script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: "Azan Ismail" Tidak Perlu Melenting Andai Desas-Desus Dia Tidak Tersenarai Jadi Kenyataan

Panas dibuatnya apabila desas desus nama Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail (foto) tidak tersenarai sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Sebenarnya "khabar angin" berkenaan isu ini bukanlah provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Memang nama Azan Ismail agak merudum selepas beliau meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Indera Mahkota untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Terengganu. Biar pun, mungkin tindakan itu adalah atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sendiri. Namun ramai pihak yang berpendapat, Azan sepatutnya tidak berpindah ke Terengganu. Soalnya, kenapa beliau rela kembali ke negeri asalnya, sedangkan dia sepatutnya kekal di kawasannya (Indera Mahkota). Akibatnya, kini ramai yang mengatakan kerusi parlimen Azan itu mungkin boleh dirampas semula oleh BN kerana rakyat di kawasan terbabit kecewa dengan tindakan beliau yang jarang "turun padang" sejak beralih ke Terengganu. PKR kemudiannya melantik bekas Pengerusi PKR Pahang, Zakaria Abd Hamid sebagai Penyelaras Parlimen Indera Mahkota. Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung pula dilantik sebagai Pemangku Ketua Cabang menggantikan Azan. Pemergian Azan jelas sekali mengecewakan sebahagian besar rakyat terutamanna pengundi beliau pada PRU-12 lalu. Mereka kecewa kerana Azan tinggalkan Indera Mahkota dalam keadaan khidmatnya masih diperlukan. Kelibatnya jarang sekali dilihat dalam apa jua program anjuran PKR hatta ceramah umum sekali pun, melainkan jika ada program yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Paling parah, Azan jarang-jarang dilihat turun bersama rakyat membantah projek kilang "kontroversi" Lynas walau pun ia terletak di kawasan parlimennya.

Azan Tidak Perlu Terkejut Andai Tidak Jadi Calon


Nama Azan di Trengganu juga sedikit tercemar akibat krisis dalaman dengan pimpinan PAS. Tindakan Azan yang mangugut dan mahukan kerusi lebih dari apa yang ditawarkan oleh PAS jelas sekali mengecewakan pimpinan PAS di Terengganu. Malah, ia lebih mengejut lagi apabila Azan mendakwa PKR umpama peminta sedekah dalam urusan mahukan kerusi yang lebih di negeri tersebut. Nama Azan semakin panas apabila dia secara terbuka mengumumkan sedia bertanding atas tiket DAP dalam satu majlis anjuran parti itu di Kuantan baru-baru ini. Tindakan tersebut mengecewakan Anwar dan yang lainnya. Azan seolah-olah merasakan namanya akan terpinggir lantaran itulah membuat pengumuman yang cukup memalukan dihadapan Pengerusi DAP sendiri iatu Lim Kit Siang. Maka itulah, nama Azan dikatakan bakal digugurkan dari senarai calon akibat keceluparan dirinya sendiri. Krisis antara beliau dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) pun masih tidak selesai hingga ke hari ini. Lantaran itulah, desas desus mengatakan namanya tiada dalam senarai bukanlah omongan kosong sebenarnya. Namun anehnya, Azan dalam satu kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini mengatakan dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu. “Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti,” katanya bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

[Apa yang pasti, PKR kini menghadapi masalah untuk menentukan siapakah calon yang berpotensi untuk menggantikan Azan di Parlimen Indera Mahkota sekarang. Awalnya, nama Penyelarasan parlimen tersebut, Zakaria Abd Hamid (Zek) meniti dibibir penyokong PKR. Malah beliau juga telah dipercayai telah mula membuat gerak kerja turun padang bertemu rakyat di kawasan terbabit. Namun, selepas ini nama anak perempuan pemimpin wanita PKR Shamsiah Ismail (Murni) pula dicanangkan. Kini, desas-desus panas mengatakan kerusi yang ditinggalkan oleh Azan itu akan menjadi rebutan antara Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang) dengan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Negeri). Jika jalan penyelesaian tidak dapat dicapai maka amatlah dikhuatiri kerusi Parlimen Indera Mahkota akhirnya jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini. Difahamkan, Lee Chean Chung menjadi pilihan Azmin sementara itu Dato' Fauzi pula Anwar sendiri. Soalnya, siapakah yang bakal terpilih?. Kini segalanya terletak di atas kebijaksanaan pimpinan tertinggi PKR untuk menentukannya. Senario ini pastinya memberi kelebihan kepada UMNO BN. Jika percaturan soal calon mereka mengena, maka PKR bakal berputih mata akibat kehilangan kerusi tersebut. Apapun, rakyat yang menentukan].
Share:

Perbicaraan "Kes Saman RM30 Juta" Blogger CMK Terhadap "Utusan" Bakal Di Dengar Pada 28 Ogos

KUANTAN, 11 Jun - Mahkamah Tinggi Kuantan bakal mendengar perbicaraan kes saman Blogger Cucumatkilau (CMK) terhadap Utusan Malaysia pada 18 Ogos 2012 ini. Beliau yang diwakili oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) dari firma guaman The Law Office Off Mohd Harris telah menfailkan saman sebanyak RM30 juta terhadap Utusan Malaysia. Tuntutan tersebut ialah gantirugi am RM5 juta, gantirugi teladan RM5 juta dan gantirugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehingga penyelesaian penuh. Menurut Mohd Harris, Dalam tuntutan tersebut selain Utusan Melayu (M) Berhad, turut disaman ialah wartawan yang berkenaan iaitu Tarmizi Abd Rahim. Saman tersebut dibuat berhubung tindakan pihak terbabit yang telah mengeluarkan artikel fitnah dan berniat jahat terhadap blogger terbabit. Artikel bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" telah ditulis oleh wartawan berkenaan dan disiarkan di muka surat tiga akhbar tersebut pada 27 November 2010. Sementara itu, Harris turut mendakwa beliau terkejut dengan tindakan peguam Utusan yang mempertikaikan beberapa perkara teknikal dalam writ saman berkenaan. "Mereka pertikaikan isu teknikal, sedangkan isu pokoknya ialah kebenaran dan fitnah yang telah dibuat terhadap blogger terbabit. Saya yakin kes ini akan berpihak kepada kami kerana kita ada bukti-bukti dokumen yang lengkap bagi menyokong tuntutan ini. Maka, alasan teknikal yang dikemukakan hanyalah satu strategi untuk pihak Utusan melambat-lambatkan kes ini", katanya ketika ditemui oleh wartawan PDO di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi. Utusan Malaysia serta Tarmizi Abd Rahim diwakili peguam Izral Partnership.


Sidang media berkenaan isu ini yang telah pun dirakamkan oleh wartawan
dari media Astro Awani pada 2 Mei 2012 yang lalu

[Tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia adalah wajar kerana kebiadapan akhbar terbabit dalam melaporkan beritanya kini amatlah memalukan. Malahan, Utusan rela "melacurkan" diri mereka dalam urusan pemberitaan apabila tergamak menceduk laporan yang dibuat oleh blog-blog hapkrak kelolaan pencacai UMNO BN sebagai tajuk utama mereka. Tindakan ini amatlah tidak profesional dan menggambarkan akhbar terbabit kini setaraf dengan lambakan mingguan tabloid yang berada di pasaran sekarang ini. Utusan kini sudah tiada kreadibiliti sebagai "penyebar fikiran rakyat". Apa yang lebih diutamakan ialah menjadi "Penyebar Dakyah UMNO" untuk merosakkan minda rakyat itu sendiri. Justeru, saman harus dibuat bagi memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat laporan yang tidak berasas tanpa merujuk kepada sumber maklumat yang benar serta sahih].
Share:

Panas: Dewan Rakyat Kecoh Kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pertikai Kerajaan Tarik Balik RUU

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Hari pertama pada mesyuarat kedua persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kelima bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya di peringkat senat pada 10 Mei lalu. Menggunakan Peraturan Mesyuarat 14, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan memohon maaf diatas tindakan menarik balik rang undang-undang tersebut malah mendakwa ia dibentangkan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian yang menyeluruh. Bagaimanapun dakwaan Kulasegaran disanggah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana tegasnya penarikan balik rang undang-undang itu dibuat selepas mendapat persetujuan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil Ketua Pembangkang. "Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya sudah hubungi...saya panggil Ketua Pembangkang. Tanya Ipoh Timur (Lim Kit Siang). "Tiada minta maaf...anda tak faham," katanya pada pemulaan sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. Bagaimanapun Kulasegaran tetap tidak berpuas hati malah terus membangkitkan isu bahawa kerajaan perlu melakukan perbincangan dengan semua pihak termasuk pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang berkenaan. "Kurang perpincangan antara kerajaan dan pembangkang. Sepatutnya perlu ada sedikit penghormatan kepada kami (pembangkang)," katanya. Namun Mohamed Nazri sekali lagi menegaskan bahawa perbincangan tidak perlu diadakan demi menjaga kredibiliti SPR sebagai badan bebas kerana pindaan undang-undang sedia ada itu dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri. "Kita tak boleh campur urusan SPR. Kalau kata nak bincang dulu antara kerajaan dan pembangkang, ia tak mungkin boleh berlaku kerana itu cadangan daripada SPR. Kita mesti bertanggungjawab. "Kita hanya boleh tengok cadangan pindaan itu selepas ia dibentangkan. Ini kes istimewa kerana ia dibawa oleh SPR. Ini bukansoal penghormatan, kita mesti hormati kebebasan SPR," katanya.

Sebelum itu Mohamed Nazri memberitahu bahawa kerajaan mengambil keputusan menarik balik rang undang-undang itu selepas Dewan Negara membahaskan untuk meminda dua pindaan terhadap cadangan akta itu. "Dalam perbahasan peringkat Dewan Rakyat kita lakukan tiga pindaan. Kemudian apabila ia dibahaskan diperingkat Dewan Negara, Dewan Negara bahaskan untuk membuat dua lagi pindaan menjadikan semua lima pindaan. "Kalau kelima-lima pindaan ini dibuat, bermakna rang undang-undang itu sudah tidak bermakna. Sebab itu kita telah berunding bersama dengan Ketua Pembangkang dan SPR bagi mendapatkan persetujuan supaya rang undang-undang itu ditarik balik," katanya. Tegas beliau tidak timbul isu yang mengatakan pindaan terhadap akta itu dilakukan tergesa-gesa tanpa kajian. "Ia bukan tergesa-gesa. Ini rang undang-undang dari SPR, cara urusan kita ialah apabila SPR cadangkan apa-apa pindaan undang-undang berkaitan SPR...jemaah menteri tak buat apa-apa pindaan atau kajian untuk jaga kebebasan SPR. "Sebab itu apabila cadangan itu sampai ke kabinet, kita luluskan tanpa apa-apa pindaan yang dibuat kerana kita tiada hak untuk berbuat demikian. "Itu bukan tergesa-gesa, kalau ada apa-apa perasaan tak puas hati, ia harus dihala kepada SPR," katanya.

[Rang undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi. Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan selama tujuh jam. Persoalannya yang perlu ditimbulkan ialah kenapa kerajaan tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang itu sedangkan mereka tidak duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dengan pihak pembangkang terlebih dahulu. Kenapa bila mahu membatalkannya, kerajaan begitu mudah membuat keputusan yang jelas kontroversi ini. Apakah kerajaan fikir, memerintah dan melaksanakan sesuatu akta atau peraturan itu semudah ABC. Jika inilah kerajaan yang ada, maka rakyat wajar melakukan perubahan sekarang!].

Share:

Foto FB: Lebuhraya Sungai Atas Sungai Di Jerman


Lebuhraya sungai atas sungai.... Pernah tengok?. Inilah sungai atas sungai. Sebuah jambatan dibina untuk laluan air sungai bagi perjalanan perahu & kapal-kapal kecil. Ini merupakan satu saluran jambatan sepanjang Sungai Elbe. Ia terletak di bandar Magdeburg, berhampiran Berlin di Jerman.

Share:

Video: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir Puji Parti PAS

Share:

Panas: Gara-Gara 'Haram Jadah', Laporan Polis Di Buat Oleh Lima Peneroka Jengka Terhadap Naijb !!

TEMERLOH, 9 Jun - Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka kelmarin bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro. Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah. Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan ‘durian runtuh’ di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini. “Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat. “Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda. “Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian,” katanya selepas membuat laporan polis. Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk ‘Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh’ dengan paparan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek. sumber


Bukti, inilah sedutan ucapan PM Najib yang menyebut perkataan "haram
jadah" ketika umumkan durian runtuh kepada peneroka di Jengka 8 dulu


[Sebagai seorang Perdana Menteri dan ketua negara, Najib tidak wajar mengeluarkan perkataan seumpama itu terutamanya kepada golongan peneroka yang tidak mahu bersama Felda dalam urusan pembelian saham atau sebagainya. Ini kerana, peneroka punyai hak untuk membuat pilihan kerana mereka sudah habis membayar segala hutang piutang dengan Felda dan telah memperolehi geran tanah masing-masing. Maka itu, tanah yang diberikan oleh Felda bukanlah percuma dan ia dibayar dengan harga keringat yang telah dikeluarkan oleh para peneroka. Maka itulah mereka punyai hak untuk mempertahankan tanah masing-masing daripada tergadai ke tangan asing. Tanda-tanda ke arah itu kini kian jelas apabila, syarikat Yahudi dijadikan rakan strategik dalam penyenaraian Felda di Bursa Malaysia. Kini peneroka bakal tertipu dengan taktik licik pihak-pihak tertentu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Ini membuktikan mereka yang tidak mahu terlibat dengan isu saham ini jelas lebih bijak dari yang lain. Tidak perlu Najib keluarkan perkataaan "haram jadah" terhadap para peneroka terbabit sebenarnya. Apapun, laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin UMNO BN biasanya akan tinggal kenangan dan bolehlah dianggap sekadar "melengkapkan cerita" kerana tidak mungkin pihak polis akan menyiasat atau mengambil tindakan atas laporan tersebut. Jika ada yang berani berbuat demikian, sudah pastilah mereka akan berhadapan dengan segala kemungkinan. Apapun, syabas kepada para peneroka terbabit kerana berani buat laporan polis terhadap Najib Razak].
Share:

Terkini: Video Himpunan Hijau PAS Ke Putrajaya

Share:

Panas: Mazlan Aliman 'Nasihatkan Peneroka' Agar Berhati-Hati Dengan Perangkap 'Blue Form' FGVH

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengingatkan peneroka-peneroka Felda jangan keliru dengan "blue form" yang dikeluarkan oleh Felda Global Venture Holding (FGVH) kepada mereka. Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (foto), FGVH telah membuat satu paksaan di mana sehingga tengah hari semalam, peneroka akan menyerahkan "blue form" yang mereka terima. Jelas Mazlan, gambaran yang diberikan seolah-olah peneroka akan mendapat saham percuma seperti kakitangan awam, atau syarikat tertentu apabila syarikat mereka dimasukkan ke bursa saham. "Sebenarnya apa yang ditawarkan melalui 'blue form' itu adalah merupakan lanjutan daripada borang saham yang diedarkan oleh bank tertentu sebelum ini. "Kita pun sudah buat injuksi untuk membatalkan borang saham sebelum ini tetapi hari ini datang pula 'blue form'," katanya. Bahkan katanya, peneroka hanya ditawarkan sekitar 800 unit saham sahaja yang berharga RM4.55 seunit tetapi borang pinjaman sebelum ini yang diterima peneroka memaklumkan bakal mendapat RM50,000 hingga RM100,000. Mazlan menyifatkan tindakan itu sangat mengelirukan dan menasihatkan para peneroka berhati-hati dengan tawaran ini. "Kalau ia perjanjian jangan tanda tangan! Bila berlaku kegagalan penyenaraian FGVH, saham akan jatuh, peneroka akan menanggung akibatnya," katanya yang bertalu-talu menerima panggilan daripada peneroka kerana kekeliruan itu. Apa yang berlaku ini, beliau sifatkan kerajaan telah mengkhianati peneroka Felda apabila mereka enggan berterus terang dengan peneroka . "Dalam FGVH, kerajaan kena berterus terang sama ada benda ini adalah pinjaman, katalah ia pinjaman! Jangan guna pelbagai tafsiran seperti durian runtuh. "Apabila mengetahui ia adalah durian runtuh, maka mereka pun tanda tangan lah sebab mereka hendak mendapatkan duit ini kerana kerajaan tidak berterus terang kepada peneroka," katanya. sumber

[Peneroka Felda nampaknya bakal tertipu lagi. Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk memberi keutamaan kepada mereka dalam isu ini nampaknya sekadar tinggal janji dan "omongan kosong" semata-mata,. Susulan itu, di Temerloh Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu. Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata, pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda. Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru in kata wakil peneroka terbabit. Bukankah ini membukti beliau sendiri sudah nampak permainan taktik kotor Felda untuk menipu peneroka dalam isu saham ini. Akhirnya, kakitangan dan proksi-proksi mereka yang akan mengaut untuk besar dengan penyenaraian FGVH. Maka, sedarlah wahai peneroka, apakah anda sanggup ditipu dengan janji manis ini. Buatlah perubahan dan pastikan pemerintahan negara kembali kepada yang hak selepas PRU ini. Bertindak segera untuk masa depan anak anda].
Share:

Takziah Buat Keluarga Arwah Cikgu Dzulkifli PRM

Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dzukifli Ismail (Cikgu Zul PRM) atas pemergian arwah ke rahmatullah petang semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi jam 10.00 pagi ini. Semua pihak adalah dijemput hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada jenazah tokoh pejuang rakyat dari Bumi Pahang Darul Makmur ini. Al-Fatihah, Amin.
Share:

Al-Fatihah: Mantan ADUN Sg.Lembing Cikgu Zul PRM Meninggal Dunia Di Kuantan Petang Tadi !!

Link
KUANTAN, 2 Jun - Negeri Pahang hari ini kehilangan tokoh perjuangan rakyat apabila mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg.Lembing, Dzulkifli Ismail (foto) meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini petang tadi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zul meninggal dunia dipangkuan anak perempuannya, Nina Dzul pada jam 4.48 petang selepas menerima rawatan di hospital terbabit akibat pendarahan otak yang dialaminya sejak semalam. Jenazah beliau kini berana di kediamannya dekat Permatang Badak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi jam 10.00 pagi esok. Cikgu Zul cukup dikenali oleh rakyat setempat selepas beliau menang kerusi DUN Sg.Lembing atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1974 sebelum dia ditahan dibawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA). Pada Pilihanraya Umum Ke-11 (2004), beliau bertanding atas tiket Parti Keadilan di kerusi Parlimen Indera Mahkota. Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 14,229 undi kepada calon BN, Dato' Wan Adnan Wan Mamat (kini Exco Belia dan Sukan Pahang). Allahyarham mendapat 10,948 undi menakala Wan Adnan 25,177 undi. Pada Pilihanraya umum ke-12 (2008) beliau tidak bertanding akibat kesihatannya yang tidak mengizinkan. Apapun, kerusi Parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimana calonnya ialah Azan Ismail.

[Dengan pemergiannya, maka kini tokoh perjuangan rakyat yang cukup sinonim dengan jolokan "Cikgu Zul Parti Kepala Lembu" oleh penduduk disini hanya tingga sejarah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Pemergiaan beliau di saat seluruh rakyat kini tertumpu dan memberi perhatian kepada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi amatlah mengharukan. Ini kerana, beliau cukup arif dengan perjuangan rakyat sejak sekian lama dan amat disegani oleh kawan dan juga lawan. Justeru, orang ramai dijemput hadir untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap jenazah Arwah yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi pagi esok. Sebarkan info ini kepada seluruh rakan-rakan anda yang mengenali Arwah].
Share:

Eksklusif: Video Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya



Share:

Himpunan Hijau: Ucapan Khas Oleh Presiden PAS

Share:

Foto Terkini Himpunan Hijau Di Alor Setar Kedah



ALOR SETAR, 1 Jun - Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya hari ini dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimana pun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke kawasan stadium.








[Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Jika dilihat kepada kehadiran ke program ini, kemungkinan besar ia melebihi himpinan sejuta belia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. Rakyat kini ternyata mahukan perubahan dan mereka mahukan Putrajaya bertukar tangan. Apapun, syabas dan tahniah kepada anda yang telah hadir ke Stadium Darul Aman Alor Setar hari ini].
Share:

Panas: Isu NFC, Shahrizat Boleh Di Lepaskan Oleh SPRM Tetapi "Tidak Di Mata Rakyat" Sebenarnya !

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya sungguh mengelirukan rakyat sebenarnya. Pengerusi PPO Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (foto) pada Khamis berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup. Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontrak kepada syarikat tersebut. Ramai yang sangsi dengan keputusan ini kerana mana mungkin seorang isteri tidak tahu menahu perniagaan yang dijalankan oleh suaminya sendiri. Persoalannya yang timbul, Shahrizat ketika itu berada dalam kabinet kerajaan UMNO BN dan keputusan kelulusan projek berkenaan dibuat oleh kabinet dan sudah pasti anggota kabinet tahu syarikat yang ditawarkan projek tersebut adalah kepunyaan suami Shahrizat. Makanya, jika pun dia tidak terlibat secara langsung dengan proses pemberian pinjaman dan kontrak namun dia sudah pasti mempunyai kepentingan dalam syarikat terbabit sebenarnya. Dengan melepaskan Shahrizat kini rakyat tertanya-tanya, apakah ia bertujuan untuk melindungi lain-lain pemimpin yang sepatutnya terpalit dengan isu ini. Apakah keputsan SPRM ini dibuat atas desakan pihak tertentu yang tidak mahu Shahrizat mendedahkan nama-nama pemimpin yang terlibat dalam kes ini. Lantaran itulah rakyat tidak terkejut, Shahrizat tidak disambung kontrak sebagai Senator sebaliknya dibiarkan terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO. Apapun yang berlaku, kini kreadibili Shahrizat dan kerajaan UMNO BN sendiri sudah rosak di mata rakyat. Keputusan ke atas Shahrizat dilihat tidak lebih untuk menutup rahsia di sebalik skandal tersebut. Malahan, tindakan Bank Negara memanggil Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan memaksa beliau mendedahkan bagaimana maklumat akaun suami Shahrizat jelas sekali untuk memberi tekanan kepada rakyat yang mendedahkan penyelewangan dan rasuah yang dilakukan. Sepatutnya, suami Shahrizat yang disiasat kerana menyelewengkan wang rakyat, namun kini sudah jadi terbalik pula. Mereka yang mengadu dan membongkar isu berkenaan diberi tekanan demi tekanan. Sebaliknya, mereka yang melakukan perbuatan tersebut seolah-olah hendak dilepaskan.


Shahrizat boleh terlepas dari SPRM, tetapi tidak mungkin di mata rakyat

[Dengan keputusan SPRM terhadap Shahrizat ini, maka kita tidak hairan suami beliau iaitu Dr Mohamad Salleh Ismail juga akan terlepas dalam kes ini sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia bagi memberi imej dan gambaran kononnya kerajaan UMNO BN tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dalam skandal NFC ini. Justeru, rakyat diminta bersabar melihat apa yang berlaku. Anggaplah ia hanyalah satu sandiwara politik peringkat tertinggi antara pemimpin UMNO dalam usaha membersihkan diri mereka dari perbuatan khianat ini. SPRM dijadikan alat untuk membersihlan nama Sharizat, namun tidak dimata rakyat. Kita yakin Shahrizat terlibat dalam apa jua cara sekali pun terhadap kes ini, kerana yang didakwa ialah syarikat suami dan ahli keluarganya. Jangan memperbodohkan rakyat dengan keputusan memalukan ini. Maka, lakukan perubahan pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat kebenaran tercipta].
Share:

Promo 'Himpunan Hijau' Di Stadium Darul Aman

Share:

Memalukan, 'Rumput Panjang Macam Lalang' Di Indera Mahkota, MPK Di Gesa Tunai Kewajipan !



[Orang ramai yang melalui jalan di kawasan perumahan sekitar Indera Mahkota Kuantan pasti terkejut dengan keadaan semak samun di pembahagi jalan kawasan terbabit. Sungguh memalukan apabila ada rumput yang terlalu panjang sudah menjadi seperti lalang dan sawah padi terutamanya di jalan berhadapan pasaraya Tunas Manja ke Indera Mahkota 1. Penduduk hairan kenapa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak memantau keadaan ini walau pun ia dikatakan bukan tanggungjawab mereka. Difahamkan, pihak MPK melepaskan masalah tersebut kepada pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Namun, sedarkah mereka yang mendapat malu ialah MPK sendiri. Baru-baru ini Yang DiPertua MPK, Dato' Zulkifli Yaakob menegaskan mereka tidak bertanggungjawab pada jalan persekutuan dan jalan negeri. Namun apa yang terjadi ini adalah jalan-jalan di kawasan perumahan. Pihak Roadcare juga telah dihubungi dan mereka menafikan jalan terbabit di bawah kuasa mereka. MPK harus berhati-hati, jangan hanya tahu memungut cukai dan saman parking semata-mata tetapi perkhidmatan perbandaran "indah khabar dari rupa". Jika ini keadaannya, kita gusar menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuantan Julai ini gambaran buruk akan diterima oleh orang ramai yang datang ke bandar ini. MPK digesa ambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk setempat. PDO akan terus memantau lagi isu ini].

Share:

Musykil, Kadar 'Caj Parkir MPK' Di Pantai Teluk Chempedak Lebih Mahal Dari Caj Oleh Swasta !!



[Orang yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak, Kuantan pasti terkejut melihat caj parkir awam yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dua kali ganda mahalnya dari caj parkir swasta di situ. Dulunya, parkir di sini tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia pusat pelancongan. Namun, mungkin kerana melihat ia satu peluang untuk membuat untung cara mudah maka pihak MPK telah mengenakan caj parkir di satu kawasan yang tidak berturap (bawah pokok) yang berisiko itu sebenarnya. Dulu, caj yang dikenakan ialah RM1.00 sahaja, namun sejak awal tahun 2012 ini cajnya sudah melambung naik sekali ganda menjadi RM2.00. Ini mengejutkan orang ramai kerana belum ada di mana-mana kawasan parkir seluruh negara caj parkir (kerajaan) lebih mahal dari parkir swasta. Ini terbukti, apabila caj parkir swasta di lokasi bersebalahan dengan parkir MPK hanya dikenakan caj RM1.00 sejak dulu hingga sekarang. Soalnya, kenapa caj parkir MPK melambung naik sebegitu tinggi. Justeru, MPK digesa berhati-hati dalam mengenakan caj parkir kepada rakyat kerana ia boleh mengundang spekulasi kononnya mereka mahu mencari duit mudah dengan kadar caj yang dikenakan bagi menampung sumber kewangan majlis tempatan terbabit. Di harap, MPK dapat turunkan kadar tersebut selaras dengan kadar biasa (swasta) agar ia tidak menyusahkan orang ramai. Jangan nanti pantai Teluk Chempedak akhirnya gagal menarik pelancong kerana mereka kecewa dengan isu ini].
Share:

Lebih Sebulan Penutup Besi Jalan Hilang, Tetapi MPK Masih Biar Penduduk Tanggung Risikonya !



[Sudah lebih dari sebulan penutup besi di sebuah jalan berhampiran Dewan Orang Ramai dan padang awam (Taman Yew Hong) dekat Indera Mahkota ini hilang. Namun sehingga ke saat ini tiada apa-apa tindakan yang dilakuan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Alasan yang diberikan, sudah banyak kali hilang maka penduduk terpaksa tanggung sendiri akibatnya. Persoalannya, penduduk membayar cukai pintu kepada MPK dan mereka perlukan perkhidmatan yang baik dan selesa. Keadaan jalan terbabit sungguh bahaya dan penduduk hanya meletakkan zink dan sebuah rak pinggan mangkuk untuk memberi amaran kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. Situasi ini sungguh memalukan, terutamanya kepada orang luar yang datang ke kawasan ini. Jika pun tidak punyai bajet untuk menggantikan penutup besi yang baru, MPK wajar mencari jalan alternatif untuk tidak membahayakan nyawa penduduk. Kecurian bukan dilakukan oleh mereka, kenapa mereka yang harus menanggung risikonya?. Jangan nanti bila ada kemalangan nyawa barulah MPK mahu buat tindakan pula. Justeru, pihak MPK digesa ambil tindakan sekarang].
Share:

IPD Baharu Terbiar, OCPD Maran Di Gesa Berikan Penjelasan Kepada 'Rakyat' Apakah Masalahnya !!



[Orang ramai yang melalui jalan lama dari Gambang ke Maran pasti akan tertanya-tanya apa apabila melihat komplek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran yang baru dibina seolah-olah tidak digunakan lagi. Ini terbukti apabila papan tanda IPD terbabit juga telah ditutup dan keadaan semak samun yang seolah-olah kini ia telah ditinggalkan tanpa perhatian. Krew kami cuba untuk memasuki kawasan terbabit, namun pagar yang terbuka telah ditutup dengan mangga beberapa jam selepas gambar ini diambil. Pihak IPD Maran digesa memberi penjelasan atas perkara ini. Apakah benar IPD yang baru dibina dan dilancarkan itu telah mengalami masalah?. Siapakh kontraktor yang terlibat dan apa kerosakan yang berlaku?. Semua ini mengundang persoalan, kerana ia dibina menggunakan wang rakyat. Mereka berhak tahu stataus IPD terbabit kerana sebelum ini ia telah pun dibuka dan kini tiba-tiba terbiar begitu sahaja. Permbaziran wang rakyat perlulah dibongkarkan jika benar projek ini bermasalah. Jika tidak kenapa IPD lama masih digunakan sehingga sekarang. Justeru, OCPD Maran digesa berikan penjelasan kepada penduduk apakah masalahnya].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.