

















KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?. 






KUANTAN 4 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang mengambil kakitangan baru bagi memenuhi beberapa jawatan dalam tempoh terdekat ini. Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, pengambilan tersebut dibuat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Menurutnya, antara perkhidmatan itu adalah bagi mengutip cukai taksiran yang tertunggak selain menyelesaikan aduan penduduk. Jelasnya, dalam hal berkaitan pihaknya terpaksa menambah kakitangan untuk jawatan Pembantu Penilaian yang akan ditugaskan mengutip bayaran cukai taksiran tertunggak sehingga kini mencecah kira-kira RM18 juta. "Kami terpaksa mengutip cukai itu kerana ia dilihat tidak adil kepada mereka yang membayar cukai setiap tahun. "Mereka yang tidak membayar cukai itu turut mendapat perkhidmatan daripada MPK sedangkan ia diberikan kepada mereka yang membayarnya sahaja. Jadi ini dilihat tidak adil dan mahu tak mahu kita kena kutip juga," katanya di sini baru-baru ini. Haslinda berkata, MPK juga memerlukan kira-kira 20 orang untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pekerja Awam dan 12 lagi sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Tambahnya, antara tugas lain dilakukan adalah menjalankan kerja-kerja di bawah unit tindakan khas dengan kebanyakannya berkaitan aduan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPK seperti pokok tumbang, banjir kilat, jalan rosak, kerosakan lampu isyarat dan sebagainya. "Kesemua jawatan itu akan diiklankan dalam masa terdekat ini dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.mpk.gov.my," katanya.
[Tindakan MPK untuk mengambil kakitangan baru bagi memudahkan urusan yang berkenaan adalah wajar, namun dalam masa yang sama mereka haruslah meningkatkan kualiti perkhidmatan itu sendiri. Banyak aduan rakyat berkaitan pokok tumbang, sampah tidak dipungut dan jalan rosak di sana-sini begitu lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkenaan selama ini. Maka itulah, jika penambahan ini bertujuan untuk melancarkan urusan mereka maka warga Kuantan amatlah menyokong. Namun, jika penambahan itu bertujuan untuk mendera rakyat maka mereka akan terus bangkit menentang. Namun, dalam masa yang sama, MPK digesa menyelesaikan segala masalah yang berkaitan sebelum mahukan rakyat mengikut undang-undang yang telah mereka tetapkan. Perkhidmatan berkuali akan menyebabkan sesebuah Majlis Tempatan itu terus dihormati. Justeru, lakukanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat].
JOHOR BAHRU 3 Feb - Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad (foto) di Jalan Kemajuan Taman Universiti di sini sekitar jam 3.30 pagi terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat. Dzulkefly ketika ditemui berkata, dia yakin kejadian itu lebih kepada motif politik kerana tidak mempunyai sebarang musuh perniagaan. Difahamkan, dalam kejadian itu rumahnya telah terbakar teruk dan kereta BMW beliau dipercayai diletupkan. Walau bagaimana pun semua ahli keluarga beliau dipercayai berada dalam keadaan selamat. "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya. Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak. Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki. "Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis. Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh. "Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini. "Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau. Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis jalankan siasatan terperinci," katanya.
[Pahang Daily Online (PDO) ucapkan salam tazkiah kepada beliau atas kejadian ini. Semoga semangat perjuangannya akan bertambah dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini hendaknya. Sesungguhnya tragedi yang berlaku ke atas mangsa adalah sungguh memalukan sama sekali. Ada manusia tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini terhadap seteru politik. Apakah ini caranya berpolitik alaf baru?. Selepas episod fitnah dan tuduhan skandal seks, maka kini sudah menghampiri episod yang lebih ganas apabila ada yang tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini. Apapun, kita amatlah berharap agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang rapi secara profesional tanpa ada unsur-unsur politik. Semoga mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini akan dapat dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera].

KUANTAN, 2 Feb - Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi."Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas. Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas. "Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya. AELB lewat petang semalam mengumumkan mereka telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi.
KUALA LUMPUR, 2 Feb - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui usul Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mereka tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan mengelakkan sebarang kesangsian bahawa mereka memang benar-benar menyokong pembangkang. "(Ini) khususnya ketika sesetengah ahli kita di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat,” katanya. Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu. Sebelum ini KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.KUANTAN, 2 Feb - Orang ramai, terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-eart milik Lynas Corporation di sini kecewa dengan tindakan kerajaan memberikan lesen TOL kepada syarikat terbabit untuk beroperasi. Biar pun lesen itu berbentuk sementara dan Lynas perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan, namun rakyat tidak nampak Lynas syarikat terbabit akan diarahkan menghentikan operasi mereka andainya gagal mematuhi syarat tersebut kelak. Ini kerana, pemantauan hanya akan dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sebenarnya tidak akan tahu langsung apakah yang dipantau oleh pihak terbabit nanti. Rakyat akhirnya akan tertipu dan terpaksa menanggung akibatnya kelak. Inilah yang berlaku kepada sebuah lagi syarikat Australian yang diberikan lesen melombong emas oleh Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Koman Raub dulu. Syarikat terbabit, Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dikatakan beroperasi dengan pemantauan yang cukup rapi. Namun, rakyat di kawasan sekitarnya terpaksa menghadapi berbagai penyakit dan menderita akibat kegagalan syarikat itu mematuhi syarat yang ditetapkan. Malah ada diantara mereka mengalami kecacatan gara-gara penggunaan racun Cyanide pada operasi kilang terbabit. Kini, apakah perkara yang sama akan berlaku pula kepada penduduk Kuantan setelah kilang Lynas dibenarkan beroperasi?. Kerajaan akan menikmati hasilnya, tetapi rakyat tetap akan menanggung risikonya kelak. Apa yang lebih mengejutkan ialah Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Soalnya, kenapakah lesen diberikan ketika isu keselamatan dipertikaikan?.
[Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit. Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar. Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011. Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Soalnya, apakah rakyat Kuantan akan terus berdiam diri dengan senario terbaru ini. Isu keselamatan dan kesihatan tetap diragui!].


Azan kini khabarnya tidak lagi berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana kerusi di negeri Terengganu walaupun beliau adalah Pengerusi Negeri. Ini kerana, pimpinan PAS Terengganu merasakan PKR tidak cukup bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 ini sebenarnya. Malahan, di Terengganu sendiri sememangnya rakyat lebih selesa berada bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) sama seperti di Kelantan. Masalah Azan dengan kepimpinan PAS Terengganu kini sudah sampai ke kemuncaknya, hingga beliau kemungkinan besar tidak punyai kerusi untuk bertanding di sana. Terdapat ura-ura Azan mahu melobi kerusi DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Tambahan pula Azan memang dipercayai berasal dari kawasan itu. Namun, segalanya kini terletak ditangan rakyat di kawasan terbabit. Malah, difahamkan kini Azan sudah tiada "kuasa" lagi untuk menentukan calon PKR di Trengganu. Kuasa sepenuhnya kinis udah diambil alih oleh pusat melalui Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Maknanya, Azan kini bukan sahaja terbuang malah imej dan popularitinya kian merudum. Beliau hanya dilihat hebat ketika berhujjah di Parlimen dalam isu-isu berkaitan kewangan namun di kawasan sendiri beliau gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat. Paling malang, Azan gagal menjuarai "isu Lynas" yang dibantah oleh sebahagian besar rakyat di Parlimen Indera Mahkota sendiri. Hanya Fuziah Salleh sahaja yang dilihat terkehadapan dalam isu terbabit. Inilah yang menyebabkan rakyat Indera Mahkota kini tidak yakin lagi dengan perjuangan beliau sekarang ini.
JENGKA, 1 Feb - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat sejarah apabila dinobatkan juara keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM di kampus induk Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman (foto) berkata, kejayaan itu dicapai sempena sambutan Bulan Inovasi UiTM yang merupakan program tahunan bagi membina budaya inovasi serta kreativiti pensyarah dalam pelbagai cabang disiplin ilmu. Menurutnya, pembentangan akhir produk inovasi itu diadakan di kampus induk tersebut membabitkan semua wakil UiTM dari seluruh negara. "Kejayaan itu meletakkan UiTM Pahang lebih disegani," katanya. Katanya, antara anugerah yang diterima oleh kampus itu ialah juara keseluruhan AKNC dengan menerima hadiah RM20,000 serta juara AKNC di peringkat kampus negeri. Selain itu tambahnya, UiTM kampus Shah Alam turut menerima Anugerah Inovasi, Anugerah Hasil Pencapaian dan Anugerah Tumpuan kepada tenaga kerja. Jelasnya, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Pahang turut muncul juara keseluruhan KIK Optima, juara KIK Inovasi Proses Terbaik dan juara KIK Inovasi Kaedah P&P terbaik. "Kejayaan mencapai status juara keseluruhan AKNC dan muncul tempat pertama dalam beberapa pertandingan itu dianggap luar biasa dan beri kebanggaan kepada warga UiTM Pahang," tambahnya.
PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...