script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Balasubramaniam Kecewa Pegawai SPRM Tiba-Tiba Membatalkan Rancangan Untuk Rekod Keterangan Tentang Kes Altantunya Di London !!

LONDON, 8 Julai - Bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan barisan peguamnya melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan rancangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangannya di sini. Balasubramaniam telah sampai di sini dari India selepas pegawai SPRM menghubungi peguamnya untuk menyampaikan hasrat mengambil keterangannya mengenai perakuan sumpah yang ditarik balik berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbu. Dalam sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu, Balasubramaniam bersama barisan tiga peguamnya berkata: "kini semuanya terletak di tangan SPRM". "Kami ingin menegaskan bahawa kami kini berada di sini dan anak guam kami, Balasubramaniam sentiasa bersedia dan sanggup membantu SPRM jika mereka mahu menemubualnya,"" kata peguam Americk Sidhu. "Sekiranya SPRM ingin menemubual Balasubramaniam maka kali ini mereka perlu mematuhi syarat kami sepenuhnya kerana mereka terlepas peluang keemasan," katanya. Americk mendakwa SPRM bimbang untuk datang ke London bagi mendengar kisah sebenarnya. Menurut salah seorang peguam, Manjeet Singh Dhillon, bahawa pihaknya berhasrat supaya Balasubramaniam menonjolkan kisah keseluruhan yang berkisar dalam hal Altantunya jika pegawai SPRM datang ke sini. Manjeet berkata polis telah merekodkan tidak kurang lima kenyataan daripada Balasubramaniam. Balasubramaniam merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam. Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya. Selepas kematian Altantunya, Balasubramiam membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya. "Cara Balasubramaniam dilayan selepas perakuan sumpah pertama pada 3 Julai, 2008, dia segera ditahan, disuap, dipujuk, diugut dan dibuang dari Malaysia," kata Manjeet. Balasubramaniam mengakui bahawa beliau bimbang untuk kembali ke Malaysia dan mendakwa beliau mungkin ditahan. Katanya beliau akan disoal oleh pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai ini berhubung bayaran komisen bagi pembelian kapal selam itu sebelum kembali ke India untuk bertafakur di pergunungan Himalaya. "Apabila SPRM meminta saya datang ke London, saya datang," katanya. Sidang akhbar itu turut dihadiri ahli-ahli media alternatif, salah seorang pemimpin kanan PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan pengendali blog 'Malaysia Today', Raja Petra.

[Terkadang kita jadi hairan dengan sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes yang jelas telah menjatuhkan imej dan maruah negara ini. Biar pun ramai pihak yang menganggap kes tersebut telah selesai selepas keputusan perbicaraan mengesahkan Sirul dan Azilah yang melakukan pembunuhan Altantunya. Manakala Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah, namun rakyat yang cintakan keadilan masih belum percaya 100% keputusan tersebut. Tambahan pula, mana mungkin Sirul dan Azilah (foto) boleh menggunakan bom C4 untuk membunuh Altantunya tanpa sebarang arahan pihak atasan. Walhal ketika itu mereka yang merupakan UTK dan bertugas dengan seorang pembesar negara. Jika pun mereka disabitkan kesalahan, pihak polis perlu mencari maklumat siapa yang mengarahkan mereka dan bagaimana bom C4 boleh dikeluarkan sesuka hati. Juga, kemusykilan timbul kenapa rekod perjalanan Altantunya dihilangkan oleh pihak Imigresen?. Ini semua mengundang seribu persoalan yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Malah, ramai yang menganggap hukuman terhadap Sirul dan Azilah adalah "gimik untuk melepaskan pihak tertentu". Malah, mereka juga mengaku di mahkamah telah menjadi "kambing hitam", soalnya siapa yang mengarahkan mereka. Justeru itulah pendedahan demi pendedahan yang bakal dibuat oleh Balasubramaniam menakutkan pihak tertentu. Akhirnya terpaksalah mengarahkan supaya pegawai SPRM membatalkan hasrat merekodkan keterangan penyiasat persendirian terbabit di London baru-baru ini].
Share:

Piala Dunia Fifa: Sepanyol Berjaya Layak Ke Akhir

DURBAN, 8 Julai - Pasukan Sepanyol akhirnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia Fifa 2010, apabila menang bergaya ke atas Jerman di Stadium Moses Mabhida. Jaringan tunggal Carles Puyol berjaya membantu Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jerman. Keputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73. Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City.
Share:

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tetapkan Pada 8 Disember 2010 Untuk Bicara Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Terhadap Si Khairy Jamaluddin !

KUALA LUMPUR 7 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan dua hari mulai 8 Disember ini untuk mendengar saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu hari ini selepas bertemu peguam Anwar, S. Prakash, dan Badrul Munir Bukhari, yang mewakili Khairy dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan. Anwar, 63, mengemukakan saman tersebut pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007, dan kenyataan berunsur fitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos 2007. Katanya, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai orang Melayu, tidak menitikberatkan perjuangan dan hak mereka, serta boleh mengkhianati bangsa itu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini. Anwar mendakwa Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi yang bertujuan menghancurkan karier politiknya, selain berniat jahat ketika membuat kenyataan bohong, tidak berasas dan tidak benar itu.

[Khairy sebenarnya adalah anak didik Anwar yang perlu menghormati pemimpin terbabit. Malah Khairy juga pernah menggemparkan negara apabila hadir ke rumah Anwar untuk menguruskan hal imigresen selepas Anwar dibebaskan dari penjara dulu. Beliau sebenarnya amat sebati dengan Anwar, makanya tindakan menfitnah mantan TPM itu jelas sekali satu sikap kurang ajar terhadap tok gurunya sendiri. Kini Khairy tidak punyai apa-apa lagi selepas Pak Lah mengundur diri. Jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO pun hanyalah sekadar "badut" yang telah diprogramkan, sedangkan majoriti ahli menganggap Mukhriz adalah ketua mereka. Riwayat politik Khairy bakal berakhir bila terdapat khabar angin dia tidak akan menjadi calon lagi di Parlimen Rembau dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Kasihan Si Khairy @ KJ!].
Share:

Edisi Pahang: 40 Peneroka Felda Wilayah Jengka Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Hari Peneroka

BENTONG 7 Julai - Hasrat sekumpulan empat puluh orang peneroka dan kakitangan Felda dari Wilayah Jengka untuk menghadiri Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak, Perak, tidak kesampaian apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. Kemalangan di Kilometer 48.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 1.45 pagi itu berlaku apabila bas terbabit terlanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi semasa melalui jalan tersebut. Berikutan itu, empat penumpang parah termasuk pemandu bas, K. Surenthiran, 21, yang patah kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Seramai dua belas orang lagi penumpang mengalami cedera ringan dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Bentong.

[Kami mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat. Mujurlah tiada yang maut dalam tragedi itu. Walau pun mereka gagal untuk melihat Perdana Menteri Najib Razak "jual minyak" di Hari Peneroka Felda di Trolak itu, namun sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk hadir ke sana dengan elaun khas yang disediakan oleh pihak Felda. Namun, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Semoga semuanya tabah dan bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Jika tidak sudah pasti ia akan lebih tragis lagi].
Share:

Panas: Kerajaan UMNO BN Tipu Rakyat Lagi, 300 Orang Asli Kampung Tanam Di Rompin Berpiket Membantah Ladang Sawit Mereka Di Musnahkan

ROMPIN, 7 Julai - Kira-kira 300 Orang Asli Kampung Tanam (foto) mengadakan piket pagi ini bagi membantah tindakan Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) dan Pejabat Tanah Dan Daerah Rompin yang mahu memusnahkan kawasan ladang sawit seluas 400 hektar yang diusahakan mereka. Bantahan tersebut dibuat akibat rasa tidak puas hati mereka dengan janji-janji palsu kerajaan UMNO BN untuk membela mereka selama ini. Untuk makluman, Parlimen Rompin adalah diwakili oleh Jamaluddin Jarjis yang kini menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Sebelum ini banyak pihak yang percaya bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap permasalahan orang-orang asli di kawasan ini. Malahan terdapat maklumat ada dikalangan orang asli yang dihadiahkan tanah pertanian dan penternakan oleh kerajaan supaya mereka kekal mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang. Namun, terdapat maklumat juga tanah-tanah itu kini banyak yang menjadi milik tokey-tikey Cina yang mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan orang asli terbabit semata-mata mahukan tanah tersebut. Malah, kawasan Rompin kini banyak kawasan tanah terjual begitu sahaja kepada orang asing akibat kecuaian Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan banyak projek untuk mereka. Jamaluddin Jarjis juga dikatakan menjadi penyebab mengapa begitu banyak tanah-tanah di Rompin yang terjual kepada orang asing. Inilah sikap pemimpin UMNO yang sanggup mengadaikan negara demi kepentingan peribadi masing-masing. Oleh itulah, kita tidak hairan orang Asli Kampung Tanam ini akhirnya ditipu hidup-hidup oleh mereka.

[Sememangnya kes-kes penipuan tanah orang Asli ini memanh sudah menjadi lumrah kerajaan UMNO BN. Mereka hanya perlukan orang asli untuk undi pilihanraya semata-mata, sebaliknya kaum tersebut akan dinafikan hak dan diperlakukan sesuka hati mereka bila tiba saat yang diperlukan. Mereka tahu, untuk membeli undi orang Asli bukannha susah sangat. Sponsor dan bagi rasuah anjurkan acara sewang tiga hari tiga malam, bagi minum arak dua tiga botol dan kemudian panggil artis bersama Radio Asyik FM maka sudah pasti undi mereka dapat dibelia dengan mudah. Pendek kata orang Asli ni adalah umpan yang paling mudah buat UMNO BN untuk mengekalkan kuasa di Pahang selain dari kawasan penempatan Felda itu sendiri. Inilah hakikat sebenarnya].
Share:

Panas: Menteri UMNO Si Ismail Sabri, Rela Cakap Bohong Kerana Takut Dia Di Kaitkan Dengan Isu Penamatan Operasi Perniagaan Carrefour Di Sini

Kasihan benar melihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Si Ismail Sabri Yaakob (foto), yang menggelabah dan sanggup menipu rakyat ketika menjawab soalan panas berhubung isu pasaraya besar Carrefour dikatakan mahu menutupkan operasi perniagaannya di negara ini. Biar pun berita itu belum sahih sepenuhnya, namun kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan dalam agensi berita ternama Reuters semalam. Antara lain melaporkan bahawa Carrefour telah menjual unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura. Bahkan syarikat itu juga merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara terbabit. Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa penjualan tersebut dilakukan oleh Bank Pelaburan Goldman Sachs dan UBS. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Ismail Sabri dengan angkuhnya mengatakan berita itu hanyalah khabar angin semata-mata. Beliau menganggap ianya khabar angin selagi belum mendapat penjelasan rasmi daripada pengurusan syarikat itu sendiri. Kenyataan Ismail Sabri ini ialah kerana beliau merasa malu, sebagai menteri yang bertanggungjawab tiba-tiba ada pelaburan besar oleh rangakaian pasaraya besar dari Perancis itu menamatkan operasinya di negara ini. Kononnya jika benar Carrefour menutup operasi, ia tiada kaitan dengan pasaran di negara kita. Malah Ismail juga cuba menipu bahawa setiap hari banyak syarikat pasaraya besar mahu buka cawangan di negara ini dan kementeriannya meluluskan kerana mengikut prosedur. Nampak benar Ismail Sabri menipu dalam hal ini. Mana mungkin setiap hari ada pasaraya besar memohon buka cawangan di negara ini. Ikut logik akal, jika enam bulan atau setahun sekali mungkin boleh diterima. Namun, kalau hari-hari ia jelas menunjukkan yang menteri itu mahu membuktikan kehebatan beliau sebenarnya. Walhal, pelaburan asing gusar menanam modal di negara ini kerana melihat sebuah kerajaan yang jelas tidak menghormati undang-undang itu sendiri. Mungkin juga Carrefour gusar dengan senario politik di negara ini, tambahan pula terdapat isu panas antara kerajaan Malaysia dengan Perancis berhubung isu Altantunya dan kapal selam Scorpene yang dikatakan penuh dengan skandal itu.

[Terkadang kita hairan dengan sikap Ismail Sabri yang sanggup berbohong ini. Beliau memang tidak layak menjadi Menteri KPDNKK sebenarnya. Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat sejak beliau berada disitu. Buktinya, rakyat sering dihimpit dengan masalah kekurangan bekalan gula dipasaran. Malahan, di kawasan parlimen beliau sendiri pun (Bera) turut mengalami masalah yang sama. Semua ini adalah dek kerana kegagalan beliau menerajui kementerian itu dengan sebaiknya. Akibat kekangan yang berterusan kepada para peniaga inilah yang akhirnya menyebabkan pengurusan pasaraya Carrefour ingin menanamtkan operasi perniagaannya di negara ini. Ismail Sabri tidak perlu menipu kononnya setiap hari ada saja permohonan membuka pasara besar yang diterima oleh kementeriannya. Bukankah beliau sedar bahawa pihak kerajaan sebelum ini sudah mengeluarkan arahan supaya mengawal kemasukan pasaraya besar yang dilihat mengancam perniagaan rakyat tempatan. Maka itu, apakah belai sedar apa yang telah beliau ucapkan kepada media di lobi parlimen semalam itu?].
Share:

Piala Dunia Fifa: Belanda Berjaya Layak Ke Akhir

CAPE TOWN, 7 Julai - Pasukan Belanda memperagakan aksi mantap pada separuh masa kedua dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali ketiga selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Uruguay awal pagi tadi. Wesley Sneijder menjaringkan gol kelima peribadinya di Afrika Selatan dan Giovanni van Bronckhorts menambah satu lagi gol dalam kejohanan tersebut tatkala Belanda mara ke saingan akhir dalam tempoh 32 tahun. Van Bronckhorst menjaringkan gol melalui rembatan cantik pada minit ke-18 tetapi berjaya disamakan oleh Diego Forlan pada minit ke-41. Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk kemudiannya menggantikan Demy de Zeeuw dengan memasukkan Rafael van der Vaart dan ia membuahkan hasil selepas Sneijder serta Arjen Robben berjaya menambah gol pada separuh masa kedua. Maximiliano Pereira menambah gol kedua Uruguay pada minit ke-90.

[Tahniah diucapkan kepada pasukan Belanda kerana berjaya membawa kejayaan paling berharha buat negara mereka yang layak ke akhir kancah bolasepak Piala Dunia selepas 32 tahun. Ternyata, Belanda menunjukkan satu aksi yang cukup mendebarkan dan menarik dalam perlawanan separuh akhir malam tadi. Akhirnya Uruguay ditunjuk jalan keluar, selepas mereka menafikan hak wakil tunggal Afrika iaitu Ghana untuk beraksi di separuh akhir itu baru-baru ini. Kini mereka menerima pada dan kesedihan atas apa yang telah mereka lakukan kepada penyokong Afrika. Itulah bolasepak sebenarnya. Begitu juga dalam politik, parti yang lama memerintah jangan fikir mereka akan terus berkuasa buat selamanya. Akhirnya rakyat akan tunjukkan jalan keluar buat mereka dan ketika itulah mereka akan tahu "langit tinggi atau rendah". Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan diambil itu sebenarnya].

Share:

Panas: Tahniah ! Polis Cepat Buka Kertas Siastan Kes Raja Petra Kerana Dua Laporan Orang Awam Atau Dek Kerana Dapat Arahan Politik Agaknya !!

Polis Raja Di Malaysia (PRDM) teryata menunjukkan tahap profesionalisme mereka semakin tinggi melangit, apabila begitu cepat membuat respon dan membuka kertas siasatan terhadap mana-mana individu yang disyaki melindungi Blogger Raja Petra. Hari ini satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Bakri Zinin (foto) berkaitan perkara tersebut selepas pihak polis menerima dua laporan yang dibuat oleh orang awam. Malah, polis juga akan menyiasat dakwaan kononnnya wujud individu tertentu termasuk sebuah parti politik yang memberi perlindungan kepada blogger tersebut yang dipercayai berada di United Kingdom. Menurut Bakri lagi siasatan dakwaan tersebut akan dijalankan dibawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan iaitu melindungi pesalah lain. Laporan muka depan akhbar arus perdana Utusan Meloya hari ini juga melaporkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) adala penaja Raja Petra diluar negara. Susulan daripada itu, kemungkinan besar salah seorang pemimpin kanan PKR iaitu Zaid Ibrahim bakal dipanggil polis untuk membantu siasatan. Persoalannya yang timbul disini, kenapa polis begitu cepat mahu bertindak bila ada dua laporan polis dibuat tentang isu ini. Kenapa pula polis lambat bertindak terhadap banyak laporan polis yang dibuat terhadap berbagai isu sebelum ini, termasuk isu felda bangkrap, isu enjin hilang, isu rasuah pemimpin UMNO dan banyak lagi. Sedangkan banyak laporan polis telah dibuat terhadap beberapa individu tentang perkara ini. Kenapa polis begitu berselera untuk menyiasat Raja Petra?. Apakah dek kerana ia mempunyai kaitan dengan pihak-pihak tertentu yang gusar kuasa politiknya hilang kerana blogger tersebut?. Maknanya polis bukan menyiasat kes ini berdasarkan laporan orang awam sebenarnya, tetapi mereka siasat selepas mendapat perkenan daripada pihak atasan. Itulah hakikatnya sejak dulu, kini dan selamanya. Pihak polis menjadi "cepat, cekap dan adil" bila menyiasat laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang sahaja. Sebaliknya mereka akan menikus apabila ada banyak laporan berkaitan pemimpin UMNO BN. Jika inilah cara pihak polis Malaysia bekerja, maka tidak hairanlah pembunuh Nurin Jazlin hingga ke hari ini masih gagal dikesan biarpun telah menggunakan khidmat FBI untuk mengesan rakaman CCTV yang berkaitan.

[Terkadang kita amat teruja dengan cara kerja pasukan polis di Malaysia ini. Mereka bekerja untuk menjaga keselamatan orang awam, tapi lain pula jadinya. Inilah akibatnya bila ada tangan-tangan belakang yang menjadi "tok dalang" mereka sebenarnya. Sebab itulah juga banyak kes-kes jenayah yang melibatkan anak-anak pemimpin atasan termasuk politik UMNO BN yang mudah sahaja terlepas daripada sebarang hukuman mahu pun tindakan apabila ada kuasa yang menolong mereka. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa teraniaya dan menjadi alat pemuas hawa nafsu mereka. Rakyat dihalang berhimpun dan sembur dengan gas beracun, dipukul dengan belantan, ditendang dipijak serta banyak lagi adengan ngeri dilakukan hanya kerana ingin menyuarakan pandangan dan menyatakan pendapat. Adalah menjadi kewajipan kita melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang supaya imej dan integriti pasukan polis kita dapat dibersihkan daripada campurtangan politik hendaknya].
Share:

Edisi Pahang: Berita Baik, Puak-Puak UMNO Akui Kerusi Parlimen Jerantut Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat Jika Si Wan Amizan Di Kekalkan !

Kunjungan PM Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini telah menempa sejarah buat puak-puak UMNO disitu. Masing-masing kini mula bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan, biar pun mereka tahu riwayat politik UMNO kini sudah hampir ke penghujungnya. Duduklah dimana-mana kedai kopi sekali pun, pasti ramai yang benci kepada UMNO. Bukan dek kerana parti, tetapi kerana kesilapan individu yang dipilih sebagai pemimpin itu sendiri. Di Jerantut misalnya, kelibat ADUN Tahan Wan Amizan (foto) amatlah tidak digemari oleh puak-puak UMNO di sana. Wan Amizan dilihat pemimpin yang banyak menjahanamkan nama UMNO di Jerantut. Malah, beliau dilihat banyak mengumpul harta untuk kepentingan dirinya sendiri. Terdapat maklumat daripada "Broker Saham" yang menjadi "Remiser" kepada Wan Amizan, bahawa ADUN itu mempunyai aset berupa saham-saham yang mencecah ke angka RM10 juta. Soalnya, dari mana beliau memperolehi semua itu?. Jika tidak kerana kerjanya merompak hasil mahsul rakyat di daerah itu, masakan anak peneroka Jengka 12 itu boleh semewah itu. Perangainya yang gemar membeli mana-mana musuh politiknya itu, jelas sekali tidak digemari oleh pemimpin UMNO Jerantut. Malahan, terdapat desakan akar umbi Pemuda UMNO Jerantut agar namanya dikeluarkan sebagai calon dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Desakan itu kini semakin membara, bahkan terdapat sumber mengatakan jika UMNO Jerantut tidak membuat perubahan besar maka ada kemungkinan kerusi Parlimen Jerantut bakal jatuh ke tangan pembangkang. Rasional ini dikuatkan lagi dengan jumlah undi majoriti yang dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. BN hanya diselamatkan oleh DUN Pulau Tawar, jika tidak sudah pasti Jerantut menjadi parlimen ketiga yang berjaya ditakluki pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Terdapat banyak dakwaan bahawa ada pemimpin muda UMNO yang mahu menjatuhkan Wan Amizan di Jerantut sekarang ini. Mereka sedang melakukan agenda terancang ke arah itu. Jentera pihak terbabit kini sudah bersedia ke arah itu, dan sudah pasti Wan Amizan bakal dibenamkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tambahan pula, ADUN Tahan itu dilihat tidak sesuai untuk memimpin serta membawa perubahan generasi baru.

[Mahu atau tidak pucuk pimpinan tertinggi UMNO negeri perlu korbankan Wan Amizan jika tidak mahu kerusi parlimen Jerantut jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya apakah Wan Amizan boleh berdiam diri dengan gerakan dalaman yang mahu menghancurkan periuk nasinya itu?. Beliau sebenarnya sudah tahu pemimpin yang mahu menjatuhkan beliau itu. Namun, berjayakah dia berhadapan dengan pemimpin terbabit agaknya. Apapun, harus diingat bahawa Wan Amizan punyai wang dan pengaruhnya yang tersendiri. Biar pun dia kelihatan turun naik pejabat hutan di Kuantan, namun dia pandai mengagih-agihkan rezeki yang diterimanya itu. Malah, kes beliau melarikan anak peneroka Padang Piol secara paksa untuk dibuat bini masih diperkatakan orang hingga ke hari ini. Kenapakah Wan Amizan tergamak menggunakan kekuatannya untuk merampas kebahagian orang lain. Pelajar yang mahu meminta sokonganya telah dipaksa menjadi isteri kedua beliau yang menyebabkan keluarga mangsa terbabit kini trauma dan kecewa. Itulah dia bukti kejahatan Wan Amizan ini yang heboh diperkatakan orang sebenarnya]. Info lanjut sila klik SINI
Share:

Kontroversi: Pengerusi SPR Aziz Yusof Mula Sedar Dan Mahu Hapuskan Undi Pos, Dengar Boleh Tapi Untuk Percaya Tiada Penipuan Jauh Sama Sekali !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu hapuskan undi pos dan menggantikannya dengan undi awal. Begitulah info terbaru yang telah dikeluarkan oleh pengerusinya Si Aziz Yusof (foto) hari ini. Kononnya undi pos itu sering dirundung kontroversi dan didapati menyusahkan serta mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak. Sekali dengar kenyataan Aziz Yusof ini, memang ianya amat dialu-alukan dan dinantikan oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Malah, Pakatan Rakyat sudah lama mahukan undi pos itu dihapuskan kerena bukan sahaja ia menyebabkan undi rosak tetapi apa yang lebih penting undi tersebut sebenarnya ditanda oleh beberapa orang pegawai yang telah dipertanggungjawabkan dan bukan pengundi itu sendiri sebenarnya. Banyak pendedahan telah dibuat oleh bekas-bekas tentera dan polis yang sudah insaf, namun SPR selama ini menganggap perkara itu tidak berlaku. Mereka melihat bahawa ia telus dan adil biarpun terkadang amat meragukan dari segi peratusan undi terhadap parti-parti tertentu. Dalam satu kenyataan Aziz juga menyatakan bahawa undi pos terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan dan rigid. Sekali pandang nampak pengerusi SPR ini sudah insaf melihat segala penyelewengan yang berlaku terhadap undi pos itu sebenarnya. Namun, dari persepsi yang lain kita mungkin akan mendapat "bala yang lebih besar" apabila undi awal diperkenalkan pula oleh mereka nanti. Kami agak gusar melihat kenyataan pengerusi SPR ini sebenarnya. Dalam pada dia menyokong supaya undi pos dimansuhkan, dia juga turut mempertahankan bahawa undi pos itu memang relevan selama ini. Buktinya beliau mengambil contoh undi pos di Sibu yang memihak kepada pembangkang. Makanya SPR adalah adil dan telus, begitu juga majoriti undi pos memihak kepada Isa Samad di Bagan Pinang. Beliau sedikit pun tidak terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena disitu. Sebaliknya mempertahankan bahawa semua saluran undi pos kononnya suka kepada Isa Samad, walau pun dilihat undi biasa momentumnya tiba sebegitu kuat. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena kepada undi pos, tambahan pula pemimpin Pakatan Rakyat dihalang mengadakan kempen di dalam Kem Tentera ketika itu. Maknanya memang ada perancangan jahat antara SPR dan UMNO bagi memenangkan BN disitu. Namun dengan selamba Si Aziz Yusof hanya menganggap beliau tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan undi pos selama ini, kononnya trend undi biasa tidak selari dengan undi pos adalan sentimen semata-mata. Punyalah bangang Pengerusi SPR ini, kenapalah manusia macam ini pun boleh dilantik !!.

[Aziz Yusof kelibatnya sama sahaja dengan Rashit Rahman dulu. Perangainya sama, cakapnya berbelit-belit dan lebih memihak kepada kerajaan memerintah tanpa menganggap tanggungjawab yang dipikulnya adalah satu amanah Allah SWT. Patutlah, bila melihat BN akan kalah dalam sesuatu pilihanraya kecil maka SPR pun mula bermain tarik tali dengan melambat-lambatkan proses pengiraan dan penjumlahan undi. Malah, pengerusi SPR ini juga kelihatan sugul dan tidak bermaya jika melihat BN tewas. Tapi, bila BN menang maka mendabik dada kononnya SPR telus dan adil. Kemenangan di Sibu tidak bermakna SPR itu telus dan adil !! Kemenangan di sana adalah kerana suara rakyat mengatasi penipuan SPR itu sendiri. Begitu juga dengan kemenangan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang ini. Semua kemenangan itu dicapai apabila suara rakyat mengatasi penipuan SPR, apakah ini bermakna SPR itu telus dan adil?. Sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan UMNO BN sewenangnya menggunakan rasuah pilihanraya untuk meraih undi. malah, membenarkan UMNO BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjalankan kempen meraih undi. Itu belum termasuk berbagai penipuan yang dilakukan menerusi pengundi hantu dan berbagai-bagai lagi. Pendek kata, SPR itu sendiri perlu dirombak jika mahu melihat keadilan tertegak dalam pilihanraya umum itu sendiri. Jika benar SPR telus dan adil, pilihanraya umum ke-12 yang lalu maka sudah pastilah kerajaan pusat sudah bertukar tangan sebenarnya].
Share:

Panas: Samakan Najib Razak Setaraf Dengan Mat Kilau Itu Merupakan Satu Penghinaan Terhadap Sejarah Perjuangan Pahlawan Melayu Di Pahang

Ramai yang terkejut dan tidak teruja melihat muka depan akhbar Sinar Harian Ahad lalu (4 Julai). Apa tidaknya, terpampang gambar Perdana Menteri Najib Razak sedang melihat gambarnya duduk sebaris dengan Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau (foto). Frame gambar itu khabarnya dihadiahkan oleh UMNO Jerantut kepada Najib selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu. Lukisan gambar yang bertajuk "Pahlawan Melayu Pahang" itu jelas sekali menggambarkan bahawa puak-puak UMNO Jerantut mengikhtiraf Najib setaraf dengan pahlawan Melayu yang telah berjuang menentang Brtitis satu ketika dulu. Entah apa mimpi dan angan-angan puak-puak UMNO Jerantut sehingga tergamak membuat penghinaan terhadap Najib sebegitu rupa. Ramai yang kecewa dengan tindakan UMNO Jerantut ini, mereka jelas tidak dapat membezakan antara perjuangan sebenar dengan perjuangan manusia yang bertopengkan kebendaan semata-mata. Menyamakan Najib dengan Mat Kilau sebenarnya satu penghinaan yang tidak ternilai atas segala perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Soalnya sekarang, kenapa mereka beriya-iya benar mahu mengikhtiraf Najib sedemikian rupa? Sedangkan mereka tahu Najib ternyata gagal dalam segala macam hal. Mat Kilau adalah pejuang Melayu yang berasal dari Pulau Tawar Jerantut yang berjuang menentang penjajahan British di bumi Pahang dulu. Beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa gara-gara berjuang menghalau orang putih dari merompak segala khazanah dan hasil mahsul negeri Pahang ini. Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman dan ramai lagi adalah satu perjuangan yang luhur dan murni dalam usaha untuk menegakkan Islam dan keadilan di bumi Pahang ini dulu. Perjuangan mereka ikhlas dan tidak mengharapkan imbuhan, pangkat serta ganjaran. Mereka berjuang menghalau penjajah British kerana mereka tahu orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini akan "punah ranah" jika ditadbir oleh orang putih. Makanya mereka berjuang menghalau penjajah terbabit demi agama, bangsa dan negara.


Inilah dia gambar muka depan Sinar Harian yang kontroversi itu

Mereka sanggup bermandikan darah, berumah di hutan dan mengharungi berbagai onar dan duri semata-mata mahu membebaskan negeri ini dari belenggu penjajah. Namun, akhirnya mereka terpaksa lari serta dicop "penderhaka" dan "pengkhianat" semata-mata kerana mereka tidak mahu tunduk dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membela rakyat. Mereka tahu, jika dibiarkan Inggeris menguasai pentadbiran di negeri ini maka akhirnya mereka akan menanamkan dakyah-dakyah serta fahaman barat ke dalam jiwa-jiwa orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini. Mereka akan membawa budaya mungkar untuk diterap dan diamalkan oleh orang Melayu. Maka, akhirnya akhlak generasi muda itu akan punah dan Islam hanya tinggal pada nama sahaja. Sebaliknya, akidah dan keimanan akan hancur luluh diperkosa oleh mereka. Inilah agenda barat dalam memesongkan umat Islam di negeri ini. Sebab itulah Mat Kilau dan pejuang yang lain bermati-matian serta berhempas pulas menghalau mereka dari terus mengembangkan dakyah-dakyah tersebut. Sebagai bukti, kini kita dapat lihat begitu banyak sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan nama mubaligh mereka (St Thomas, Methodist Girl, Clifford dll). Akhirnya ramailah anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke sekolah terbabit dan menerima dakyah penjajah itu. Akhirnya jiwa-jiwa anak-anak orang Melayu ini rosak akibat terdidik dengan asuhan dan budaya Inggeris. Mereka inilah yang kini menjadi perosak agama, bangsa dan negara. Mereka inilah yang kini menjadi penghalang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka ini jugalah yang kononnya berjuang untuk membela agama, bangsa dan tanahair. Padahal, mereka sebenarnya kini mendapat "ajaran British" dan gemar mengamalkan cara hidup barat sejak dulu, kini dan selamanya?.


Inilah wajah Mat Kilau ketika dia terlantar sakit selepas kemunculannya
dihebohkan dulu, bayangkan jika beliau masih hidup sehingga hari ini


Mat Kilau dijulang sebagai pejuang rakyat selepas kemunculannya dulu,
apakah Najib boleh diikhtiraf sebagai pejuang jika dia muncul semula

Bayangkan jika Mat Kilau masih hidup? Sudah pasti beliau juga akan menangis dan sedih melihat kecurangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang UMNO itu sebenarnya. Maka mereka inilah yang kini memegang kuasa memerintah di negara ini dan dari sehari ke sehari menanamkan dasar penjajah kepada umat Islam dan orang Melayu. Sebab itulah orang Melayu yang telah rosak akhlaknya sukar untuk kembali kepada Islam dan rela diperalatkan mereka untuk meneruskan perjuangan berasaskan bangsa (nasionalisme) semata-mata. Siapa lagi kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO itu sebenarnya. Disini mereka terdidik dengan sekolah Inggeris dan apabila menyambung pelajaran di luar negara pun mereka terdedah kepada budaya barat itu. Akhirnya mereka ini terpaksa menggunakan Islam sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya pengisiannya kosong dan langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT. Susulan dari itu, apakah layaknya Najib Razak diikhtiraf oleh puak-puak UMNO Jerantut setaraf dengan "Pahlawan Melayu Pahang" itu agaknya?. Pejuang Melayu terdahulu menghalau penjajah British dari bumi ini, namun "Pejuang Melayu UMNO" meneruskan dan menyokong dasar penjajah British itu sendiri. Bukankah tiada bezanya, antara penjajah dengan golongan yang meneruskan dasar penjajah !!. Dengan ini perjuangan Mat Kilau tidak boleh disamakan dengan perjuangan pemimpin UMNO apatah lagi Najib Razak sebenarnya. Bezanya "bagai langit dengan bumi" dan "jauh panggang dari api". Bahkan, keturunan pahlawan Melayu Pahang tidak layak untuk berada dalam UMNO dulu, kini dan selamanya. Sebab parti itu juga meneruskan dasar-dasar Inggeris dalam undang-undang tubuh mereka tanpa merasa bersalah sedikit pun!

[Jika Mat Kilau masih ada sekarang ini, apakah UMNO akan dijadikan wadah perjuangnya? sedangkan UMNO itu menerima perlembagaan barat (penjajah)?. Inilah yang harus difikirkan oleh puak-puak UMNO Jerantut, jangan main hentam sembrono semata-mata untuk mencari populariti. Mungkin juga ada pemimpin UMNO Jerantut berfikir bahawa Mat Kilau berasal dari daerah Jerantut, makanya elok benar mereka mengipas Najib Razak dengan menyamakan PM itu dengan Mat Kilau. Keturunan Mat Kilau selayaknya mati sebagai pengkhianat bukannya penjilat UMNO !!. Keturunan Mat Kilau tidak layak berada dalam UMNO yang mendaulatkan dasar penjajah di negara ini. Semoga puak-puak UMNO Jerantut insaf dengan perbuatan mereka yang sanggup menyamatarafkan Najib Razak dengan Pahlawan Mat Kilau. Malah, apa yang dilakukan oleh puak-puak UMNO di Pahang sekarang ini, samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh British ketika menjajah negeri ini dulu. Mereka merompak sesuka hati khazanah dan hasil mahsul tanpa ada belas kasihan. Mereka tebang balak sana sini, rompak duit rakyat dan hantar balik ke negara mereka. Apa bezanya dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang ini?. Saling tak tumpah macam penjajah British sebenarnya !!] Klik selamatkanpahang
Share:

Edisi Pahang: Puak UMNO MCA Kuantan Berebut Kerusi, Petanda Awal PKR Pertahankan Parlimen Itu Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Makin Cerah !

Nampaknya UMNO Kuantan begitu teruja untuk merampas semula kerusi parlimen Kuantan dalam pilihanraya umum akan datang. Susulan daripada itu mereka mahukan hak semula agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh Fuziah Salleh (PKR) menawaskan Fu Ah Kiow (MCA) dengan majoriti melebihi satu ribu undi. Kekalahan itulah adalah satu tamparan hebat buat BN, kerana parlimen Kuantan adalah merupakan kubu kuat mereka sejak sekian lama. Namun, kerusi tersebut diserahkan kepada MCA dengan penuh kontroversi pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Terdapat maklumat mengatakan pemimpin UMNO Kuantan begitu marah dan mengamuk bila kerusi parlimen itu diserahkan kepada MCA ketika itu. Malah ada yang bertindak menyerang rumah Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek. Semua ini dek kerana geram dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Adnan Yaakob tentang perkara itu. Fu Ah Kiow bernasib baik kerana menang dalam pilihanraya umum selepas itu, menewaskan calon yang sama dari PKR iaitu Fuziah Salleh (foto). Beliau kemudian dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri dalam kabinet BN. Namun, pilihanraya umum lalu (2008) beliau tiba-tiba tewas sedangkan ketiga-tiga DUN dalam parlimen Kuantan dimenangi oleh BN iaitu DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tg.Lumpur . Inilah yang memuyskilkan puak-puak MCA sebenarnya. Terdapat sumber mengatakan kekalahan Fu Ah Kiow adalah kerana beliau mengeluarkan nama Ti Lian Ker daripada senarai calon MCA dalam PRU-12 itu. Lantaran marah dengan perbuatan tersebut, maka Ti Lian Ker telah mengarahkan jentera dan orangnya pastikan Fu Ah Kiow tertewas. Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengamuk di pejabat MCA bila mengetahui namanya tidak tersenarai sebagai calon. Namun, ada laporan mengatakan Fu Ah Kiow tewas dek kerana penyokong UMNO membuat undi protes terhadapnya. Strategi itu dilakukan bagi membuktikan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN agar kerusi itu wajar diserahkan semula kepada UMNO. Namun, mereka lupa kemenangan PKR itu adalah dek kerana suara rakyat sebenarnya.

[Lantaran itulah kita tidak hairan UMNO Bahagian Kuantan membawa usul agar kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu semalam. Soalnya sekarang, apakah MCA akan berdiam diri dengan usaha tersebut?. Sudah pasti mereka akan mempertahankan kerusi tersebut untuk parti berkenaan. Bagi MCA, kemenangan dan kekalahan adalah ada dalam pertandingan. Namun, jika MCA masih mengekalkan kerusi itu jelas sekali ia akan memberi kemenangan yang lebih besar kepada Fuziah Salleh dalam PRU-13 nanti. Sudah pasti ramai penyokong UMNO tidak akan mengundi BN kerana memprotes keputusan tersebut. Tambah perit lagi, jika UMNO merampas kerusi itu dari MCA. Ia juga akan memberi peluang kepada Fuziah Salleh meneruskan kesinambungannya membela rakyat disitu. Tambahan pula, majoriti kaum Cina sekarang ini memang realitinya menolak BN mutakhir ini. Maknanya kekuatan Pakatan Rakyat disitu pasti akan bertambah, sama seperti zaman UMNO dan parlimen Kuantan dipimpin oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman dulu].

Share:

Sensasi: Mahfuz, Timbalan Pengerusi SPR Si Wan Ahmad Wajar Di Pecat Kerana Sokong Kenyataan Pemuda UMNO Tanpa Merujuk Fakta Sebenarnya

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (foto) berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno “Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara “Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya. Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR. SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar. Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

[Semua ini membuktikan kepada kita bahawa SPR memang bersongkol dengan UMNO BN untuk memwujudkan satu keadaan tidak tenteram kepada rakyat. Kononnya, kaum Cina akan mengusai politik negara dan mahukan supaya orang Melayu majoritinya menyokong UMNO sebagai wadah perjuangan mereka. Seolah hanya mereka sahaja yang pandai memerintah negara ini. Malah tujuan kenyataan itu juga bagi mengalih pandangan rakyat agar melihat kaum Cina sebagai ancaman politik baru di Malaysia. Sedangkan mereka tahu bahawa UMNO BN sendiri pun bersubahat dan berkompromi dengan kaum Cina untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka di bumi Malaysia tercinta ini. Jahatnya Wan Ahmad kerana menyokong kenyataan UMNO tanpa merujuk kepada ketuanya sendiri. Beliau sememangnya tidak layak lagi untuk menjadi Timbalan Pengerusi SPR. Jika tidak Pakatan Rakyat pasti akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar apabila terpaksa berhadapan dengan strategi jahat mereka dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Kita juga hairan bagaimana Pengerusi SPR juga terbabas cakap dengan mengatakan bahawa UMNO hanya mendaftar 7,000 pengundi manakala DAP pula berjaya mendaftar 14,000 dalam masa terdekat ini. Soalnya sekarang, masa bila pula mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi perlu nyatakan nama parti tersebut?. Terutamanya jika mendaftar di tempat-tempat awam atau di pejabat SPR sendiri. Bukankah ini juga satu kenyataan yang cukup meragukan oleh seorang penjawat awam seperti itu sebenarnya. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa itulah kerja pengkhianat SPR ini sejak dulu kini dan selamanya selagi tidak dibuat pembaharuan dalam badan bebas itu sendiri sebenarnya]

Share:

Panas: Gara-Gara Mengampu, Bekas Pemimpin Majlis Belia Felda Gunakan Budak-Budak Nakal Untuk Buat Demontrasi Kononnya Sokong Najib


Inilah Pelakon demonstrasi kononnya menyokong Najib di Bandar Jengka
[Pagi semalam ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi, belatih demontrasi di belakang Balora Mastika, Bandar Jengka. Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda. Jadi bertempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah! Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian. Klik blog Tukulbesi untuk artikel penuh].
Share:

Sensasi: Filem P.Ramlee, Ali Baba & 40 Penyamun Kini Jadi Ilham Puak-Puak UMNO Untuk Menagih Simpati Rakyat Agar Kembali Menyokong Mereka!

Nampaknya puak-puak UMNO amat suka dengan angka "40" sekarang ini. Mungkin mereka terpengaruh dengan filem legenda P.Ramlee "Ali Baba 40 Penyamun" itu agaknya. Apakah ini satu fitnah atau memang kenyataan?. Cuba lihat, hujung minggu lalu kita digemparkan dengan berita kemasukan 40 orang "Ulamak Muda" (Gelaran yang diberikan sendiri) menyertai UMNO. Itu pun selepas mereka dimalukan dengan berita awal iaitu 100 orang semuanya termasuk bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Namun mereka ternyata hampa, pabila Dr.Asri bijak mengawal keadaan dengan tidak hadir ke majlis yang diatur itu. Makanya hanya 40 orang "ulamak muda" yang dikatakan hadir. Itu pun ada yang kini menafikan mereka hadir untuk "serta UMNO", sebaliknya dijemput atas kapasiti yang lain. Mereka mendakwa tertipu dengan helah pihak penganjur yang mendakwa kesemua mereka menyertai UMNO. Akhirnya angka 40 digunakan bagi menyedapkan halwa telinga rakyat. Kini terbaru, satu lagi angka 40 digunakan. Kali ini oleh Pemuda UMNO pula. Entah kenapa mereka begitu kemaruk dengan angka 40, tiba-tiba mendedahkan maklumat kononnya statistik berdaftar pengundi sekarang ini ialah 40:1. Di mana 40 ialah kaum Cina dan 1 untuk kaum Melayu. Entah dari mana angka itu diperoleh agaknya. Namun kini mereka tersentak apabila Pengerusi SPR, Aziz Yusoff menafikannya dan mengatakan bahawa nisbah sebenar ialah 2:1 sahaja. Maknanya disini Pemuda UMNO menfitnah dan sengaja mahu menarik perhatian orang Melayu agar berhati-hati dengan tindakan kaum Cina ini. Kononnya mereka sudah bersedia untuk mengambi alih kuasa pada bila-bila masa. Mereka merayu supaya orang Melayu bersatu dalam UMNO demi masa depan. Bukankah tindakan ini jelas sekali menggugatkan keharmonian negara kita. Mereka wajar diambil tindakan dibawah Akta Hasutan. Soalnya kenapa mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan?. Ini kerana kenyataan itu dibuat oleh UMNO sendiri. Dengan dua senario itu tadi, ternyata angka 40 itu kini memang menjadi angka keramat mereka.

[Apa yang berlaku ini sebenarnya ternyata memperlihatkan kepada kita betapa kemaruknya UMNO untuk menarik kembali sokongan golongan muda terhadap parti karat itu sebenarnya.
Mereka sanggup mereka skrip dan sandiwara semasa untuk membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang layak berkuasa dan memerintah negara ini. Bagi mereka parti terbaik yang wajar disokong oleh seluruh rakyat ialah UMNO. Biarpun mereka tahu berbagai-bagai masalah dan kepincangan yang melanda parti itu mutakhir ini. Rekaan angka 40 ini juga menjelaskan kepada kita bahawa puak-puak UMNO sememangnya amat gusar sekiranya mereka ditolak rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Sememangnya kita ada 40 orang pemimpin UMNO yang bakal disiasat semula oleh pihak berkuasa, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini tidak lama lagi. Maka itulah idea P.Ramlee dijadikan modal mereka bagi menyakinkan rakyat tentang perjuangan mereka dulu, kini dan selamanya].
Share:

Piala Dunia: Belanda Tewaskan Pasukan Pilihan, Brazil Untuk Mara Ke Perlawanan Separuh Akhir!

PORT ELIZABETH - Pasikan pilihan Brazil tersungkur pada aksi suku akhir Piala dunia apabila tewas kepada Belanda 1-2 hari ini di Stadium Nelson Mandela Bay, di sini. Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian juara dunia lima kali menjuarai Piala Dunia buat kali keenam di hadapan lebih 40,000 penonton. Brazil mendahului melalui gol Robinho pada minit ke-10 sebelum Belanda bangkit pada separuh masa kedua melalui gol penyamaan jaringan sendiri oleh pemain tengah, Felipe Melo pada minit ke-53. Wesley Sneijder muncul wira Oranje apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-67. Skuad samba yang seolah-olah mencari gol penyamaan kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 selepas mengasari Arjen Robben. Belanda akan bertemu pemenang antara Uruguay dan Ghana di separuh akhir nanti.

[Ramai yang terkejut dan teruja dengan kekalahan pasukan pilihan iaitu Brazil ini. Bagi mereka tidak mungkin pasukan itu boleh tewas kerana pada awalnya permainan mereka sungguh cantik dan amat berkualiti sekali (di separuh masa pertama). Namun, Brazil seakan-akan hilang punca apabila gol penyamaan jaringan sendiri pada minit ke-53 dan kemudian bermain dengan 10 orang pemain sahaja. Rata-rata peminat tidak dapat menerima kekalahan ini, kerana mereka sudah membuat percaturan bahawa Brazil bakal berhadapan dengan Uruguay di separuh akhir. Inilah takdirnya, bola itu bulat. Kekalahan boleh berlaku tanpa disedari. Selama ini Brazil seronok meratah dan membelasah pasukan lawan, kini mereka mengalami kepedihan akibat kekalahan serta berputih mata menunggu 4 tahun lagi].
Share:

Video Ekslusif Jawapan Anwar Ibrahim Terhadap Tuduhan Liar Muhyiddin Dan Khairy Jamaluddin

Di bawah ini kami paparkan video eksklusif dari Malaysiakini berhubung dengan dakwaan liar TPM Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin, kononnya Anwar menyembah Amerika untuk memohon maaf kenyataan tentang kezaliman Zionis terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Mungkin kenyataan ini tidak dapat disiarkan di mana-mana media arus perdana, namun demi keadilan maka kami memaparkannya di sini. Semoga rakyat dapat menilai apakah sebenarnya yang berlaku dan putar belit kerajaan tentang isu berkenaan.


[Mereka boleh mengatakan apa saja terhadap pemimpin pembangkang sekarang ini, kerana mereka memiliki segalanya (media arus perdana). Namun mereka juga harus ingat bahawa bukan semua rakyat Malaysia terdiri dari kalangan orang yang bodoh dan bangang seperti pengikut dan puak-puak mereka. Biar pun mereka halang dan tarik balik permit akhbar Suara Keadilan, namun mereka juga harus ingat bahawa suara untuk menegakkan keadilan itu sebenarnya berada di mana-mana. Ingatlah bahawa suara rakyat itu suara keramat, maka kerajaan yang zalim dan khianat itu pasti akan ditunjukkan laluan keluar pada satu hari nanti].
Share:

Kontroversi: "Double Standard", Suara Keadilan Lapor Felda Bangkrap Mengamuk Tapi Idris Jala Kata Malaysia Muflis Kenapa Dia Tidak Di Saman

Inilah yang dikatakan, amalan "double standard" yang menjadi darah daging kerajaan UMNO BN di Malaysia ini sebenarnya. Mereka akan mengamuk sakan bila mana-mana pemimpin atau media pembangkang melaporkan berita yang "kurang menyenangkan halwa telinga" mereka. Sebaliknya, mereka akan menikus bila kenyataan tersebut dibuat oleh pemimpin atau media kawalan mereka. Jika benar mereka jujur dan ikhlas, kenapa perlu ada "dua darjat" dalam hal ini?. Nampak benar tindakan tersebut adalah dek kerana politik "balas dendam" semata-mata. Rakyat sedar dan dapat menilai segala yang berlaku ini sebenarnya. Kita ambil contoh, akhbar Suara Keadilan mahu disaman oleh mereka dek kerana melaporkan artikel bahawa "Felda Bangkrap", sebaliknya mereka menikus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala (foto) mengatakan "Malaysia Muflis" menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada. Terkadang kita tidak faham dengan mentaliti dan kepala otak puak-puak UMNO ini sebenarnya. Malaysia muflis dengan Felda bangkrap adalah perkara yang sama. Mana yang lebih besar Malaysia atau Felda?. Kita layak mengatakan sesebuah syarikat itu akan bangkrap atau muflis apabila berlaku kerugian yang besar dalam perniagaan mereka. Apatah lagi bila mencecah berbilion ringgit sebenarnya. Makanya, Suara Keadilan layak mengatakan Felda bangkrap selepas dibuktikan menteri berkaitan mendedahkan perkara itu di parlimen (Ahmad Maslan). Apakah itu satu fitnah agaknya?. Samalah juga dengan kenyataan beberapa orang pemimpin pakatan rakyat di Pahang bahawa negeri ini muflis akibat mengalami "bajet defisit" setiap tahun sejak Dato' Seri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar 11 tahun yang lalu. Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyaman dan mengatakan semua itu fitnah pembangkang?. Mudah alasannya, sebab ia dibuktikan di Sidang Dewan Undangan Negeri oleh MB sendiri. Makanya, tidak timbul soal fitnah dan sebagainya. Begitu juga dalam kes Felda, apakah ia fitnah sedangkan telah didedahkan secara terbuka di parlimen sebelum itu. Jika begitulah keadaanya, maka Kerajaan Malaysia juga perlu menyaman dan mengambil tindakan terhadap Menteri UMNO Idris Jala kerana mengatakan Malaysia akan Muflis pada tahun 2019 nanti. Malahan, Perdana Menteri Najib Razak sendiri juga menafikan kenyataan celupar Idris Jala selepas itu. Soalnya, kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Idris. Ini semua kerana amalan "double standard" yang akan dilakukan selama mana mereka itu terus berkuasa !

[Usahlah kita terkejut dengan senario ini. Anggaplah ini semua amalan biasa yang pasti digunakan oleh mereka ketika "nyawa sudah dihujung tanduk". Maka itu juga kita tidak hairan bila mana permit akhbar Suara Keadilan digantung gara-gara artikel panas itu. Anehnya, Idris Jala bukan sahaja tidak disaman malah tugasnya sebagai menteri juga tidak digantung oleh kerajaan yang kononnya bermaruah itu. Semua ini memungkinan kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN amat takut rakyat mendapat berita yang lebih jelas dan tepat selain media arus perdana. Soalnya sekarang, apakah mereka benar-benar hebat dan yakin rakyat setuju dengan apa yang dilakukan ini?. Apa yang pasti rakyat semakin bosan dan benci dengan keletah mereka yang kebudak-budakan ini. Makanya sudah pasti hukuman akan dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semoga rakyat akan sedar dan bangkit untuk melakukan perubahan secara besar-besaran selepas ini].
Share:

Kontroversi: Susulan Takut Berhadapan Dengan Kenyataan Isu Felda, Puak UMNO BN Guna Kuasa Untuk Menyaman Dan Kapankan Suara Keadilan

Ramai yang terkejut dengan tindakan kerajaan UMNO yang bertopengkan Felda menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM200 juta semalam. Tindakan yang jelas mencemarkan kebebasan bersuara di negara ini sebenarnya. Begitu cepat dan pantas, mereka mengambil tindakan terhadap akhbar dan pihak terbabit yang kononnya membuat laporan palsu dan fitnah terhadap Felda. Artikel "Felda Bangkrap" di muka depan akhbar terbabit dijadikan alasan utama untuk memastikan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikapankan semalam. Malah, pihak Kementerian Dalam Negeri kononnya tidak dapat menerima jawapan surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Suara Keadilan sebelum itu. Lantaran itulah begitu cepat mereka akhirnya menghukum akhbar terbabit. Tindakan ini jelas sekali mencabuli amalan demokrasi di negara kita. UMNO BN hanya mahu laporan satu hala dibuat oleh mereka, biarpun jelas berunsur hasutan dan fitnah selama ini. Mereka tidak akan menyaman akhbar terbabit kerana "itu mereka punya". Tetapi bila melibatkan media parti pembangkang, maka begitu tegas dan profesional puak-puak ini menlaksanakan agenda yang telah diskripkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Semua ini mendedahkan kepada kita betapa "dayusnya" kerajaan UMNO BN yang ada sekarang ini. Mereka sepatutnya menjawab dengan menggunakan segala media arus perdana yang ada, bukannya menggunakan kuasa "kuku besi" untuk menjatuhkan hukuman terhadap akhbar terbabit. Inilah bukti ketakutan yang berlaku dalam diri para pemimpin UMNO itu sebenarnya. Takut berhadapan secara "anak jantan", maka menggunakan kelebihan yang ada untuk menafikan hak rakyat mendapat berita yang seimbang serta berpaksikan kebenarannya. Inilah realiti politik di Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya. Selagi pemikiran rakyat boleh dipesongkan maka media dikatakan jujur dan telus. Tetapi apabila ada media menyatakan kebenaran maka dianggap memesongkan minda rakyat. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah rakyat dan para peneroka terus ditipu!

Kenapa Duit Felda Basmi Kemiskinan Di Sabah?

Persoalannya yang kita ingin ajukan kepada puak-puak UMNO BN ini sebenarnya ialah apakah benar Suara Keadilan membuat fitnah terhadap Felda?. Itu pokoknya. Sedangkan sebelum ini Menteri UMNO yang berkenaan iaitu Ahmad Maslan (foto) sendiri ada melaporkan bahawa status kewangan Felda menyusut jatuh kepada RM1.35 bilion pada tahun lepas (2009), berbanding RM4.08 bilion pada tahun 2004. Maknanya selepas 5 tahun, Pilihanraya Umum ke-11 (2004) dan selepas Pilihanraya Umum ke-12 (2008) Felda kehilangan RM2.75 bilion. Soalnya, apakah benar berbezaan itu berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan seperti tanaman semula (RM2 bilion), pinjaman rumah tanpa faedah (RM603 juta), tabung pembasmi kemiskinan Sabah (RM253 juta) dan pembangunan ibu pejabat baru Felda (RM662 juta)?. Jika inilah jawapannya, maka kita juga boleh mempersoalkan kenapa duit Felda digunakan untuk pembasmi kemiskinan di Sabah?. Bukankah kerajaan pusat sudah mempunyai dana yang cukup untuk tujuan tersebut. Kenapa tiba-tiba wang peneroka digunakan oleh mereka. Bahkan, satu persoalan lagi kenapa tidak ada maklumat dimasukkan tentang berapa banyak jumlah yang dilaburkan untuk membeli undi para peneroka supaya terus menyokong kerajaan UMNO BN dalam dua pilihanraya umum itu. Sedangkan umum mengetahui Felda dengan bangganya memberikan ribuan ringgit saguhati kepada para peneroka atas nama subsidi supaya mereka mengundi BN. Bahkan banyak juga duit Felda dilaburkan semata-mata untuk memastikan kawasan tanah rancangan itu di seluruh negara terus menjadi kubu kuat UMNO BN buat selamanya.

Kenapa Guna RM2 Bilion Untuk Tanam Semula?

Satu lagi persoalan besar yang rakyat perlu fikirkan ialah, kenapa Ahmad Maslan mengatakan Felda menggunakan RM2 bilion untuk tujuan tanaman semula sepanjang 2004 hingga 2009?. Apakah rasional jumlah ini, atau ia sengaja direka-reka untuk mengaburi mata rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda. Bukankah Felda telah memotong RM40 daripada gaji para peneroka untuk tujuan tanaman semula itu. Malah setiap peneroka sebenarnya mempunyai tabungan hingga RM17,000 sejak potongan itu dibuat dari awal mereka menjadi peneroka dulu. Maknanya, tanaman semula itu adalah hasil duit titik peluh peneroka sendiri yang telah dibuat potongan setiap bulan oleh Felda. Maka, datang mana pula angka RM2 bilion itu?. Nampak benar Ahmad Maslan cuba menutup sesuatu tetapi terlupa sebaliknya. Beliau terlupa duit tanam semula memang sudah ada pada setiap peneroka itu sebenarnya. Malah duit tersebut juga cukup atau kurang sedikit daripada kos sebenar proses tanaman semula. Apa masalahnya dengan angka RM2 bilion ini agaknya?. Dalam satu jawapannya di parlimen Ahmad Maslan berkata “Dari RM17,000 untuk tanam semula , setiap peneroka cuma carum RM9,000. Ada sebahagian peneroka tak cukup bayar . Kadang-kadang RM 7,000 dan RM8,000. Untuk membangunkan tanah itu, perlukan RM17,000 . Oleh itu Felda bagi subsidi pula. “Kepada yang tanam semula sendiri, kita bagi duit berperingkat-peringkat. Kalau bagi sekali RM17,000 , dia buat hal macam-macam. Tak tanam semula, dia beli kereta , rumah. Lepas tu duit habis , tanam semula tak dibuat,’’ katanya. Persoalannya sekarang, beliau mengesahkan yang duit tabungan itu memang ada untuk digunakan sebagai bekalan tanaman semula dan Felda tidak perlu mengeluarkan jumlah 100% duit tanaman semula yang mencecah RM2 bilion itu. Ini membuktikan bahawa duit tersebut memang telah diseleweng sebenarnya dan para peneroka tertipu jua akhirnya !!

[Apa yang jelas sekarang ialah kita terus ditipu oleh mereka yang cuba untuk menutup segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Felda iaitu kubu kuat dan komponen BN dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, kuasa ada ditangan mereka dan rakyat perlu diyakinkan bahawa semua angka-angka yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan itu hanya "omongan kosong" dalam usaha untuk mereka memastikan lanun-lanun yang merompak khazanah Felda terselamat dan tidak didakwa. Rakyat sebenarnya tahu siapa yang bertanggungjawab melingkupkan Felda ini sebenarnya. Maka itu, apakah salah dan dosa Suara Keadilan mendedahkan bahawa Felda akan bangkrap agaknya?. Bukankah menteri yang berkenaan yang menyatakan perkara tersebut di parlimen. Kerugian berbilion-bilion ringgit bukankah ia petanda menjurus ke arah itu sebenarnya. Maka, kenapa Felda melatah dan cuba menyaman akhbar terbabit agaknya?. Ternyata mereka takut dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan dan sengaja ingin menutup segala kelemahan yang ada].

Share:

Edisi Pahang: Kerajaan Negeri Diharap Bertindak Dan Umumkan Status Bangunan Hotel Samudera Milik Anak Syarikatnya (PKNP) Yang Terbiar Itu !

KUANTAN, 1 Julai - Penduduk disini amat hairan dengan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang masih gagal mengambil sebarang tindakan terhadap bangunan Hotel Samudera Riverview (foto) yang terletak di tepi Sungai Kuantan dekat sini. Difahamkan sudah lebih 10 tahun bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri itu terbiar kaku tanpa sebarang pembelaan. Kini, bangunan itu bukan sahaja semakin usang malah ia mencacatkan keceriaan bandar itu sendiri. Dulunya, bangunan tersebut menempatkan hotel dan juga pusat hiburan yang amat digemari oleh penduduk di sini. Kini ia telah lama tidak digunakan dan menjadi lokasi aktiviti maksiat oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Soalnya sekarang, sampai bilakah kerajaan negeri mahu melihat bangunan itu tersergam "tak indah" di situ. Atau mungkinkan ianya akan dijadikan "arkib negeri" untuk menyimpan segala khazanah dan hasil mahsul yang dirompak daripada rakyat disitu. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Orang ramai yang ditemui hairan dengan sikap berdiam diri kerajaan negeri itu. "Langsung tidak mahu mengambil iniiseatif bagi menghidupkan kembali bangunan hotel tersebut atau pun dijualkan kepada pihak lain yang berminat", kata seorang peniaga di situ. Tindakan membiarkan bangunan yang tertera nama dan lambang Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) itu, jelas sekali telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri sendiri. Sudahlah sebelum ini ada beberapa buah anak syarikat kerajaan yang lain telah disita termasuk Astana Golf yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Bangunan Hotel Samudera itu wajar diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Apalah guna dibiarkan tanpa ada sebarang pembangunan semula. Bangunan yang terletak di jalan utama bandar Kuantan (Jalan Besar) itu, jelas sekali mencemarkan pemandangan sebenarnya. Malah difahamkan, kawasan bersebelahannya kini sudah sedia untuk dimajukan oleh pihak swasta. Namun, bukankah ia akan mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang bila bangunan tersebut masih dikekalkan dalam keadaan yang begitu daif itu nanti. Harapan kami semoga pihak PKNP dan Kerajaan Negeri Pahang dapat mengambil tindakan serius perkara ini, dan melaporkan kepada rakyat apakah status bangunan tersebut pada masa ini sama ada mahu dirobohkan, dijual atau mahu dibangunkan semula.


Bukti, lambang dan logo Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang pada
bangunan terbiar ini jelas sekali mencemarkan imej negeri Pahang !!
[Sungguh memalukan, bangunan yang tersergam itu kini terbiar layu tanpa sebarang pembelaan. Walhal terpampang nama dan logo Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dipuncak bangunan tersebut. Apakah ia sengaja disimpan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa itulah cara Kerajaan Negeri Pahang menguruskan harta benda mereka agaknya. Jika tidak mengapa tiada sebarang tindakan dilakukan terhadap sebuah bangunan yang jelas telah mencemarkan pemandangan bandar Kuantan itu. Semoga pihak terbabit dapat mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Usahlah ditunjukkan sangat kepada rakyat bukti-bukti bahawa kerajaan UMNO BN Pahang memang tidak pandai menguruskan kewangan negeri hingga menyebabkan banyak aset mereka akhirnya terbiar].
Share:

Edisi Pahang: Panas, Politik Adnan Yaakob Dalam Bahaya Susulan Ada Terdapatnya Satu Kumpulan UMNO Negeri Mahu Jatuhkan Kepimpinan Beliau!

Politik Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) kini dalam bahaya mutakhir ini. Ia berikutan terdapat satu perancangan rapi dari kalangan pemimpin UMNO negeri sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan beliau itu. Strategi dan agenda yang bakal dilaksanakan turut disokong oleh beberapa orang bekas pemimpin kanan parti itu yang kini dipinggirkan Adnan, terutamanya mereka yang pernah bergelar exco kanan suatu ketika dulu. Kami masih belum dapat mengenal pasti siapakah teraju utama kumpulan terbabit, namun ternyata kumpulan itu sedang bergerak aktif untuk menarik seberapa ramai sokongan bekas pemimpin UMNO yang telah "dipancas" oleh Adnan sebelum ini. Mereka kecewa Adnan dengan mudah melantik mana-mana proksi beliau sebagai calon pilihanraya, sebaliknya mengenepikan pemimpin yang lebih berkaliber. Malah, mereka juga kecewa dengan tindakan Adnan mencalonkan nama "proksi yang merupakan saudara beliau sendiri" iaitu Mohd Fadhil Osman untuk bertanding di DUN Kemayan, dalam parlimen Bera ketika PRU-12 lalu. Pemimpin terbabit dikatakan mempunya hubungan kekeluargaan yang cukup rapat dengan Adnan di Bentong sebenarnya. Terdapat juga maklumat sulit mengatakan, tidak ada cara lain untuk menjatuhkan Adnan melainkan memastikan beliau tumbang di DUN Pelangai. Lantaran itulah, pengaruh wang yang selama ini ditaburkan oleh Adnan kepada rakyat Pelangai akan dijadikan strategi khas misi ini. Difahamkan antara yang terlibat dengan gerakan ini adalah merupakan bekas pemimpin Pemuda UMNO Pahang yang popular di pusat tetapi terbuang di negeri sendiri. Kekecewaan yang menebal menyebabkan beliau terpaksa menggunakan pengaruhnya bagi meyakinkan musuh-musuh politik Adnan dalam UMNO bahawa beliau sudah tidak layak lagi menjadi Menteri Besar Pahang. Tambahan pula, semenjak mengambil alih jawatan tersebut dulu Adnan ternyata gagal memulihkan ekonomi Pahang secara total. Bajet Defisit masih lagi mewarnai pembentangan belanjawan negeri setiap tahun.


Bukti, YB Fadhil (Kemayan) dikhabarkan merupakan anak saudara
MB yang menjadi calon atas kapasiti proksi dan kroni beliau itu

[Gerakan menjatuhkan Adnan ini tidak didalangi oleh pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat). Ini secara keseluruhannya disertai oleh beberapa orang bekas pemimpin Pemuda UMNO Negeri, Bekas Exco dan Wakil Rakyat yang telah terpinggir atau ditamatkan riwayat politiknya oleh Adnan. Siapakah antara mereka yang terlibat itu agaknya. Tunggu pendedahan eksklusif PDO seterusnya tentang isu ini. Apapun, jika ini berlaku maka ia sudah pasti akan memudahkan kerja Pakatan Rakyat untuk megambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Ternyata kepimpinan Menteri Besar bukan sahaja mendapat tentangan dari lawan malah oleh "musuh dalam selimut" sendiri. Inilah yang wajar diberi perhatian oleh mana-mana pemimpin yang ingin meneruskan kerjaya politik mereka dengan cemerlang. Mereka ini sudah pasti akan berada di mana-mana dan mereka menanti mangsa untuk melaksanakan provokasi terhadap Adnan itu].
Share:

Sensasi: PKR Selangor Bergolak, Idea Lawak Puak UMNO Dalam Usaha Untuk Cuba Rampas Kembali Negeri Itu Daripada Pakatan Rakyat Sebenarnya !

Ramai yang teruja melihat betapa dasyatnya serangan media arus perdana terhadap Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini. Apakah tragedi rampasan kuasa di Perak akan berlaku di negeri itu agaknya. Ura-ura ke arah itu semakin jelas kelihatan apabila media saban hari memaparkan laporan kononnya kemelut politik yang melanda negeri itu semakin parah. Malah, pemimpin UMNO BN kini mula mencanangkan supaya rakyat membuat perubahan sekiranya inginkan negeri termaju di Malaysia itu selamat. Caranya ialah menolak kerajaan negeri dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi mereka tokoh korporat yang pernah membawa kegemilangan kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie itu tidak layak lagi mentadbir negeri tersebut. Malah kononnya perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor membuktikan bahawa Tan Sri Khalid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Malah mereka juga turut mempertikaikan kewibawaan Anwar, sedangkan beliau sendiri gagal menjaga ekonomi negara ketika menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dulu. Kini media arus perdana begitu kemaruk memainkan sentimen kebenciaan terhadap MB Selangor. Malah mereka seolah-olah bersetuju agar MB digantikan dengan calon lain. Lantaran itulah bila berlaku rombakan kepimpinan PKR Negeri Selangor baru-baru ini maka mereka mencanangkan kononnya Naib Presiden PKR, Azmin Ali ingin menjatuhkan Tan Sri Khalid untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar dalam masa terdekat ini. Malah mereka juga mempertikaikan kredibiliti Tan Sri Khalid yang menjadi ketua kerajaan tetapi tidak ketua politik. Seolah-olah apa yang berlaku di Selangor itu adalah sesuatu yang cukup luar biasa dan tidak wajar sama selaku.

Mana mungkin seorang MB tidak mempunyai kuasa politik, kini Tan Sri Khalid hanya menjadi salah seorang Ketua Cabang PKR dan tidak lagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri selepas pemukiman PKR yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini. Berbagai tangapan dibuat terhadap PKR selepas Azmin Ali dilantik mengetuai parti itu di Selangor dan Zaid Ibrahim pula menerajui parti di Wilayah Persekutuan. Kononnya ada komplot beberapa orang ahli parlimen yang akan menjatuhkan MB Selangor dan sebagainya. Malah, media begitu rakus memaparkan cerita bahawa Azmin amat bercita-cita besar untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Maka itulah, beliau kini cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Khalid. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba media arus perdana begitu berselera untuk memperkatakan tentang perubahan tampuk kepimpinan negeri Selangor?. Malah dalam masa yang sama juga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kini mula "masuk jarum" untuk mencari kes-kes rasuah yang melibatkan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor. Jentera UMNO BN seolah-olah berkerjasama dari segenap arah untuk melumpuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Malah, dalam siaran rancangan aduan rakyat di TV3 malam tadi, isu tanah di Bukit Botak dijadikan tajuk utama. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor zalim terhadap rakyat, sedangkan mereka tidak menyatakan apa yang berlaku sebaliknya. Keghairahan media arus perdana ini jelas sekali menggambarkan kini UMNO BN begitu terdesak untuk merampas negeri terkaya di Malaysia itu sebenarnya. Mereka menggunakan media bagi memesongkan minda rakyat daripada fakta sebenar. Rakyat mahu terus ditipu dan diperbodohkan dengan satu isu yang tidak pasti kebenerannya. Apakah semua yang dilakukan ini bermakna mereka semua mungkin sudah ketandusan idea.

[Apa yang menarik juga ialah kritikan jelas terhadap Tan Sri Khalid dan Azmin Ali. Mereka mengatakan seolah-olah kini Selangor mempunyai dua nakhoda gara-gara sikap tamak kuasa Azmin Ali dan kelemahan Tan Sri Khalid itu sendiri. Berbagai-bagai cemuhan dilakukan untuk membuktikan yang politik PKR Selangor sedang bergolak. Mana mungkin satu kapal ada dua nakhoda. Begitula beberapa kenyataan sinis yang dilemparkan oleh pemimpin UMNO BN Selangor terhadap isu ini. Soalnya, benarkah politik PKR Selangor sedang bergolak sebegitu dasyat. Kenapa mereka timbulkan soal satu kapal dua nakhoda, sedangkan fenomena itu berlaku di kalangan UMNO BN sendiri. Lihat sahaja di negeri BN iaituTerengganu. Bukankah, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu bukanlah Menteri Besar sedia ada?. Kenapa ini berlaku, dan apakah ia akan melumpuhkan pentadbiran kerajaan negeri itu agaknya. UMNO Terengganu kini dipimpin oleh Hishamuddin Hussein, kenapa tidak MB Ahmad Said memegang jawatan tersebut. Apakah ini sesuatu yang baru dan mengejutkan kita?. Namun, dek kerana media dikawal oleh UMNO BN maka isu perubahan tampuk kepimpinan negeri itu dijadikan bahan untuk meracuni minda rakyat kononnya PKR negeri itu kini kian lumpuh. Walhal ia adalah sebaliknya. Tindakan UMNO BN ini jelas membuktikan mereka sudah amat terdesak untuk merampas Selangor sebenarnya. Maka apa masalahnya bila sesuatu rombakan itu berlaku, kenapa mereka harus melatah agaknya?]
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.