script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Abdul Hadi: Sebanyak 11 Buah Kem PLKN Telah Pun Di Tutup Sejak Tahun 2004 Atas Pelbagai Kesalahan

KUANTAN, 7 Dis - Sebanyak 11 kem yang mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditutup sejak PLKN diperkenal pada 2004, atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha kem terbabit. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (foto) berkata tindakan itu bagi memberi ingatan kepada pengusaha lain agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan JLKN dalam mengendalikan kem dan pelatih. "Ia juga sebagai mesej kepada pengusaha kem bahawa JLKN tegas dan tidak sesekali berkompromi dalam isu keselamatan dan kebajikan para pelatih yang mengikuti latihan PLKN di seluruh negara. "Kita juga mahu menunjukkan kepada masyarakat, khususnya ibu bapa para pelatih bahawa keselamatan anak-anak mereka di kem-kem latihan sentiasa diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Komandan Kem PLKN 2012 di Cherating, dekat sini, Jumaat Katanya dua daripada kem yang ditutup adalah di Pahang iaitu di Rompin dan Bentong, manakala kes terbaharu ialah di Kuala Kangsar, Perak selepas kem berkenaan didapati melanggar terma dan syarat yang ditetapkan JLKN. Mengulas mengenai aktiviti air yang akan dilaksana di kolam renang mulai tahun depan, Abdul Hadi berkata pengusaha diberi pilihan sama ada membina sendiri kolam berkenaan di kem masing-masing atau menyewa kolam renang berdekatan kem mereka. "Ini kerana pembinaan sebuah kolam renang bagi memuatkan semua pelatih PLK Ndalam satu-satu masa akan melibatkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM1.5 juta untuk sebuah kolam," katanya. Aktiviti air di kolam semula jadi terpaksa dihentikan seketika bagi menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih, R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak, akibat kencing tikus pada 12 Mac lepas. Abdul Hadi juga berkata sebanyak 42,000 pelatih yang lahir pada 1995 dari seluruh negara akan dipanggil menjalani PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2013 mulai 3 Januari ini. "Bakal-bakal pelatih boleh mula membuat semakan bermula hari ini menerusi laman web Khidmat Negara iaitu di www.khidmatnegara.gov.my atau hubungi talian 03-40274000," katanya. Pada majlis itu, Abdul Hadi mewakili seluruh PLKN turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20,000 kepada Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif, Mohd Isa Maaroff untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. BERNAMA

[Rakyat sebenarnya naik hairan dengan keputusan penutupan kem PLKN terbabit. Masalahnya kenapa di awalnya begitu mudah JLKN meluluskan pembinaannya tanpa melihat keupayaan pihak terbabit. Malah ada juga maklumat ada individu yang mendapat lesen di dua tiga tempat untuk membuat kem terbabit sedangkan mereka langsung tiada pengalaman untuk menguruskannya. Inilah yang menyebabkan banyak kem akhirnya ditutup sedangkan duit kerajaan sudah mengalir berjuta ringgit untuk dibayar kepada pihak berkenaan. Bayangkan kalau satu kem bernilai RM1 juta, makna RM11 juta wang rakyat hilang begitu saja akibat kealpaan pihak berkenaan. Justeru itulah, rakyat menyatakan bantahan terhadap kewujudan PLKN ini kerana ia jelas satu program yang mengayakan kroni semata-mata, sedangkan hasilnya untuk rakyat tidak jelas. Semoga kerajaan lebih berhati-hati dalam merangka program-program seperti ini pada masa yang akan datang].
Share:

MCA Mendakwa "Masyarakat Cina Kuantan" Kini Mula Terima Lynas Dan Tolak Dakyah Parti Pembangkang !

KUANTAN, 7 Dis - Ketika kebenaran diberi kepada projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materia Plant (LAMP) beroperasi di kawasan Perindustrian Gebeng, ]awal November, rata-rata masyarakat sebenarnya telah menerima kewujudan kilang itu. Ramai yang menentang pada awalnya terutama kaum bukan Melayu, kini dilihat mula berlembut. Hakikatnya, LAMP yang disahkan tidak melanggar mana-mana peraturan di dalam mahupun di luar negara sebelum ini, dibenarkan beroperasi pada 8 November selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan. Menurut anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Datuk Chang Hong Seong, hanya segelintir sahaja dalam kalangan masyarakat Cina yang dilihat masih keliru dengan projek berkenaan akibat terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang. "Majoriti masyarakat Cina tidak lagi menentang, namun mereka memilih untuk berdiam diri. "Bagaimanapun ramai juga yang berharap agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memantau cara kerja dan operasi kilang terbabit," katanya. Mereka berharap jawatankuasa penjadi pemerhati supaya operasi mengikut kaedah yang betul dan selamat, pakar-pakar yang dipilih juga mestilah benar-benar berpengetahuan untuk mengendalikan sisa buangan kilang berkenaan. "Sisa buangan kilang memproses nadir bumi itu mestilah dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari petempatan penduduk," katanya.  Pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker berkata usaha badan-badan bukan kerajaan yang kebanyakannya bukan orang tempatan, selain manipulasi politik oleh parti pembangkang, dilihat sebagai sebab mengapa masyarakat Cina terpengaruh dengan fakta yang salah sebelum ini. "Kini rakyat khususnya kaum Cina di sini, sudah mula akur dan yakin dengan ketetapan yang dibuat. Pembangkang diminta jangan terus mempolitikkan isu Lynas untuk menjatuhkan imej kerajaan semata-mata bagi mengaut undi," katanya. Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, masyarakat kini semakin yakin bahawa projek nadir bumi itu selain tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk, ianya juga dapat menjana ekonomi.

Masyarakat semakin sedar bahawa industri nadir bumi boleh menjadi sektor pembangunan baharu negara bagi melonjakkan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Kilang itu juga akan menjadi hab untuk aktiviti hiliran nadir bumi seperti televisyen, skrin komputer, telefon bimbit hinggalah kepada lampu yang menjimatkan tenaga, mesin imbasan magnetik dan juga komponen kenderaan," katanya. Alangkah ruginya Malaysia jika projek besar seperti ini terhenti kerana manipulasi politik semata-mata.  Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob dalam reaksinya selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu berkata syarikat memproses nadir bumi itu perlu diberi peluang sebagai sebuah syarikat yang melabur dalam bidang yang penting bagi menjana ekonomi negara. Beliau berkata Lynas adalah sebuah syarikat yang selain memberi pendapatan kepada ekonomi negara ia turut memberi peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri Pahang.  Berdasarkan fakta, projek itu telah menarik ramai pembeli dan juga rakan niaga termasuk satu dari Jerman yang menjanjikan pelaburan lebih RM1.5 bilion untuk uruskan sebuah kilang yang akan memerlukan sekitar 1,200 pekerja. Selain itu, syarikat-syarikat pembekal juga telah membina kilang mereka lebih dekat dengan tapak LAMP antaranya dua syarikat pembekal asid yang melaburkan RM300 juta dan menggaji sekitar 100 orang petugas.

Berikutan hasil bumi, minyak dan sumber lain yang semakin berkurangan, Malaysia sememangnya perlu meneroka ke dalam sektor ekonomi baharu. Loji nadir bumi di Gebeng dijangka mampu memproses 22,000 tan nadir bumi setahun iaitu bersamaan satu perlima permintaan global seterusnya menjana pendapatan tahunan sebanyak RM4 bilion Pakar runding Dudley Kingsnorth of Industrial Minerals Co of Australia (IMCOA) menjangkakan permintaan untuk bahan nadir bumi akan mencecah 160,000 tan menjelang 2016 berbanding 105,000 tan pada 2011. Sehingga kini, para pengeluar dari China telah memonopoli industri itu tetapi menjelang 2016, dijangkakan sekitar 60,000 tan bekalan nadir bumi dunia akan diperoleh daripada pengeluar di luar China termasuk Malaysia. Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP ketika hadir pada taklimat untuk wakil-wakil rakyat berkenaan pembinaan kilang itu pada 2009, juga bersetuju dengan pembinaan kilang berkenaan. Beliau telah pun mengulas dalam sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan negeri berjaya menarik pelaburan besar dari luar negara hasil cadangan projek ini. Dengan bermulanya projek LAMP ini tanpa halangan lagi, Pahang kini boleh menantikan pulangan ekonomi yang besar dan manfaatnya akan dinikmati semua pihak. BERNAMA
[Kenyataan MCA ini pasti akan membuatkan ramai masyarakat Cina di Kuantan semakin "sakit hati" kepada mereka agaknya. Tambahan bagi NGO Cina yang selama ini berjuang menolak kemasukan Lynas ke sini. Apapun, MCA dan Kerajaan UMNO BN juga ada alasan tersendiri untuk mempertahankan projek berkenaa. Walau pun kini mereka dilihat tewas dalam memperjuangkan isu berkenaan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan Lynas beroperasi dan kini bahan nadir bumi terbabit sudah mula dibawa masuk ke kilang berkenaan di kawasan perindustrian Gebeng, namun terdapat suara-suara bangkangan yang mahu terus mengajar kerajaan dengan mengundi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama agi. Bagi mereka, hanya itu saja jalan terakhir untuk membolehkan Lynas di bawa keluar dari negara ini. Soalnya, jika BN tumbang di Pahang tetapi tidak di peringkat pusat apakah semua ini boleh menjadi kenyataan. Justeru, sama-samaah kita lihat perkembangan kes ini 10 hingga 20 tahun akan datang. Apakah ia akan menjadi seperti di Perak gamaknya. Segalanya terletak di tangan rakyat!].
Share:

Panas: Elaun "Anggota RELA Pahang" Tertunggak Tiga Bulan, Menteri KDN Di Minta Campur Tangan Segera !

KUANTAN, 6 Dis - Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin Hussein (foto) digesa mengambil perhatian terhadap isu tunggakan elaun Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang yang kini sudah masuk bulan yang keempat. Maklumat berkenaan didedahkan oleh beberapa orang anggota RELA yang merasa kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku terhadap nasib mereka sekarang ini. Difahamkan, rata-rata anggota RELA terbabit mendapat elaun antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Maknanya tunggakan yang belum dibayar oleh pihak terbabit kepada mereka sekitar RM4,500 hingga RM5,000 setiap seorang. Soalnya sekarangm kenapakah sebuah agensi kerajaan yang berada dibawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti ini gagal membuat bayaran elaun berkenaan, sedangkan kudrat anggota RELA terbabit digunakan sepenuhnya oleh mereka. Menurut salah seorang mangsa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, bukan sahaja elaun gagal dibayar secara berjadual setiap bulan malah kebajikan mereka juga tidak dipedulikan oleh majikan. "Bila kami mengadu masalah terutamanya berkenaan dengan gaji... kami diherdik dan akan dipecat.. ramai yang akhirnya berhenti tanpa menerima elaun berkenaan. Bila diajukan soalan mereka kata rujuk dengan Ibu Pejabat RELA di Kuala Lumpur... Bila kami rujuk dimaklumkan bayaran elaun berkenaan telah dibayar... Soalnya, mana pergi duit tersebut?. Kenapa tidak sampai ke tangan kami?.. Siapa yang khianat dan menyembunyikan duit terbabit", katanya dengan nada sedih. Beliau turut mengatakan bahawa selain elaun yang lambat, sebahagian besar dari kalangan mereka juga tidak diberikan latihan yang secukupnya.

 

 "Rata-rata kami terpaksa meronda bersama dengan polis di dalam bandar untuk menjaga kententeraman awam... polis ada senjata.. tapi kami ada apa?. Bayangkan kalau ada penjenayah dan ketika itu polis tidak ada bersama kami.... akhirnya keselematan kami terancam.. sudahlah kami tidak ada langsung latihan dalam bidang berkaitan... kami diambil jadi anggota RELA sekadar mencukupkan korum sahaja. Sepatutnya, kami diberikan latihan secukupnya sebelum menjalankan tugas yang berkaitan... mereka ambil anggota sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.. sebab itu duit elaun kami pun diambil acuh tak acuh oleh pihak terbabit.. hatta nak berhariraya baru-baru ini pun kami tak berduit... kami bukanlah orang kaya.. malah ramai juga ibu tunggal yang menjadi anggota RELA utk membiayai kehidupan masing-masing.. kenapa mereka diperlakukan sebegini. Ramai kawan-kawan saya yang sudah berhenti tapi saya masih sabar dengan kerenah pihak pengurusan.. sebab tu saya minta KDN masuk campur siasat ke mana hilangnya elaun kami.. itu adalah hak kami?", tambah beliau lagi.

[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Sebuah agensi yang diletakkan di bawah kementerian Hishamuddin gagal membayar elaun anggota RELA. Dilaporkan kini buakn sahaja RELA bermasalah malah Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) juga mengalami nasib yang sama. Episod membuang sukarelawan gara-gara "wang tak cukup untuk bayar elaun" telah berlaku. Ramai anggota JPA3 yang menjadi mangsa dan hanya yang dikekalkan ialah mereka yang terlibat dengan paramedik sahaja. Anggota yang lain telah ditamatkan perkhidmatan secara berperingkat-peringkat. Apakah yang menyebabkan KDN mengalami masalah kewangan agaknya?. Sedangkan kementerian terbabit dipimpin oleh menteri kanan seperti Hishamuddin Huseein. Persoalannya, kemana wang para sukarelawan terbabit hilang jika benar ia sudah dibayar. Kenapa perlu tunggak sampai tiga bulan? Justeru diharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap mana-mana pegawai yang gagal menjaga kebajikan anak buah mereka terutamanya yang bertugas di pejabat RELA Negeri Pahang. Mereka dikhabarkan begitu sombong dan langsung tidak mahu mengambil berat hal terbabit jika diajukan oleh anak buah masing-masing. Malah, mereka juga turut diugut akan dipecat atau tidak dipanggil bertugas andai terus engkar arahan yang berkenaan].
Share:

Panas: Sah, Amukan Samseng Di Gombak Malam Tadi Gara-Gara "Termakan Dek Hasutan" Si Sharizat Jalil !

Apa sudah jadi dengan politik Malaysia agaknya?. Keganasan demi keganasan terus berlaku dan anehnya melibatkan lokasi ceramah parti pembangkang (Pakatan Rakyat). Sebeum ini kita hanya mendengar program lain diadakan bagi mengganggu ceramah yang disampaikan oeh pemimpin pembangkang. Kemudian, ada beberapa tempat terdapat balingan objek-objek tertentu hinggalah kepada mengugut serta membaling cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, nampaknya "budaya samseng" yang melanda semakin menular dan bertambah serius. Apakah ia ada kaitan dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil (foto) di Perhimpunan Agung parti itu baru-baru ini bahawa "Tragedi 13 Mei" akan berlaku lagi jika pembangkang berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Terbaru, di Gombak malam tadi, satu lagi tindakan ganas ala samseng diakukan terhadap program pembangkang. Malah paling mengejutkan bukan sahaja program diganggu dengan balingan objek-objek keras termasuk batu dan kayu juga terdapat seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera dibahu dipercayai telah ditikam dengan objek tajam. Apa yang menyedihkan kita kejadian yang berlaku ini seolah-olah mendapat keizinan daripada parti politik (kerajaan). Ini kerana mereka yang mengganas itu turut membawa bendera BN (Barisan Nasional) dan memakai baju UMNO. Kejadian di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Sungai Puyu (Gombak) ini adalah episod paling kejam yang dilakukan oeh pihak terbabit sebenarnya. Namun, persoalannya yang timbul ialah dimanakah anggota polis ketika kejadian berlaku?. Mereka tiba agak lewat walau pun beberapa kali dihubungi oleh pihak penganjur. Bukankah ini memusykikan kerana ada beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) berada di lokasi ketika kejadian sepatutnya boleh melaporkan situasi ketika itu. Kenapa mereka ini tidak terus menghubungi rakan-rakan yang lain jika beraku sebarang insiden yang tidak diingini. Malah, lebih malang ada maklumat beberapa orang SB juga menyamar sebagai ahli PAS dan melakukan provokasi terhadap program tersebut. 


Nampaknya, keganasan dan budaya samseng seolah-olah mendapat izin dan direstui. Malah, pihak polis FRU yang hadir hanya berdiri tercegat mengawal keadaan tanpa menangkap atau memukul mereka yang mengganas itu untuk dibawa ke balai polis. Ini berbeza sekali dengan Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur sebelum ini, walau pun rakyat yang hadir tidak membawa sebarang senjata dan berhimpun dengan aman mereka diperlakukan seperti "haiwan" dipijak, dipukul, dihentak ditendang dan lebih teruk dari itu hingga ada dikalangan mereka yang terpaksa dimasukkan ke ICU. Inilah yang terjadi sebenarnya, seoah-olah ada "double standard" dalam tindakan pihak polis terhadap rakyat Malaysia hari ini. Mereka yang sokong UMNO BN buatlah apa saja hatta membawa benda tajam dan menikam orang tiada tindakan diambil, tetapi jika penyokong pembangkang, mereka hanya baru mahu berhimpun secara aman pun sudah dikenakan tindakan cukup tegas oleh polis.


[Difahamkan kejadian malam tadi diketuai oleh Datuk Megat Zulkarnain Omardin iaitu anak kepada Mahaguru Persilatan terkenal tanahair "Mahaguru Omardin". Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah membawa anak-anak buahnya untuk menganggu "dengan niat" program Pakatan Rakyat itu. Alasan yang diberikan kononnya mereka ada program parti di kawasan berhampiran adalah helah dan taktik semata-mata sebenarnya. Sedangkan, sudah jeas agi bersuluh beliau mengapi-apikan anak-anak buahnya terutamanya ahli pertubuhan "pesilat lincah" agar menggempur program tersebut malam tadi. Alasan lain yang diberikan kononnya ceramah berkenaan tidak mendapat permit dan hanya digunakan oleh pembangkang untuk menghina pemimpin kerajaan UMNO BN jelas sekali menunjukkan beiau tidak faham erti "demokrasi". Sudahlah pembangkang tidak mempunyai media untuk bersuara, kini ceramah mereka pula diganggu. Sepatutnya UMNO mengadakan siri ceramah penerangan mereka bagi menjawab segala tuduhan pembangkang dan bukannya dengan mengganas seperti orang tidak bertamadun seperti ini. Difahamkan, PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak petang ini. Persoalannya, apakah pihak polis akan memberi perhatian terhadap laporan terbabit andai ada arahan bertentangan pihak atasan].
Share:

Panas: Poliklinik Penawar Tipu Pelanggan, Kerajaan Di Gesa Pantau Dan Ambil Tindakan Segera Kes Ini !!

Apa sudah jadi dengan Poliklinik Penawar? Lain dipaparkan lain pula perkhidmatan yang diberikan. Inilah yang terjadi di cawangan klinik itu di bandar Pontian Johor. Kejadian melibatkan seorang kakitangan kerajaan yang pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang mengidap "demam panas". Papan tanda bercahaya tertera klinik dibuka 24 jam, namun apa yang berlaku sebaliknya. Menurut pengadu, sekitar jam 10.12 malam beliau telah membawa dua orang anaknya yang mengidap demam panas ke klinik terbabit. "Saya ke situ (Poliklinik Penawar) kerana diwar-warkan ia buka 24 jam. Hanya klinik itu sahaja yang paling hampir dengan rumah saya.... Ketika itu dua-dua anak saya mengalami demam panas yang agak kritika. Saya memecut kenderaan dari rumah dan mendapati lampu pada klinik berkenaan masih di pasang. Malah, papan tanda 24 jam juga tertera di premis itu. Sampai di klinik saya bergegas ke pintu hadapan untuk masuk... namun amat mengecewakan apabila dihalang oleh kakitangan klinik yang bertugas .. mereka mengatakan klinik sudah ditutup sambil menuding jadi kepada papan tanda closed (tutup) pada pintu kaca klinik terbabit", katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan terbabit, saya menegur dengan mengatakan kenapa perlu tutup sedangkan papan tanda menunjukkan  klinik 24 Jam. "Teguran tersebut dijawab oleh kakitangan terbabit... katanya Encik tak nampak ke papan tanda pada pintu yang berwarna merah nii !!", katanya lagi. "Saya kemudian menjawab, habis tu kenapa papan tanda 24 jam dibuka tertera .. malah berlampu lagi", katanya. Jawapannya itu menyebabkan kakitangan kinik terbabit mengatakan memang dibuka 24 jam, tapi doktor bertukar-tukar. Sebab itu katanya mereka tidak buka 24 jam. "Tidak mahu berlaku kekecohan akhirnya saya dengan perasaan hiba dan kecewa meninggalkan klinik berkenaan.. ketika itu anak saya muntah-muntah dan keadaan mereka agak kritikal", tambah beliau lagi. Difahamkan beliau kemudian terpaksa mencari klinik lain yang terletak agak jauh dari lokasi terbabit. Kejadian ini benar-benar telah menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap Poliklinik Penawar antara klinik swasta yang begutu gah namanya sebelum ini. Persoalannya, kenapa harus menipu dalam perkhidmatan?.


[Apa yang berlaku ini hanyalah satu isu terpencil  yang tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Namun, ia harus diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan demi menjaga nama baik perkhidmatan kesihatan. Mana-mana klinik yang kekurangan doktor atau sebagainya, maka adalah lebih elok tidak dibuka 24 jam. Papan tanda yang tertera kepada klinik terbabit jelas sekali mengelirukan orang awam. Bayangkan jika ia berlaku pada kawasan terpencil yang jauh daripada perkhidmatan hospital kerajaan dan sebagainya. Semua ini harus difikirkan bagi tidak menyusahkan pelanggan. Kementerian Kesihatan harus bertegas dalam hal ini kerana ia memang berlaku di seluruh negara. Tindakan tegas wajar diambil demi kemudahan orang awam. Jika tidak mampu sediakan doktor yang secukupnya maka adalah lebih elok pihak berkenaan (Poliklinik Penawar) tidak membuka terlalu banyak cawangan hingga menyusahkan orang ramai. Kenapa harus menipu sedangkan mereka gagal sedia perkhidmatan terbaik].
Share:

Panas: Potong Telinga, MB Pahang Dakwa Kenyataan Beliau Semalam Hanya Sekadar Kiasan Semata-Mata!

KUALA UMPUR, 1 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) hari ini menafikan beliau sedia membenarkan telinganya dipotong jika DAP menang di Bentong pada Pilihnaraya Umum Ke-13 nanti. Adnan sebaliknya menyatakan apa yang diungkapkan kepada media semalam hanyalah "kiasan" semata-mata untuk membuktikan tahap keyakinan beliau bahawa BN akan tetap utuh mempertahankan kerusi tersebut. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas isu ini kecoh. Banyak blog, portal berita internet, laman sembang sosial facebook, twitter dan sebagainya membicarakan kenyataan MB Pahang itu. Malah ada pihak yang mendesak Adnan menarik balik kenyataan celupar tersebut.  "Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola.. "Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan. "Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah. "Bukan, ini adalah pengucapan kiasan iaitu bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-66 hari ini. Walau pun Adnan dilihat cuba untuk "cover" semula kenyataan beliau itu, namun imej beliau tetap tercalar sebenarnya. Malah di laman sembang sosial facebook kini heboh pula diperkatakan, malah ada pages yang dibuat khas untuk jalankan kempen "Potong Telinga Adnan" kini hangat disebarkan. Persoalannya, wajarkah seorang pemimpin yang bertaraf Menteri Besar seperti beliau boleh berrcakap begitu?

[Sebelum ini Adnan sudah banyak mencetuskan kontroversi dengan sikap-sikap dan tindakan beliau yang dikatakan "ala samseng" itu. Namun, kenyataan kali ini dilihat terlalu angkuh dan bongkak. Walaupun Adnan mengatakan ianya sekadar "kiasan" tetapi dia harus sedar emosi rakyat yang kini membuak-buak untuk menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Justeru, usahlah mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan mengundang persepsi buruk terhadap kerajaan itu sendiri. Lebih baik berhemah dalam setiap gerak kerja dan kenyataan yang dikeluarkan. Kelak ia akhirnya memakan diri sendiri. Kini, rakyat begitu marah dan menjadi kenyataan Adnan itu sebagai kata-kata semangat untuk mereka merampas kerusi parlimen Bentong dari tangan BN. Apakah ia akan menjadi realiti atau sekadar fantasi semata-mata. Hanya rakyat Bentong yang berhak untuk tentukan nasib si Adnan].
Share:

Panas: MB Pahang Di Gesa Menarik Balik Kenyataan Rela "Potong Telinga" Jika DAP Menang Di Bentong !

KUANTAN, 1 Dis - Orang ramai yang ditemui disekitar bandar ini terkejut dan meluah perasaan kecewa dengan kenyataan "kontroversi" yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) kononnya beliau rela potong teling beliau jika parti DAP menang di Bentong pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Adnan bercakap demikian kepada media semasa ditemubual oleh wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," kata Adnan. Kenyataan beliau itu benar-benar terkesan di hati rakyat negeri ini dan masing-masing menganggap Adnan tidak wajar bercakap begitu dikala senario politik hari ini. "Jika dulu, Adnan atau mana-mana pemimpin UMNO boleh bercakap sombong dan bongkak seperti itu.. tapi hari ini mereka jangan jangan cakap sebarangan...bak kata pepatah ..kerana putut santan binasa.. kerana mulut badan binasa", kata seorang bekas penyokong kuat UMNO di sini. Kenyataan Adnan ini seolah-olah beliau terlalu yakin yang BN masih diterima sepenuhnya oleh rakyat, sedangkan hakikat yang berlaku kini majoriti rakyat mahukan perubahan sebenarnya. Ramai rakyat yang gusarnya dengan kenyataan Adnan itu, mereka takut apa yang diperkatakan Adnan benar-benar berlaku. "Apakah Adnan akan menunaikan janji beliau jika DAP menang di Bentong kelak?", tambah beliau lagi. Justeru beliau menasihakan Adnan supaya "berpijak dibumi yang nyata" dan usah terlalu taksub dengan kuasa yang ada. "Jangan sampai dimurkai Allah.. sudahlah pentadbiran beliau sekarang tidak berlandaskan Islam.. cakap besar pula kononnya tidak boleh dikalahkan. Adnan perlu ingat, parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang merupakan kubu kuat BN sejak zaman berzaman itu pun akhirnya berkubur pada PRU-13 yang lalu.. maka usahlah mendabik dada dan menongkat langit seolah-olah BN terlalu sukar untuk dikalahkan..Saya menggesa Adnan  menarik balik kenyataan itu.. jika tidak mahu memakan diri satu hari nanti ", tambah beliau lagi.

[Seseorang pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Allah atas muka bumi ini bila bercakap celupar, sombong dan bongkak bermakna mereka ini pasti akan mendapat kemurkaan Allah. Adnan harus ingat UMNO bukan parti yang mendaulahkan Islamiah di Malaysia ini. UMNO hanya parti Melayu yang berteraskan sekularisme dan bertuhankan undang-undang penjajah barat ciptaan manusia. Makanya, setiap pemimpin Melayu yang berjuang dalam UMNO tidak perlu mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam, sedangkan mereka sendiri hidup dalam dunia hipokrit yang penuh dengan tipu daya dunia. Mereka ini tidak sedar di mana berada dan Adnan juga harus ingat tatkala beka MB Selangor, Khir Toyo menghina Majlis Daerah Hulu Selangor dengan menghadiahkan Yang Di Pertuanya dengan sebatang penyapu yang cukup hina, akhirnya di mana MB tersebut. Bukan di akhirat malah di dunia lagi dia kini terhina dek kedurjanaan sendiri. Oleh itu, usahlah Adnan terlalu angku, riak, takabur, taksub dengan kuasa yang ada. Allah melihat apa yang dikerjakan hambanya atas muka bumi ini. Lakukanlah perubahan demi Islam serta keadilan].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.