script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Barisan Nasional Kekal Berkuasa Di Negeri Perak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Perak apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat 1.08 pagi Isnin
Share:

BN Gagal Peroleh Dua Pertiga Majoriti Di Trengganu

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat memimpin Terengganu dengan kemenangan tipis 17 kerusi Dun, sekali gus gagal mengekalkan majoriti dua pertiga. Melalui keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira jam 10 malam tadi, Pas berjaya memperoleh 15 kerusi Dun. Antara kerusi Dun di bawah Parlimen Setiu yang sah milik BN adalah Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit. BN juga masih mengekalkan kuasa di Parlimen Besut dengan menguasai kerusi Dun Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut. Sementara itu, Pas mampu menarik nafas lega apabila menang bergaya dengan menguasai semua kerusi Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk di bawah Parlimen Kuala Terengganu. Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas. Bagi Parlimen Kuala Nerus, BN hanya berjaya merebut satu kerusi iaitu Dun Seberang Takir, sementara kerusi Dun Tepuh, Teluk Pasu, dan Bukit Tunggal dikuasai Pas. Dalam pada itu, Pas juga berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Parlimen Marang iaitu Dun Alur Limbat yang sebelum ini dikuasai BN, Bukit Payung dan Ru Rendang, manakala hanya satu kerusi sahaja menjadi milik BN iaitu Dun Pengakalan Berangan. Dungun pula menyaksikan Pas berjaya menguasai tiga kerusi Dun di Paka, Sura, dan Rantau Abang sementara BN hanya berjaya menguasai kerusi Dun Bukit Besi. Di Hulu Terengganu, BN kekal di tiga kerusi yang disandang iaitu di Ajil, Kuala Berang dan Telemung manakala Manir masih kekal dikuasai Pas. Bagi kerusi Parlimen BN hanya mampu mempertahankan kerusi Parlimen Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun di bawah penguasaan Pas.
Share:

BN Bentuk Kerajaan, Peroleh 112 Kerusi Parlimen

PETALING JAYA: Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan pusat dengan mendapat majoriti mudah apabila memperoleh 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Keputusan tersebut dicapai pada pukul 12.55 pagi
Share:

Barisan Nasional Rampas Kembali Negeri Kedah

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri Kedah apabila memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13. BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. Datuk Mukhriz Mahathir yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kesembilan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mukhriz memperoleh 3,320 undi manakala penyandang, Datuk Abdul Ghani Ahmad meraih 3,003 undi.
Share:

Ketua Pemuda PAS Menang Di Parlimen Temerloh

TEMERLOH: PETALING JAYA: Calon PAS, Nasruddin Hasan Tantawi berjaya menewaskan calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,070 undi. Nasruddin mendapat 28,267 undi, sementara itu Saifuddin mendapat 27,197 undi. 

Share:

Tok Guru Nik Aziz Menang Besar Di DUN Chempaka

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berjaya mengekalkan kerusinya di DUN N.6 Chempaka. Beliau menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Razak dengan majoriti 6,500 undi. Nik Aziz memperolehi 12,310 undi manakala Wan Razman sekitar 5,810 undi sahaja. Sebanyak 237 undi rosak.
Share:

Khalid Samad Pertahan Kerusi Parlimen Shah Alam

SHAH ALAM: Calon PAS, Khalid Samad menang di kerusi Parlimen Shah Alam menewaskan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000
Share:

Barisan Nasional Kekal Kuasa Kerajaan Negeri Perlis

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Perlis setelah mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. BN memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi DUN Indera Kayangan menerusi calonnya, Chan Ming Kai dengan memperoleh 4,263 undi. PAS pula memenangi kerusi DUN Sanglang menerusi calonnya, Mohd Shukri Ramli dengan 3,632 undi
Share:

Barisan Nasional Berjaya Kekalkan Kuasa Di Pahang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Pahang apabila memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 29 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pukul 12.15 pagi ini
Share:

Terkini: BN Menang 300 Undi Di Parlimen Bentong !!

BENTONG: Berita terkini yang diterima dari kerusi Parlimen Bentong mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Liow Tong Lai menang ke atas Wong Tack (DAP) dengan majoriti 300 undi
Share:

Annuar Musa Menang Tipis Parlimen P26 Ketereh

KOTA BARU: Calon veteran Umno Tan Sri Annuar Musa menang kerusi P.26 Ketereh menewaskan calon PKR, Abdul Aziz Abd Kadir dengan majoriti 974 undi. Beliau memperolehi 26,912 undi manakala Aziz 25,938 undi.
Share:

BN Menang 60 Dari 85 Kerusi Parlimen Setakat Ini !

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memenangi 60 daripada 85 kerusi Parlimen yang diumumkan sehingga 11.30 malam ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya BN memenangi 25 kerusi di Sarawak, tujuh di Johor, enam di Pahang, lima di Perak, empat di Sabah, masing-masing tiga di Kedah dan Terengganu, masing-masing dua di Kelantan dan Kuala Lumpur, dan masing-masing satu di Putrajaya, Labuan dan Melaka. DAP memenangi 17 kerusi Parlimen, masing-msing lima di Pulau Pinang dan Sarawak, empat di Perak dan tiga di Kuala Lumpur. PKR pula menang empat kerusi Parlimen, masing-masing satu di Pulau Pinang,Perak, Pahang dan Sarawak. Sementara itu, PAS menang tiga kerusi Parlimen iaitu dua di Perak dan satukerusi di Kedah
Share:

Timbalan Presiden PAS Tewas Di Parlimen Pendang

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas di tangan calon Barisan Nasional Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang. Othman memperoleh 32,165 undi manakala Mat Sabu dengan 29,527. Kemenangan itu membolehkan BN merampas kembali kerusi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum 2008.
Share:

Menteri Besar Pahang Menang Di DUN Pelangai !

BENTONG: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya mempertahankan kerusi DUN N.36 Pelangai apabila memperolehi 6,245 undi mengalahkan lawannya dari PAS, Abdul Hamid Bahatim yang mendapat 3,770 undi.
Share:

Naib Presiden MCA Tewas Di Parlimen Alor Setar

ALOR SETAR: Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung gagal mempertahankan kerusi Parlimen Alor Setar selepas tewas dengan majoriti 1,873 undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung.
Share:

Ketua Penerangan PAS Pusat Tewas Di DUN Jengka

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man tewas sekali lagi ditangan calon Barisan Nasional (BN) Wan Salman Wan Ismail pada PRU-13 ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, Parlimen Kuala Krau.
Share:

S.Subramaniam Tewaskan Jui Meng Di Segamat

SEGAMAT: Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam akhirnya berjaya menumpaskan calon PKR, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dengan majoriti 1,217 undi.
Share:

Anwar Ibrahim Menang Di Parlimen Permatang Pauh

GEORGE TOWN: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti berkurangan sebanyak 3,950 undi berbanding pilihan raya kecil yang dimenanginya pada 2008. Pada pilihan raya umum ke-13, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN)Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. Seorang calon BEBAS Dr Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat 201 undi. Anwar memenangi kerusi parlimen itu pada pilihan raya kecil dengan majoriti 15,671 undi selepas isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan.
Share:

Bekas Orang Kuat Najib Menang Di Parlimen Raub !!

RAUB: Keputusan tak rasmi bagi kerusi Parlimen P080 Raub, Calon DAP iaitu  Dato' Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol AK47) menang ke atas bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Ho Kai Mun. 
Share:

PR Dahului BN Dalam Kedudukan Kerusi Parlimen

Setakat jam 11 malam ini, Pakatan Rakyat sudah memperolehi 52 kerusi parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang cuma memperolehi 38 kerusi. Beberapa keputusan mengejut berlaku antaranya: 1) Lumut - Kong Cho Ha tewas di tangan calon KEADILAN, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid 2) Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar menang ke atas Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan majoriti 1,874 undi.
Share:

Tak Rasmi: Perak Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat (PKR) bakal membentuk semula Kerajaan Negeri Perak yang baru  apabila secara tidak rasmi menang sebanyak 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  di negeri itu.
Share:

Calon BN Menang Di Kerusi DUN N02 Jelai

CAMERON HIHGLANDS: Calon BN, Dato' Wan Rosdy Wan Ismail menang ke atas calon PAS Abdul Karim Nor dengan majoriti 3,182. Turut bertanding ialah calon bebas T.Alagu



Share:

Presiden MIC Menang Tipis Di Cameron Highlands

CAMERONG HIGHLANDS - Presiden MIC, Dauk G.Palanivel (BN) menang dengan majoriti tipis sebanyak 482 undi mengalahkan calon DAP, A.Manogaran. Palanivel mendapat 10,508 undi dan Manogaran mendapat 10,044. Turut bertanding di kerusi ini ialah calon Bebas dan Berjasa.

Share:

Tidak Rasmi: Negeri Kelantan Masih Kekal Milik PAS

KOTA BHARU - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan majoriti tipis. Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di hadapan dan dijangka tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi Dun Chempaka.
Share:

Calon BN Menang Di Kerusi Parlimen P079 Lipis

LIPIS: Keputusan rasmi bagi kerusi Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad (BN) menang dengan majoriti 3,469 undi. Beliau mengalahkan Mohd Mahyuddin Ghazal (PAS) yang mendapat 11,394 dan Aishaton Abu Bakar (Bebas) 303 undi.

Share:

Tan Seng Giaw Menang Besar Di Parlimen Kepong

KUALA LUMPUR: Dr Tan Seng Giaw (DAP) kelihatan seperti menang besar di Parlimen Kepong apabila kiraan undi setakat ini menunjukkan beliau memperolehi 47,837 undi manakala lawannya Chandrakumanan Arumugam (BN) 7,530 undi dan calon Bebas, Yee Poh Ping 2,757 undi.
Share:

Wong Tack Mendahului Liow Tiong Lai Di Bentong

BENTONG: Sehingga jam 10 malam, penyandang kerusi P89 Bentong, Liow Tiong Lai (BN-MCA) memperolehi 17,139 undi manakala lawannya, Wong Tack (DAP) mendapat 21,152 undi.
Share:

Pakatan Rakyat Kekal Kerajaan di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pakatan rakyat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Share:

Nik Abduh Dahului Ibrahim Ali Di Parlimen Pasir Mas

PASIR MAS: Calon PAS Nik Abduh Nik Aziz sedang mendahului penyandang kerusi yang juga calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali di kerusi Parlimen Pasir Mas. Nik Abduh sedang mendahului dengan 8,075 undi berbanding Ibrahim yang memperoleh, 5,173 undi.
Share:

Tengku Adnan Pertahan Kerusi Parlimen Putrajaya !

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya setelah menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,541 undi. Beliau mendapat 9,943 undi, manakala Husam hanya mendapat  sebanyak 4,402 undi
Share:

Panas: Najib Umum Mukriz MB Kedah Jika BN Menang


[Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Ahad. Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara. "Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu malam. Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi DUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad daripada PAS, pada PRU13].
Share:

Tentera Di Tukar Gara-Gara Pertahan Kebenaran !


[SILA SHARE! (Berita yang takkan keluar TV3 dan UTUSAN.. Saya bg info skali sumber yg sahih.. Bukan rekaan dan fitnah seperti yang dilakukan oleh Media BN) Betapa kejamnya kerajaan... Hanya kerana Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad melaporkan kepada polis bahawa dakwat kekal yang digunakan untuk mengundi tidak bertahan lama dan boleh dibasuh, beliau telah diturunkan pangkat dan dipindahkan ke Kuala Lumpur berkuatkuasa serta merta... Tujuan beliau melaporkan kepada polis adalah supaya proses pengundian berjalan lancar.. Tetapi beliau dihukum hanya kerana ingin menunjukkan kebenaran.. KERAJAAN KEJAM !! ORG YANG INGIN MENEGAKKAN KEBENARAN, DIHUKUM.. INILAH KERAJAAN MALAYSIA YANG SEBENAR.. TAKUT KEPADA KEBENARAN ! TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA MENUNJUKKAN KEBODOHAN ANDA! KAMI TIDAK AKAN UNDI ANDA ! *Bila pengawai-pegawai tentera yang dah bersara kutuk kerajaan, pemimpin BN Bangang cakap `kenapa bila keluar baru nak bagi pandangan pasal kerajaan.. kenapa tidak masa dalam tentera`.. tapi skarang bila org bersuara masa dalam tentera, korang hukum!] sumber fb
Share:

Bukti: Saiful 'Sumpah Laknat Palsu' Depan Kaabah !!

Share:

Video 'Bukti Pengundi Hantu' Dari Sabah Tersebar !!

Share:

Isu Video: Mustafa Ali Sedia Lafaz Sumpah Laknat !


[Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu. Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu. Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian. "Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa. "Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi. Dalam ucapan itu, Mustafa turut menafikan beliau adalah individu dalam video seks berkenaan. "Saya tetap dengan pendirian saya, penyebaran video itu adalah kerja Umno, saya ada bukti tetapi tidak boleh kemukakannya sekarang, kita akan bertemu di mahkamah," katanya].
Share:

Najib Yakin BN Raih 140 Hingga 155 Kerusi Parlimen


[Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras. "Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini, Jumaat. Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu. BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen. Semasa Parlimen dibubarkan pada 3 April, BN menguasai 137 kerusi Parlimen. Dalam perbincangan dengan para pengamal media, Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor, agak optimis BN menguasai kembali Selangor daripada pakatan rakyat. Peluang menguasai kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS selama 23 tahun semakin bertambah baik, katanya dan menjangka satu perubahan haluan yang menyebelahi BN di Pulau Pinang yang dikuasai DAP].
Share:

Panas: Anwar Yakin Pembangkang Tawan Putrajaya


[Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang berupaya mencapai kemenangan besar dan sekaligus berjaya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini. Katanya Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan berdasarkan sokongan rakyat terhadap mereka. "Hingga sekarang kami sudah lakukan sesuatu yang sangat baik, jika tiada sabotaj atau penipuan...insya-Allah (boleh ambil alih Putrajaya)," katanya ketika ditemui selepas berucap pada ceramah di Jalan Boria di sini, Jumaat malam. Ditanya mengenai peluang pembangkang untuk menang di peringkat negeri, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menyatakan keyakinannya untuk menang. "Kita sangat yakin, kita lebih kuat sekarang...sangat kuat. Saya sangat yakin," katanya ringkas. Bagaimanapun Anwar tidak menyatakan negeri mana yang beliau yakin akan jatuh ke tangan pembangkang].
Share:

Panas: Isu Video Lucah, Mustafa Ali Dia Nafi Terlibat!


[Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sekali lagi tampil menafikan beliau individu yang dimaksudkan dalam video seks yang didakwa mengaitkan dirinya. “Saya tidak ada kena mengena dengan video berkenaan. Saya tidak terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Mustafa kepada penyokong yang ramai di Rusila pada malam Jumaat. Mustafa, mendakwa Umno merupakan dalang dalam pembikinan video seks tersebut. “Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (bekas pemimpin Umno) memberitahu saya ada unit khas dalam Umno yang bertanggungjawab menghasilkan video lucah,” dakwanya. Mustafa berkata beliau telah mendapatkan nasihat daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada dia perlu membuat sumpah laknat menyatakan beliau tidak terlibat dalam video tersebut. “Mereka kata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Saya akan patuh kerana mereka adalah teras utama dalam parti dan saya tidak akan melakukan sumpah laknat,” katanya. Rakaman video lucah itu tersebar di internet pada 11 April apabila sebuah blog memaparkan gambar pegun yang diambil daripada rakaman video berkenaan. Rakaman penuh video tersebut, kemudiannya turut tersebar. Ia memaparkan seorang lelaki menyerupai Mustafa terlibat dalam aksi seks bersama seorang wanita yang dikatakan berlaku dalam sebuah bilik hotel. Mustafa yang pada awalnya enggan mengulas mengenai video itu apabila ia tersebar, hanya mendakwa ia satu ‘fitnah jahat Umno’. Pemimpin PAS bersungguh-sungguh mempertahankan Mustafa, Presiden PAS sendiri mendakwa adalah mustahil untuk Mustafa terlibat dengan aksi seks seperti itu kerana dia ‘tidak boleh duduk berlutut dan naik tangga dengan baik’. Ini bukan kali pertama video seks melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat tersebar, sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikaitkan sebagai individu yang terlibat dalam video seks yang disebarkan pada 2011].
Share:

Calon Bebas Di DUN Semambu Mula Tampal Poster !!


[Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Parlimen Indera Mahkota Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK) hari ini menegaskan beliau akan terus berjuang hingga ke titisan dakwat celup dijari yang terakhir pada petang 5 Mei 2013 ini, bairpun bakal berhadapan dengan berbagai kemungkinan.  Beliau yang akan bertembung tiga penjuru dengan calon PKR (Lee Chean Chung) dan BN (Pang Tsu Ming) di kerusi itu menjangkakan sesuatu yang menggemparkan pasti akan berlaku jika para pengundi membuat perubahan. Ini katanya, peratusan majoriti pengundi Melayu di DUN itu mencecah 57% berbanding dengan kaum Cina sekitar 33% sahaja. Apa yang menjadi persoalan wajarkah BN dan PKR mempertaruhkan calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu?. Sedangkan umum mengetahui kerusi tersebut adalah kerusi majoriti Melayu sejak sekian lama. Persoalannya, berjayakah CMK memecahkan tradisi tersebut?. Sebelum ini, kerusi itu belum pernah lagi menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Namun, jika pengundi Melayu berpaling tadah dengan mengundi calon Melayu maka harapan untuk melihat calon bebas menang di DUN Semambu pasti akan kesampaian dan menjadi sejarah kali ini. Sementara itu, Mohd Shukri yang ditemui malam tadi mendakwa beliau hanya berkempen sekadar yang termampu akibat kekurangan dana. Apapun, dia berjaya mencetak poster "hitam putih" sebagai simbolik warna rasmi negeri Pahang dan bagi menimbulkan nostalgia kepada para pengundi lama agar memilihnya kali ini. Poster-poster beliau mula dilihat bertebaran sekitar kawasan Indera Mahkota sejak malam tadi. Apakah para pengundi DUN Semambu berani berubah kali ini agaknya?. Atau mereka masih setia kepada peruangan parti dengan memilih calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu untuk menjadi wakil rakyat lagi atau pun sebaliknya?].
Share:

Blogger Cucumatkilau Turun Padang Jumpa Rakyat!


[Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Parlimen Indera Mahkota Kuantan terus turun padang secara "alar kadar" untuk mendekati rakyat di kawasannya. Walau pun, berhadapan dengan laluan sukar kerana bergerak tanpa jentera yang besar, namun kehadiran beliau ke lokasi-lokasi berkenaan tetap mendapat sambutan hanyat dikalangan para pengundi. Malah, sokongan rakyat terhadap beliau semakin meningkat dikalangan penyokong BN dan PR sendiri. Disesetengah kawasan PDO difahamkan, penyokong kedua-dua pihak bersatu ati dan bergabung tenaga untuk memastikan beliau menang pada PRU-13 ini. Menurut seorang pengundi di Taman Impianku berkata, memang mereka sudah lama menantikan kemunculan seorang calon "Melayu" untuk bertanding di DUN Semambu. "Sejak zaman-berzaman... majoriti pengundi di DUN Semambu ialah berbangsa Melayu.. Tapi hairan kenapa setiap kali pilihanraya umum kedua-dua pihak meletakkan calon Bukan Melayu?. Kami mahu wakil rakyat yang boleh bersama kami dalam program agama di surau-surau dan masjid-masid seperti majis tahlil, solat hajat, solat berjemaah serta lain-lain aktviti. Maka, kini tiba masanya dan saat yang dinantikan. Tak pernah kami UMNO, PAS dan PKR bergabung untuk menangkan calon yang sama.. Tapi kali ini lain pula jadinya. Kami bersatu padu ... untuk memastikan ORANG KITA MENANG...", kata beliau. Melihat kepada majoriti pengundi 56.80 % berbangsa Melayu, 33.20% Cina, India 9.59% dan lain-lain bangsa 0.41%, maka peluang calon bebas pro rakyat untuk melihat peluang kemenangan kini nampak semakin cerah. Jika beliau menang di DUN Semambu, maka ia merupakan satu sejarah baru bagi politik di Pahang. Apapun kepada para pengundi DUN Semambu yang mahu mengenali beliau dengan lebih lanjut sila ke laman web peribadi Pilihanraya Umum Ke-13 beliau di SINI]
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.