[Gejala maksiat kini sudah menjadi rencah kehidupan orang Melayu di Malaysia. Lantaran tidak mahu kembali kepada Islam akhirnya generasi muda rosak akhlak serta keimanan mereka. Lihat di sana-sini orang buat bayi, remaja dirogol, kes tangkap basah dan sebagainya. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan. Kerajaan menyalahkan institusi keluarga sebagai puncanya. Namun mereka lupa, ibubapa yang bekerja mencari rezeki tidak mempunyai banyak masa untuk melayan kerenah anak-anak di rumah. Sepatutnya, kerajaan tutup ruang-ruang maksiat yang ada atas nama "Islam". Tetapi, kenapa mereka tidak lakukan?. Nama sahaja Perdana Menteri orang Melayu beragama Islam. Hiburan digalakkan, pergaulan bebas antara bukan muhrim diutamakan agar anak muda takut kepada Islam. Dengan ini, mudahlah untuk mereka menerapkan dakyah-dakyah UMNO BN dalam jiwa-jiwa anak muda ini. Akhrinya, mereka akan melihat hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Mereka tidak akan berani membuar perubahan kerana takut aktiviti maksiat mereka akan terhalang dengan segala peraturan yang dilaksanakan. Inilah sebenarnya yang sengaja dibiarkan oleh kerajaan Islam di Malaysia hari ini. Maka itu, ayuh lakukan perubahan mulai sekarang dan kembalilah kepada ajaran Islam sebenar nescaya kita akan selamat dunia akhirat].
..............................
Panas: Bicara Kes Khalwat Artis, Saksi Mendakwa Melihat Kelibat Memey Bawa Selimut, Tilam Serta Cadar Setiap Hari Untuk Tidur Di Premis Norman
[Gejala maksiat kini sudah menjadi rencah kehidupan orang Melayu di Malaysia. Lantaran tidak mahu kembali kepada Islam akhirnya generasi muda rosak akhlak serta keimanan mereka. Lihat di sana-sini orang buat bayi, remaja dirogol, kes tangkap basah dan sebagainya. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan. Kerajaan menyalahkan institusi keluarga sebagai puncanya. Namun mereka lupa, ibubapa yang bekerja mencari rezeki tidak mempunyai banyak masa untuk melayan kerenah anak-anak di rumah. Sepatutnya, kerajaan tutup ruang-ruang maksiat yang ada atas nama "Islam". Tetapi, kenapa mereka tidak lakukan?. Nama sahaja Perdana Menteri orang Melayu beragama Islam. Hiburan digalakkan, pergaulan bebas antara bukan muhrim diutamakan agar anak muda takut kepada Islam. Dengan ini, mudahlah untuk mereka menerapkan dakyah-dakyah UMNO BN dalam jiwa-jiwa anak muda ini. Akhrinya, mereka akan melihat hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Mereka tidak akan berani membuar perubahan kerana takut aktiviti maksiat mereka akan terhalang dengan segala peraturan yang dilaksanakan. Inilah sebenarnya yang sengaja dibiarkan oleh kerajaan Islam di Malaysia hari ini. Maka itu, ayuh lakukan perubahan mulai sekarang dan kembalilah kepada ajaran Islam sebenar nescaya kita akan selamat dunia akhirat].
Tawaran: Imbuhan RM1,000 Warga Emas, Wi-fi Percuma Seluruh Negara Dan Mansuhkan Saman Ekor Jika Pakatan Berjaya Menang PRU-13 Nanti
Tawaran DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU
[Maka, apa lagi yang mahu diharapkan kepada kerajaan UMNO BN sekarang. Rakyat perlu bijak menilai apa yang telah dilakukan kepada mereka. Janji hanya tinggal janji, apa yang ada semua naik atas nama subsidi. Rakyat dinafikan hak untuk bersuara, sebaliknya mereka merompak sesuka hati khazanah rakyat untuk mengenyangkan perut puak-puak mereka. Oleh itu, marilah sama-sama beri kesederan kepada seluruh rakyat agar perubahan besar akan terlaksana jua dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinkan rakyat bahawa siapakah yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib mereka. Namun, biarkan mereka jika ada yang berkata mereka redha dengan apa yang dilakukan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Apa yang penting, pastikan ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat seperjuangan melakukan perubahan agar generasi akan datang dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram hendaknya].
Panas: Orang Ramai Kecewa HTAA Sembunyi Kes Mayat Hilang Serta Tidak Ambil Tindakan Tegas Kepada Seorang Doktor Gila Seks Di Hospital Itu !

Kejadian kedua yang sengaja ditutup oleh pihak HTAA ialah berkaitan seorang doktor yang dikatakan "gila seks". Tambah parah lagi beliau dipercayai mempunyai kemahuan luar biasa iaitu terhadap wanita mahu pun lelaki (Bi-sex). Banyak kejadian yang telah dilaporkan terhadap kegiatan dan kecurangan doktor berkenaan. Namun, seperti biasa pihak pengurusan hospital merahsiakan perkara ini. Menurut sumber, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki yang hampir dicabul oleh doktor berkenaan di rumahnya. Beliau amat bernafsu melihat mana-mana pesakit yang berwajah tampan, muda dan menawan hatinya. Menerusi ilmu perubatan yang ada, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menggoda pesakit berkenaan. Tambah parah lagi, mana-mana lelaki yang termakan pujuk rayunya pasti akan dibawa balik ke rumahnya untuk "adengan yang lebih menggemparkan". Anehnya, pihak hospital membiarkan sahaja kerenah doktor berkenaan biarpun telah beberapa kali laporan dibuat terhadapnya. Doktor yang dipercayai berasal dari Raub, Pahang itu dipercayai dihantar ke HTAA selepas mempunyai rekod yang sama di Hospital Jerantut sebelum ini. Kejadian terbaru, beliau kini juga gemar menggoda para Jururawat Pelatih dari sebuah kolej yang menjalani latihan di situ. Kejadian terbaru, ketika operasi menjejak kegiatan doktor terbabit dilakukan di Taman Indera Sempurna Kuantan, pihak berkenaan telah menangkapnya dengan seorang pelajar kolej berkenaan yang dipercayai Jururawat Pelatih di hospital terbabit. Difahamkan, ketika ditangkap oleh beberapa orang penduduk setempat mereka dipercayai sedang berdua-dua dalam keadaan mencurigakan di rumah tersebut.
[Laporan polis telah dibuat terhadap perkara itu dan pihak hospital juga telah dimaklumkan. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak hospital. Begitu juga pelajar berkenaan, biarpun laporan sudah dimaklumkan kepada pihak kolej terbabit namun tiada tindakan dilakukan terhadap pelajar trbabit. Kejadian yang berlaku ini mengesahkan lagi betapa buruknya perangai doktor berkenaan sebenarnya. Malah, tindakan tegas sepatutnya sudah diambil bagi menyelamatkan lebih ramai mangsa yang akan menjadi "habuannya". Justeru itu, kami memberi tempoh dua minggu kepada HTAA untuk mengambil tindakan tegas terhadap doktor berkenaan. Jika tidak, krew-krew kami akan menerjah HTAA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang siapakah doktor berkenaan. Semoga ini dapat membersihkan imej HTAA secara keseluruhannya. Jangan, dek kerana "nila setitik maka rosak susu sebelanga"].
Isu Felda: Peneroka Seluruh Negara Sudah Mula Sedar Semua Penipuan Dan Penyelewengan Yang Di Lakukan, Banyak Lagi Saman Bakal Menyusul
[Banyak betul Felda cekik darah peneroka !! Memang lintah darat betul puak-puak ini. Memang patut para peneroka mengambil tinakan saman terhadap agensi itu. Apakah mereka fikir peneroka semuanya bodoh dan bangang untuk tunduk sampai mati kepada Felda. Peneroka bukannya "buruh ladang" yang boleh dibuat sesuka hati. Felda diberikan tanah untuk diusahakan oleh kerajaan dan peneroka membayar harga tanah tersebut sebagai peserta. Bila dapat geran hak milik mereka masih mahu "cucuk hidung" peneroka untuk menyembah mereka sampai kiamat. Felda bukan estet yang mengambil pekerja, diberi rumah, gaji dan sebagainya. Jika estet macam Felda Plantations, memang mereka boleh buat sesuka hati. Tapi mereka yang sepatutnya keluar kerana semua tanah-tanah itu sudah menjadi hak peneroka (rakyat). Kenapa mahu jadi "Finance" untuk memaksa peneroka "hutang semula" @ "re-finance" ladang mereka?. Kemudian Felda kerah tenaga mereka dan menipu segala hasil yang telah diperolehi. Kerajaan harus sedar semua ini. Rakyat perlu didahulukan dan mereka sudah "merdeka" dari Felda sebenarnya. Kenapa harus menjadi hamba di tanah sendiri lagi?. Peneroka wajar menentukan nasib mereka mulai sekarang, bukannya Felda !!].
Melucukan: Isu Tipu Jual Beli Hasil Kelapa Sawit, Terkejut Saman RM200 Juta Tiba-Tiba Yusof Noor Umum Felda Dapat Sijil Kononnya Mereka Terbaik
[Satu kemusykilan lagi, kenapa baru sekarang perkara itu diumumkan dan majlis diadakan secara mengejut?. Semua ini menimbulkan keraguan dan menunjukkan yang Felda kini tertekan dengan satu persatu pendedahan yang dilakukan oleh para peneroka itu sendiri. Jika sebelum ini, mereka marah campur tangan orang luar terhadap pentadbiran Felda, kini mereka begitu terasa apabila peneroka sendiri membuat tindakan mengejut itu. Soalnya, kenapa Ahmad Maslan menyepi tentang isu saman RM200 juta itu agaknya?. Apakah beliau kini dipersalahkan kerana cuba menakutkan peneroka itu gamaknya. Umum mengetahui bahawa Yusof Noor antara individu yang bertanggungjawab melingkupkan Felda. Lihat sahaja Hotel Felda yang didirikan di Kuala Terengganu itu. Sekadar mahu kaut untung singkat tapi kehadiran pelanggan amat memalukan. Inilah dia kerja puak-puak yang kononnya membela rakyat sejak dulu, kini dan selamanya].
Panas: Exco Blogger Pembela Negara Kecewa Atas Kealpaan UMNO Pahang Terhadap "Media Baru", & Yakin Potensi Parti Pembangkang Pada PRU-13


Pelik, ke mana perginya semua aktivis media baru UMNO Pahang ini
Sebelum ini kita ada mendengar kerajaan negeri melantik beberapa orang "penulis blog" dikalangan pesara kerajaan. Mereka dikatakan diberikan elaun dan gaji serta beberapa kemudahan lain. Namun, ke manakah mereka ini agaknya?. Apakah perkara ini disedari oleh orang kuat UMB Pahang iaitu Dato' Shamsuddin (foto), Setiausaha Politik MB Pahang itu agaknya?. Mereka melantik individu tertentu sesuka hati, sebaliknya kepada mereka yang telah berjuang membela UMNO sejak sekian lama terus dianaktirikan oleh pihak terbabit. Sungguh malang nasib mereka, beriya-iya menulis untuk mempertahankan kerajaan UMNO BN. Namun kebajikan dan segala bantuan ICT yang diharapkan tidak kunjung tiba. Sebaliknya, orang lain yang tidak tentu pasal tiba-tiba mendapat habuan untuk menguruskan satu pekerjaan yang cukup hebat ini. Akhirnya, inilah yang berlaku di Pahang. Belanja besar dikeluarkan, pertemuan demi pertemuan diadakan tapi "masuk angin keluar asap". Ceritanya tetap sama, mana hilangnya Exco ICT Dato' Sharkar Shamsuddin dalam hal ini. Beliau juga wajar dipersalahkan kerana gagal menggunakan kedudukannya untuk memajukan industri ICT di negeri ini. Jika inilah keadaannya, maka kita amat yakin program broadband melaluu Jalenas (Jalur Lebar Nasional) yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pahang itu akhirnya akan memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana kealpaan mereka tidak fikirkan semua ini!.Teguran Blogger Pembela Negara Di Pandang Sepi
Untuk mengulas isu tersebut kami cuma mendapatkan komen Exco Pahang, Ahli Majlis Tertinggi Blogger Pembela Negara (BPN) iaitu Bogger BraveHearts. Dalam posting terbaru di blognya (12 Ogos), dia secara sinis menyelar kepimpinan UMNO Pahang yang dilihat masih lembab itu. Antara lain katannya Bloggers tidak pernah jemu menegur dan mengingatkan para pemimpin UMNO supaya jangan leka, berusaha lebih keras, jangan ego, jangan tidur, jangan sombong diri malangnya tidak banyak yang dapat diubah kepada pemimpin UMNO. Mereka masih dengan keadaan yang serupa. Pemimpin UMNO lembab dan lemah dimana-mana. "UMNO Pahang apa kurangnya, mungkin tidak banyak hanya satu dua saja blogger yang berani menegur kepimpinan UMNO negeri tetapi itu bukan bermakna seluruh negeri mengangap kemimpinan tidak ada cacat-celanya. Orang tidak berani menegur mungkin kerana segan, malu-alah ataupun mengambi sikap tidak peduli, namun hakikatnya mereka sudah tersangat benci terhadap kepimpinan UMNO negeri", katanya. Menurutu beliau lagi apabila ada satu dua blogger menegur pemimpin dan pemimpin beranggapan bahawa ini bukanlah suara majoriti dan mengambil sikap tak endah maka ini bermakna UMNO sengaja menempah petaka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.Beliau sendiri sering menegur terutama peranan yang dimainkan oleh media sosial, yang sepatutnya dikuasai sepenuhnya oleh ataupun sebaik mungkin oleh UMNO namun setakat ini masih tidak nampak bahawa UMB Pahang dan Biro ICT Pahang mampu menguasainya. "Jika kita lihat / baca di facebook dan blog-blog yang ada, saya masih melihat bahawa mediujm ini masih dikuasai oleh penyokong pembangkang. Mungkin UMNO dibawah kepimpinan DS Adnan menganggap ini masalah terpencil dan beranggapan bahawa peratusan pengundi yang terlibat dan menggunakan media sosial berkenaan masih kurang makan beliau merasa UMNO masih selamat dalam PRU13 nanti. Mungkin beliau juga lupa bahawa dari hanya seorang pengguna media sosial berkenaan berita akan disebarkan secara manual kepada lebih ramai penggundi dan mereka akan lebih mempercayai apa yang disebarkan itu".
Parti Pembangkang Berpontensi Rampas Pahang
Beliau tidak nampak bahawa dalam menyebarkan maklumat propaganda UMNO Pahang sudah berjaya menguasai pengundi di Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Bahkan pembangkang nampaknya lebih berjaya menguasainya. Pahang Daily Online umpamanya berjaya menarik lebih 3000 pembaca dalam sehari, tidakkah mereka sedang menguasai minda rakyat? Memang susah jika kita ada pemimpin yang tidak nampak masa depan dan kepentingan ICT / Media Sosial dan peranannya terhadap masyarakat. Malangnya, kita (Kerajaan UMNO/BN) yang mencipta ruang IT namun ianya dibiarakan dikuasai oleh pihak pembangkang. Malang juga bila kita ada Ketua Penerangan yang masih gelap hati dan mindanya. "Saya masih percaya, jikapun Pahang tidak jatuh ke tangan pembangkang namun beberapa kerusi tetap akan dapat dirampas oleh pihak pembangkang dalam PRU nanti akibat dari keegoan pemimpin UMNO sendiri. Dalam bulan Ramadhan ini pemimpin diseru untuk berhenti seketika dari memikirkan bagaimana untuk memenihkan kocek mereka sendiri saja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan UMNO dan rakyat pula", tambah beliau lagi.[Kenyataan ikhlas daripada BraveHearts ini amatlah dikagumi sebenarnya. Beliau berani menegur, cuma suaranya mungkin tidak didengari oleh pihak atasan UMNO sebelum ini. Justeru itu semoga pemimpin UMNO yang sedang alpa dalam kemewahan sekarang ini dapat melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan, keyakinan pihak-pihak yang menyokong mereka. Jika tidak adalah lebih baik BraveHearts berkerjasama dengan blogger pembangkang untuk menyerang semula UMNO Pahang agar mereka tahu "langit tinggi atau rendah". Sudah lumrah alam, orang yang menyokong tidak akan dilayan oleh puak-puak mereka, sebaliknya bagi mereka yang menentang pasti akan diberi ruang serta kedudukan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan, Ezam Md Noor. Beliau yang sanggup bermandikan darah menentang UMNO, kini selesa diberikan jawatan serta kedudukan yang tinggi. Apakah ini adil buat mereka yang sanggup bersusah payah, berkorban masa serta tenaga untuk memastikan UMNO terus berkuasa agaknya?. Maka, fikir-fikirkanlah kerana perjuangan masih belum selesai. Anda masih belum terlambat untuk buat tindakan. Apa guna menegur jika orang memekakkan telinga sahaja. Lebih elok bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].
Eksklusif: Politik Pahang Kini Semakin Panas, MB Adnan Yaakob Akan Hadapi Serangan Dari Dalam Oleh Pemimpin Dan Ahli Akar Umbi UMNO Sendiri
Susulan pertemuan sulit antara Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan pimpinan tertinggi UMNO Pahang di Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang baru-baru ini, maka ramai yang menjangkakan satu perubahan besar akan berlaku dalam politik di Pahang. Dalam pertemuan itu, Muhyiddin sekali lagi mahu UMNO Pahang bersiap sedia dengan Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang. Soalnya sekarang, apakah negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti?. Inilah yanh menjadi tajuk yang sedang diperdebatkan oleh rakyat sekarang ini. Jika ditinjau soal prestasi, ternyata Indeks Prestasi Adnan kini jauh merudum sebenarnya. Sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri daripada Khalil Yaakob, Adnan dilihat gagal untuk membawa perubahan besar terhadap sosio ekonomi negeri ini. Malah, beliau juga banyak dibelenggu dengan masalah yang tidak berkesudahan. Bajet negeri senantiasa mengalami defisiti setiap tahun. Industri pelaburan dan pelancongan merudum menyebabkan banyak pihak terpaksa gulung tikar. Ramai yang meramalkan kini nasib Adnan umpama "telur dihujung tanduk". Beliau bukan sahaja dikritik oleh pemimpin pembangkang, malah dikalangan pemimpin UMNO BN sendiri juga sudah mula melihat Adnan tidak layak lagi menguruskan hal ehwal negeri ini sebenarnya. Banyak faktor yang menjurus ke arah itu dan masih disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Namun, apakah segalanya dapat dirahsiakan menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Mampukan gelombang Tsunami 2008 membenamkan Pahang nanti?. UMNO kini dilihat semakin leka dengan angan-angan sendiri. Mereka seronok kerana Pahang mempunyai jumlah pengundi orang Asli dan peneroka Felda yang ramai. Maka itulah, Pahang tidak mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang. Begitulah firasat dan percaturan politik yang dibuat oleh puak-puak UMNO sekarang ini. Lantaran itu, mereka dilihat tidak bersedia untuk menggempur sebaliknya lebih seronok untuk bertahan. Sedangkan, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman (PKR) dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) kini saban hari melakukan kerja untuk menyakinkan rakyat kenapa perubahan perlu dilakukan di negeri ini. Malah, kini gerakan yang dilakukan oleh pembangkang dilihat semakin menjadi dan diterima oleh rakyat. Malah ia termasuk juga di kawasan Felda dan penempatan orang Asli (Asal) yang menjadi "talian hayat" BN Pahang sejak sekian lama.Adnan Yaakob Kini Di Serang Oleh UMNO Sendiri
Jika dulu, kita hanya mendengar mana-mana pemimpin UMNO di serang habis-habisan oleh pemimpin pembangkang. Kini, nampaknya sudah terbalik pula. Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (foto) kini mendapat tentangan dalaman oleh pemimpin tertentu yang amat mengidamkan jawatan tersebut. Terdapat perkabaran yang riwayat politik Adnan sebagai MB akan berakhir dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Najib khabarnya akan menghantar Adnan ke parlimen untuk memegang kuasa dalam kabinetnya di pusat (Itu pun kalau BN masih berkuasa). Ura-ura mengatakan beliau akan bertanding sama ada di Parlimen Kuantan (sedang diusahakan dengan MCA untuk kembalikan kerusi itu kepada UMNO) atau di Parlimen Indera Mahkota. Jika ini berlaku, maka Adnan tidak berpeluang lagi untuk memegang kuasa peringkat negeri selepas itu. Soalnya, siapakah yang akan menggantikan tempat beliau kelak?. Terdapat ura-ura nama-nama seperti Dato' Sharkar Shamsuddin (Exco & ADUN Lanchang), Dato' Shafik Fauzan (Exco & ADUN Inderapura) dan yang paling terkehadapan namanya ialah Dato' Ir.Soffi Razak (Exco & ADUN Benta).
Inilah dia tiga calon panas yang disebut bakal menggantikan Adnan
dari kiri ialah Dato' Sharkar, Dato' Soffi Razak dan Dato' Shafik Fauzan
[Apapun, jika ini berlaku ianya bukan bermakna Pakatan Rakyat begitu mudah boleh menjatuhkan kerajaan UMNO BN di Pahang. Biar pun kini masalah terlalu banyak untuk dibicarakan kepada rakyat, namun harus diingat bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak adalah berasal dari negeri Pahang. Apakah Najib sanggup dimalukan melihat negeri ini jatuh ke tangan pembangkang nanti?. Apa yang pasti, sudah tentu jutaan wang ringgit akan dilaburkan terutamanya kepada masyarakat orang Asli dan peneroka Felda agar terus menyembah UMNO BN dulu kini dan selamanya. Oleh itu, kerja kuat harus dilakukan sekarang demi membawa arus perubahan besar terhadap iklim politik negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat tidak sabar untuk mengetahui berapa banyak kawasan balak, tanah, bijih besi, emas dan sebagainya yang telah dirompak oleh puak-puak UMNO BN sejak sekian lama. Semua ini akan dibongkarkan kelak, kiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu nanti. Rakyat diseru lakukan perubahan dengan kerjasama ramai ahli UMNO yang sudah kecewa dengan sikap pucuk pimpinan mereka sekarang ini. Pastikan UMNO BN ditumbangkann nanti!].
Kontroversi: Tangguhkan Kes Saman Ekor, Maka Terbuktilah Kerajaan BN Bertindak Gelojoh Serta Tidak Mahu Mendahulukan Rakyat Sebenarnya !!
Maka setelah didesak, akhirnya semalam kerajaan UMNO BN terpaksa umumkan mereka bersedia menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha kononnya langkah itu diambil berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Ia bermakna, kerajaan akhirnya boleh menerima pandangan rakyat. Soalnya sekarang, kenapa sejak dari awal lagi mereka tidak mahu mendengar pendapat rakyat sama seperti isu lesen judi bola dulu?. Jika tidak bukankah ia tidak menyakitkan hati rakyat. Langkah yang diambil ini juga sebenarnya sudah agak terlewat kerana ramai yang sudah membayar saman ekor tersebut kerana takut kenderaan mereka disenarai hitamkan sebelum ini. Malah, mereka terpaksa beratur panjang dan datang berbondong-bondong ke mana-mana pejabat polis cawangan trafik untuk urusan berkenaan. Marah bukan kepalang dek tindakan kerajaan tersebut. Dengan pembatalan sementara tindakan kerajaan itu, apakah ia berbaloi untuk mereka yang sudah membuat bayaran sebelum ini. Bukan sedikit, malah ada yang sudah menjelaskan sehingga ribuan ringgit sebenarnya. Apakah mereka boleh "claim" semula duit yang telah dikeluarkan itu?. Menunggu sehingga 28 Februari tahun depan bukanlah waktu yang singkat. Apa akan terjadi jika akhirnya kerajaan membatalkan terus rancangan "saman ekor" tersebut?. Bukankah ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mengamuk dengan tindakan itu. Ternyata mereka kecewa akibat sikap kerajaan yang tidak mendahulukan rakyat, maka mereka yang susah akhirnya.
[Kita amat terkejut dengan langkah kerajaan menangguhkan tindakan tersebut. Seolah-olah kerajaan yang ada hari ini memang sudah tidak berwibawa lagi dan "macam lalang", tidak tegas serta "cakap berbelit-belit". Jika inilah keadaannya, maka kita tidak hairanlah sebelum ini Pulau Batu Putih pun boleh jatuh ke tangan Singapura. Kerajaan yang tidak tegas akan menyebabkan musuh dari luar mudah untuk mainkan peranan mereka. Kenapa ini berlaku dalam negara kita?. Bukankah ia akan menjurus ke arah satu fenomena politik yang lebih besar selepas ini. Malah, pelabur juga takut untuk menanam modal di negara ini bila mereka lihat kerajaan gagal "berdiri teguh" disebalik kenyataan dan arahan yang dikeluarkan. Apapun, kini suara rakyat menjadi semakin kuat untuk mendesak kerajaan UMNO BN. Mereka mula sedar, isu ini boleh menjatuhkan mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Lantaran itulah kita tidak hairan ia ditangguhkan demi memberi laluan kepada pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi. Itulah "milage politik" yang amat diharapkan oleh puak mereka itu sebenarnya].
Panas: Mahkamah Tetapkan Hari Isnin Ini Untuk Teruskan Kes Liwat II, Anehnya Saiful Dan Farah Kini Terus Menyepi Soal "Cinta Romantis" Mereka

Dek Kerana Menegakkan Benang Basah, Akhirnya Felda Di Malukan Bila 766 Peneroka Pula Failkan Saman RM200 Juta Terhadap Agensi Kerajaan Itu
Mereka boleh mendabik dada kononnya Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat membuat fitnah tentang isu tersebut. Namun, dari sebalik tabir hanya orang-orang tertentu yang mengetahui rahsia sebenar Felda ini. Malah, ramai yang tahu siapakah individu yang telah "mentekedarah @ merompak" hasil mahsul dan khazanah Felda selama ini. Mereka kenal siapa itu Yusof Noor dan siapa itu si Md Bakke yang bertanggungjawab "melingkupkan" agensi tersebut. Malah, mereka juga tahu siapa dibelakang individu terbabit kalau bukan anak bekas PM Tun Razak yang mengilhamkan kewujudan Felda itu. Soalnya sekarang, kenapa Ahmad Maslan gagal menfailkan tindakan saman itu?. Apakah beliau takut berhadapan dengan hujjah panas tentang betapa tenatnya agensi itu sekarang ini. Mungkin juga beliau tidak berani lagi untuk "menegakkan benang yang basah". Bahkan beliau juga tahu status Felda itu sebenarnya, namun dek kerana "mengampu" dan mahu menjaga "maruah bossnya" maka beliau terpaksa mempertahankan agensi yang kian nazak itu. Tambah "menyedihkan", gara-gara cakap besar mahu menyaman semua pihak yang mengatakan "Felda Bankrap" termasuk Suara Keadilan akhirnya semalam agensi itu pula disaman RM200 juta oleh 766 orang peneroka dari Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.
[Nampaknya, inilah yang dikatakan "sudah jatuh ditimpa tangga". Sudahlah sebelum ini mereka dikatakan "bankrap", sekarang mereka pula disaman oleh peneroka gara-gara menipu dan menyeleweng. Itu belum termasuk lagi semakin ramai peneroka yang "merompak" hasil ladang mereka sendiri termasuk penyokong UMNO BN. Mereka mula muak dengan kerenah Felda yang "mencekik darah" mereka. Bayangkan, hasil yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama setiap bulan, namun Felda hanya memberi wang sara hidup sebanyak RM1,500 sebulan kepada setiap peneroka. Sedangkan bakinya yang terkadang mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000 disapu bulat-bulat oleh Felda. Alasan mudah yang diberikan ialah bagi menanggung kos-kos berkaitan termasuk kerja yang diusahakan oleh Felda Technoplants. Bila peneroka mendesak agar wang tersebut dinaikkan ke angka yang agak "relevan", maka mereka akan menuduh peneroka terbabit termakan hasutan pembangkang dan sebagainya. Tambah menyedihkan wang tabungan baru sebanyak RM120 sebulan pula dipotong sesuka hati mereka, sedangkan masih ramai yang gagal mendapatkan balik wang tabungan RM17,000 yang sudah dicarum sejak sekian lama dulu. Inilah dia "bom jangka" yang akan memastikan sokongan peneroka di kawasan Felda "merudum" dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Justeru itu teruskan kerja untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka harus "merdeka" dan tidak wajar terus ditipu oleh Felda "dulu, kini dan buat selama-lamanya". Ingatlah, Felda bukannya Estet yang boleh paksa peneroka sesuka hati].
Datuk Seri Anwar Ibrahim Sambut Harijadi Ke-62 Dekat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hari Ini !!
KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa, telah dihadiahkan dengan sejambak bunga Lili di dalam mahkamah oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-62. Anwar tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini bersama isterinya itu dengan wajah yang tersenyum. Dr Wan Azizah kemudiannya dilihat berjalan menuju ke bilik perbicaraan lalu meletakkan sejambak bunga Lili bersebelahan dengan tempat di mana Anwar duduk. Apabila ditanya oleh para wartawan kemudian apakah hajatnya sempena harijadi hari ini, Anwar sambil tersenyum berkata, dia tidak menyimpan sebarang hajat. "Saya tidak menyambut harijadi...hari ini sama seperti hari-hari biasa. Dan jika ada sekalipun hajat ia adalah sama sepertimana hajat saya setiap hari iaitu untuk melihat terlaksananya keadilan," ujarnya. Anwar, yang dilahirkan di Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kemudiannya menuju ke kafetaria mahkamah. Di situ beliau dijamu dengan teh dan kek hari jadi. Antara mereka yang turut berada di kafetaria itu ialah Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Ram Karpal, Ahli MT PKR, Chua Jui Meng dan Pengarah Strategik PKR Tian Chua.
[PDO mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir ke-62 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Perjuangan harus diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir. Keadilan wajar ditegakkan biarpun seribu rintangan. Satu Anwar pergi bermakna beribu-ribu Anwar lagi yang bakal membawa arus perubahan ini. Semoga perjuangan yang dibawa oleh beliau akan diteruskan dan membawa kejayaan yang hakiki suatu hari nanti. Rakyat tetap teguh berdiri dibelakangnya selagi beliau tidak khianat kepada perjuangan itu sendiri. Salam perjuangan buat Datuk Seri seisi keluarga!].
Panas: Permohonan Panggil Si Saiful Serta Farah Ditolak, Bicara Kini Ditangguhkan Bila Timbalan Pendakwa Lain Pula Buat Kes Kesalahan Syariah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi (2.15) telah menangguhkan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan sama ada pihak pembelaan boleh memfailkan afidavit terhadap Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hanafiah Zakaria yang dikatakan melakukan kesalahan syariah iaitu berpoligami. Terdahulu, mahkamah yang sama petang ini menolak permohonan pihak pembelaan untuk memanggil saksi utama, Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif (foto) untuk menjawab dakwaan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan "cinta romantik".
[Mahkamah buat lawak lagi, bila tergamak menolak permohonan membawa Saiful dan Farah Azlina untuk menjawab beberapa persoalan yang amat mencurigakan banyak pihak. Soalnya, kenapa mereka menolak?. Alasannya cukup mudah, bagi menuutup segala kelemahan dan rahsia sebenar kes liwat II ini daripada terbongkar. Patutlah selama ini Saiful begitu pandai untuk menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya. Rupa-rupanya Saiful mendapat keistimewaan untuk mendapat "soalan bocor" daripada buah hatinya itu. Maka itulah, jika mereka dipanggil ke mahkamah nescaya adengan yang lebih panas dapat kita saksikan. Soalnya sekarang, apakah kita boleh percaya lagi kepada perjalanan kes ini agaknya?. Segalanya kini dah jadi macam "kartun" yang hanya layak ditonton oleh kanak-kanak sahaja. Maka itu, marilah kita lakukan perubahan agar integriti badan kehakiman kita akan disanjung semula oleh masyarakat dunia]
Mahkamah: Kes Liwat II Di Tangguhkan Jam 2.15 Petang Untuk Putuskan Saiful Serta Farah Azlina Di Panggil Sebagai Saksi Kerana "Cinta Romantis"
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pukul 2.15 petang ini bagi memutuskan sama ada akan memanggil saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif untuk menjawab dakwaan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan romantik Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh dalam hujahnya pagi ini memohon agar mahkamah memanggil Mohd. Saiful dan Farah Azlina untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mereka sedang menjalinkan hubungan romantik. Peguam berkenaan berkata demikian ketika berhujah pada permohonan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.Kontroversi: Kes Liwat II, Anwar Terus Dinafikan Hak Untuk Keadilan, Biar Pun Mat Saiful Kini Di Makan Sumpah Laknat Akibat Cinta Romantisnya
[Inilah hakikatnya negara kita Malaysia yang tercinta ini. Undang-undang terus diperkotak-katikkan oleh manusia atas kepentingan politik. Banyak kepincangan yang berlaku dalam kes Anwar ini terus dipandang sepi oleh mereka. Kononnya demi keadilan untuk Saiful yang menjadi mangsa liwat, walhal Mat Saiful itu kini bermewah-mewah selepas mengaku dia menjadi mangsa Anwar itu. Apakah satu lagi tragedi akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum akan datang jika Anwar dipenjara?. Semua ini bakal memastikan UMNO BN lebih cepat tumbang daripada apa yang kita jangkakan. Usahlah lagi berharap agar satu keadilan belaku dalam kes liwat II ini. Kini ternyata kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak terus memekakkan telinga dan menolak pandangan antarabangsa atas kes tersebut. Sedangkan kes yang lebih jelas dan menjurus ke arah jenayah yang sebenarnya ditutup dan diiarkan begitu sahaja. Kes jenayah yang longgar seperti kes Anwar ini begitu berselera untuk mereka bicarakan secara adil dan saksama. Apakah makna semuanya ini. Rakyat terus ditipu oleh satu episod malang dalam sistem keadilan dan undang-undang di negara kita hari ini. Oleh itu, langkah terbaik ialah benamkan sahaja UMNO BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Rakyat hakim negara !]
Edisi Pahang: Tuan Ibrahim Tegaskan Isu UMNO Mahu Bersatu Dengan PAS Bagi Elak Perpecahan Melayu, Terbukti Mereka Bermimpi Sebenarnya !
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Turut kelihatan ialah
Tn.Hj Zahari (Ketua Cabang PKR Paya Besar) dan Sdr. Asri (PAS)
Biarpun hujan, masih ada yang tidak berganjak dari tempat duduk
Dato' Tuan sedang berbincang sesuatu dengan blogger cucumatkilau
dan kemudian bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis
[Turut berceramah malam tadi ialah blogger cucumatkilau. Beliau antara lain banyak menyentuh tentang beberapa penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN terhadap rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda. Hujan renyai-renyai tidak membuatkan orang ramai berganjak malah terus bersemangat untuk mendengar. Difahamkan, pengurusan Felda di kawasan berkenaan telah mengatur lawatan ke luar kawasan selepas mengetahui ceramah berkenaan diadakan di situ. Mereka ternyata gusar dengan agenda perubahan yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Apapun, orang ramai tetap berpuas hati dengan program malam tadi biarpun hujan mula turun agak lebat sekitar jam 11.30 malam. Teruskan perjuangan untuk membawa arus perubahan kepada masyarakat peneroka Felda. Turut dilihat hadir ialah Tn.Haji Zahari (Ketua Cabang PKR Paya Besar)].
Panas: Terbukti Menyeleweng, Felda Bazirkan Kos Tiga Hingga Lima Kali Ganda Dari Sime Darby Dan IOI Untuk Tujuan Tanaman Semula Bagi Sehektar

[Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu "menegakkan benang yang basah". Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato' Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya "masuk angin keluar asap" dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti]
Misteri: Kontroversi Skandal Pembantu Peribadi, Kes Kematian Mantan ADUN BN Permatang Lebih Panas Daripada Sandiwara Liwat II Anwar Saiful
Ramai pemimpin yang mempunyai "skandal" masing-masing yang disimpan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan diketahui oleh isteri masing-masing. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam bagi mengelakkan rahsia tersebut pecah atau terbongkar. Maka itulah mereka terkadang terpaksa mengambil jalan pintas termasuk "membunuh diri". Inilah hakikat yang berlaku dalam kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya. Jika tidak, masakan seseorang itu boleh membunuh diri dalam keadaan yang penuh misteri dan cukup mencurigakan?. Jika selama ini, puak-puak UMNO BN menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai skandal dengan "Pembantu Peribadinya" Si Saiful Bukhari Azlan. Kini, terbukti bahawa tuduhan tersebut akhirnya "memakan diri" sendiri. Malah, lebih mengejutkan kematian misteri Datuk Aziz dengan Pembantu Peribadinya itu adalah dilarang Islam iaitu "membunuh diri". Maka fikirkanlah hikmah disebalik kejadian ini.
[Sebagai pengajarannya, kepada mereka yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin atau mereka yang mahu menjadi pemimpin jauhi "skandal". Ia bukan sahaja akan memberi masalah malahan menyebabkan karier politik serta kerjaya seseorang itu boleh tercalar. Tambah memeritkan lagi bilamana terjadi kejadian "bunuh diri" atau "dibunuh" seperti ini. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Mungkin dengan isteri dan orang disekeliling termasuk rakyat kita boleh tipu, tetapi dengan Allah?. Oleh itu, ambillah peringatan dan jangan sesekali mewujudkan skandal dalam diri masing-masing jika benar ingin berjuang dengan ikhlas untuk membela agama, bangsa dan negara. Skandal sebenarnya bukan berlaku dikalangan pemimpin UMNO BN sahaja, malahan turut melibatkan pemimpin pembangkang juga. Ini kerana ia berkaitan dengan masalah peribadi dan bukan milik mana-mana parti politik. Berhati-hati dalam setiap gerak geri serta tindakan anda].
Edisi Pahang: Susun Semula Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF), Rozali Ismail Diusung Ke Felda Jengka 7 Untuk Pesongkan Minda Peneroka

[Soalnya sekarang apakah agenda program tersebut sebenarnya?. Ia jelas hanya untuk memesongkan minda rakyat terutamanya masyarakat peneroka yang sudah mula hilang keyakinan kepada Felda itu sendiri. Lantaran itulah kita tidak hairan, orang seperti Rozali diusung ke sana sini untuk menjadi pencacai bagi membenarkan apa yang salah atau pun "menegakkan benang yang basah". Peneroka kini mahukan perubahan dan tidak wajar terus ditipu lagi buat selamanya. Apapun, bertuah sungguh orang Jengka 7 kerana mendapat berbagai projek sejak lokasi itu dijadikan tapak program-program besar Felda untuk wilayah Jengka sekarang ini. Durian runtuh senantiasa datang melimpah ruah !!]








