script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahfuz: Harga Petrol Di Naikkan Tapi Pasaran Dunia Turun


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 tengah malam tadi sedangkan harga minyak mentah dunia terkini mengalami penurunan mencecah USD90.73 setong.

Berdasarkan semakan yang dilakukannya juga, ahli parlimen Pokok Sena turut mendapati harga minyak mentah dunia pada Julai berharga USD103 setong.

Kecewa dengan tindakan terkini kerajaan, Mahfuz berkata tidak sewajarnya kerajaan bertindak merasionalisasi subsidi petrol sewaktu rakyat boleh menikmati "berita gembira" ekoran penurunan harga minyak mentah dunia.

"Saya minta kerajaan memberi penjelasan mengapa harga minyak dunia jatuh, tetapi secara tiba-tiba kerajaan menaikkan harga minyak di negara ini.

"Sepatutnya kejatuhan (harga minyak dunia) itu memberi berita gembira (kepada kita)," katanya ketika dihubungi pagi ini. #sumber
Share:

Menang Di Mahkamah, Permit Malaysiakini Tetap Di Tolak !


KUALA LUMPUR: Walaupun dua kali menang di mahkamah, kerajaan masih tidak meluluskan permohonan Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar bercetaknya sendiri.

Penolakan itu dinyatakan dalam surat yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran minggu lepas daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran.

KDN memberikan alasan ia bagi mengelakkan penerbitan yang “boleh menimbulkan kegusaran dan menggemparkan fikiran orang ramai”, “menimbulkan isu sensitif” dan “mungkin menimbulkan kebencian terhadap pemimpin negara”.

Surat itu membangkitkan lima tulisan diMalaysiakini, yang terdiri daripada tiga laporan berita, sebuah ulasan daripada sebuah badan pemikir dan kompilasi komen pembaca dalam ruangan “YourSay”.

Turut dibangkitkan ialah laporan sebuah NGO yang mempersoal Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu perebutan kes jagaan pasangan berbeza agama serta laporan berkaitan penahanan seorang exco Pulau Pinang berkaitan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

KDN juga menyenaraikan kompilasi komen pembaca yang dikumpulkan dalam sebuah tulisan berjudul “How much will Najib spend to keep Terengganu?” yang sudah disaman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.

Turut dibangkitkan ialah laporan mengenai jet kerajaan yang dilihat di bandar percutian Eropah.

Berikut tulisan yang dijadikan contoh itu:

Najib 'ikut jejak' PM Singapura, saman Mkini? (4 Jun 2014, ulasan)

NGO: IGP Muslim dulu atau polis dulu? (11 Jun 2014, berita)

Jet kerajaan dilihat di bandar percutian Eropah (15 Ogos 2014, berita)

How much will Najib spend to keep Terengganu? (14 Mei 2014, pandangan pembaca)

Disoalsiasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah' (1 September 2014, berita)

Surat itu juga memaklumkan, KDN tidak meluluskan permohonanMalaysiakini ekoran berita yang dipaparkan di portalnya“sering menimbulkan kontroversi serta tidak berlandaskan neutrality”.




“Semakan juga mendapati ketua pengarang bagi Malaysiakini online dan akhbar Malaysiakini secara bercetak yang dipohon merupakan individu yang sama yang mana berita yang akan dicetak sudah pasti adalah dalam bentuk yang sama,” menurut surat itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu membatalkan arahan KDN untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbit Malaysiakini,  Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober 2012 membatalkan keputusan KDN kerana ia "tidak wajar dan tidak rasional".

Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013 sebulat suara menolakrayuan KDN terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan yang ditolak dan hakim bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Apabila kerajaan tidak membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - Malaysiakinitelah mengemukakan permohonan baru kepada KDN awal tahun ini.
 
Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan, yang tidak terkejut dengan keputusan terbaru KDN itu, berkata Malaysiakini akan membawa perkara itu ke mahkamah.
 
Katanya, Malaysiakini akan sekali lagi mencabar keputusan menteri dalam negeri itu, dan "kami berharap kali ini mahkamah akan mengarahkan kerajaan untuk memberikan kita permit penerbitan."

Syarikat itu memohon menerbitkan akhbar harian dinamakan Malaysiakini dengan edaran 40,000 naskhah di Lembah Klang untuk dijual dengan harga RM1. #sumber
Share:

Kaji Semula Pengurangan Subsidi, Kenaikan Beban Rakyat


PETALING JAYA: Kerajaan didesak mengkaji semula harga baharu petrol RON95 dan diesel yang masing-masing naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam Rabu akibat pengurangan subsidi kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Desakan tersebut dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan bertambah mahal.

Orang ramai yang ditemui  pada Khamis menghargai langkah kerajaan yang masih memberikan subsidi bahan api itu kepada rakyat tetapi berharap harga tersebut dikaji semula kerana kenaikan itu memberi impak besar untuk tempoh jangka masa panjang.
Pada Rabu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Terkejut dengan pengurangan subsidi tersebut, seorang jurutera, Mohd Azman Othman, 45, berkata, keputusan untuk mengurangkan subsidi tidak dilakukan pada waktu yang sesuai kerana umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.
"Pengumuman tersebut menyebabkan beberapa peniaga akan menggunakan faktor kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan terutamanya barangan keperluan asas untuk menyambut Aidiladha.
"Dahlah nak balik kampung... kena keluar duit pula untuk beli barang yang harganya pasti akan naik... orang yang akan terbeban adalah rakyat, kerajaan patut fikir" katanya.

Eksekutif Francais , Zulaikha Zahid, 29, pula mencadangkan agar pemberian insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan bagi menampung pengurangan subsidi minyak supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmati faedahnya.
"Pemberian BR1M hanya disalurkan kepada golongan yang dikelaskan berpendapatan rendah tapi apa nasib golongan berpendapatan sederhana yang semakin tertekan apatah lagi kebanyakan mereka tinggal di bandar-bandar besar di negara ini," katanya.
Zulaikha berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk menangkis beban kenaikan ini bukan memberi pujukan berbentuk BR1M untuk meredakan kemarahan rakyat.
Sementara itu, pemandu lori, Sivalingam Ramasamy, 50, berkata, dia tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan caj perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan disebabkan kenaikan harga minyak.
"Jika dulu perjalanan ke Sungai Buloh dengan menggunakan lori 1 tan hanya sekitar RM300, kini kita terpaksa menaikkan kadar sewa lori sebanyak RM80 hingga RM100. Ia untuk menampung bayaran bulanan lori dan juga kos petrol," katanya.
Walaupun pelanggan akan merungut dengan bayaran sewa lori yang jauh lebih mahal, Sivalingam berkata, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kos yang ditanggung juga meningkat.
"Apabila harga minyak naik, kos juga meningkat, jadi kami terpaksa naikkan caj perkhidmatan bagi menampung kos pengangkutan," katanya.
Eksekutif Jualan, Carmen Wong berkata, kenaikan sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel akan dirasai sepenuhnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan berkuat kuasa April depan.

"Mungkin sekarang impak itu belum jelas lagi, tapi dalam tempoh enam bulan akan datang, rakyat akan mula merasai bebanannya. Saya minta kerajaan perhalusi harga baharu itu supaya rakyat tidak akan merasa tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya.
Suri rumah, Bori Ellen, 28, berkata pengurangan subsidi minyak itu turut memberi kesan kepada perbelanjaan dapur.

"Suri rumah terlibat secara langsung menguruskan perbelanjaan keluarga dan apabila berlaku kenaikan harga barangan, kami perlu mengurus secara bijak selain berjimat cermat.

"Walaupun hakikatnya, suami mencari rezeki tetapi perancangan ekonomi keluarga adalah tanggungjawab suri rumah. Kami amat terasa perbezaan berbelanja sekarang dengan dahulu terutamanya perbelanjaan dapur,” katanya. #sumber
Share:

Azmin Tidak Beku Skim Mesra Usia Emas Kawasan Khalid !


PETALING JAYA: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Bandar Tun Razak akan diteruskan di bawah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, demikian menurut Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin pada Khamis.

"Dakwaan bahawa kerajaan negeri membekukan peruntukan itu di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak benar.

"Bendahari negeri memberitahu wakil dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bahawa Tan Sri Khalid kini merupakan wakil rakyat bebas dan bukan lagi mewakili Pakatan Rakyat.

"Sehubungan itu beliau tidak lagi layak untuk bertanggungjawab terhadap peruntukan itu," katanya.

Tambah beliau, peruntukan itu kini akan disalurkan melalui 'Adun Angkat' yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.




"Sementara itu bagi DUN Pelabuhan Klang, peruntukan akan diserahkan kepada pegawai penyelaras yang akan dilantik oleh Menteri Besar tidak lama lagi," kata Azman yang juga bekas setiausaha politik Abdul Khalid.

Menurut Azman langkah berkenaan adalah perkara biasa dan menafikan dakwaan Faekah Husin bahawa kerajaan negeri membekukan peruntukan SMUE.

Pada Rabu, Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank SMUE di Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang.

Dakwa Faekah, arahan yang dikeluarkan  atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu. #sumber
Share:

Timbalan Presiden PAS "Masuk Hospital", Di Syaki Denggi !


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.
Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang doktor.

Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya. #sumber
Share:

Singkir Iszuree, Hanya Berdasarkan Kepada Laporan Media


GEORGE TOWN: Penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dibuat berdasarkan laporan media, kata Setiausaha Politik kepada ketua menteri, Wong Hon Wai.
Beliau berkata pemecatan Iszuree tidak melalui proses siasatan dalaman tetapi Iszuree telah diberi peluang membuat penjelasan berhubung isu terbabit menerusi sidang akhbar.
"Beliau sudah diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada media kerana perkara ini dibangkitkan menerusi media, tetapi beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.
Wong turut menyatakan bahawa beliau akan menyampaikan memorandum yang mengandungi 19 tandatangan ahli MPPP yang mahu agar Iszuree dipecat, kepada Exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada rabu.
Memorandum itu diserahkan oleh wakil ahli MPPP Harvinder Singh.
Iszuree disingkirkan daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasar bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu perumahan.
Sidang media yang diadakan berlangsung dalam suasana tegang selepas Wong gagal membuat penjelasan mengapa Iszuree tetap dikenakan tindakan walaupun selepas mendakwa portal berita propembangkang tidak melaporkan dengan tepat perkara yang dibangkitkan beliau dalam Muktamar PAS itu.
Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biar pun Iszuree telah menjadi ahli majlis itu sejak 2010.
Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. #sumber
Share:

Pengusaha Homestay "Di Tuduh Merakam" Gambar Bogel !


IPOH: Seorang pengusaha homestay dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.
Tertuduh Lim Lai Heng, 42, mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadaapan Majistret Haslinda A. Raof.
Lim didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan sengaja merakam gambar keluarga itu melalui mini CCTC yang dia pasang dalam bilik air tingkat atas homestay berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning di sini pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.
Bagi kesalahan itu, Lim boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman memohon mahkamah memberi jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Justeru itu, peguam yang mewakili tertuduh, Stephen Su berkata tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan memohon jaminan dikurangkan.
Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM28,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan sekiranya tertuduh mendekati mangsa, jaminan akan dibatalkan dengan sendirinya.
Katanya tarikh sebutan kes pada 10 Nov depan. #sumber

Share:

Bekas "Ketua Balai Polis" Di Tahan Kerana Curi Barang Kes


KUANTAN: Bekas Ketua Balai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bersama empat lelaki ditahan polis malam tadi kerana mencuri barang kes yang diletakkan di luar stor barang kes IPD itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 59 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam tadi semasa sedang memunggah dan memasukkan barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu ke dalam sebuah lori jenis Isuzu.
"Suspek memunggah barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu tanpa kebenaran mana-mana pihak dan polis telah menahan lori itu di hadapan pintu pagar IPD Bera sebelum menangkap mereka berlima," katanya.
Beliau berkata, selain itu polis berjaya merampas semula barang-barang kes iaitu 63 unit pelbagai jenis monitor komputer, 310 Unit Pemprosesan Pusat dan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai digunakan suspek.
Katanya, kelima-lima suspek itu kini ditahan di IPD Bera untuk siasatan lanjut dan tindakan pendakwaan. #sumber
Share:

Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen Seliter Mulai Esok !


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.
KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.
Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.
KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.
Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.
Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.
Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. #sumber
Share:

Fahmi: Henti Kongkong Kebebasan Bersuara Ahli Akademik


KUALA LUMPUR : Pentadbiran Najib Razak sekali lagi ditekan supaya menghentikan ‘Langkah Akta Hasutan’ yang mengongkong
kebebasan bersuara dan berfikir golongan akademik.
Ini susulan seorang lagi ahli akademik yang juga pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari yang dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Sabak Bernam esok berkaitan dua laporan media yang memetik komen beliau mengenai krisis Menteri Besar Selangor.
Aziz merupakan ahli akademik kedua disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, selepas Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Shahrom.
Walaupun tidak terkejut dengan perkembangan ini, namun Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Fadzil berkata, siasatan itu tetap merupakan perkembangan yang tidak sihat.
“Akta kuku besi buatan penjajah British ini makin kerap digunapakai pentadbiran Najib untuk mengongkong kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir para akademik di Malaysia, dan kelihatan seperti dituju khas kepada semua yang tidak sehaluan dengan beliau.
“Ia merupakan langkah yang tidak baik bukan sahaja untuk golongan akademik dan mahasiswa, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Katanya, pendakwaan Akta Hasutan yang berterusan ini mencemarkan imej negara yang mendapat pengiktirafan pemimpin antarabangsa.
“Saya percaya ramai yang cukup hairan, tatkala Datuk Seri Najib mengagungkan pengiktirafan terhadap Malaysia yang diberi Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini, nama baik Malaysia tercemar dek siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang tanpa penghujung.
“Oleh itu saya menggesa pentadbiran Najib untuk segera menghentikan ‘Langkah Akta Hasutan’ ini, termasuk menghentikan kesemua pendakwaan yang sedang berjalan, demi masa depan demokrasi, masa depan pendidikan, dan nama baik negara,” kata Fahmi lagi.
Beliau juga menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memaklumkan status terkini kajian semula terhadap kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan termasuk kes terhadap Azmi yang beliau sebut pada 9 September lalu.
“Kami salut keberanian beliau untuk melontarkan pandangan yang mungkin tidak disenangi pemerintah, dan kami hormati pendirian beliau untuk bersuara bukan sahaja sebagai seorang ahli akademik yang mendidik anak muda masa depan negara tetapi juga sebagai seorang pakar perlembagaan yang mana buah fikiran beliau amat diperlukan demi memahami dan mempertahankan kedaulatan undang-undang,” kata Fahmi sebagai tanda solidariti AMK untuk Aziz.
Share:

DAP Lebih Dekat Dengan Keadilan, Seperti Kehendak Islam


KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak menduga seorang gadis yang mengenakan hijab lengkap berniqab menyertai DAP, sebuah parti yang sering dilabelkan sebagai parti sekular atau anti Islam.

Tetapi, inilah kenyataannya, Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 22, memilih untuk menjadi ahli DAP bukan PAS atau UMNO.

Graduan Universiti Selangor (Unisel) jurusan diploma TESL ini menegaskan beliau memilih DAP kerana wawasan dan asas parti yang meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang utama.

"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

"Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting," katanya.

Katanya, biarpun menyertai DAP, ia tidak bermakna beliau sudah melupakan Islam sebagai pegangan hidupnya yang telah dijalani sejak sekian lama.

"Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah," katanya lagi.

Melati berkata, DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar-dasar keselamatan sosial.

"Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP.

"Ia dipraktikkan di Pulau pinang dengan pelbagai jenis bantuan," katanya.

Beliau juga menyeru anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia.

Melati menolak tanggapan yang mengatakan beliau menyertai DAP untuk mendapatkan publisiti dan menjelaskan berita mengenai penyertaannya ke dalam parti itu diketahui apabila cerpen yang ditulis disiarkan di portal Roketkini.

Beliau menyertai DAP selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi menjelaskan lama sebelum itu beliau sudah berminat dengan parti ini.

Menyentuh mengenai harapannya terhadap politik Malaysia pada masa hadapan, Melati berkata beliau berharap agar tida lagi pendedah isu-isu peribadi sebaliknya menawan hati rakyat dengan matang dan profesional.

"Saya sangat berharap dinding perkauman dapat diruntuhkan dan pemimpin juga akan berfikiran lebih matang dan professional dalam menawan hati rakyat, tiada lagi pendedahan isu peribadi, mahupun mengapi-apikan masalah perkauman.

"Pemimpin seharusnya ingat bahawa misi utama seorang pemimpin adalah menjaga kebajikan rakyat bukanlah menjadi periuk nasi sendiri," jelas beliau. #sumber


Share:

PAS Mahu Lim Guang Eng "Tarik Balik Pemecatan" Iszuree !


GEORGETOWN: PAS Pulau Pinang semalam menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi (foto) berkata sebagai pemimpin PAS yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri ini.

"Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu adakan perbincangan," katanya pada sidsng akhbar di sini.




Iszuree, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini. #sumber


Share:

Portfolio: PAS Sudah Berikan Pandangan Kepada Azmin Ali


KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad (foto) berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu.

Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok.

"Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya.

Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.

Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka.
Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini, Iskandar yang juga Adun Chempaka memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor ketika dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Ahmad Yunus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. #sumber
Share:

Mahkamah Batal Writ Saman, Guan Eng Terhadap Nasrudin


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam telah membatalkan writ saman yang difailkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dengan kos RM500.

Perintah pembatalan tersebut dibuat Penolong Kanan Pendaftar Rashidah Baharom, disebabkan kegagalan peguam Guan Eng untuk mematuhi aturan pliding tentang keabsahan writ saman.

Pihaknya didakwa gagal untuk menandatangani writ saman tersebut yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah.

Peguam Guan Eng juga dilaporkan cuba memberi penjelasan, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan Writ Saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada Guan Eng untuk memfailkan semula.

Guan Eng diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala Nasrudin diwakili oleh peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud.

Setiausaha Agung DAP itu memfaikan saman terhadap Nasrudin ekoran didakwa kerana gagal memohon maaf berhubung satu tulisannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?”, pada 6 Ogos lepas.

Sementara itu, Nasrudin yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana telah menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam yang mewakilinya. #sumber
Share:

Minta Pandangan Rakyat Jika Bawa Akta MAS Ke Parlimen !


KUALA LUMPUR:  Kerajaan perlu mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum membentangkan Akta MAS (Malaysian Airline System) pada persidangan parlimen akan datang.
Ketua Biro Pembangunan Politik dan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin berkata, beliau menjangkakan akta itu diluluskan dan bakal membawa kesan besar , khususnya kepada industri penerbangan dan kakitangan MAS sendiri.
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar semalam mengesahkan Akta MAS akan diusulkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2015 10 Oktober ini.
Menurut Azman, akta tersebut bertujuan ‘memudahkan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu secara menyeluruh’.
“Saya pasti jika Akta MAS diusulkan, ia pasti akan diluluskan kerana BN memiliki majoriti di Parlimen. Ini menjadikan Parlimen sebagai ‘rubber stamp’ sahaja,” kata Chong.
“Maka amat penting untuk Perdana Menteri mendedahkan maklumat tentangnya kepada orang ramai, dan mendapatkan pandangan mereka.
“Pandangan awam dan juga pakar perlu dipertimbangkan sebelum perbahasan berhubung akta yang tidak pernah wujud sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Chong menjelaskan, antara kesan buruk penguatkuasaan akta itu antaranya pengubahan status perundangan (legal status) kontrak kakitangan MAS.
“Akta itu tidak adil dan bertentangan dengan hak, kerana ia boleh membatalkan kontrak pekerjaan dengan MAS,” katanya lagi.
Wujud Akta 1MDB atau Proton selepas ini?
Beliau turut mempersoalkan kerajaan yang sehingga kini masih menutup mulut berhubung akta tersebut.
“Mengapa kerajaan ingin meluluskan akta untuk menyelamatkan MAS, berbanding menggunakan undang-undang sedia ada untuk membenarkan MAS memfailkan status ‘muflis’?
Tambah Chong dengan lulusnya akta itu ia akan menjadi duluan (precedent) untuk parlimen meluluskan apa sahaja akta untuk menyelamatkan syarikat.
Duluan melalui pewartaan Akta MAS akan menyekat persaingan dalam industri penerbangan, mewujudkan monopoli yang akhirnya merugikan rakyat Malaysia.
“Adakah kita akan melihat Akta 1MDB atau Akta Proton pula selepas ini?” soalnya. #sumber
Share:

Kit Siang: Sahih, Zahid Hamidi Langgar Sumpahnya Sendiri


KUALA LUMPUR: Sumpah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi musnah begitu sahaja apabila sehingga hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum disiasat, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Laporan telah dibuat ke atas kedua-duanya oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng 24 September lalu, selepas Ahmad Zahid bersumpah dengan nama Allah (wallahi billahi tallahii), bahawa polis akan menyiasat dalam tempoh 24 jam menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa sahaja yang menyentuh isu-isu sensitif.
“Amukan (Akta) Hasutan masih berterusan, sehingga hampir setiap hari ada seseorang disiasat atau didakwa di bawah akta itu, seolah-olah rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi masyarakat paling kuat ‘menghasut’,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Terbaru, pakar perlembagaan Dr Aziz Bari akan disiasat polis esok berikutan pandangannya dalam isu Menteri Besar Selangor.
“Zahid tidak menunaikan sumpahnya apabila sehingga kini tiada siasatan polis terhadap Mahathir dan Najib,” katanya lagi.
Lip Eng membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung tuduhannya bahawa Kit Siang bertanding di Gelang Patah pada PRU lalu untuk menghasut orang Cina membenci Melayu.
Manakala laporan terhadap Najib pula tentang ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno 20120, agar mempertahankan ‘kuasa Melayu’ di Putrajaya dengan apa sahaja cara.
Justeru itu, Kit Siang menggesa agar Zahid atau Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjelaskan jika polis sudah mengambil keterangan Mahathir dan Najib.
“Bila mereka akan dipanggil?” soal Kit Siang, sambil menjelaskan bahawa beliau tidak menyarankan agar mereka dihukum di bawah Akta Hasutan.
“Namun tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan dakwaan terpilih menunjukkan pencabulan dan salah guna melampau untuk menutup kebebasan bersuara, sama ada oleh wakil rakyat Pakatan, aktivis sosial, ahli akademik, wartawan dan juga pemimpin pelajar,” katanya lagi. #sumber
Share:

Lima Belas Ahli MPPP Tandatangan Petisyen Tolak Iszuree !


GEORGETOWNLima belas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menandatangani petisyen menuntut penamatan khidmat ahli PAS, Iszuree Ibrahim (foto) sebagai ahli MPPP.

Ahli MPPP, Harvinder Singh, yang mengetuai kumpulan itu, berkata tuntutan itu dibuat ekoran tindakan Iszuree yang didakwa membuat dakwaan palsu mengenai kerajaan negeri.

Harvinder berkata kini terpulang kepada kerajaan negeri, yang melantik ahli majlis, untuk bertindak sewajarnya.

Beliau berkata Iszuree kekal sebagai ahli majlis itu walaupun dia telah dilarang menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa kecil dan peruntukan belanjawannya telah dibekukan.



Harvinder berkata, adalah lebih baik jika Iszuree meneruskan agenda
politiknya di tempat lain dan bukan sebagai seorang ahli MPPP.



Bercakap dalam sidang akhbar di Komtar hari ini, Harvinder berkata pihaknya berharap khidmat Iszuree (kiri) akan ditamatkan dan jawatan diberikan kepada wakil PAS yang lain.

Kumpulan itu marah dengan ucapan Iszuree di muktamar PAS di Johor baru-baru ini di mana beliau menyamakan kerajaan Pulau Pinang dengan BN. #sumber
Share:

Azmin Ali: "Desakan Keluar", Pakatan Akan Bincang Isu PAS


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.
 
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi Selasa.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

"Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri pada Rabu bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.
Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang Isnin menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.
Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu. #sumber
Share:

Kenyataan Hasutan, Aziz Bari Bakal Di Soal Siasat Hari Ini !


PETALING JAYA: Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana komen yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Menurut laporan portal berita dalam talian, Aziz dijangka akan dipanggil untuk soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam hari ini selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadapnya.

"Beliau tidak pernah ditahan, tetapi hanya akan datang untuk disoal siasat esok (Rabu)," pegawai polis memberitahu portal berita.

Aziz, yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, sedang disiasat kerana kenyataan yang dibuat dalam artikel dalam talian awal bulan ini.

Kenyataan beliau didakwa telah mempersoalkan peranan royalti dalam politik dan juga mencadangkan kuasa budi bicara Sultan hanya terhad kepada keadaan di mana terdapat DUN tergantung.

Aziz akan menjadi ahli akademik kedua yang akan disiasat di bawah Akta Hasutan jika didakwa selepas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom didakwa pada awal September. #sumber
Share:

Wan Junaidi: Rangkaian Perbankan Negara Masih Selamat !


MELAKA: Rangkaian perbankan terutamanya perbankan internet di negara ini masih berada dalam keadaan selamat kerana kes menggodam mesin juruwang automatik (ATM) yang berlaku pada masa ini hanya membabitkan pencerobohan secara fizikal.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu hanya melibatkan pencerobohan terhadap sesebuah mesin ATM sahaja dan tidak membabitkan pencerobohan terhadap sistem rangkaian komputer bank terbabit.

"Saya cukup yakin sistem rangkaian perbankan kita masih selamat, orang ramai tidak perlu bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini, Selasa.

Sebanyak 70 bekas polis dan anggota pasukan 'Home Guard' menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di majlis itu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Sebanyak 17 ATM dipercayai digodam sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas.

Wan Junaidi berkata polis juga telah mengenal pasti hanya sejenis mesin ATM yang terlibat dalam kes itu dan akan meminta pihak bank bagi menggantikan mesin tersebut.

"Kita percaya kumpulan ini mensasarkan hanya mesin jenis ini yang mudah digodam dan dimasukkan virus...identiti mesin ini kita rahsiakan untuk tujuan keselamatan," katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat melalui rakaman kamera litar tertutup di bank terbabit, namun sehingga kini tiada lagi tangkapan dibuat.

"Kita cukup yakin suspek masih berada di Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk imigresen bagi mengesan suspek," katanya.

Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu dilakukan antara dua hingga tiga kumpulan yang berasingan dan siasatan masih dijalankan sama ada kumpulan terbabit beroperasi di bawah satu sindiket yang sama.

Katanya jenayah terbabit juga mirip dengan kes godam mesin ATM yang berlaku di kawasan lapangan terbang pada akhir tahun 90an. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.