script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: Mengejutkan, Kumpulan Samseng Sekolah "Geng Kapak" Kini Menjelma Di Pekan !!

PEKAN, 8 April [7.10 am] - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Mahmud Mat dekat sini yang sering menjadi mangsa buli dan peras ugut rakan-rakan sekelasnya telah dibelasah dengan kerusi dan ditumbuk apabila dia akhirnya membuat laporan kepada pengetua kerana tidak tahan lagi dibuli. Mangsa, Norizan Janal Abidi yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Jalan Tanjung Selangor itu mendakwa telah menjadi mangsa empat pelajar lelaki dari kelasnya. Kumpulan itu mengelar diri mereka “Geng Kapak”. Kumpulan samseng sekolah itu telah bertindak menyerang dan memukul mangsa di dalam kelas pada lebih kurang pukul 1 petang Selasa lalu, disaksikan oleh seluruh kelas berkenaan sebaik sahaja pengetua masuk ke kelas itu dan bertanyakan kumpulan pelajar lelaki berkenaan. Pada masa itu mereka tidak berada di dalam kelas berkenaan. Ketua Polis Pekan Superintenden Yahya Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes tersebut kini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas orang lain. Ibu bapa mangsa telah mengadakan pertemuan dengan pengetua sekolah berkenaan semalam. Mangsa yang ditemui di kediamannya di sini memberitahu dia telah menjadi mangsa buli hampir setiap hari sejak Februari lalu. “Biasanya mereka memeras ugut dengan meminta wang sekurang-kurangnya 50 sen atau satu ringgit. Malah mereka bertindak dengan membuat pemeriksaan badan ke atas saya bagi mencari wang dalam saku saya,” katanya.

Untuk mengelak dirinya daripada terus menerus menjadi mangsa peras ugut wang, mangsa telah menyembunyikan wang sakunya di dalam kasut. Mangsa yang baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun ini menambah, ada kalanya kumpulan buli itu tidak semena-mena menghantuk kepalanya ke dinding dan mengugutnya dengan pisau dan juga serpihan kaca. “Kumpulan ini tidak takut kepada sesiapa pun dan kumpulan empat budak lelaki ini bukan sahaja membuli dan mendera saya malah pelajar-pelajar lain juga,” katanya. Kini kata mangsa, dia takut untuk kembali belajar di sekolah itu lagi. Sementara itu ibu mangsa mendedahkan anaknya sering mengadu menjadi mangsa buli setiap kali pulang dari sekolah. ‘’Saya hanya mampu menasihati dia supaya mengadu kepada pentadbiran sekolah tetapi keadaannya sangat teruk apabila dia pulang dari sekolah semalam. Dia kelihatan berjalan terhoyong hayang,” kata ibu mangsa. Ekoran kejadian itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada jam 3.30 petang semalam.

[Sungguh memalukan apabila masih ada lagi golongan pelajar yang bertindak samseng di sekolah wujud pada era moden hari ini. Tambahan pula ia terjadi di kawasan parlimen Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Apakah dasar pendidikan negara kini gagal untuk menangani kegiatan samseng pelajar seperti itu?. Mana pergi bekas menteri pelajaran, Hishamuddin dulu. Gara-gara dasar yang beliau perkenalkan di zamannya telah menyebabkan masalah displin dikalangan pelajar semakin menjadi-jadi malahan bertambah teruk. Kini Muhyiddin perlu bijak memikul tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang lebih berdisplin, berakhlak dan mempunyai akidah yang terbaik pada zamannya. Jika tidak masalah tetap sama akan muncul biarpun berbagai usaha dilaksanakan. Ternyata kerajaan gagal lakukan yang terbaik untuk generasi akan datang!].

Share:

Edisi Global: Remaja 16 Tahun Saman Ibunya Atas Dakwaan Menfitnahnya Dilaman Sosial Facebook

USA, Arkansas 7 April [7.20 am] - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menyaman ibunya atas dakwaan memfitnahnya di laman Facebook (foto). Wanita itu, Denise New dituduh atas dakwaan mengganggu dan anaknya yang mana nama tidak didedahkan meminta supaya ibunya dihalang daripada menghubunginya. Pihak berkuasa memberitahu KATC-TV remaja itu menetap bersama neneknya yang mendapat hak penjagaan. New berkata, dia percaya bahawa dia mempunyai hak sah untuk mengawasi aktiviti harian anaknya dan merancang menentang tuduhan itu. Pendakwa, Todd Turner bagaimana pun enggan mengulas alasan usia remaja berkenaan.

[Laman-laman sosial yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ini, adakalanya boleh menimbulkan fitnah duniawi jika disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Laman yang sepatutnya khas untuk perbicaraa soal-soal kerja, perniagaan, politik dan kehidupan akhirnya digunakan sebagai senjata oleh mereka yang ketagih kasih sayang dan cinta untuk mendapatkan pasangan masing-masing. Akhirnya dengan ayat-ayat power dan madah berhelah yang cukup licik, ramai anak-anak muda terutamanya golongan wanita tertewas dengan gelodak fitnah laman seperti ini. Malah ada banyak juga kes, isteri orang berhubung dengan suami orang malah hingga ke peringkat mengadakan hubungan sulit dan seks di merata tempat kerana sayang. Inilah yang jelas merosakkan umat Islam pada hari ini sebenarnya. Oleh itu, kita tidak hairan dengan tindakan anak yang sanggup meyaman ibunya sendiri gara-gara fitnah yang dikatakan berlaku di laman facebook itu. Apapun, pandai-pandailah membawa diri agar tidak terlibat ke kancah fitnah seperti yang berlaku kepada manusia akhir zaman].

Share:

Petualang Rakyat Mula Pukul Canang, Si Zahrain Dan Ezam Meracau Di Ceramahnya Malam Tadi !!

Terkadang lucu rasanya melihat dua petualang rakyat iaitu Zahrain Hashim dan Ezam Md Noor meracau dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, Kepala Batas malam tadi. Ceramah yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) itu turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina. Dalam ceramahnya malam tadi Zahrain dengan lantang mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004. Manakala itu dalam ceramahnya pula Ezam dengan bangganya menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Beliau yang turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu.

[Rakyat sebenarnya sudah tidak hairan dengan kelibat kedua-dua "mangkuk hayun" malah kesemua petualang rakyat yang kini "menjilat ludah" mereka semula itu. Apa sahaja cakap mereka, hanya cerita dongeng dan penglipurlara bagi menyedapkan halwa telinga pendengar yang sudah dibutakan mata dan hati itu. Malah, kita tidak hairan berbagai pendedahan yang dibuat itu sebenarnya. Apa hebatnya Ezam, ketika keluar PKR menubuhkan GERAK kemudian masuk UMNO dulu. Kononnya PKR akan hilang sokongan, tetapi apa yang berlaku PKR pula menang banyak kerusi parlimen dan DUN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Kini Zahrain dan beberapa orang lagi pula keluar PKR. Apakah ada impak besar kepada parti itu?. Ternyata ia jauh meleset sama sekali, kerana keluarnya mereka hanya membawa diri masing-masing dan bukan bersama pengikut yang mengundi mereka dulu. Maknanya, kemenangan yang lebih besar akan dapat dicapai atas senario yang berlaku itu. Langkah permulaan ialah memeastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Mana agaknya pergi berkotak-kotak fail rasuah yang didedahkan Mat Ezam itu dulu?]
Share:

Ketua AMK PKR Pusat, Samsul Iskandar Di Sebut-Sebut Bakal Jadi Calon Pakatan Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 7 April [10.00 am] - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto), semalam mengesahkan bahawa nama beliau adalah antara lima orang yang disenarai pendek oleh kepimpinan parti bagi bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor. "Bagaimanapun keputusan mengenai calon yang terpilih terserah kepada pucuk pimpinan parti," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat di sini. Kelmarin Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, kepimpinan parti telah menyenarai pendek lima nama sebelum memutuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada 25 April ini. Pada majlis itu, Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan menyatakan sokongan terhadap Shamsul Iskandar atau mana-mana calon yang dipilih oleh kepimpinan PKR nanti. Mereka juga mengulangi komitmen untuk mengekalkan status quo dengan memberi laluan kepada PKR bertanding di situ.

[Walau pun nama Samsul Iskandar nampak mempunyai harapan besar untuk dipilih sebagai calon PKR di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, namun harus diingat, Samsul perlu bersedia melepaskan jawatan tertingginya di peringkat negeri Melaka. Jika komitmen itu dapat ditunaikan, maka beliau seharusnya calon yang paling sesuai untuk bertanding pada kali ini. Kelantangan dan keupayaan beliau untuk bersuara di pentas parlimen amat dinanti-nantikan bagi membantu barisan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Tambahan pula jika Datuk Seri Anwar benar-benar akan digantung dari parlimen pada 22 April ini].

Share:

Edisi Sukan: Pelumba Basikal Wanita Kebangsaan Terbunuh Akibat Terjatuh Ketika Sedang Berlatih

IPOH, 6 April [6.30 pm] - Pelumba basikal wanita kebangsaan Nurfarahdini Zakaria (foto), terbunuh selepas terjatuh semasa menjalani latihan bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, 60 kilometer dari sini hari ini. Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata Nurfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dua jam selepas kejadian jam 10.30 pagi tadi. Nurfarahdini, yang juga anggota TLDM adalah anggota pasukan lumba basikal wanita kebangsaan yang menyertai Sukan Sea di Laos tahun lepas bersama Masziyaton Mohd Radzi, Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Kimberley Yap.

[Kami merakam ucapan sekalung takziah kepada keluarga arwah atas apa yang berlaku. Pengajaran daripada insiden ini, kita haruslah berhati-hati walau dimana jua berada. Kepada para petugas dan penyokong Pakatan Rakyat dari Pantai Timur yang akan ke hari pencalonan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 17 April ini juga diharap dapat berhati-hati ketika melalui laluan Genting ke Kuala Kubu Baru. Jalan yang berbengkak bengkok dan agak berbahaya boleh menyebabkan kemalangan berlaku pada bila-bila masa. Semoga semuanya akan selamat pergi dan selamat kembali nanti].

Share:

Musa Hassan Mencabar Anwar Kemukakan Bukti Dakwaan Ada Ejen Israel Dalam Pasukan PDRM !!

KUALA LUMPUR, 6 April [6.20pm] - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (foto), hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik saja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik saja mendapat maklumat lengkap daripada Anwar itu.

[Kenyataan Musa Hassan ini amatlah mengejutkan, kerana mana mungkin sebagai Ketua Polis Negara beliau sendiri tidak tahu menahu akan hal itu?. Apakah cukup dengan bukti yang akan dikemukakan oleh Anwar untuk pihak polis menjalankan siasatan?. Sedangkan dalam kes fitnah liwat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kesahihan laporan perubatan oleh doktor pakar dari Pusrawi dan HKL sebelum menangkap dan membuat pendakwaan terhadap Anwar di mahkamah?. Bukankan ini hanyalah simbolik mereka yang kononnya mahukan bukti. Sedangkan banyak bukti telah diberikan kepada pihak polis tentang berbagai kes rasuah dan penyelewengan yang mahu mereka siasat, namun sehingga ke hari ini ia dikapankan begitu sahaja. Makanya apalah guna bukti jika ada udang disebalik mee atas segala tujuan mereka itu].
Share:

Edisi Pahang: Inikah Bukti Rakyat Didahulukan, Projek Empangan Lembah Klau Tetap Diteruskan Walaupun Mendapat Bantahan Majoriti Rakyat !!

BENTONG, 6 April [6.00 om] - Kerajaan tetap meneruskan projek pembinaan Empangan Lembah Klau bermula pertengahan tahun depan walaupun terdapat bantahan segelintir peneroka di kawasan itu yang tidak berpuas hati mengenai bayaran pampasan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (foto) berkata, bantahan daripada 20 peneroka terbabit tidak akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan empangan itu bagi tujuan pembekalan air ke negeri Selangor dan kawasan Lembah Klang.

[Soalnya sekarang benarkah hanya 20 peneroka yang memprotes pembinaan empangan itu?. Sedangkan sebelum ini seramai 474 orang peneroka Felda Lembah Klau dikatakan telah menyaman kerajaan Malaysia untuk menuntuk gantirugi berhubung dengan pengambilan tanah mereka yang tidak berbaloi dengan projek tersebut. Ini bermakna keseluruhan peneroka terbabit kecewa dengan tindakan kerajaan itu. Maka, wajarkan projek itu diteruskan sedangkan rakyat yang sepatutnya didahulukan kini merintih akibat penipuan soal pampasan yang diterima oleh mereka. Datuk Seri Peter Chin Fah Kui buta sejarah agaknya bila mengatakan hanya 20 orang peneroka sahaja yang menghalang projek itu]

Share:

Kemelut Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Najib Minta Semua Pihak Akur Siapa Dipilihnya

PUTRAJAYA 6 April [5.20 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto), meminta semua pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak membangkitkan siapa yang bakal menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, mereka perlu menerima apa juga keputusan parti dan bekerjasama bagi memastikan kemenangan calon BN. "Siapa-siapa yang diputuskan oleh parti...ringan ke, berat ke, terpaksa kita dokong...galas. "Jangan pula kita merengek, mengutuk,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan makan tengah hari meraikan setiausaha-setiausaha politik di pejabatnya di sini hari ini. Sebelum ini, MIC dilaporkan meminta kerusi itu dikekalkan kepada parti berkenaan tetapi terdapat cadangan akar umbi agar UMNO bertanding di situ.

[Petanda awal kejatuhan BN dengan majoriti yang lebih besar di Hulu Selangor semakin jelas kelihatan dengan kenyataan Najib ini. Ternyata BN kini bermasalah dalam menentukan siapakah calon yang paling layak mengisi kekosongan di situ. Antara MIC dan UMNO, kemelut calon dan parti pasti akan menyebabkan BN kecundang dengan majoriti yang lebih besar pada kali ini. Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu meningkatkan usaha untuk memastikan rakyat tidak terus ditipu dan terlena dengan janji manis serta pembangunan duniawi mereka yang pasti datang mencurah-curah dalam masa terdekat ini sebenarnya. Itulah kerja UMNO sejak sekian lama].

Share:

Presiden GPMS, Jais Ab Karim Buat Laporan Polis Terhadap Karpal Singh Kerana Pertikaikan Hak Dan Keistimewan Orang Melayu Semasa Ceramah

KUALA LUMPUR, 6 April [5.00 pm] - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Presiden GPMS Jais Abd Karim (foto), membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada jam 10.15 pagi. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu semalam jelas bertujuan menghuru-harakan keadaan dan boleh sebabkan perpecahan kaum di negara ini. "Jadi kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah kami membuat laporan polis dan mahukan perkara ini disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya.

[Kita tidak hairan pabila NGO seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ini tiba-tiba gemar pula berpolitik dan cuba untuk mencari publisiti murahan dalam isu-isu yang segaja disensasikan oleh media. Ini kerana kita tahu, majoriti mereka yang berada dalam GPMS adalah proksi-proksi pemimpin UMNO yang bakal menjadi pelapis harapan mereka. Lantaran itu jugalah GPMS tidak mahu bangkit dan sama-sama berjuang apabila mempertahankan isu pelajar dan pendidikan itu sendiri. Contohnya dalam isu PPMSI dan AUKU yang diperjuangkan oleh semua pihak dulu. Mereka gagal hadir dalam perhimpunan membantah PPMSI dan hanya terkinja-kinja dalam himpunan SEDAQ membantah Ketua Menteri Pulau Pinang. Soalnya sekarang, apakah yang mahu diperjuangkan oleh GPMS sebenarnya?. Bahasa Melayu terpinggir dan dihina tidak mahu dipertahankan, sebaliknya isu-isu politik pula yang lebih diutamakan].
Share:

Kontroversi: Parlimen, Anwar Dedah Kewujudan Perisik Israel Dalam Pasukan Polis Di Negara Kita

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh Cawangan Khas Bukit Aman. Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel. Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka. “Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam,” katanya.

[Pendedahan terbaru Anwar ini cukup panas dan mengejutkan. Biarpun ia dinafikan berapi-rapi oleh pemimpin UMNO BN, namun segalanya telah tersurat "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Malah, kerajaan perlu ingat bahawa sumber maklumat kini boleh diperolehi dimana-mana sekali pun apabila sudah ada pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi mula gusar dengan kerjasama yang diwujudkan antara kerajaan Malaysia dengan Israel. Maka itulah, segala maklumat ini akhirnya didedahkan kepada Anwar untuk diwar-warkan di dalam Dewan Rakyat. Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan, dan mahukan tindakan tegas dikenaka terhadap mana-mana pegawai awam yang membocorkan rahsia negara. Masalahnya, rahsia yang didedahkan itu bukanlah untuk kepentingan negara tetapi membahayakan negara. Maka itu, adalah wajar ia didedahkan kepada umum agar mereka tahu dimanakah sikap sebenar kerajaan UMNO BN dalam menjalinkan hubungan sulit dengan Israel].

Share:

Edisi Parlimen: Speaker Dewan Rakyat Sahkan Terima Notis Merujuk Anwar Ibrahim Kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen !!

KUALA LUMPUR, 6 April [2.30 pm] - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (foto), mengesahkan beliau telah menerima notis bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Menurutnya, beliau menerima notis berkenaan pagi tadi dan bersetuju supaya usul berkenaan dimasukkan ke dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 22 April ini. "Untuk makluman ahli Dewan, saya telah menerima notis berkenaan dan saya pun telah bersetuju supaya usul itu dimasukkan ke dalam order paper," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Tarikh tersebut juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi Parlimen ke-12. Menurut Pandikar lagi, usul berkenaan dikemukakan di bawah peraturan mesyuarat 27(3). Minggu lalu, Anwar (PKR-Permatang Pauh) dipanggil untuk memberi penjelasan ke dewan berhubung kenyataannya pada sidang berkenaan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel. Penjelasan Pandikar itu sebagai menjawab pertanyaan Anwar berhubung sama ada pihaknya telah menerima notis berkenaan ataupun tidak. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata telah menyerahkan notis berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat. Jika didapati bersalah Anwar boleh dikenakan tindakan amaran atau digantung daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selepas ini.

[Inilah sahaja cara puak-puak UMNO BN mahu mematikan suara Anwar Ibrahim di parlimen. Mereka takut dan gusar dengan kelantangan Anwar mengeluarkan hujjah siap dengan bukti-buktinya sekali. Lantaran itulah, isu APCO langsung tidak dijawab oleh PM Najib Razak sebaliknya Anwar pula yang mahu dibawa kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen. Semua itu bagi menggantung Anwar dari menghadiri sidang parlimen pada masa akan datang. Apa yang kita faham, puak-puak bacul ini pasti akan menggantung Anwar sekurang-kurangnya 6 bulan atau setahun. Inilah strategi yang digunakan mereka untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka takut untuk berdebat dalam parlimen kerana tahu rahsia sebenar banyak isu-isu sensitif yang melibatkan kerajaan UMNO BN itu sendiri. Langkah terbaik ialah menghambat Anwar keluar dewan !].

Share:

Eksklusif: Si Noh Omar Memperbodohkan Dirinya Sendiri Bila Menuduh Mafrel Tidak Bebas Kerana Menegur UMNO BN Mulakan Rasuah Pilihanraya

Gara-gara takut pada bayang-bayang sendiri, tiba-tiba semalam Menteri UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor iaitu Si Noh Omar (foto), mencabar Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) supaya menyiasat dakwaan MB Selangor membuka pejabat sebagai bilik gerakan di Pejabat Daerah Hulu Selangor menjelang pilihanraya kecil kawasan itu 25 April ini. Tindakan Noh itu bagi mempertikaikan tindakan Mafrel yang membuat sidang media kononnya UMNO Barisan Nasional telah mula berkempen dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh SPR sebelum ini. Dalam pada itu kelmarin, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa, BN melanggar Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung Badan bebas itu mendakwa BN telah melanggar peraturan pilihan raya kerana meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah bagaimanapun pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) turut mengagihkan bantuan kepada penduduk Hulu Selangor. Noh Omar bagaimana pun menyangkal dakwaan itu dan menuduh Mafrel bersikap berat sebelah kerana hanya menghentam BN dengan dakwaan yang tidak berasas. “Sepatutnya Mafrel menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN, kerana dalam laporan akhbar yang sama, Menteri Besar turut mengagihkan geran tanah kepada penduduk, kenapa perkara ini tidak ditegur sekali? “Di mana kredibiliti badan pemantau bebas mereka? Jadi untuk apa menteri besar mahu tubuhkan pejabat di Hulu Selangor? Saya cabar Mafrel siasat dakwaan ini,” katanya.

Terkadang kita rasa hairan dengan tindakan Menteri UMNO ini. Beliau seboleh-bolehnya ingin juga menegakkan benang yang basah dengan mengatakan limpahan projek yang ditawarkan kepada rakyat di Hulu Selangor sudah pun dijanjikan sebelum ini, cuma pengagihannya dilakukan sekarang dan ia tiada kaitan langsung dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung. Kenyataan Noh ini jelas sekali membuktikan betapa "dungu dan dangkalnya" pemimpin UMNO itu sebenarnya. Beliau masih mahu "menegakkan benang yang basah" dan cuba untuk memperbodohkan rakyat. Malah, tindakan beliau mengatakan Mafrel berat sebelah adalah amat malang sama sekali. Apatah lagi Mafrel itu sendiri dilantik oleh kerajaan untuk memantau pilihanraya di negara ini. Makanya, beliau sepatutnya menerima segala teguran dengan hati terbuka dan bukan menuduh badan bebas itu berat sebelah. Mafrel sebelum ini juga mendakwa, BN melanggar Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung Badan bebas itu mendakwa BN telah melanggar peraturan pilihan raya kerana meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah bagaimanapun pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) turut mengagihkan bantuan kepada penduduk Hulu Selangor.

Melenting dengan kenyataan Syed Ibrahim Syed Noh (foto) itu, maka Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula peranan badan tersebut kerana menyifatkan Mafrel tidak layak menjadi pemantau bebas pilihan raya. Jelasnya, tindakan Mafrel menuduh BN melanggar peraturan pilihan raya telah membuktikan badan tersebut bersikap berat sebelah dan jika benar dakwaan tersebut, Mafrel haruslah membuat laporan polis dan bukannya kepada SPR. “Salah atau tidak kalau saya sebagai Menteri Pertanian memberi sumbangan kepada penduduk? Adakah semua majlis sumbangan kepada penduduk di Hulu Selangor harus dihentikan sedangkan program tersebut sudah dirancang lebih awal? “Jadi jika mahu kritik, Mafrel harus kritik kedua-dua pihak, jangan jadi suara kepada pihak Pakatan Rakyat,” katanya. Soalnya sekarang sebagai MB Selangor, apakah Tan Sri Khalid tidak layak untuk menggunakan kuasanya untuk menggunakan bilik gerakan yang terdapat di Pejabat Daerah Hulu Selangor, sedangkan selama ini UMNO BN telah banyak menggunakan premis kerajaan untuk kepentingan puak-puak mereka. Mengguna bukannya merasuah. Masalahnya yang berlaku kepada UMNO BN ialah mereka menjanjikan rasuah kepada rakyat dengan menabur janji projek-projek tertentu dengan tujuan untuk membeli undi. Tan Sri Khalid guna bilik gerakan untuk memudahkan tugas dan bukannya membeli undi. Inilah bezanya mentaliti puak-puak UMNO dengan para pemimpin Pakatan Rakyat itu sebenarnya.

[Terkadang kita naik hairan dengan sikap para pemimpin UMNO ini. Mereka tidak serik-serik menabur janji dan projek mee segera kepada rakyat, sedangkan mereka tahu kerana faktor itulah rakyat naik muak dan jelek serta akhirnya menolak BN dalam setiap kali pilihanraya diadakan. PM Najib sendiri pernah mengarahkan jentera BN tidak menggunakan projek mee segera sebagai "gula-gula untuk memancing undi rakyat" ketika pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang menyaksikan mereka tewas teruk. Kini semua itu dianggap enteng dan mereka terus melakukan strategi yang sama. Cuba memperbodohkan rakyat dengan janji-janji pembangunan. Malah, rakyat Malaysia amat gembira bila kawasan mereka ada pilihanraya kerana mereka tahu "ganjaran wang besar dan limpahan kemewahan" akan mengalir ke kawasan mereka. Itu pun Noh Omar masih mahu menafikan dan cuba menyalahkan Mafrel yang kononnya tidak telus dan adil. Walhal selama ini SPR sendiri yang tidak berlaku adil dalam setiap kali pilihanraya, beliau tidak pula mengamuk. Misalnya, membenarkan UMNO BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk tujuan pilihanraya. Biarpun perkara itu jelas bertentangan dengan peraturan yang telah digubal oleh SPR sendiri. Inilah akibatnya apabila ada pihak yang tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan tahu rakyat sebenarnya menolak mereka. Lantaran itulah apa sahaja kaedah terpaksa digunakan !!].

Share:

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Bagi Parlimen Hulu Selangor, Samsul Iskandar Adalah Calon Paling Sesuai Untuk Mewakili Pakatan Rakyat Di Situ !!

Hari pencalonan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor sudah semakin hampir. Rakyat tertunggu-tunggu kini, siapakah calon rasmi yang paling layak untuk bertanding di kawasan itu. Bagi pihak BN, biarpun kemelut pemilihan calon diredakan dengan pengumuman TPM Muhyiddin Yassin bahawa calon BN akan diketahui pada 15 April ini, namun ramai pemerhati masih sangsi dengan keupayaan pakatan karat itu. Tambahan pula sudah pasti berlaku penolakan terhadap calon mereka jika Najib tersalah membuat percaturan. Kerusi yang tradisinya milik MIC, kini mahu dirampas oleh UMNO atas alasan majoriti pengundi di kawasan itu adalah Melayu. Malah, awal-awal lagi UMNO Selangor telah menamakan mantan MB Mat Taib sebagai calon yang paling sesuai untuk bertanding di situ. Ini mengecewakan penyokong MIC, yang masih mahukan bekas calon dan juga bekas Ahli Parlimen selama dua penggal iaitu G.Palanivel dikekalkan. Senario ini pasti menyebabkan, undi BN akan terpecah dua walau siapa pun yang bakal dipilih oleh Najib 14 April ini. Soal calon kini memainkan peranan untuk merubah keegoaan UMNO BN di Hulu Selangor. Jika selama ini perbalahan soal calon hanya isu dalaman UMNO sendiri. Kini ia melibatkan dua parti komponen mereka, yang sudah pasti akan memberi impak besar kepada pengundi di kawasan itu. Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, secara tradisi kerusi itu menjadi milik Parti Keadilan Rakyat. Tambahan pula, bekas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad adalah dari PKR sendiri. Maka itu seseorang yang amat berwibawa dan lantang perlu dihantar masuk ke parlimen bagi membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Cuma apa yang menjadi persoalannya sekarang, siapakah calon paling sesuai akan dipilih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ. Antara nama-nama popular yang disebut-sebut ialah Ustaz Badrul Amin Baharom (MPP PKR), Datuk Zaid Ibrahim (MPP PKR), Samsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Pusat), Syed Shahir Syed Mohamad (MPP Pusat), Datuk Ismail Kamus (Bekas Calon PAS di situ) dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor). Ramai yang meramalkan nama Zaid dan Ustaz Badrul Amin berada dirangking teratas dalam senarai calon pilihan. Semua ini bakal ditentukan oleh Anwar sendiri. Soalnya siapakah antara mereka yang paling layak untuk dihantar berjuang di parlimen. Sebagai pemerhati bebas kami berpendapat calon yang paling sesuai untuk dihantar ke parlimen bagi meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat ialah Samsul Iskandar Md Akin iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat. Ini kerana daripada kesemua calon tersebut Samsul dilihat antara yang lebih lantang dan tegas dalam mengutarakan sesuatu isu. Malah, ucapan beliau selama ini ketika di pentas ceramah sungguh berapi dan menimbulkan semangat kepada para hadirin. Sikap sebeginilah yang kita mahu sebenarnya, dan bukan bermakna kita mahu memperkecilkan keupayaan Ustaz Badrul, Zaid, Syed Shahir, Ismail Kamus dan Dr.Halili itu sendiri. Samsul telah banyak berjuang dan merupakan antara individu yang paling istiqomah dalam perjuangan menegakkan keadilan serta menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat di negara ini. Sebelum ini dalam pilihanraya umum yang lalu, beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Dungun, Terengganu biarpun beliau berasal dari Melaka. Maka itu, beliau dilihat amat sesuai bertanding di Hulu Selangor berdasarkan "track record"nya yang cukup cemerlang sejak menerajui sayap kanan parti selama ini. Keupayaan Samsul juga tidak harus dipertikaikan, dan memang amat sesuai beliau dibawa masuk ke parlimen sekiranya PKR menang di Hulu Selangor nanti. Tambahan pula, beliau mewakili aspirasi anak-anak muda yang lebih berwibawa dalam menentukan hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Beliau bukan sahaja matang dalam perjuangan, malah lantang untuk bersuara. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak BN di parlimen itu nanti.

[Suara aspirasi anak muda yang lebih lantang seperti Samsul Iskandar perlu menggegarkan parlimen, barulah pemimpin muda BN seperti Khairy Jamaluddin akan
"kecut perut" dan boleh "terkencing dalam seluar" dibuatnya. Inilah yang kita mahukan, jika dibandingkan dengan nama-nama calon yang lain seperti Ustaz Badrul (lebih tertib dan berhemah), Datuk Zaid Ibrahim (lembut dan berfakta) serta Dr.Halili itu sendiri. Keupayaan Samsul dilihat mengatasi semua calon yang dinyatakan tadi. Jika kita mahu yang berhemah dan tertib, memang sudah ada ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat yang bersifat begitu. Maka, sudah tiba masanya seorang pejuang muda yang lantang bersuara dipilih untuk mewakili rakyat di parlimen. Apapun, segala keputusan ditangan Anwar . Besar harapan kita mahu melihat Samsul Iskandar dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu].
Share:

Ahli Parlimen Indera Mahkota Fail Saman RM29 Juta Terhadap Editor Dan Akhbar Utusan Melayu

KUALA LUMPUR, 5 April [1.15 pm] - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) menfailkan saman fitnah RM29 juta terhadap editor dan akhbar Utusan Melayu kerana menyiarkan artikel mendakwa beliau sudah melompat dan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Saman fitnah itu difailkan peguamnnya di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, sebentar tadi. Pada 26 Mac lalu, beliau telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, terhadap Utusan Malaysia yang didakwa menfitnah dirinya dalam isu keluar parti (PKR). Akhbar itu pada 6 Mac lalu dikatakan telah mengeluarkan satu artikel berbaur fitnah terhadap beliau tentang isu itu.

[Tahniah Azan, biarpun penuh kontroversi namun saman fitnah terpaksa dibuat terhadap akhbar arus perdana yang tidak berkredibiliti. Utusan Malaysia ternyata gagal menyampaikan maklumat yang betul kepada rakyat sejak "dulu, kini dan selamanya". Banyak artikel yang jelas sekali terpesong daripada isu sebenar telah disiarkan untuk kepentingan politik UMNO BN itu sendiri. Lantaran itulah tindakan saman wajar dilakukan untuk memberi kesedaran kepada Utusan Malaysia agar dapat menjaga perilaku mereka dengan lebih profesional pada masa akan datang].
Share:

Edisi Pilihanraya: Shafie Afdal Kini Bagai Cacing Kepanasan, Terpaksa Hantar Projek Mee Segera Ke Hulu Selangor Kerana Takut Suara Orang Asli


"Kerajaan tidak pernah sekali-kali meminggirkan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini seperti yang dakwaan pihak-pihak tertentu. Sebagai bukti, peruntukan pembangunan Orang Asli dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK-7) yang pada asalnya berjumlah RM148.9 juta telah dinaikkan kepada RM303.5 sebelum ditambah menjadi RM377.3 juta menerusi RMK-9" kata Shafie Apdal (Ah Bedal), Menteri UMNO yang menjaga hal ehwal kemajuan luar bandar di wilayah kepada penduduk orang Asli di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali semalam. Maka media arus perdana seperti biasa mensensikan berita tersebut, malahan turut disiarkan di TV3 beberapa penduduk orang asli yang menyokong BN dan menolak PKR. Tambah melucukan, wartawan TV3 terbabit sengaja membuat soalan provokasi "Apa bezanya dengan pemerintahan pembangkang di Hulu Selangor dari zaman BN". Maka dijawablah oleh orang asli terbabit, bahawa hanya BN sahaja yang membela nasib mereka. Mereka hanya kenal "Datuk G" iaitu nama jolongan untuk G.Palanivel bekas wakil rakyat disitu dulu. Melihat kepada kenyataan itu, maka bertepuk tanganlah puak-puak UMNO BN, kononnya kenyataan dua tiga kerat orang asli terbabit bakal menyebabkan rakyat menolak PKR dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Malah Shafie juga menjual minyak urut mengatakan “Dua minggu lalu Kabinet sudah luluskan peruntukan berjumlah RM151 juta khusus untuk menyediakan bekalan air bersih bagi perkampungan orang Asli di seluruh negara.“Pembinaan hospital khas untuk Orang Asli juga membuktikan betapa kerajaan mengambil berat mengenai kebajikan pribumi negara ini. Amerika Syarikat juga tidak berbuat demikian untuk kaum Red Indian,” katanya.

Tambah menarik lagi Shafie juga turut mengumumkan tiga peruntukan yang diluluskan untuk kampung berkenaan. Tiga peruntukan berkenaan adalah tujuh buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berjumlah RM231,000, sebuah rumah Tok Batin bernilai RM40,000 dan projek cendawan bagi kegiatan ekonomi penduduk kampung bernilai RM60,000. Soalnya sekarang, kenapa si Shafie Ah Bedal ini beriya-iya sangat mengumumkan peruntukan tersebut dan menjaja cerita yang bukan-bukan tentang peruntukan yang bakal diberikan kepada masyarakat orang asli di negara ini?. Malah, program yang diadakan di Hulu Selangor itu bukankah tidak mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar ceramah dan kempen tidak dibuat sebelum hari pencalonan 17 April ini. Kenapa puak-puak UMNO BN buat dibolehkan dan Pakatan Rakyat pula tidak dibenarkan. Ini jelas menunjukkan memang SPR sengaja mahu berpihak kepada BN itu sendiri sebenarnya. Wajarkah Shafie meluluskan peruntukan "projek mee segera" kepada penduduk orang asli terbabit hingga mencecah ratusan ribu ringgit di saat pilihanraya kecil akan berlaku di kawasan itu 25 April ini?. Bukankah ini amat melucukan, biarpun Shafie mengatakan peruntukan itu sudah sedia ada dan ia memang akan diberikan. Cuma masanya tiba ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor, sebab itulah ia tidak wajar dipolitikkan kata Shafie. Inilah dia kerja jahat UMNO BN setiap kali menjelang sesuatu pilihanraya. Mereka mahu memperbodohkan rorang-orang asli dan melupakan masalah yang dihadapi orang asli itu sendiri.

Umum masih ingat lebih 3,000 orang asli (foto) telah mengadakan satu demostrasi di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah pada 16 Mac 2010 yang lalu. Pada perhimpunan itu, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”. Biarpun perhimpunan itu dihalang oleh pihak polis dan Shafie selaku menteri berkenaan mengatakan kehadiran mereka hanya untuk melancong dan berdialog dengan beliau, namun ia jelas membuktikan bahawa orang asli tidak mahu selamanya di tipu oleh kerajaan UMNO BN di negara itu. Lantaran itulah mereka menuntut hak-hak mereka. Perhimpunan tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Rujuk video dibawah sebagai bukti kerajaan gagal membela nasib orang asli di negara ini. Maka itulah kita tidak hairan Shafie Afdal "gila meroyan" akibat dimarahi oleh PM Najib Razak supaya beliau "memberi gula-gula" kepada orang asli di Hulu Selangor !!


[Sekarang terbukti bahawa kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak semakin gusar untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Parlimen Hulu Selangor ini. Maka itulah kita tidak hairan, dalam temubual setahun pemerintahannya yang disiarkan TV malam tadi dia ada mengatakan dalam usaha BN memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, ukuran sebenarnya adalah pilihan raya umum. Maknanya, Najib sendiri tidak yakin BN akan menang kerusi parlimen itu berdasarkan isu semasa masyarakat orang asli yang kian meruncing sekarang ini. Ada hikmah juga disebalik pilihanraya kecil Hulu Selangor sebenarnya, ia jelas sekali dapat melemahkan keegoaan puak-puak UMNO BN itu sendiri. Pastikan kemenangan itu terus dipertahankan].

Share:

Edisi Pahang: Tiga Penyamun Warga Indonesia Di Tembak Mati Oleh Pihak Polis Selepas Melakukan Rompakan Di Bukit Keramat Mentakab Pagi Tadi !

TEMERLOH, 5 April [11.20 am] - Tiga penyamun warga asing ditembak mati oleh polis selepas mereka menyamun sebuah rumah di Bukit Keramat, Mentakab dekat sini awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Pahang, Asisten Komisioner (ACP) T. Narenasagaran memberitahu pemberita bahawa polis bertindak setelah penjenayah menyerang anggota polis menggunakan parang selepas kereta curi yang dinaiki mereka terbabas. Katanya tiga lelaki dipercayai warga negara Indonesia dan berusia awal 20-an dan 30-an itu mati di tempat kejadian. Sebelum kejadian, beberapa anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah menerima maklumat mengenai satu rompakan di sebuah rumah di Bukit Keramat pada pukul 3.45 pagi. "Tidak lama selepas itu, pasukan polis berkenaan terserempak dengan suspek yang menaiki sebuah kereta dan mengekorinya sehingga ke Jalan Taman Jelutung," katanya. Narenasagaran berkata polis mengarahkan suspek supaya berhenti namun mereka tidak endahkan sebaliknya memecut kereta sebelum terbabas di satu tebing bukit. "Ketiga-tiga suspek berkenaan yang masing-masing membawa parang keluar daripada kereta tersebut lalu menyerang anggota polis dan polis melepaskan tembakan menyebabkan mereka rebah dan mati di tempat kejadian," katanya. Polis menemui empat bilah parang panjang, seutas rantai dan empat bentuk cincin, wang tunai RM374, wang Rupiah 130,000, sebuah telefon bimbit, satu pemotong besi dan kuku kambing. Kereta yang digunakan penjenayah itu telah dilaporkan hilang di Kajang tahun lepas. Narenasagaran berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dengan lapan kes samun di sekitar daerah Temerloh, Maran, Bera dan Kuala Lipis.

[Tahniah diucapkan kepada pasukan polis yang berjaya menjaga ketenteraman awam dengan terbunuhnya tiga penyamun warga Indonesia itu. Sesungguhnya kejadian jenayah seperti ini adalah tanggungjawab sebenar untuk dibenteras oleh pihak polis di negara kita. Jika semua polis dapat laksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin, nescaya negara yang dikatakan aman dan selamat ini akan senantiasa harmoni setiap masa. Namun, jika ada anggota polis yang terpaksa melaksanakan satu tugas yang tidak berkenaan dengan mereka seperti menjejak pemimpin pembangkang dan menganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan, maka inilah yang amat tidak digemari oleh sebahagian besar rakyat yang inginkan perubahan di negara ini. Semoga pihak polis dapat terus berlaku adil dan saksama].

Share:

MB Selangor, PKR Akan Guna Pendekatan Lebih Mesra Rakyat Dalam Kempen Pilihanraya Kecil Di Parlimen Hulu Selangor Bermula Pada 17 April Ini

HULU SELANGOR, 4 April [12.32 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini, kata Ketua Perhubungan PKR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto). Menteri Besar Selangor itu berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya. "Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi bertemu rakyat di Hulu Bernam, dekat sini. Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan umumkan nama apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri hingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon nanti. Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad.

[Puak-puak UMNO BN kini semakin tertekan dengan senario yang berlaku di Hulu Selangor. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula mula menjalankan tugasnya sebagai komponen BN. Arahan supaya tidak diadakan program ceramah selepas tarikh pencalonan 17 April ternyata hanya untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat, anehnya UMNO BN dibiarkan pula melaksanakan berbagai program untuk rakyat. Siap mendapat kerjasama daripada media arus perdana lagi. Inilah bukti SPR memang tidak berlaku adil dalam setiap kali pilihanraya itu sebenarnya. Apapun, rakyat di Hulu Selangor telah menikmati berbagai ganjaran yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, dengan air percumanya, khairat kematiannya, insenstif melanjut pelajarannya dan berbagai-bagai lagi janji yang telah ditunaikan kepada rakyat. Hanya puak-puak UMNO BN yang buta mata dan hati sahaja yang masih mengatakan Kerajaan Negeri gagal tunai janji. Namun ada juga perkara yang tidak dapat dilaksanakan segera seperti kes Felda Sg.Buaya, kerana ia melibatkan pihak ketiga. Maka itu, tidak wajar dituduh MB Selangor itu gagal membela nasib rakyat].

Share:

Edisi Pahang: Timbalan Yang Dipertua MUIP Gesa Semua Pihak Hormati Keputusan Sultan Susulan Meringankan Hukuman Sebat Terhadap Kartika !

KUANTAN, 3 April [11.00 am] - Semua pihak perlu menghormati keputusan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berkenan meringankan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, atas kesalahan minum arak dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (foto) berkata, Sultan Pahang telah mengunakan budi bicara baginda yang turut mengambil kira ia kesalahan pertama dilakukan bekas model sambilan itu. "Namun, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini bolehlah membawanya ke muka pengadilan," katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Kempen Ops Potongan Zakat Berjadual (PZB) 2010 di sini semalam. Menurut beliau, keputusan tersebut bukan prosedur baru, sebaliknya, ia dibuat atas ihsan Sultan Ahmad Shah yang menggunakan kuasa baginda mengikut peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002. Katanya, di bawah Seksyen itu, Sultan Pahang, atas nasihat mufti boleh meringan atau memberi pengampunan kepada mana-mana pesalah syariah tanpa persetujuan orang yang telah dihukum. "Saya berharap semua pihak tidak mempertikaikan atau mempersoalkan perkara tersebut dan biarlah Kartika menjalani hukuman dengan tenteram," katanya. Beliau juga berharap Kartika dan keluarganya berpuas hati dengan keputusan yang telah ditetapkan ini dan jangan mempertikaikannya.

[Keputusan telah dibuat oleh baginda Sultan Pahang, maka sebagai rakyat jelata kita harus menerima segalanya dengan berlapang dada. Mungkin juga ada hikmah disebalik tindakan Tuanku Sultan tersebut sebenarnya. Memang banyak pihak yang kecewa dan dukacita atas tindakan Sultan itu, walaupun ia tidak bercanggah dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002. Mereka cuma takut, akibat keputusan itu ia seolah-olah menyuburkan lagi aktiviti maksiat terutamanya minum arak dikalangan orang Melayu Islam dalam negeri ini. Jika Kartika boleh dimaafkan, maka ramai lagi rakyat berhak mendapat pengampunan yang sama. Malah, mereka juga bimbang orang bukan Islam mentertawakan undang-undang jenayah Islam yang telah termaktub dalam enakmen jenayah syariah negeri itu sendiri. Maka itulah mereka amat gusar melihat hukuman Islam dijadikan bahan jenaka selepas ini. Malah, kata mereka hanya Allah SWT sahaja berhak memberi pengampunan kepada HambaNya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang Islam. Apapun, umat Islam diminta bersabar dengan senario yang berlaku dan dapat menerima ketetapan ini dengan hati terbuka serta tidak lagi mensensasikan isu ini].

Share:

Mesyuarat Ke-122 Himpunan Ahli-Ahli Parlimen Sedunia Mendesak Kerajaan Malaysia Gugurkan Pertuduhan Fitnah Liwat Ke Atas Anwar Ibrahim

Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok semalam sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU. Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr (foto) untuk diterimapakai. "Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU. Badan itu juga meminta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang. IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010. Tiga wakil Pakatan yang hadir ialah Ahli Parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi. IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889. Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.

[Nampaknya keputusan ini merupakan satu tamparan hebat terbesar buat Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak. Apakah kita boleh mengatakan anggota IPU itu jahil undang-undang dan orang yang tidak berpendidikan. Hanya puak-puak UMNO BN sahaja yang melihat kes liwat terhadap Anwar itu relevan, sedangkan masyarakat antarabangsa jelas mengatakan kes itu tiada asas dan merupakan satu penganiyaan terhadap mantan Timbalam Perdana Menteri itu. Ia berasaskan kepada laporan perubatan yang wajar diteliti terlebih dahulu oleh pihak berkuasa untuk membuat pendakwaan terhadap Anwar. Jika laporan perubatan yang sah itu membuktikan tiada kesan kemasukan dan tiada bukti klinikal Saiful diliwat, maka atas alasan apa Anwar perlu didakwa. Pihak berkuasa didapati zalim terhadap Anwar bila hanya mendengar cakap lisan Saiful dari laporan klinikal yang dikeluarkan oleh doktor pakar. Malah, penggunaan DNA harus dilakukan sekiranya ada bukti kukuh kejadian itu berlaku. Jika jelas doktor pakar mengesahkan tiada bukti, maka DNA hanyalah satu helah untuk mensabitkan juga kesalahan terhadap mana-mana tertuduh sebenarnya].
Share:

Edisi Pahang: Peguam-Peguam Muslim Malaysia Dukacita Terhadap Hukuman Sebat Kartika Sari Yang Digantikan Kerja Khidmat Kemasyarakatan

KUANTAN, 2 April [4.32 pm] - Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dukacita hukuman sebat Kartika Seri Dewi Shukarnor (foto), digantikan dengan kerja khidmat kemasyarakatan selama tiga minggu bermula hari ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Bahari, dalam satu kenyataan, berkata penggantian hukuman itu didakwa tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie. Beliau berkata, pihaknya musykil faktor kemanusiaan yang ditekankan sebagai asas penggantian hukuman tidak timbul kerana hukuman sebat seperti didakwa persatuan itu amat ringan dan mempunyai falsafah tersendiri. Kartika menjalani hukuman dengan berbakti menerusi khidmat masyarakat di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, di sini. Penggantian hukuman itu diputuskan atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

[Sebenarnya bukan sahaja Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang amat kecewa dengan keputusan tersebut, malah ramai lagi rakyat Pahang yang terkejut dengan apa yang berlaku. Apakah undang-undang Islam yang digubal itu sudah tidak relevan lagi untuk diamalkan di negeri Pahang. Apa akan terjadi kepada generasi muda terutamanya mereka yang kini gemar minum arak di pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ini?. Jika Kartika boleh diampunkan, maka mereka juga mahukan hak untuk diampunkan. Bukankah hanya Allah SWT yang mengampunkan hambaNya. Maka itu, sama-samalah kita mengambil ikhtibar atas apa yang telah berlaku ini. Mana yang baik jadikan tauladan mana yang kurang jadikan sempadan. Ingatlah, bahawa minum arak itu tetap haram hukumnya dan hukuman di akhirat kelak tiada siapa dapat mengelaknya].
Share:

Panas: Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Si Samy Vellu Mahu G.Palanivel Dikekalkan Tetapi UMNO Pula Mahu Bekas MB Mat Taib Dipilih Jadi Calon !

SHAH ALAM, 2 April [3.30 pm] - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC. Beliau berkata permintaan ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu. "Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan UMNO, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada UMNO, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan UMNO meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. "Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya UMNO meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini. Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Sebelum ini, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mencadangkan supaya timbalannya Datuk G.Palanivel mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi parlimen Hulu Selangor. Palanivel merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada 2008. Kerusi parlimen Hulu Selangor dimenangi calon wanita dari UMNO, Halimathon Saadiah pada pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, dan 'diserahkan' kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya 'diserahkan' kepada MIC pada 1986 sehingga kini. Ramli yang juga bekas Exco Selangor dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalumpang, turut mencadangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (foto) sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

[Petanda awal untuk kita melihat kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor semakin jelas terasa sekarang ini. Puak BN kini sedang bergolak sesama sendiri dalam menentukan soal calon, biarpun dinafikan oleh pucuk pimpinan tertinggi pakatan karat itu. Mereka bakal karam bersama labu-labunya kali ini. Biarpun mempunyai jentera dan kekuatan, BN pasti kecundang dengan majoriti yang jauh meningkat dari dulu berlandaskan kepada fakta rakyat telah menikmati faedah kebajikan dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media massa sukar untuk menafikan semua itu, kerana rakyat di Hulu Selangor merasainya. Oleh itu, berlandaskan kepada calon BN itu nanti maka sudah pasti akan menyebabkan sokongan terhadap pakatan itu akan berpecah dua walau siapa pun calon yang ditentukan oleh PM Najib nanti].

Share:

SPR Umum Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Hari Pencalonan 17 April Dan Pengundian 25 April Ini!

PUTRAJAYA, 2 April [12.35 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. Allahyarham yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2005 telah memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC pula, hanya mendapat 22,979 undi.

[Tahniah! kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana akhirnya bertindak profesional dengan mengadakan tarikh pencalonan dan hari pengundian pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada hari cuti iaitu 17 April (Sabtu) dan 25 April (Ahad). Semoga dengan perubahan ini ia akan memudahkan lagi rakyat di kawasan Hulu Selangor untuk membuang undi pada pilihanraya kecil kali ini. SPR juga diseru bertindak wajar dengan mengelakkan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi selepas ini. Jika SPR mahu mereka terus dihormati rakyat, ciri-ciri adil dan telus itu perlu jelas dalam perkhidmatan mereka. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus mengatakan SPR memang sudah jadi talibarut dan komponen UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya].

Share:

Edisi Pahang: Minum Arak, Kartika Sari Dewi Tak Menyangka Perubahan Hukuman Yang Di Terima

KUANTAN, 2 April [12.12 pm] - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor (foto), yang digantikan hukuman rotan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat kerana kesalahan meminum arak hari ini tidak menyangka perubahan hukuman yang diterimanya. Sambil menyatakan rasa hormatnya dengan titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diterimannya melalui surat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) semalam, dia mengakui terkejut dengan keputusan itu. "Perasaan saya bercampur-campur. Saya terkejut kerana keputusan ini amat tidak disangka-sangka," katanya. Kartika menerima surat daripada MAIP memaklumkan bahawa Sultan Pahang menitahkan supaya ibu kepada dua anak itu tidak dirotan sebaliknya diarahkan membuat kerja-kerja khidmat komuniti selama tiga minggu. Dia memberitahu akan memulakan khidmat berkenaan di rumah amal kanak-kanak mulai esok.

[Ramai yang terkejut dengan hukuman Kartika yang diubah itu. Malah ada juga yang amat khuatir dengan keputusan tersebut, tambahan pula hukuman yang telah disabitkan terhadap Kartika adalah terkanun dan undang-undang jenayah syariah negeri Pahang itu sendiri. Meminda hukuman terhadap Kartika bakal menyebabkan umat Islam yang lain tidak akan segan silu dan takut lagi untuk meminum arak dikhalayak ramai dalam negeri ini sebenarnya. Selepas Kartika dikenakan hukuman, kita juga ada mendengar beberapa orang wanita Islam lagi yang ditangkap atas kesalahan yang sama untuk menantikan hukuman. Ini bermakna, mereka juga ada hak untuk dilepaskan dengan cara yang sama. Keputusan ini memang sedikit menimbulkan kontroversi terutamanya dikalangan NGO Islam Pahang yang pernah mempertikaikan kenyataan (JAG) dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan JantinaSisters In Islam (SIS) yang mengatakan hukuman sebat terhadap Kartika itu kejam sebelum ini. Maka itu, kita menantikan komen daripada NGO-NGO terbabit seperti Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (Abim), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Persatuan Cina Muslim Malaysia Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Pahang. Apapun, keputusan telah dibuat oleh Tuanku Sultan Pahang, makanya ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh pihak-pihak yang berkenaan kerana baginda Sultan mungkin sudah memikirkan baik buruk akibat daripada pindaan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukarno itu ].

Share:

Edisi Pahang: Barakah Gabungan NGO-NGO Islam Pahang Dengan Kerjasama Masjid Syaidina Umar Al Khattab Mengadakan Roadshow Lifeline4Gaza!


KUANTAN, 2 April [10.32 am] - Barakah Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dengan kerjasama Masjid Syaidina Umar Al Khattab Cenderawasih dekat sini mengadakan satu usaha membantu umat Islam di Gaza, palestin , menerusi program "Roadshow Lifeline4Gaza (Talian Hayat Untuk Gaza) Menerobos Tembok Kematian.." bermula hari ini (2 April) dan esok (3 April). Justeru itu orang ramai terutamanya di sekitar Kuantan dipelawa untuk menyaksikan berbagai acara program yang diadakan serta menghulurkan sumbangan ikhlas bagi tujuan tersebut. Antara acara menarik sepanjang program tersebut ialah segmen ceramah, tazkirah, tayangan video, qiamullail remaja, kutipan dana, motivasi pelajar, peraduan mewarna dan melukis kanak-kanak serta berbagai lagi. Acara menarik hari ini ialah Khutbah Jumaat Khas Isu Palestin dan Ceramah serta Tayangan slide khas "Kewajipan Membantu Umat Islam Palestin Dan Pengalaman Tragis Relawan Kemanusiaan VIVA Palestin 3 di Gaza yang akan disampaikan oleh Pengerusi HALUAN Palestin iaitu Tuan Hj.Noorazman Samsuddin selepas solat Maghrib hari ini. Manakala pada jam 9.00 malam pula, satu majlis pelancaran kutipan dana untuk projek Lifeline4Gaza peringkat daerah Kuantan akan diadakan. Selepas acara itu satu tayangan video isu palestin dan motivasi pelajar serta qiamullail akan diadakan. Manakala acara pada hari esok 3 April pula ialah peraduan mewarna dan melukis kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun bermula jam 8.30 pagi, kemudian diikuti dengan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling doktor. Ceramah khas muslimat yang bertajuk "Peranan Muslimat Bagi Melahirkan Mujahid" oleh Ustaz Suhaimi Saat (Yayasan Amal Pahang) akan diadakan pada jam 3.00 petang. Sementara itu ceramah khas "Protokol Dan Perancangan Jahat Yahudi (Zionis) Menghancurkan Islam" pula akan disampaikan selepas solat Maghrib oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Sharif, JIM Johor). Selain aktiviti tersebut orang ramai juga boleh berkunjung ke gerai-gerai jualan dan pameran yang turut diadakan sepanjang program di perkarangan Masjid Syaidina Umar Al Khattab. Sebarang pertanyaan dan info lanjut hubungi talian hotline 013-9333316 atau 013-9670272.


Slik klik untuk besarkan imej risalah "Talian Hayat Untuk Gaza" ini

[Lifeline4Gaza merupakan satu usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada bulan April atau Mei 2010 ini. Projek ini diterajui oleh IHH dengan sokongan padu daripada kerajaan Turki yang disertai oleh relawan dari lebih 10 buah negara termasuklah Malaysia, Turki, Irelend, Sweden dan juga Indonesia yang mewakili pelbagai bangsa serta agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain. Ayuh! sahutlah panggilan rakyat Gaza yang sedang diganyang olek Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka membina semula segala yang telah dimusnahkan dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras termasuk anda semua menolak dan membenci kejahatan mereka. Bagaimana anda boleh membantu? Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian seluruh pelusuk dunia, sehingga rakyat Palsetin terbebas daripada kekejaman tentera Zionis Israel. Disamping itu anda juga dipelawa menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan projek ini. Seterusnya, sebarkan maklumat ini kepada setiap mereka yang anda kenali tanpa mengira batasan agama, bangsa dan politik masing-masing. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun Tabung Palestin HALUAN, Maybank 5-644-902-085-28. Sumbangan anda amatlah diharapkan bagi membantu rakyat Palestin dan semoga Allah jua yang akan membalasnya di akhirat kelak. Klik www.lifeline4gaza.org].
Share:

Pelawak Popular Din Beramboi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 2 April [11.00 am] - Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri (foto), disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani. Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi. Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ihsan, Kepong pukul 10.40 pagi tadi . Lebih 500 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminatnya hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle dan Zul Yahya.

[DariNya kita datang dan kepadaNya kita pergi. PDO mengucapkan salam takziah ke atas keluarga Allahyarham Din Beramboi. Kami juga pasti ramai dikalangan pembaca yang meminati beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Ramai yang terkejut dengan pemergian Allahyarham, kerana beliau kelihatan sihat walafiat tatkala berhadapan dengan khalayak ramai sedangkan ramai lagi artis sensasi yang kini berada dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan namun masih bertahan sehingga ke hari ini. Semoga kehilangan beliau memberi pengajaran kepada artis-artis lain agar senantiasa beringat, biarpun mereka popular dan terkenal serta dipuja oleh ramai peminat tetapi bila maut menjemput maka tidak ada sesiapa lagi yang dapat menghalangnya. Maka, sebagai artis disamping menghibur terapkan juga nilai-nilai kemanusian dan keimanan dalam diri peminat itu].

Share:

Edisi Parlimen: Lucunya Apabila Melihat Si Zahid Hamidi Kecut Perut Ketika Diasak Dengan Soalan Panas Oleh Ahli Parlimen Pembangkang Semalam

Sungguh memalukan dan amat mengejutkan bila melihat dan menyaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (foto), kecut perut ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat semalam. Beliau ternyata gagal membuktikan kreadibilitinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa. Ketika ditanya oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena) tentang beberapa pendedahan beraninya kepada media tentang isu pengintipan dan beberapa masalah lain yang melibatkan kementeriannya, Zahid ternyata "bengong" untuk menjawab soalan tersebut terutamanya tentang persoalan rahsia kententeraan negara yang bocor ke tangan asing yang dipercayai melibatkan kedutaan negara terbabit. Zahid tidak mahu mendedahkan fakta sebenar dan mengatakan ia perlu dirujuk kepada bekas Menteri Pertahanan, Najib Razak. Kononnya Najib lebih mengetahui dan beliau senantiasa berbincang dengan Najib tentang apa yang mahu didedahkan. Namun, masalahnya pendedahan yang beliau lakukan terutamanya dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E dan kes-kes lain itu dibuat tanpa merujuk Najib selaku Perdana Menteri. "Kenapa sekarang baru mahu berbincang, sedangkan ketika pendedahan dibuat kepada media dulu dibuat tanpa merujuk Najib", kata Mahfuz. Zahid tersentak dengan beberapa persoalan termasuk pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan Jun 2009 yang lalu. Zahid yang dibantu oleh Khairy Jamaluddin (Rembau) beberapa kali menempelak soalan pembangkang itu dan mengatakan Anwar sendiri mempunyai hubungan dengan Israel. Walaupun, wakil pembangkang mempertikaikan pertemuan sulit itu sedangkan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut. Melihat kekecohan yang berlaku, akhirnya Zahid diselamatkan oleh Speaker Wan Junaidi dengan memberi laluan kepada Menteri Kerjaya, Saziman Abu Mansor pula untuk menggulung perbahasan. Tindakan tersebut mengecewakan beberapa ahli parlimen Pakatan yang bangun untuk mencelah seperti Tian Chua (Batu), Azan Ismail (Indera Mahkota) , Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan yang lainnya. Ternyata kerajaan UMNO BN amat takut dengan soalan panas yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen sebenarnya. Mereka hanya berani di luar dan gusar berhadapan dengan pemimpin pembangkang di dewan.

[Melihat kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Zahid, maka membuktikan kepada kita betapa ceteknya ilmu yang dimiliki oleh bekas Menteri Agama UMNO itu. Zahid seakan menggelabah tatkala membuat kenyataannya. Malah, tindakan beliau memperli Mahfuz Omar kononnya Naib Presiden PAS itu bercita-cita mahu menjadi Presiden PAS gara-gara teruja dengan soalan yang dikemukakan, jelas sekali menunjukkan sikap kurang profesionalnya menteri ini. Saksikan siarang langsung di PDO]

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.