script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah Rayuan Batalkan Pengharaman Bersih 3.0


PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Majistret yang melarang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Linton Albert membuat keputusan itu sebulat suara. Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam. Linton memaklumkan mahkamah akan memberi alasan penghakiman pada tarikh lain. Peguam S.N Nair, yang mewakili Chegubard, memaklumkan pemberita bahawa susulan keputusan itu pembelaan akan meminta Jabatan Peguam Negara menggugurkan kesemua pertuduhan berhubung perhimpunan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. "Mereka (pendakwaan) membuat pertuduhan dengan hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan itu diadakan. Kini Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah itu selepas menerima hujah kami iaitu majistret tersebut gagal patuhi Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah ketika keluarkannya," katanya.  #selanjutnya
Share:

Polis Pula Maut 'Di Tembak Penjenayah' Di Kuantan !


KUANTAN, 6 Jan - Satu lagi kejadian tembak berlaku di Jaya Gading dekat sini menyebabkan kematian seorang mangsa yang dipercayai anggota polis. Tragedi yang berlaku tidak lama selepas kes Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditembak itu, sungguh mengejutkan orang ramai. Difahamkan, mangsa Koperal Abd Halim Ali telah ditemui mati dengan kesan tembakan selepas dikatakan hilang ketika menyertai Operasi Cegah Jenayah di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahan Pertanian (LKPP), Pandan Jaya awal pagi tadi. Mangsa menyertai operasi tersebut sejak semalam dan mayatnya ditemui orang awam sekitar jam 4.00 petang tadi. Apapun, kejadian ini dipercayai melibatkan kumpulan penjenayah dan mangsa ditembak ketika menunggang motosikal di sebuah kawasan landang sawit berdasarkan penemuan mayat mangsa berhampiran motosikalnya yang sudah terbalik. Pihak polis kini sedang jalankan siasatan lanjut terhadap kes terbaru ini.  
Share:

Isu Kalimah Allah: PAS Sokong Anwar Dan Tegur DAP !

Share:

Jalan: Kerajaan Di Gesa Lantik Kontraktor Berwibawa


JERANTUT - Dua projek pembinaan jalan terbengkalai di jalan Jerantut-Benta dan Jerantut-simpang Jengka 8-Sungai Tekam akan diusahakan semula pembinaannya berikutan tidak selamat digunakan akibat kejadian tanah runtuh. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau meminta kerajaan melantik kontraktor yang amanah dan mampu melaksanakan tugas sebaik mungkin. Menurutnya, beliau difahamkan projek jalan Jerantut-simpang Jengka 8-Sungai Tekam sepanjang 11 kilometer (km) sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) tetapi peruntukkan tidak mencukupi. “Dalam masa terdekat, saya akan berjumpa dengan menteri bagi membincangkan hal ini,” katanya. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut berkata, jalan Jerantut-simpang Jengka 8-Sungai Tekam kini tidak boleh lagi dilalui semua jenis kenderaan akibat dua jalan runtuh dalam kejadian banjir lalu. Menurutnya, lebih 60,000 penduduk di gugusan Felda Kota Gelanggi, gugusan Felda Lepar Utara, Felda Sungai Tekam Utara, Felda Sungai Tekam Getah dan perkampungan tradisional terpaksa menggunakan jalan alternatif yang dibina Jabatan Kerja Raya (JKR). “Saya juga akan bekerjasama dengan Adun Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail untuk memastikan pembinaan jalan itu dilaksanakan semula. #selanjutnya
Share:

NGO Prihatin Rakyat Selangor Hulur Bantuan Sekolah


RAUB - Pertubuhan Prihatin Rakyat Negeri Selangor menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah, pakaian, sejadah serta keperluan lain kepada 100 keluarga sekitar DUN Dong di Bilik Operasi PAS di Kampung Ulu Gali, dekat sini. Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Idris Ahmad berkata, Pertubuhan Prihatin Rakyat Negeri Selangor sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja sosial bagi membantu masyarakat kurang bernasib baik. “Delegasi terbabit disambut kepimpinan PAS Kawasan Raub dengan majlis serba ringkas tetapi penuh makna,” katanya. Menurutnya, perlaksanaan program Program Back To School bagi membantu keluarga kurang bernasib baik menyediakan kelengkapan sekolah. “Diharap sumbangan ini dapat membangkitkan semangat anak-anak untuk ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya. Dalam pada itu katanya, program di bawah Blue Ocean Strategy antara PAS Kawasan Raub dengan Pertubuhan Prihatin Rakyat Negeri Selangor ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang hendaknya. #sumber
Share:

Projek Usahawan Siber Terbaru, Meletop Di Pasaran !


Anda Ada Masalah Ekonomi?. Bajet Lari? Gaji Tak Cukup?. Tiada Kerja?. Banyak Hutang?. Buntu Cari Jalan Nak Selesaikannya?. Jangan Risau.. Kini Ada Jalan Untuk Anda Keluar Dari Kemelut Yang Melanda. Anda ada modal sebanyak RM100?. Jom Sertai Kami Sekarang. Tunggu Apa Lagi. Makin Hari Makin Pening. Ketahuilah Rahsia Untuk Anda Menjana Income RM1,600 Setiap Hari Dengan "Projek Usahawan Siber" Terbaru Di Pasaran Bersama Global Network Team. Sila Taip SMS Nama_Umur_Lokasi ke Talian Hotline 019-2845511 Skrg ! [Terhad Utk 50 Terawal Sahaja] ** Anda yang tiada masalah, tolong abai memo ini.
Share:

ADUN Guai, Caruman Perkeso Di Pahang Meningkat !!


BERA - Jumlah majikan yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Pahang meningkat kepada 17,000 majikan sepanjang tempoh Januari hingga September 2013 lalu berbanding 16,600 dalam tempoh yang sama pada 2012. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, peningkatan ini menunjukkan majikan mula menyedari kepentingan mencarum untuk kebajikan pekerja mereka. Menurutnya, kes tuntutan yang dibayar dalam tempoh sama pada tahun 2012 sebanyak RM10.2 juta berbanding RM12.4 juta daripada 3,802 kes tuntutan pada tahun lepas merangkumi faedah orang tanggungan, pengurusan mayat, pencen penakat dan pencen ilat. “Sementara di Temerloh, Bera, Maran dan Jerantut, sebanyak RM3.6 juta daripada 1,365 kes tuntutan telah dibayar kepada penerima sepanjang tempoh Januari hingga November tahu lalu. “Kita mendapati jumlah majikan yang mencarum di kawasan empat daerah ini meningkat dari 6,478 kepada 6,677 majikan sepanjang tempoh 11 bulan tahun lepas,” katanya. #sumber
Share:

Persatuan Hotel M'sia Di Pahang Bantu Mangsa Banjir


PEKAN - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pahang menyumbangkan makanan dan membersihkan kediaman mangsa banjir di daerah ini menerusi misi bantuan kemanusiaan persatuan itu baru-baru ini. Antara kawasan yang dikunjungi ialah Kampung Selingkong, Kampung Sena, Kampung Jambu dan Nenasi. Program yang disertai wakil gabungan MAH Pahang itu diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Chew Teck Fang Menurut Teck Fang, MAH berasa terpanggil untuk menjejaki mangsa banjir yang baharu kembali ke kediaman masing-masing dengan menyumbangkan makanan dan keperluan kebajikan lain. "Ini merupakan tanggungjawab sosial kami yang menerajui sektor perhotelan untuk meringankan beban keluarga mangsa banjir yang berpendapatan rendah khususnya meringankan persiapan persekolahan anak-anak mereka," katanya di sini kelmarin. Tambahnya, walaupun sumbangan agak kecil dengan kemampuan tenaga dan moral ahli MAH yang agak terhad, tetapi amat signifikan sebagai menandakan sokongan pelbagai pihak kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang ini. #sumber
Share:

Unit Amal Paya Besar Bantu Pindah Rumah Hanyut !!


KUANTAN - Akibat banjir 3 Disember lalu, sebuah rumah di Perkampungan Bukit Rangin di sini hanyut sejauh 15 meter dan tersadai di tanah jiran sebelahnya. Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan kebayakan penduduk tinggal sehelai sepinggang. “Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh. “Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kami membaiki dan ‘meletakkan’ rumah ini ke tapak asalnya,” katanya. Sehubungan itu, atas inisiatif Unit Amal Pas Kawasan Paya Besar, gotong-royong telah diadakan untuk mengusung rumah tersebut ke tempat asalnya. Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, seramai 100 sukarelawan daripada Unit Amal, ahli Pas, AJK masjid dan penduduk kampung datang bergotong-royong mengusung rumah itu. Menurutnya, prihatin dengan nasib mangsa banjir di Bukit Rangin di sini, Unit Amal Pas Paya Besar telah melancarkan Ops Banjir seminggu selepas banjir sehingga ke hari ini. “Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira parti. Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, kami sedia membantu. “Alhamdulillah, kami juga dapat bantuan daripada pihak luar untuk diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan ini,” katanya. Mohd Tarmizi berkata, kesan banjir Disember lalu merupakan dugaan besar, namun berharap agar penduduk tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan mendatang. “Ini ujian ALLAH kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain," katanya disini semalam. #sumber
Share:

2,000 Terima Bantuan Keperluan Sekolah Di Kuantan


KUANTAN - Seramai 2,000 pelajar dari Parlimen Indera Mahkota dan Parlimen Pekan menerima bantuan keperluan sekolah dan wang saku sumbangan Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad. Pengerusinya, Datuk Nazrul Arsad berkata, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial koperasi terbabit terhadap golongan yang memerlukan. Menurutnya, melalui kerjasama dengan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Indera Mahkota, seramai 1,000 pelajar dari parlimen itu menerima sumbangan masing-masing dalam majlis berasingan di Balai Orang Ramai Balok dan Balai Raya Kampung Tiram dekat sini, semalam. “Esok (hari ini) kita akan mengagihkan sumbangan serupa kepada 1,000 lagi pelajar dalam Parlimen Pekan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan itu di Balai Orang Ramai Balok, semalam. Turut hadir, Ketua Wanita Umno Indera Mahkota, Wan Napia’ah Yusof dan Naib Ketua Umno bahagian, Mohd Khairul Hisham Omar. Nazrul berkata, pulangan daripada keuntungan perniagaan koperasi terbabit sebahagiannya dikongsi bagi membantu kepada golongan yang memerlukan terutama anak yatim, ibu tunggal dan golongan miskin. Menurutnya, sumbangan semalam adalah sebahagian daripada kesinambungan bantuan pasca banjir kepada keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut. “Dalam kejadian banjir baru-baru ini, banyak keluarga yang kehilangan harta benda termasuk keperluan persekolahan anak-anak. “Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga untuk membeli atau menggantikankeperluan persekolahan anak-anak yang rosak,” katanya. #sumber
Share:

Sinar TV: Peristiwa Sepanjang Minggu (30 Dis - 5 Jan)

Share:

Demi "Maruah Keluarga", Zzati Tinggalkan Wan Zack !!


Selepas setahun lapan bulan menyulam cinta, penyanyi baru, Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid akui kini sudah putus cinta dengan kekasih hatinya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zak Haikal Wan Noor. Zzati berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga maruah keluarga serta dirinya yang dituduh menggunakan ilmu hitam untuk menawan Wan Zack oleh salah seorang daripada ahli keluarga pemain itu. Menurut penuntut jurusan Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor itu, keputusan itu juga dibuat atas kehendak dirinya selepas mempertimbangkan masa depan hubungan mereka. "Kini segalanya telah terjawab. Terlebih dahulu, Zzati ingin memohon maaf kepada semua pihak media kerana sudah lama mengelakkan diri dari anda semua. "Dua bulan Zzati mengelak dari media, tak mahu menjawab apa-apa persoalan kerana inilah. "Saya mencari kekuatan untuk berdiri semula. Segala apa yang ada di surat khabar hari ini sebenarnya ibarat menepuk air ke dalam dulang, alih-alih kena diri sendiri jugak. Tapi, inilah ceritanya. "Bukan berniat nak aibkan sesiapa tapi niat untuk tebus balik maruah keluarga saya. Sejahil jahil saya dan keluarga, tak terfikir nak buat semua benda bodoh begitu," katanya.  #selanjutnya
Share:

Isu Kenderaan: Angkara Syak Guan Eng Kini Berubah !


KUANTAN, 5 Jan - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa rakyat menilai sikap sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kontroversi isu pembelian kenderaan rasmi terbaru beliau sekarang. Penyeleras NGO terbabit, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata dalam isu ini apa yang lebih penting ialah dimana sikap merendah diri atau "low profile" dalam diri pemimpin terbabit selama ini. "Bagi saya apa jua alasan yang diberikan, saya tetap mengatakan pembelian ini tidak wajar pada masa sekarang.. dikala rakyat terhimpit dengan berbagai masalah ekonomi kenapa perlu Lim Guan Eng tukar kereta baru?. Apakah kereta rasmi sedia ada (Toyota Camry) sudah terlalu usang untuk digunakan oleh pemimpin berjiwa rakyat seperti Guan Eng?. Kenapa perlu luluskan pertukaran berkenaan?. Rakyat masih ingat ketika gambar beliau duduk di kelas Ekonomi ketika menaiki kapal terbang MAS dari Penang ke KL dulu.. makanya, beliau sepatutnya meneruskan imej berkenaan dan bukannya memepertahankan tindakan ini", kata Shukri. Dalam pada itu, beliau turut percaya pembelian kenderaan rasmi itu memang ikut prosedur dan yakin siasatan SPRM akan membuktikan ia telus dan tiada unsur penyelewengan. "Cuma dari sudut lain, Guan Eng dilihat telah berubah.. daripada pemimpin yang low profile kepada sebaliknya. Sia-sia beliau menuduh orang lain boros dalam berbelanja tetapi beliau dilihat cuba untuk melakukan benda yang sama.. Di mata rakyat antara Camry dan Mercedes, memang akan terasa perbezaannya.. Tidak kira caya mana beliau membuat pembeliaan.. pokoknya dia kini mungkin sudah berubah selepas masuk penggal kedua Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pulau Pinang", kata beliau lagi. 
Share:

Lim Guan Eng Mahu SPRM Siasat Isu Kenderaan Rasmi


GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian kereta rasminya Mercedes-Benz S300L bagi menegakkan kebenaran. Beliau bersedia memberi kerjasama jika SPRM ingin menyiasat kerana yakin pembelian itu dilakukan dengan cara bersih dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan. “Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri bersih seperti apa yang sering kami laungkan kerana pembelian Mercedes Benz dikendalikan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait. “Pembelian ini benar-benar mematuhi prosedur dan undang-undang dan kerajaan negeri mempunyai semua dokumen yang sah,” katanya pada sidang media di sini semalam. Semalam Sinar Harian melaporkan SPRM menafikan sudah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri. Menerusi satu kenyataan media, SPRM bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung siasatan ke atas pembelian itu. Sehubungan itu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portalnya iaitu www.sprm.gov.my. Terdahulu dalam laporan sebuah laman web, SPRM dikatakan mula menyiasat pembelian Mercedes-Benz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kegunaan rasmi Guan Eng. Laporan itu menyebut, SPRM cuba mengaitkan pembelian dari Lowe Motor Sdn Bhd dengan Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai ada saham dalam syarikat tersebut. #sumber
Share:

Dr.Hasan Ali: Tindakan Serbu, JATI Pertahankan JAIS


SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pejabat Bible Society of Malaysia di Damansara Kim Khamis lalu kerana mengikut undang-undang sedia ada, terutama enakmen yang dikuatkuasakan. Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, tindakan dilakukan Jais itu untuk menguatkuasakan enakmen agama dan fatwa di Selangor termasuk Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Beliau berkata, Jais juga berhak untuk bertindak tanpa beri notis terlebih dahulu kepada sesiapa, terutama yang babitkan serbuan rahsia. “Kalau kita kata Jais tiada hak, saya merasakan peruntukan enakmen sedemikian badan mana lagi nak diserahkan untuk bertindak. "Secara logiknya, praktikal dan undang-undang memang itu tugas Jais. Jais lakukan ikut peraturan baris demi baris ayat demi ayat terutama enakmen itu,” kata Hasan Ali. #sumber
Share:

Enam Tahanan Terakhir ISA Di Bebaskan 8.30 Pagi Ini


TAIPING - Kesemua enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan pada pukul 8.30 pagi Ahad di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang warga Filipina yang merupakan anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditahan sejak 14 November 2011. Rakyat Malaysia tersebut ialah Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba. Sementara, dua warga negara Indonesia ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, manakala warganegara Filipina ialah Muadz Hakim. Dengan pakaian biasa, wajah setiap daripada mereka kelihatan tenang dan seolah-olah menggambarkan kegembiraan dan rasa syukur dengan pembebasan pada Ahad. Sebelum melangkah keluar dari pintu utama kem tahanan berkenaan sambil membawa beg dan kotak berisi barangan peribadi, kesemua mereka sempat meluangkan masa berbual-bual seketika dengan sebahagian pegawai dan petugas kem selain merakamkan gambar bersama-sama. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada petugas dan pegawai di kem berkenaan atas penjagaan sepanjang dua tahun. #selanjutnya
Share:

Mufti Perak Tetap "Pertahan Kenyataan" Kontroversi


Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tentang isu tersebut. #selanjutnya
Share:

Orang Asli, Rebutlah Peluang Maju Dalam Pendidikan


KUALA KRAU - Kekangan dari sudut geografi dan kemudahan bukan lagi alasan bagi anak masyarakat Orang Asli tidak berjaya dalam pendidikan setanding dengan kaum lain di negara ini. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sebaliknya masyarakat kaum itu perlu merebut peluang yang terhidang menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan bagi melihat peningkatan akademik pelajar di pedalaman. Katanya, sebagai contoh dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, kemudahan sekolah yang serba lengkap sama seperti di bandar disediakan di kawasan tumpuan penempatan masyarakat itu seperti di Pos Betau, Pos Iskandar dan Perkampungan Orang Asli Penderas. "Komitmen dan keikhlasan kerajaan memajukan kaum itu dalam sektor pendidikan telah menampakkan kemajuan kerana jumlah anak Orang Asli yang cemerlang dalam pendidikan semakin meningkat. "Malah ada anak Orang Asli yang berjaya mencapai kejayaan membanggakan setanding dengan kaum lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jumlah itu boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya. Ismail berkata selepas meninjau proses pembelajaran pada minggu pertama persekolahan di SK Penderas di sini semalam. #selanjutnya
Share:

Hotel Di Lipis Ketengah Keenakan Sajian Tradisional !


KUALA LIPIS  - Pengusaha hotel dan makanan diminta mempelbagaikan juadah ikan air tawar dan ulam-ulaman yang merupakan makanan tradisi penduduk daerah ini untuk diketengahkan kepada pelancong asing dan tempatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, peranan itu penting bagi memikat pelancong yang singgah di Lipis ketika dalam perjalanan ke lokasi pelancongan. Beliau berkata, ia penting kerana masakan tradisional Melayu daerah ini memang diakui mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai dijadikan juadah makan tengah hari dan malam di kawasan tumpuan pelancong. "Peniaga di bandar Lipis sepatutnya merebut peluang daripada kedatangan pelancong ke beberapa lokasi di daerah ini dengan menawarkan juadah makan tengah hari atau malam berasaskan keunikan ikan air tawar dan ulam-ulaman. "Saya percaya makanan tradisi yang enak ditambah pula harga berpatutan mampu menjadi satu lagi tarikan untuk orang ramai melancong ke daerah ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi makanan Pahang di Hotel D' Valley Inn di sini semalam. Mustapa berkata, lokasi Bandar Bersejarah Kuala Lipis memang amat strategik untuk pasarkan makanan tempatan kerana jadi tumpuan dan destinasi transit kenderaan antara Lembah Klang dan Kelantan. #selanjutnya
Share:

Bapa Mahu Anak Pulang, Ragui Status Perkahwinan !!


KUANTAN - Penantian seorang bapa, Teh Darus, 56 mengharapkan anak perempuannya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang lelaki kenalan keluarga sejak Oktober tahun lalu belum ada titik noktahnya. Lebih membimbangkan, anaknya, Siti Mazira, 21 dikatakan sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan namun status sebenar perkahwinan mereka tidak dapat disahkan. Menurutnya, dia bimbang sekiranya perkahwinan itu hanya ‘kahwin mulut’ untuk mengaburi mata ahli keluarga. “Selepas mereka menghilangkan diri, saya membuat laporan polis pada 27 Oktober tahun lepas. “Pada masa yang sama, saya dan ahli keluarga turut mencari mereka sebelum mendapat maklumat mengatakan lelaki itu membawa Siti Mazira ke Kuala Rompin,” katanya  semalam. Teh berkata, dia sendiri ke sana menemui isteri lelaki tersebut dan beberapa ahli keluarganya yang lain namun mereka memberi alasan tidak mengetahui di mana lokasi kedua-dua mereka berada. “Saya kecewa kerana mereka enggan tampil bersemuka untuk mengesahkan perkahwinan yang dikatakan dilangsungkan di sini. “Saya ada merujuk kes itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah Maran dan Rompin untuk pengesahan bagaimanapun perkahwinan itu tidak didaftar,” katanya. #selanjutnya
Share:

Telinga Remaja Nyaris Koyak Akibat Terkena Pagar !!


ROMPIN - Kegembiraan sekumpulan belia Kampung Serinkin bermain futsal di gelanggang baru di Jalan Pantai Tujuh bertukar duka apabila telinga salah seorang daripada mereka nyaris koyak akibat terkena pagar. Mohd Hasif Mohd Hazman, 12, berkata, tidak sangka kejadian itu boleh berlaku pada hari pertama gelanggang futsal itu digunakan. “Pada petang itu saya bermain bersama dengan belia kampung ini dan kebetulan memang ramai yang turun kerana hari itu ibarat hari kami merasmikan penggunaan gelanggang futsal yang baharu siap. “Ketika saya sedang bermain, saya dapat merasakan lantai gelanggang futsal itu agak licin. Jadi ketika itu saya berlari dan terlajak terus tersadai di pagar, besi jaring pagar itu terkena di telinga lalu menyebabkan luka,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Komuniti Sejagat Kampung Serinkin, Mohd Zuheme Mohd Zuki, 29, berkata, kejadian seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana pembinaan gelanggang futsal sudah tentu mempunyai ciri-ciri keselamatannya yang tersendiri. “Saya agak kecewa dengan apa yang menimpa seorang remaja ketika bermain bersama kami ketika itu yang cedera di telinganya,” katanya. Menurutnya, berharap pihak berkenaan perlu mengambil tindakan susulan atas kejadian ini agar ia tidak berulang lagi. “Saya harap akan ada tindakan susulan untuk meningkatkan tahap keselamatan gelanggang futsal ini bagi mengelak sesiapa mengalami kecederaan ketika bermain. “Saya cadangkan mungkin boleh ditingkatkan aspek keselamatan dengan meninggikan pagar dan membaiki bahagian lain,” katanya. Hasif (kanan) menunjukkan bahagian pagar jaring yang nyaris menyebabkan telinga kanannya koyak. #sumber
Share:

Pemandu Terkejut Trak Tunda Lesap Depan Rumah !!


BENTONG - Seorang pemandu trak tunda terkejut apabila mendapati trak tunda yang diletakkan di hadapan rumahnya lesap dalam kejadian awal pagi di Taman Aman dekat sini, semalam. Pemandu yang dikenali sebagai Lim, 44, berkata, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin selepas pulang dari kerja dia meletakkan trak tunda jenis Nissan berwarna kuning itu berhampiran kediamannya dalam keadaan berkunci. “Namun begitu apa yang mengejutkan, kira-kira jam 6.00 pagi ketika ingin menghantar anak ke sekolah saya terkejut kerana mendapati trak tunda berkenaan sudah tiada. “Saya cuba mencari di sekitar kawasan perumahan namun tidak menemuinya,” katanya. Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan trak tundanya itu dan mengesyaki ia dicuri. Katanya, trak tunda itu sudah hampir setahun lebih digunakannya dan dibeli dengan harga RM80,000. “Tidak sangka trak tunda saya dicuri kerana sebelum ini jarang kejadian seumpama itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap kes ini berdasarkan maklumat diberi oleh pengadu. #sumber
Share:

Abdul Fattah: Peluang Lapan Juta Ahli Sertai PIK1M !


JERANTUT - Lapan juta ahli koperasi seluruh negara berpeluang untuk menyertai Pelindungan Insurans Kelompok 1Malaysia (PIK1M). Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihak Angkasa sudah berbincang dengan beberapa syarikat insurans yang berminat bekerjasama untuk melaksanakan skim berkenaan. Menurutnya, melalui PIK1M itu ahli koperasi cuma membuat caruman serendah RM1 sebulan atau RM12 setahun dan mereka akan menerima pampasan berjumlah RM20,000 jika mengalami kecederaan kekal. “Perbincangan dengan syarikat insurans terbabit sudah dalam peringkat akhir dan dijangka akan dilancarkan pada tahun depan. “Bayaran yang paling minima itu adalah untuk membolehkan semua ahli koperasi menyertainya termasuk ahli koperasi kecil seperti di luar bandar seperti di kampung,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek insurans kelompok Angkasa berjumlah RM46,772 kepada Norhaslin Md Saidin, 35, di Felda Padang Piol, di sini. Norhaslin merupakan balu kepada Mazdi Mat Daud, 34, yang merupakan kakitangan Angkasa yang meninggal awal Februari lalu akibat tekanan darah rendah. Abdul Fatah juga berkata, setahun lalu, Angkasa turut menyampaikan insurans kepada ayah Mazdi iaitu Mat Daud Awang, 55, kerana adik kepada arwah, Mohd Nasaruddin yang merupakan kakitangan Angkasa turut meninggal dunia akibat keracunan makanan sebelum ini. #selanjutnya
Share:

Kelas Pendidikan Khas Sekolah Jadi Mangsa Khianat !


KUANTAN - Perbuatan segelintir mangsa banjir mencuri televisyen dan merosakkan peralatan pembelajaran di kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Belukar, di sini disifatkan sebagai perbuatan individu tidak bertamadun. Mereka langsung tidak bersyukur sebaliknya sanggup melakukan perbuatan khianat terhadap kemudahan di pusat pemindahan itu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, beliau menerima aduan berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab mengumpil cermin tingkap untuk masuk ke dalam dua kelas pendidikan khas yang berkunci. Menurutnya, akibat perbuatan itu, sebuah televisyen, kain langsir, buku dan beberapa peralatan mengajar pelajar pendidikan khas hilang manakala kerusi dan gambar pada dinding kelas turut dirosakkan. “SK Belukar menempatkan lebih 4,000 mangsa banjir dari beberapa kampung seperti Kampung Belukar, Kampung Razali dan Kampung Seri Belat selama seminggu sepanjang bencana banjir baru-baru ini. “Saya terkilan dengan kejadian yang berlaku kerana masih ada individu yang sanggup mencuri dan merosakkan harta benda sekolah lebih-lebih lagi membabitkan barangan di kelas pendidikan khas walaupun ketika berdepan musibah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas sampaikan televisyen kepada sekolah itu untuk ditempatkan di kelas pendidikan khas terbabit #selanjutnya
Share:

Sinar TV: Protes Pensil Merah Kemukakan 8 Tuntutan

Share:

Pemandu Lori Laju Ancam Nyawa Pengguna Di Pekan


PEKAN - Sikap pemandu lori muatan pasir dan batu yang memandu laju di laluan keluar masuk sepanjang Kampung Lamir ke Pahang Tua, dekat sini mendatangkan kerisauan kepada penduduk kerana berisiko mengakibatkan kemalangan. Seorang pengguna, Mohd Taib Yusof, 45, berkata, sikap pemandu terbabit sudah lama dikesan penduduk, bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan diambil pihak berkaitan. Menurutnya, jalan kampung tersebut menjadi laluan utama penduduk termasuk laluan pintas dari Kampung Lamir ke Perumahan Dato’ Shahbandar, justeru sikap tidak bertanggungjawab pemandu terbabit dikhuatiri mengancam nyawa pengguna lain. “Jalan kampung itu sememangnya menjadi tumpuan penduduk, malah ramai kanak-kanak dan warga emas yang tinggal berdekatan berjalan kaki serta menunggang motosikal di laluan berkenaan. “Pemandu lori terbabit tidak sepatutnya memecut laju kenderaan di kawasan kampung kerana berisiko mengakibatkan nahas,” katanya. Sementara itu, Adun Peramu, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali yang dihubungi turut meminta pihak kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di sekitar kawasan ini lebih peka terhadap aduan yang diterima. Menurutnya, sikap tidak peduli kepada persekitaran dan keselamatan orang awam akan menyumbang kepada situasi yang lebih bahaya pada masa akan datang. “Pemandu lori diminta memandu secara berhemah dan tidak mengabaikan aspek keselamatan sehingga boleh menggugat keselesaan dan keselamatan penduduk kampung,” katanya. #sumber
Share:

Sinar TV: Tian Chua, Henti Peralatkan Media Massa !!

Share:

PAS Mendesak Mufti Perak Menarik Balik Fatwanya !!


SHAH ALAM - PAS hari ini mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka. Menurut Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man fatwa tersebut sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam. "Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan Syarak. "...istilah 'Bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak. "...kerana itu, ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir," katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya hari ini. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim mempersoalkan apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah ‘bughah’, yang halal darah mereka. Oleh itu jelas Tuan Ibrahim lagi, jika sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti haruslah mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat. "Mufti tidak hanya boleh bergantung pada maklumat dari media perdana yang dikuasai oleh kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik dan juga menyimpang daripada fakta. "Oleh itu, Pas mengesa kenyataan ini ditarik balik bagi mengelak pihak yang jahil dan pelampau agama untuk ambil kesempatan untuk bertindak sewenang-wenangnya kerana terpengaruh dengan fatwa songsang itu," tegasnya. #sumber
Share:

Budak Tiga Tahun Mati Di Tinggal 9 Jam Dalam Kereta


KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam. Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang. Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota. Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska. “Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya semalam. Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasangan terbabit kemudian bawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor sahkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas. #sumber
Share:

GB4B Jerantut Akur MDJ "Merobohkan Rumah Belia" !


JERANTUT - Gerakan Belia 4B (GB4B) Jerantut akhirnya akur dengan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk merobohkan rumah Belia 4B berhampiran Padang FA di sini. Namun demikian, pihak MDJ telah menyediakan tapak khas untuk mendirikan bangunan baharu menggantikan rumah Belia 4B yang uzur itu. Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan GB4B Jerantut melalui satu perjumpaan yang diadakan baru-baru ini. "Kita telah sediakan satu kawasan baharu kepada belia di Kompleks Sukan yang akan siap tidak lama lagi sebagai tempat untuk mereka melakukan aktiviti. "Kita mengambil keputusan untuk merobohkan rumah tersebut sejak 2011 kerana sudah agak usang serta terdedah dengan banjir kilat dan tidak selamat diduduki," katanya. Tinjauan mendapati rumah Belia 4B itu sudah uzur dan banyak kerosakan pada struktur bangunannya. Wan Norizan berkata, sudah tiba masanya belia di daerah ini melakukan pembaharuan termasuk mempunyai bangunan baharu bagi menjalankan aktiviti mereka. "Kawasan sekitar rumah itu sudah dinaik taraf dan harus dirobohkan membolehkan MDJ melakukan projek pembinaan padang atau tapak letak kereta kerana didirikan di atas tanah milik kerajaan," jelasnya. Beliau berharap isu robohkan rumah itu tidak dipanjangkan kerana kata sepakat telah dicapai demi kebaikan kedua-dua belah pihak. #sumber
Share:

Sayuti: Mufti Perak, Harussani Zakaria Wajar Di Pecat


Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar kata penulis politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (foto). "Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya? Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat. Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak keluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.", dakwanya.  sumber.
Share:

Rafizi: PM Potong RM1,698 Namun Bazir RM6.8 Bilion


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memotong RM1,698 elaun keraiannya sebulan berbanding peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk program-program berbentuk kempen politik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurut Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat (RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan (RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta). "... sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi dalam kenyataan baru-baru ini. Walaupun mengalu-alukan pengumuman mengenai langkah-langkah untuk mengurangkan belanja kerajaan oleh Najib, beliau menyifatkan langkah penjimatan itu sebagai berat sebelah dan tidak menyentuh perkara-perkara besar yang menjadi punca bebaban kewangan yang ditanggung rakyat. Menurutnya, sungguhpun pemotongan elaun keraian sebanyak 10 peratus adalah satu isyarat bahawa pentadbiran Najib sedar tentang kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan BN, ia sedikit pun tidak membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada. "Saya juga ingin menegur Dato’ Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau. "Langkah-langkah seperti jimatkan elektrik, kurangkan penggunaan kain rentang dan lain-lain beri gambaran seolah-olah beliau salahkan kakitangan kerajaan di atas kegagalannya sendiri mentadbir kewangan dengan baik," ujarnya. #sumber
Share:

Kerajaan Negeri Sasar 11 Juta Pelancong Tahun 2014


MENTAKAB – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran 11 juta pelancong ke negeri ini iaitu hampir separuh jumlah sasaran 28 juta pelancong melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM14) bermula semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, 50 acara mega dirancang sepanjang tahun di seluruh negara. Menurutnya, tiga daripada acara itu akan diadakan di Pahang iaitu Bird Watching di Bukit Fraser, Sambutan Aidilfitri di Kuantan dan Royal Pahang Billfish International Challenge. “Di Pahang, terdapat 30 acara berkaitan pelancongan dan kebudayaan, muzium dan makanan akan diadakan di seluruh negeri,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin bagi merasmikan Tahun Melawat Malaysia peringkat negeri Pahang 2014 di perkarangan kompleks beli belah Star Mall, di sini malam kelmarin. Sempena pelancaran itu semalam, turut diadakan Kayuhan Ambang Visit Malaysia Year 2014 anjuran Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir, Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Idros Yahya dan jemputan khas sempena acara kayuhan pelumba basikal negara, Anuar Manan. Shahaniza berkata, bagi mempromosikan setiap daerah di Pahang, acara Basikal Mania/Pedal To Travel juga akan diadakan setiap bulan dan dilaksanakan secara bergilir-gilir mengikut daerah. Beliau berkata, antaranya ialah Kayuhan Patin di Temerloh, Kayuhan Ayam Kampung di Maran, Kayuhan Janda Baik di Bentong dan Kayuhan Mat Kilau di Jerantut. “Bagi meneruskan kedatangan pelancong, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan dalam bajet 2014 bahawa 2015 adalah Tahun Festival bertujuan mengetengahkan perayaan dalam negara," katanya. Sehubungan itu katanya, semua agensi, pemain industri dan penduduk Pahang diminta menyambut tetamu atau pelancong dengan mesra dan memastikan destinasi pelancongan berkeadaan selamat, bersih dan juga selesa. #selanjutnya
Share:

Kepala Bayi Di Syaki Di Dera Kemungkinan Di Bedah !!


KUALA LIPIS - Bayi dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh pengasuh, Nik Alauddin Ilman Nashif Mohd Hanif, 9 bulan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Ibu bayi malang berkenaan, Tengku Nurul Suhaida Tuan Ameri, 24, berkata, sebelum ini anaknya menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sebelum dirujuk ke HKL. “Semalam (kelmarin) Ilman telah dihantar ke HKL untuk menerima rawatan lanjut termasuk pemeriksaan mata, telinga, fisioterapi dan lain-lain. “Menurut pihak hospital terdapat perubahan pada saiz kepala Ilman (membesar) dan kemungkinan anak saya terpaksa dibedah,” katanya, semalam. Pada 27 Disember lalu Sinar Harian menyiarkan tentang seorang bayi berusia sembilan bulan dilaporkan kritikal dipercayai menjadi mangsa penderaan pengasuhnya dalam kejadian di Taman Setia Jaya. Bayi terbabit dihantar ibu bapa ke Hospital Lipis sebelum dirujuk ke Hoshas setelah diserang sawan beberapa kali. Selain itu terdapat kesan lebam di kepala, lengan dan lutut bayi itu setelah diambil dari rumah pengasuhnya. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bayi terbabit alami pendarahan otak dipercayai akibat hentakan benda tumpul. Susulan itu, pihak hospital maklumkan kepada polis kerana syaki wujud unsur penderaan. #sumber
Share:

Curi Motosikal: Polis Tahan Dua Individu Dekat Raub !


RAUB - Polis Raub berjaya menyelesaikan 13 kes kecurian motosikal sekitar daerah ini sejak Mei tahun lalu dengan tertangkapnya dua lelaki 4 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudian Wan Osman berkata, pada hari kejadian, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia awal 20 an di hadapan sebuah rumah ketika sedang cuba mencuri sebuah motosikal. Menurutnya, suspek dipercayai cuba melarikan motosikal terbabit dengan dibantu seorang lagi rakannya tetapi rakannya itu telah berjaya melarikan diri. “Bagaimanapun, hasil siasatan polis berjaya menahan rakan suspek pada 13 Disember tahun lalu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, kelmarin. Beliau berkata, suspek telah menunjukkan lokasi barang kes dibuang dan polis menjumpai beberapa komponen motosikal yang dicuri di kawasan semak sekitar Dong,” katanya. Katanya, hasil semakan rekod kesalahan lampau pula mendapati suspek pertama mempunyai satu kes lampau di bawah Sek 29(1) Akta Kesalahan Kecil manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod lampau di mana dua kes di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan satu kes di bawah Seksyen 15(1) A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. “Kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu hingga tujuh tahun dan denda,” katanya kelmarin. #selanjutnya
Share:

Gadis Bawah Umur Antara Yang Di Tahan Oleh JAIP !!


KUANTAN - Seorang gadis bawah umur antara 38 individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam operasi cegah jenayah sempena tahun baru 2014 di bandar ini, bermula malam kelmarin. Dalam operasi sama, anggota penguat kuasa Jaip turut menahan individu berusia 17 hingga 30 tahun yang disyaki berkhalwat dan berpakaian tidak senonoh di beberapa pusat peranginan di bandar ini. Jurucakap Jaip berkata, gadis bawah umur dari Terengganu itu ditahan bersama pasangannya di sebuah hotel bajet. “Hasil siasatan, gadis terbabit mengaku mengikut rakannya meraikan sambutan tahun baru di Kuantan dan terpaksa mendaftar di hotel itu selepas tiada kenderaan untuk pulang kerana sudah lewat malam,” katanya. Jurucakap itu juga memberitahu, operasi yang bermula lewat malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 8 pagi semalam dilaksanakan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan remaja termasuk di Teluk Chempedak, Balok dan Taman Esplanade. Dalam operasi membabitkan 20 anggota penguat kuasa itu, seramai 19 perempuan dan 18 lelaki ditahan kerana disyaki berkhalwat manakala seorang perempuan ditahan kerana berpakaian tidak senonoh. Katanya, anggota penguat kuasa Jaip turut menahan individu yang berduaan bersama pasangan bukan Islam. “Lebih menyedihkan ada kes dua lelaki berada dalam satu bilik bersama seorang perempuan,” katanya. Bagaimanapun, kesemua yang ditahan telah dijamin oleh keluarga masing-masing selepas disoal siasat. #sumber
Share:

Seramai 44 Pelajar UPSR Di Raikan Bagai Kenamaan !!


KUANTAN - Seramai 44 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diraikan bagai orang kenamaan dalam satu majlis di Bukit Gambang Resort di sini semalam. Adun Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Mohad Jusoh berkata, majlis yang diadakan ini bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar cemerlang ini, malah memberikan motivasi kepada mereka untuk mengekalkan kecemerlangan ke peringkat seterusnya. Menurutnya, Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini adalah sumbangan daripada Yayasan Pahang dan Pejabat Adun Lepar agar pelajar cemerlang rasa dihargai dengan pencapaian mereka ini. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar cemerlang di Dun Lepar ini. “Kebayakan mereka mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, namun mempunyai persamaan dari segi akademik, sekali gus membuktikan keupayaan penduduk di kawasan luar bandar ini,” katanya. Selain itu, beliau turut berterima kasih dengan keprihatinan Yayasan Pahang yang sentiasa memberikan peruntukan bagi tujuan pembelajaran rakyat di negeri ini. Menurutnya, sejak dahulu lagi, Yayasan Pahang telah mengeluarkan belanja RM800 juta untuk pendidikan. “Saya harap usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar ini menjadi tanggungjawab bersama agar ia terus diselaraskan dari masa ke semasa. Kejayaan anak-anak hari ini adalah cermin masa depan semua kelak. “Oleh itu, usaha bersama diperlukan agar negara membangun lebih mantap di bawah kepimpinan pelapis ini nanti,” katanya lagi. #selanjutnya
Share:

Kerajaan Ganti Keperluan Yang Rosak Akibat Banjir !!


KUANTAN - Kementerian Pendidikan sudah menggantikan keperluan persekolahan yang rosak supaya sesi persekolahan 2014 dapat bermula seperti yang dijadualkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin berkata, kesan banjir di Pahang menyebabkan 41 sekolah terjejas dengan kos kerosakan mencecah RM7.3 juta. Menurutnya, sebanyak 31,173 set buku teks telah rosak melibatkan sekolah rendah dan menengah. “Kita putuskan untuk ganti keperluan itu dan bekalannya sudah pun dihantar sebahagiannya tetapi sebelum sekolah bermula buku-buku teks ini sudah disediakan. “Kita juga akan pastikan setiap murid yang memulakan persekolahan mendapat kelengkapan meja dan kerusi serta buku teks,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof dan Pengerusi YYS, Datuk Zuraidah Atan. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kelengkapan ICT juga banyak yang rosak oleh itu, pihaknya menyarankan agak makmal komputer beroperasi di tingkat atas untuk mengelak kerosakan berlaku pada musim banjir. “Saya juga sudah keluarkan arahan pelajar yang kurang mampu dan tidak mempunyai seragam sekolah supaya tetap hadirkan diri ke sekolah sebelum bantuan sewajarnya diperolehi mereka. #selanjutnya
Share:

Video Eksklusif Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka

Share:

Tahun Baru: 95 Remaja Telah Di Saman Polis Kuantan


KUANTAN - Polis Kuantan mengeluarkan sebanyak 95 saman kepada penunggang motosikal remaja yang tidak mempunyai lesen dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2014 awal pagi semalam. Jumlah saman berkenaan membuktikan ibu bapa tidak mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak mereka menunggang motosikal mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainal Abidin Othman berkata, paling mengecewakan jumlah saman itu hanya ‘dikutip’ di kawasan bandar sahaja. “Remaja ini sebenarnya tidak sayangkan nyawa jika berlaku kemalangan. Mereka tidak fikir keadaan selepas kejadian dan hanya mengambil peluang berseronok. “Di mana sikap jati diri kita sebagai masyarakat yang sayangkan nyawa. Mereka mengambil mudah mengenai perkara ini termasuk ibu bapa yang tidak mahu berperanan menasihatkan anak-nak mereka,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, polis bukan sahaja melakukan operasi untuk tujuan saman tetapi turut menasihatkan penunggang terbabit supaya tidak melakukan kesalahan itu bagi kali kedua. Sebanyak lima lokasi yang jadi tumpuan operasi di Kuantan iaitu di Jalan Tengku Muhamad, hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Jalan Kuantan By-Pass, Jalan Tanjung Lumpur dan Jalan Sungai Isap. Polis keluarkan 257 saman dalam operasi babit 12 pegawai dan 101 anggota. Operasi itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.