Hiburan Kuala Rompin dekat sini kecewa dengan keadaan tapak program berkenaan yang terlalu kotor. Sampah dilihat bertaburan di sana sini tanpa ada pemantauan daripada pihak berkaitan. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati keadaan itu sedikit mencemarkan suasana tapak karnival berkenaan. Rompin Fest yang dulunya dikenali sebagai Pesta Rompin adalah acara tahunan yang termasuk dalam kalendar pelancongan negeri Pahang. Malah acara yang sering diadakan setiap tahun itu mendapat perhatian yang menggalakkan daripada masyarakat setempat, warga Pahang serta pelancong dari luar negeri ini. Malah, setiap tahun kunjungan orang ramai meningkat dan ia telah memberikan imej yang cukup baik kepada daerah Rompin dalam menarik kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara. Program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Rompin itu dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Prima Gemilang Enterprise pada tahun ini. Berbagai acara menarik telah disusun termasuk kebudayaan, hiburan, karnival jualan serta yang berbentuk keagamaan dan dakwah. Malah sambutan orang ramai terhadap acara keagamaan juga amatlah menggalakkan. Krew kami sempat hadir meninjau semasa konsert nasyid kumpulan In-Team dan persembahan juara nasyid Mukmin baru-baru ini. Malah, program motivasi dakwah yang diadakan oleh Ustaz Akhwan Affandi dari Adnin Managament & Training Centre turut mendapat perhatian. Rompin Fest tahun ini amatlah menarik perhatian dan mendapat sambutan cukup baik daripada orang ramai.


Bukti, kotor serta sungguh menjijikkan. Mana perginya pihak Alam Flora ?
Kami difahamkan program tersebut akan berakhir pada 14 Jun 2009 ini, dimana pertunjukkan "kereta Drift" oleh lapan orang pelumba akan diadakan pada 13 dan 14 Jun ini. Cuma apa yang menjadi masalahnya ialah runguntan ramai pengunjung yang begitu kecewa dengan pengurusan sisa sampah di kawasan tapak program berkenaan. Sikap "acuh tidak acuh" dan "lepas pandang" pihak berkenaan amatlah dikesali, tambahan pula program berkenaan turut dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Kami cuba mendapatkan kepastian daripada pihak urusetia di tapak berkenaan tentang perkara ini. Namun, satu jawapan yang amat mengecewakan dan mengelirukan telah diterima. Menurut urusetia, mereka telah membuat bayaran penyelenggaraan kepada pihak Alam Flora untuk mengendalikan urusan sampah di kawasan terbabit. Malah, Alam Flora telah berjanji untuk membuat operasi pungutan sampah dua kali sehari sepanjang program berkenaan berlangsung. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang menyebabkan masalah sampah dilihat di merata tempat dalam kawasan tapak terbabit. Jika Alam Flora datang sekali pun, mereka difahamkan hanya mengutip sampah di kawasan hadapan pentas utama bagi menunjukkan mereka membuat kerja berkenaan. Namun, dalam kawasan gerai jualan jelas kelihatan sampah bertaburan di sana sini, ia ditambah lagi dengan kekurangan tong sampah yang disediakan untuk tujuan berkenaan. Justeru itu, adalah diharapkan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera. Apakah ini caranya pihak Alam Flora menjalankan tugas mereka. Amanah diberikan tapi mereka hanya melaksanakan tugas bagai "melepaskan batuk ditangga" sahaja.

[Apa yang berlaku ini melihatkan kepada kita betapa "lembab"nya agensi terbabit dalam melaksanakan tanggungjawab, biarpun amanah bagi melaksanakan tugasan tersebut telah diberikan. Apakah ini caranya mereka bertindak? Sedangkan wang upah telah diterima daripada pihak berkenaan. Jika inilah keadaannya yang berlaku, maka bagaimanakah rakyat dapat menaruh kepercayaan kepada agensi-agensi yang terbabit. Diharap agar perkara ini dapat dipantau oleh pihak pengurusan Alam Flora demi menjaga imej dan nama baik agensi terbabit. Jika tidak rakyat akan terus mengutuk, gara-gara kecuaian beberapa kerat individu yang hanya "manis mulut" dalam melakukan tindakan sebaliknya "habuk pun tak ada". Semoga perkara ini dapat diambil tindakan tegas demi nama baik mereka. Difahamkan segala urusan yang berkaitan adalah diuruskan oleh Alam Flora yang berpejabat di Pekan].
Share:

Berita Pahang: Pelancaran Bangunan Baru PAS, Bakal Menyemarakkan Lagi Semangat Perjuangan

TEMERLOH [10.30 am] - Kira-kira 3,000 orang ramai telah hadir pada majlis perasmian bangunan baru PAS Pahang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam. Bangunan berharga RM600,000.00 itu terletak di Jalan Datuk Bahaman 3, dekat sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Perhubungan PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi DAP Pahang Lip Tuck Chee dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat Pahang. Perasmian bermula dengan ucapan ringkas Nik Aziz, menandatangani plak tanda perasmian bangunan dan seterusnya melepaskan belon ke udara sebagai simbolik kebebasan rakyat. Majlis di akhiri dengan jamuan minum petang. Pada sebelah malamnya pula Menteri Besar Kelantan itu berceramah bersama Tuan Ibrahim, Datuk Fauzi dan ADUN Bahau ,YB Teo Kok Seong yang menggantikan Ketua Pemuda DAP (DAP) Kebangsaan, Loke Siew Fook. Ceramah yang berlangsung di tapak Kompleks PAS Pahang, Simpang 4 Kerdau, itu telah dihadiri hampir 10,000 orang. Pada majlis tersebut juga Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa Etiqa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000.

[
Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang atas perasmian pejabat baru mereka itu. Kami juga turut bermurah hati memaparkan iklan berkaitan untuk menggalakkan orang ramai menghulurkan sumbangan derma bagi membantu perjuangan serta meringankan bebanan pihak terbabit sebelum ini. Justeru itu kami amatlah berharap dengan perasmian pejabat baru ini, ianya akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat di bumi Pahang Darul Makmur. Malah, sebelum ini juga Dato' Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan pejabat baru Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang di Jalan Beserah Kuantan. Maknanya disini, operasi Pakatan Rakyat kini terbahagi kepada dua zon dimana PKR di Pahang Timur manakala PAS bagi Pahang Tengah dan Barat. Jika tiada aral melintang krew-krew kami akan mengadakan lawatan ke pejabat baru PAS Pahang dalam masa terdekat ini. Salam perjuagan buat semua !].
Share:

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pemuda Selangor Lapor SPRM Isu Sisa Pepejal

SHAH ALAM [7.45 pm] - Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pengagihan kontrak pengurusan sisa pepejal di Petaling Jaya, dekat sini dibuat mengikut kuota parti politik. Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali (foto), membuat laporan itu di Pejabat SPRM Selangor dekat sini pada jam 2 petang. Suhaimi berkata, laporan itu dibuat berikutan kenyataan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), A Thiruvenggadam, yang disiarkan dalam sebuah portal berita tempatan semalam bahawa wujud amalan sedemikian dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Beliau berkata, berdasarkan kenyataan Thiruvenggadam, kerajaan negeri telah membahagi-bahagikan kontrak itu mengikut kuota iaitu 40 peratus kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 30 peratus masing-masing kepada DAP dan PAS. "Kita (Pemuda) mahu supaya SPRM menyiasat perkara ini. Pada pandangan kami, amalan seperti ini tidak telus dan mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

[Apa yang pasti dan boleh dijangka dalam hal ini ialah, sudah pasti pihak SPRM akan "berlari sepantas kilat" untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Pemuda UMNO Selangor itu. Anehnya, SPRM "merangkak bagaikan kura-kura" untuk menyiasat segala dakwaan rasuah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap pemimpin UMNO Selangor terdahulu. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada laporan terhadap Khir Toyo, semuanya seperti sudah diselesaikan sedangkan tiada satu pun kertas siasatan yang mereka buka untuk membuat pendakwaan kes tersebut. Inilah yang kita hairan dengan sikap SPRM sebenarnya].

Mahkamah Ketepi Keputusan Tolak Permohonan

PUTRAJAYA [5.30 pm] - Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengetepikan keputusan awalnya dalam menolak permohonan penyunting Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin (foto), untuk Hakim Datuk Seri S Augustine Paul, menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpus beliau. Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, dalam penghakiman bertulis bahawa ada kegagalan kuorum apabila keputusan untuk menolak permohonan Raja Petra dibuat oleh satu panel terdiri dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. "Apabila dua ahli panel meneruskan untuk mendengar permohonan menarik diri, Seksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) adalah melakukan kesalahan."Kita ketepikan keputusan panel dua ahli berkaitan permohonan untuk Augustine Paul menarik diri. Ini diikuti bahawa keputusan dan perintah lain yang dibuat seterusnya terhadap keputusan yang was-was di mana juga diketepikan," katanya dalam keputusan 10 muka yang dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Surita Budin.

[Pada 20 Februari, Raja Petra memfailkan satu permohonan di bawah Peraturan 137 CJA untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 17 Februari dalam menolak permohonannya untuk Paul menarik diri daripada mendengar kes habeas corpus atas alasan bahawa ada bahaya sebenar pilih kasih bagi Paul jika beliau bersidang mendengar rayuan tersebut oleh kerana Raja Petra sangat kritikal mengenai beliau].

Bas Terbabas, 17 Pelajar MSSM Selangor Cedera


IPOH [4.50 pm] - Sebuah bas persiaran membawa pelajar dari Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Selangor terbabas selepas tayarnya pecah dan terhumban ke longkang di tepi jalan menyebabkan 17 pelajar cedera di Kilometer 316, Lebuhraya Utara-Selatan di Tapah, hari ini. Dalam kejadian 12.40 tengah hari itu, dua daripada 17 pelajar yang cedera parah berusia antara 12 hingga 16 tahun itu dimasukkan ke Hospital Tapah manakala pelajar lain diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama. Rombongan itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Klang, Selangor, selepas menyertai sebuah kejohanan kriket di Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata dalam kejadian itu bas tersebut membawa 39 penumpang termasuk seorang pemandu dan tujuh guru dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Lembah Klang. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas itu manakala pelajar lain yang tidak cedera meneruskan perjalanan mereka dengan bas gantian, katanya.

[Kemalangan yang melibatkan bas semakin menjadi-jadi di negara kita. Soalnya sampai bilakah insiden ini harus berlaku. Masalah yang membabitkan kemalangan terbaru ini bukanlah kerana faktor manusia tetapi adalah kerana teknikal. Justeru itu, dalam kes kemalangan seperti ini tidak semestinya kesalahan diletakkan kepada pemandu bas terbabit. Tambahan pula beliau bukan ditugaskan untuk memeriksa semua perkara berkaitan teknikal bas berkenaan. Satu pendekatan terbaru bagi mengatasi perkara ini perlu diambil segera oleh kerajaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin seperti ini terus berlaku].

Pembangkang Perlu Untuk Jadi Cermin Kerajaan


SHAH ALAM [2.30 pm] - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto), berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai 'cermin' kepada kerajaan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada penutupan Muktamar Pas ke-55 di sini, Ahad lalu, bagi penubuhan kerajaan perpaduan. "Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara Pas dan Umno atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang. "Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. Pas pun masuk juga BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan Pas sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk memperkukuhkan parti dia bukan BN," katanya. Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata, ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara."Tapi ahli politik kadangkala susah juga nak ikhlas, saya ahli politik juga tahu," katanya.

[Cakap Mahathir ini terkadang ada masa boleh dipakai tapi yang sebenarnya lebih banyak merapu dan tidak boleh dipakai. Memang agak hairan bila media arus perdana sengaja memberi ruang yang seluas-luasnya untuk Mahathir memberikan pandangan beliau. Malah, ini juga membuktikan kepada kita memang mantan PM itu sebenarnya sudah nampak tanda-tanda menjadi penasihat kepada kerajaan Najib Razak].

Nazri, Surcaj 30% Jadi Kenaikan Tambang Bas

SEREMBAN [2.15 pm] - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto), berkata surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan bas ekspres yang dilaksanakan dari musim perayaan tahun lalu akan ditukarkan kepada kenaikan tambang. Beliau berkata, oleh itu kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan bakal menyaksikan kenaikan 10 sen saja atau tiada sebarang perbezaan. "Surcaj 30 peratus yang dikenakan dulu akan ditukar kepada kenaikan tambang. "Sebagai contoh, harga tambang bas harian dari Seremban ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM4.70 sebelum musim perayaan tahun lalu, ia kemudian dikenakan surcaj RM1.30 (kesemuanya RM6) dan jika kenaikan (tambang) baru diumumkan, pengguna tetap membayar harga tiket RM6," katanya selepas menyampaikan permit teksi dan kereta sewa kepada 85 pemohon hari ini.

[Nampaknya pengguna tertipu lagi oleh helah yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Memang kami sudah menjangkakan bahawa surcaj 30% yang dikenakan itu hanyalah "trick" untuk menaikkan harga tambang sebenarnya. Akhirnya semua ini menjadi kenyataan kini, maka terkenalah lagi rakyat Malaysia tidak kira apa fahaman politik sekali pun. Tahniahlah kepada pengundi BN yang sanggup memangkah parti itu yang kononnya ingin membela rakyat. Akhirnya mereka sendiri kini yang menjadi mangsa penipuan itu].

Ceramah Perdana Nik Aziz Di Pahang Malam Ini


KUANTAN [1.45 pm] - Penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negeri Pahang dipelawa untuk hadir beramai-ramai ke program ceramah perdana bersama YAB Menteri Besar Pahang, Tuan Guru Dato' Hj.Nik Aziz Nik Mat (foto), yang dijadualkan bakal diadakan di Kompleks PAS Pahang, Kerdau jam 9.00 malam ini. Turut akan berceramah ialah Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan YB Loke Siew Fook (Ketua Pemuda DAP Pusat). Sementara itu pula, sekitar jam 4.30 petang ini, Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan merasmikan Pejabat Baru PAS Negeri Pahang di bandar Temerloh (bersebelahan Maybank). Justeru itu, seluruh rakyat Pahang adalah dijemput hadir beramai-ramai malam ini.

Kementerian Pelajaran Buka Talian Isu SPM


KUALA LUMPUR [12.45 pm] - Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my. Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

[Isu ini akan menjadikan rakyat semakin benci kepada kerajaan sebenarnya. Pandangan Mahathir bahawa rakyat tidak maju jika gagal berbahasa Inggeris jelas sekali menunjukkan bahawa bekas PM itu sudah terpalit dengan dasar penjajah. Dala pada rakyat sibuk mahukan PPMSI dihapuskan dan dikembalikan pengajaran subjek berkenaan ke bahasa Ibunda, mereka masih mahu terus menambahkan kemarahan rakyat. Maka itu, ayuh bangkit dan jatuhkan kerajaan ini dalam PRU13 nanti].

10 Maut Di Tembak Ketika Solat Di Selatan Thai


PATTANI [11.05 am] - Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu. "Lima atau enam lelaki menembak raifal automatik dalam masjid di daerah Joh-I-Rong di Narathiwat," kata jurucakap polis, Lef Kol Somjai Singkliang. Tetapi laman web akhbar The Nation memetik jurucakap tentera, Kol Parinya Chaidilok sebagai berkata hanya dua penyerang terbabit. Akhbar itu turut melaporkan mangsa ke-11 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. "Antara yang terbunuh ialah imam masjid itu," kata Somjai. Kebanyakkan 19 yang tercedera itu dalam keadaan serius.

[Apa yang berlaku di Selatan Thailand ini memang sudah diketahui oleh seantero dunia, namun sebagai sebuah negara islam yang mempunyai suara yang kuat di OIC ternyata Malaysia gagal memainkan peranan utama dalam menyelesaikan konflik tersebut. Umat Islam terus tertindas dan dizalimi sewenang-wenangnya. Mahu diharapkan PBB, mereka hanya akan memberi muka jika ia berlaku kepada bukan Islam. Sebaliknya jika membabitkan umat Islam mereka membiarkan sahaja. Kes terbaru yang berlaku ini juga mengingatkan kita kepada "Kes Memali" dulu. Apakah kita juga bakal berhadapan lagi dengan situasi seperti ini].

Share:

Eksklusif: Kemenangan Dua Pemimpin PAS Negeri Tidak Beri Implikasi Kepada Rakyat Pahang, Jelas Buktikan Adnan Yaakob Bermimpi Di Siang Hari !!

KUANTAN [9.35 am] - Agak mengejutkan juga bila Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), menyatakan bahawa kemenangan dua pemimpin PAS Pahang iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantanwi sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS kononnya tidak memberi sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini. Adnan dalam satu ucapannya menyatakan kedua-dua pemimpin terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan mereka pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu. ''Bagaimanapun, pemilihan kedua-dua pemimpin ini dianggap sebagai sumber kekuatan baru kepada Pas di Pahang,'' katanya lagi. Beliau mengulas mengenai kemenangan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden dan Nasrudin Hassan sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 baru-baru ini. Kenyataan Adnan Yaakob ini jelas sekali menggambarkan betapa dangkalnya tahap kematangan "minda" beliau untuk mentafsirkan ilmu politik sebenarnya. Beliau harus sedar bahawa kekuatan Pakatan Rakyat di Pahang kini semakin memuncak dan bila-bila masa sahaja negeri ini bakal ditakluki. Ini ditambah lagi dengan pengaruh golongan muda yang dilihat begitu cenderung dan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat mutakhir ini.

MB Pahang itu juga harus menilai kewibawaan dirinya sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Tambahan pula negeri Pahang senantiasa dirundung "malang yang berpanjangan" semenjak Adnan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Khalil Yaakob dulu. Belanjawan negeri yang senantiasa "defisit" setiap kali dibentangkan, jelas membuktikan keupayaan Adnan tidaklah seperti yang dijangkakan. Ini ditambah lagi dengan kes saman RM63 juta yang dihadapinya itu. Biarpun Adnan melalui peguamnya berjaya menghalang dan menangguhkan pembayaran tersebut, malah cuba mencari helah untuk mempertikaikan syarikat dan tuntutan yang dibuat. Namun, rakyat Pahang sebenarnya sudah "celik mata" dan sedar apa yang berlaku ini. Malah, keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pembayaran saman tersebut jelas sekali merupakan satu "permainan politik" yang sengaja dibuat untuk mengelirukan rakyat. Kes ini dilihat hampir sama dengan insiden "Menteri Besar perak yang sah" di Mahkamah Rayuan sebelum itu. Mahkamah sebenarnya dilihat sudah tidak berupaya untuk mengembalikan kreadibilitinya dan sanggup membuat keputusan dengan membelakangkan prinsip keadilan yang dipegang selama ini. Inilah yang menyebabkan Adnan hampir terbebas daripada melunaskan hutang-piutang tersebut biarpun ia telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Namun rakyat sudah tahu segalanya.

Adnan harus melihat senario politik yang berlaku di Pahang dari sudut pandangan hati dan bukan mata sahaja. Kemenangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi jelas sekali membuktikan bahawa pemimpin PAS itu diterima di peringkat nasional dan bukan sahaja setakat di negeri ini. Jika mahu dibandingkan dengan Adnan, beliau sendiri telah dimalukan dan tewas dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Mac lalu, malah hanya dilantik ke MT menerusi tiket "pintu belakang" kerana masih memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Justeru itu, usahlah Adnan mendabik dada kononnya UMNO masih kuat di Pahang. Sedangkan seluruh rakyat sudah melihat bahawa kapal UMNO semakin karam di bumi ini sebenarnya. Hanya Adnan sahaja yang tersalah membuat penilaian akibat mendengar pandangan daripada "pencacai dan pengampu" yang mahu membodek beliau. Walhal beliau harus sedar bahawa perubahan besar pasti akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang jika masih tersu "bermimpi di siang hari". Adnan wajar melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, bukan sekadar menuding jari terhadap orang lain. Pengaruh Pakatan Rakyat kini sudah semakin jelas terlihat. Malah dalam PKR sendiri, kini parti itu telah berjaya menembusi kubu kuat UMNO dan BN di perkampungan orang Asli dan kawasan Felda hasil gerak kerja Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman dengan Ketua Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asli iaitu Hj.Suhaimi Said. Banyak cawangan baru telah ditubuhkan di kawasan Felda, malah warga Felda dan orang Asli sendiri sudah mula sedar akan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap mereka selama ini.

[Justeru itu, kami amat yakin negeri Pahang akal berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang jika pemimpin negeri terus mengeluarkan kenyataan "dangkal" seperti apa yang diperkatakan oleh Adnan Yaakob ini. Beliau harus berpendangan seperti seorang pemimpin dan jangan seperti "orang kampung" yang mudah diperdayakan oleh puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Kekuatan Pakatan Rakyat akan bertambah dengan kemenangan dua pemimpin besar PAS Pahang itu sebenarnya. Inilah yang menggerunkan pemimpin UMNO Pahang dan bagi menutup kelemahan mereka, maka terpaksalah mengeluarkan kenyataan yang jauh "terpesong" daripada apa yang terucap didalam hati mereka. UMNO dan BN kini sememangnya telah ditolak dimana-mana. Ini kerana mereka tidak mahu berubah dan mengembalikan keyakinan rakyat. Dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Najib Razak juga dilihat sebagai satu retorik politik bagi mengelirukan kita semua. Walhal isinya tetap sama].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]
Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Murugiah, Dongeng Kayveas Cubaan Yang Baik

KUALA LUMPUR [5.15 pm] - Kisah 'Kala Jengking Dan Katak' yang diceritakan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas semasa Perhimpunan Agung ke-56 parti itu semalam adalah dongeng yang tidak dapat menutup kebenaran parti itu mungkin dibatalkan pendaftarannya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah (foto). Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Murugiah berkata ahli PPP "bukan lagi bayi ataupun kanak-kanak yang boleh diperdayakan dengan nyanyian, buaian mahupun cerita waktu tidur". Murugiah, yang dilucutkan keahlian dari PPP, turut menekankan bahawa perjumpamaan yang lebih tepat bagi PPP buat masa ini ialah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". "Ahli PPP yang memberi keyakinan dan sokongan penuh kepada Datuk M. Kayveas sejak 1993 ketika beliau mengambil alih kepimpinan PPP digemparkan dengan berita bahawa parti ini berdepan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya. "Malah, mereka juga rasa tertipu apabila mengetahui bahawa wang yang dikutip sejak 2002 untuk yuran keahlian dan sumbangan untuk Tabung Universiti PPP dan Koperasi PPP tidak diaudit dan tidak mempunyai rekod langsung," katanya. Beliau turut menyatakan rasa muak dan bosan ahli-ahli PPP dengan ugutan Kayveas untuk keluar dari Barisan Nasional (BN) sebagai cerita ''Gembala Kambing dengan Harimau''.

PAS Diminta Perjelaskan Kerajaan Perpaduan


GEORGETOWN [4.45 pm] - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (foto) meminta Pas memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan. Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penjelasan itu penting kerana DAP tidak pernah dimaklumkan atau bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang antaranya memerlukan kerjasama dengan UMNO. "PAS kena beri penjelasan berhubung perkara itu dan setahu saya ia tidak pernah dipersetujui, malah PAS tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang lalu. "Apa kerajaan perpaduan yang Pas maksudkan? Sehubungan itu, mereka kena jawab dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua MPPP yang baru, Tan Cheng Chui di sini, hari ini. Katanya, mesyuarat itu dijangka diadakan dalam masa terdekat iaitu semasa persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan. Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Pas Ke-55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh. Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan PKR, malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

T.Murugiah Tetap Kekal Dalam Kabinet Najib

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah (foto), satu-satunya wakil Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam kerajaan, hari ini berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terus mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau. Beliau menyatakan demikian semasa mengulas kenyataan Najib pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung ke-56 PPP, bahawa Murugiah sentiasa menyokong kerajaan dan oleh itu beliau boleh terus menyandang jawatannya sehinggalah isu berkenaan diselesaikan. Najib berkata demikian bagi merujuk kepada pemecatan Murugiah daripada PPP oleh Datuk M Kayveas, yang diiktiraf sebagai presiden parti itu yang sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pemecatan itu meletakkan Murugiah pada kedudukan tidak menentu kerana beliau tidak menjadi ahli mana-mana parti. Kumpulan dalam PPP yang diketuai Kayveas mahu Murugiah digantikan oleh orang mereka. Murugiah memberitahu "Selagi saya masih Timbalan Menteri, saya beri jaminan kepada Perdana Menteri bahawa saya akan turun padang dan bekerja keras, termasuk pada hari cuti saya, bagi menarik masyarakat India kembali menyokong BN."

Isu Mak Nyah Dan Aurat Wanita Jadi Perhatian

SHAH ALAM [2.35 pm] - Isu etika berpakaian yang memenuhi tuntutan syarak terutama membabitkan golongan pemerhati dan petugas media wanita terus mendapat perhatian pada Muktamar Tahunan PAS ke-55. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Lo Lo Ghazali (foto), dalam ucapan penggulungannya berkata, parti itu menggalakkan pakaian yang bersopan demi menjaga sensitiviti dan menghormati kepimpinan tertinggi parti. Katanya, pendekatan yang dipraktikkan MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam menangani permasalahan itu seharusnya diikuti. "Dalam hal ini kerajaan Kelantan tidak mengamalkan sebarang paksaan sebaliknya memberi pendekatan dengan memberikan penjelasan kepada mereka. "Saya juga selalu ditanya oleh wanita beragam Islam yang masih belum bersedia untuk menutup aurat sama ada mereka boleh menyertai parti Pas, saya katakan dalam perlembagaan parti tidak ada menyatakan bahawa seseorang itu mesti memakai tudung terlebih dulu baru boleh menjadi ahli PAS," katanya. Beliau turut mempersoal bagaimana parti hendak menangani permasalahan golongan “mak nyah” jika mereka hendak menyertai parti PAS. "Walaupun isu ini kita rasa lucu namun saya pernah menyertai ekspedisi dakwah dan apabila kita memberikan mereka makanan, mereka menadah tangan dan berdoa semoga Pas mendapat kemenangan...walaupun ada yang fikir itu tidak berguna tetapi itu adalah doa seorang manusia," katanya.

Usul Pertikaikan Integriti Mahkamah Diluluskan

SHAH ALAM [2.25 pm] - Muktamar itu juga meluluskan usul berhubung institusi kehakiman negara. Perwakilan Dewan Muslimat PAS, Hawa Yaakob, mengemukakan usul berhubung integriti badan kehakiman negara dalam beberapa kes berprofil tinggi. Beliau berkata, keputusan pelik dalam kes-kes berkenaan mengundang pelbagai persepsi buruk terhadap institusi kehakiman menyebabkan Malaysia menjadi bahan ketawa dunia. Justeru, Dewan Muslimat mengusulkan supaya mengutuk institusi kehakiman yang tidak menghayati prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif dan legislatif selain tidak mengambil tindakan drastik untuk memulihkan imej badan itu. Katanya, dewan itu juga mengutuk institusi kehakiman yang tidak bersifat telus dan amanah terhadap ilmu dan tidak menjunjung serta menyanjung prinsip ketinggian dalam perlembagaan dalam mengadili kes berprofil tinggi. Usul berkenaan disokong oleh wakil dari PAS Wangsa Maju, Dr Azmi Ali.

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Wartawan Tidak Tutup Aurat Ditegur Perwakilan

SHAH ALAM [7.40 pm] - Wartawan wanita yang datang membuat liputan Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati di sini hari ini tanpa memakai tudung menjadi sasaran teguran beberapa perwakilan. Perwakilan PAS Pahang Yusof Embong (foto) ketika membahaskan ucapan dasar presiden mahu pucuk pimpinan parti memberikan penjelasan mengapa wartawan sedemikian dibenarkan memasuki dewan persidangan. Beliau menyifatkan sikap wartawan wanita tidak menutup kepala itu sebagai tidak menghormati majlis. Sebelum itu, perwakilan PAS Pulau Pinang Tapiudin Hamzah juga membuat teguran yang sama. Beliau secara sinis meminta wartawan wanita yang tidak bertudung supaya sekurang-sekurangnya menutup kepala dengan sapu tangan, jika tidak mempunyai tudung. Katanya sikap mereka itu seolah-olah tidak menghormati pucuk pimpinan tertinggi PAS. Bagaimanapun, pihak media, termasuk media arus perdana, yang membuat liputan muktamar tersebut telah mendapat layanan baik daripada pihak penganjur.

Muktamar PAS, Ulamak Tetap Menjadi Pilihan


SHAH ALAM [4.30 pm] - Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi salah satu daripada jawatan Naib Presiden sebagai tradisi parti itu mengekalkan pemilihan golongan ulama bagi jawatan tertinggi. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga seorang ulama, sebelum ini menang tanpa bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden PAS. Dalam keputusan pemilihan hari ini, Nasharudin meraih 480 undi menewaskan pencabar terdekat iaitu bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang meraih 281 undi dan seorang lagi bekas Naib Presiden yang turut bertanding, Mohamad Sabu (261 undi) pada Muktamar Tahunan ke-55 parti itu di sini hari ini. Bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim mendapat undi tertinggi iaitu 871, diikuti bekas Ketua Dewan Pemuda Salahuddin Ayub (824 undi) dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar (636 undi). Pemilihan pada kali ini menyaksikan jawatan Naib Presiden turut diwakili Salahuddin dari kalangan profesional dan Mahfuz yang juga seorang aktivis. Bekas Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang memerintah, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pula terpilih sebagai salah seorang daripada 18 AJK PAS Pusat mendapat jumlah tertinggi dengan 854 undi.

Senarai Penuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat


SHAH ALAM [3.30 pm] - Senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat yang menang dalam pemilihan kali ini ialah Idris Ahmad (799 undi), Datuk Kamarudin Jaffar (769 undi), Datuk Seri Azizan Abd Razak (653 undi), Datuk Dr Hasan Mohd Ali (642 undi), Dr Mohd Hatta Md Ramli (638 undi), Abdul Ghani Samsudin (637 undi) dan Datuk Abu Bakar Chik (622 undi). Mereka juga termasuk Mohamed Hanipa Maidin (619 undi), Datuk Amiruddin Hamzah (606 undi), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (589 undi), Abd Ghani Abdul Rahman (584 undi), Dr Zulkefly Ahmad (576 undi), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530 undi), Hashim Jasin (522 undi), Mazlan Aliman (513 undi), Taib Azamudden Md Taib (508 undi) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (448 undi). Jawatan Pengerusi Tetap kekal disandang oleh Abu Kasim Abdullah yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Hussin Ismail yang juga penyandang dengan 609 undi. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali berkata kiraan semula undi tidak diadakan berikutan perbezaan jumlah undi yang agak besar di antara calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan utama dalam pemilihan kali ini.

Husam Salahkan Pemimpin PAS Punca Kalah

SHAH ALAM
[1.30 pm] - Datuk Husam Musa menyalahkan kekalahannya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS berpunca daripada kepemimpinan dalaman parti itu yang tidak memahami tentangannya terhadap pembentukan kerajaan perpaduan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan jawatan Tmbalan Presiden PAS di sini, hari ini

Salahuddin, Mahfuz Dan Tuan Ibrahim Menang


SHAH ALAM [11.59 pm] - Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dipilih sebagai Naib Presiden PAS pada Muktamar Ke-55 parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. Kami di Pahang Daily Online, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemimpin yang menang terutamanya Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Kemenangan ini jelas sekali membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat di Pahang.

Nasharuddin Menang Timbalan Presiden PAS


SHAH ALAM [11.30 am] - Nasharuddin Mat Isa berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan dua pencabar lain, Husam Musa dan Mohammad Sabu pada pemilihan jawatan sempena muktamar tahunan parti itu, di Stadium Malawati di sini, pagi ini. Nasharuddin peroleh 480 undi manakala Husam 281 undi dan Mohammad Sabu 261 undi.

[Nampaknya, keputusan pengiraan awal yang menampakkan kemenangan Husam Musa tidak menjadi kenyataan akhirnya. Ternyata Nasharuddin lebih berpengaruh dan mendapat tempat dihati perwakilan. Ini bermakna beliau akan terus menjalankan tugasnya yang telah disandang semenjak 2005 itu. Tahniah diucapkan kepada Nasharuddin atas kemenangan ini].

Husam Mendahului Undi Timbalan Presiden

SHAH ALAM [2.15 am] - Datuk Paduka Husam Musa (foto) dipercayai mendahului tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru. Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi, Naib Presiden PAS itu dijangkan menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa dan juga Mohamad Sabu. Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005. Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil. "Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber. Walau bagaimanapun keputusan rasmi dijangka diketahui dalam masa terdekat.

[Kemenangan tipis Husam Musa ini menunjukkan bahawa kekuatan beliau bukanlah seperti yang digambarkan. Ramai pemerhati yang melihat, Husam bukanlah calon yang terbaik untuk jawatan itu berbanding dengan Nasharuddin dan Mat Sabu. Namun begitu, perwakilan telah membuat pilihan dan mereka harus menerima segalanya dengan perasaan terbuka. Pengiraaan undi masih belum muktamad dan apa pun boleh berlaku].

Kayveas Presiden Sah, Murugiah Kekal Disingkir

KUALA LUMPUR [8.56 am] - Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menerima semua anggota parti yang disingkirkan kecuali Senator Datuk T. Murugiah, kata Presidennya Datuk M. Kayveas (foto). Beliau berkata ini kerana "Murugiah bukan sahaja telah merosakkan PPP tetapi juga Barisan Nasional (BN)." "Semua anggota yang disingkirkan hanya dikelirukan oleh Murugiah dan oleh itu mereka boleh diterima," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat parti di sini.Murugiah dan enam anggota yang lain disingkirkan bulan lepas kerana melanggar disiplin parti. Kayveas dan Murugiah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah terbabit dalam pertikaman lidah dengan masingmasing mendakwa sebagai Presiden sebenar parti itu. Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan dalam satu kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kayveas merupakan Presiden PPP yang sah dan tidak mempunyai halangan bagi parti itu mengadakan perhimpunan agung Ahad ini.

[Nampaknya kemelut parti komponen BN, PPP ini semakin memuncak dengan keputusan yang dibuat oleh ROS berhubung status parti itu. Ia sama keadaannya dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengesahkan yang Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini. Apakah Murugiah juga akan dilucutkan jawatan?, sedangkan beliau adalah Senator. Krisis ini pasti akan bertambah parah selepas ini, tambahan pula jika Murugiah bertindak menubuhkan parti baru atau menyertai Pakatan Rakyat. Sama-samalah kita tunggu].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Kemelut MB, Nizar Failkan Rayuan Isnin Depan

IPOH [2.40 pm] - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto), akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Isnin depan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak, di sini, pagi tadi. "Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Jun ini walaupun alasan penghakiman bertulis berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu itu, sehingga sekarang belum lagi dikeluarkan," katanya tengahari ini.

ADUN Penanti Angkat Sumpah TKM1 Hari Ini


PULAU PINANG [2.15 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mansor Othman (foto), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, hari ini. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman.

Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Kes Cerai Akhil Hayy, Di Tangguh ke 16 Julai

IPOH [5.45 pm] - Mahkamah Rendah Syariah di sini membenarkan penangguhan kes permohonan cerai Maizawati Zainal, 33, dengan penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, pada 15 Julai ini. Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes itu selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik dalam tempoh sekarang sehingga ke tarikh berkenaan. Persetujuan itu dicapai selepas peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais, mengadakan perbincangan tertutup dengan Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy selama kira-kira 45 minit bermula jam 10.45 pagi, sebelum prosiding mahkamah hari ini. Ketika prosiding, Zulkifli memberitahu mahkamah pihaknya telah melakukan inisiatif untuk melakukan proses sulh (rundingan) agar kes tuntutan perceraian oleh Maizawati itu dapat diselesaikan secara baik. Akhil yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Rock' berkata, ramai pihak terutama rakan serta saudara mara, termasuk di kalangan ahli keluarga Maizawati, memberi sokongan moral kepadanya dalam menghadapi kes berkenaan. "Benda ni ana (saya) nak selesaikan dengan cara paling maaruf (baik)," katanya.

[Inilah yang dikatakan oleh ramai orang selama ini, pabila populariti mengatasi segalanya akhirnya keluarga akan menjadi huru-hara. Jika dulu tatkala tidak bersama Astro, Akhil amat dikenali sebagai penceramah yang paling diminati. Ramai peminat beliau amat mengkagumi bakat Akhil kerana berjaya menambahkan seri ceramahnya dengan hiburan dan unusr-unsur humor yang memberi kesan yang mendalam dalam diri mereka. Malah, penghijrahan Akhil dari "dunia jahiliyah"nya ketika menjadi penyanyi rock sedikit sebanyak menjadikan beliau antara idola yang bakal menjadi pemangkin generasi remaja Islam hari ini. Namun, segalanya bagai menampakkan petanda kemelut bakal melanda bila Akhil mula terlibat kembali dengan dunia glamournya bersama Astro. Maka disitulah bermula segala-galanya. Malah, telahan ramai tentang perkara yang akan berlaku ini akhirnya menjadi kenyataan. Beliau harus bermuhasabah dan kembali ke perjuangan asalnya jika mahu dirinya terus disanjungi kembali].

Stadium Runtuh Baru Setahun Di Gunakan


KUALA TERENGGANU [3.00 pm] - Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM280 juta di Kompleks Sukan Gong Badak di sini yang baru setahun digunakan, runtuh pada jam 9.30 pagi tadi. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap. "Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian. Selain menempatkan padang bola dan trek olahraga, stadium yang dibina dengan pantas untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada Jun tahun lalu itu turut menempatkan stadium tertutup yang menempatkan prasarana sukan bowling, skuasy dan badminton. Polis telah membuat sekatan dan melarang orang awam memasuki kawasan stadium. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, melawat tempat kejadian pada jam 10 pagi tadi manakala Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pula sebentar tadi

Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh

KUALA TERENGGANU [10.15 am] - Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini. Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Tengku Ahmad Tengku Hussein hari ini. Kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus. Stadium berkapasiti kira-kira 50,000 penonton itu mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan. Bahagian yang runtuh adalah kesemua bumbung tinggi di sebelah kiri. Runtuhan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa tetapi sebuah kereta dan empat motosikal yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap. Runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi kawasan grandstand termasuk pentas diRaja. Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut. Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Ranap, Inilah keadaaan keruntuhan stadium tersebut padi tadi
[Apa yang berlaku di Kuala Terengganu ini saling tak tumpah dengan kejadian yang berlaku di Kuantan Pahang pada tahun 1996 dulu, tatkala Sukma diadakan di negeri itu. Stadium Tertutup Sukpa di Bandar Indera Mahkota yang bakal digunakan untuk sukan terbesar di Malaysia itu telah runtuh dan mengejutkan semua pihak. Kini ia berlaku pula di Kuala Terengganu. Bukankah ini menunjukkan bahawa "projek mee segera" yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN bakal mengundah padah bila ia dilakukan secara tergesa-gesa. Senario ini banyak berlaku dalam banyak agensi kerajaan sebelum ini. Insiden seperti ini bakal berlaku bila terdapatnya unsur penyelewengan dan tekanan dalam membuat sesuatu projek itu. Mujurlah tidak ada nyawa yang melayang dalam kes ini. Apapun, ia seolah-olah memberi isyarat bahawa kemelut MB Terengganu yang panas itu sudah semakin kritikal dan bila-bila sahaja kekuatan UMNO dan BN di Terengganu akan runtuh dalam masa terdekat ini sebenarnya].

Share:

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Kemelut MB Trengganu Semakin Kritikal

KUALA TERENGGANU [5.30 pm] - Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (foto) dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan. Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu."Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini. "Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula. Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti. Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini. "Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya. Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua UMNO bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.