KUANTAN: Seorang peneroka dari tanah rancangan Felda Neram 1, Kemaman mengejutkan orang ramai apabila bertindak mengadakan promosi "Hudud" di hadapan sebuah pasaraya di sini baru-baru ini. Peneroka terbabit Nasir@Hanapi Mat Piah (foto) yang berasal dari Jerteh, Terengganu berkata, tindakan mereka itu adalah bagi menyedarkan umat Islam pentingnya hukum Allah "Hudud" itu dilaksanakan di dalam negara ini. "Saya lihat semua pihak gagal melaksanakan Hudud, maka itu saya mempunyai cara tersendiri untuk membantu menyedarkan orang ramai", katanya.
Beliau yang ditemani isterinya turut memakai T-Shirt dan meletakkan kain rentang yang tertera perkataan " Undang-Undang Islam Wajib, Engkar Undang-Undang Islam Kafir, Menentang Undang-Undang Islam Kafir, Tolak Undang-Undang Islam Kafir, Redha Atas Kejahatan Sama Kejahatan, Tegas Atas Kemungkaran Itu". Kain rentang yang diikat pada keretanya itu mengakibatkan orang ramai yang lalu lalang di situ terkejut dan hairan.
Menurut Pak Cik Napi, beliau membuat promosi kain rentang tersebut kerana dia mahu undang-undang Islam tertegak di Malaysia."Pak Cik nampak, semua pihak macam tidak minat dan respond nak Hudud, sebab tu Pak Cik buat promosi nih sendiri.. Dulu pada sepanduk dulu Pak Cik buat ada hanapi48matpiah@yahoo.com.. tumpang facebook orang untuk promosi Hudud.. tapi dia pun tak uruskan dan Pak Cik pun tak tahu benda macam tu maka terhenti macam tu jer... handphone ni pun kalau orang mesej Pak Cik tak pandai nak jawab..", kata beliau.

Menurut beliau, sudah lebih 15 tahun mereka berdua berbuat demikian termasuk diluar kawasan Kuantan sendiri. "Pak Cik dah promosi Hudud guna baju sejak dua tahun lalu, tapi kain rentang ni memang Pak Cik dah buat sejak 15 tahun dulu.... Kain rentang ni Pak Cik memang pasang di rumah di Felda Neram 1, Terbaru Pak Cik baru saja buat promosi di Kempas Johor. Sebelum ni di Padang Kemunting Kuantan masa Himpunan Hijau, Pak Cik gantung pada lori... Lepas tu masa Himpunan Lynas di Gebeng pun Pak Cik ada gantung.... Masa di Dataran Merdeka semasa himpunan pelajar dulu... Pak Cik hampar atas padang tapi di rampas DBKL", katanya.
"Semua kos Pak Cik tanggung sendiri, tanpa ada mana-mana pihak membantu... kami akan terus promosi Hudud hingga undang-undang Islam ini dilaksanakan di negara kita", katanya. Difahamkan, beliau menghabiskan hampir RM5,000 untuk promosi berkenaan termasuk menyediakan kain rentang, poster, t-shirt dan kos yang berkaitan ketika berada di luar kawasan. Apapun, ini adalah caranya untuk memastikan undang-undang Islam tertegak di negara ini. Anda bagaimana?. PDO