Dalam kejadian di Taman Hi­buran Leheledu di Chongqing, barat daya China itu, Juan Niu, 8, diserang haiwan tersebut selepas dia menyelinap keluar dari tempat duduk penonton ketika mengunjungi taman tema itu bersama keluarganya.

Bagi mendapatkan pemandangan yang lebih baik, Juan Niu pergi ke sangkar haiwan itu, namun dia tergelincir dan termasuk ke dalam sangkar yang dipenuhi harimau sarkas berkenaan sebelum dia diserang haiwan tersebut di hadapan pengunjung taman berkenaaan.

Pelatih haiwan dengan segera menyelamatkan kanak-kanak itu yang cedera parah tetapi masih hidup, namun pihak hospital mengesahkan Juan Niu meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Pihak Taman Hiburan Leheledu kemudiannya menawarkan ganti rugi kepada keluarga itu dan berjanji untuk mempertingkatkan kawal­an keselamatan serta memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Perkara buruk seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami mengambil berat keselamatan pengunjung yang berada di taman ini dengan serius.

“Kami akan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa,’’ kata jurucakap taman tema itu seperti lapor mirror.co.uk.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas dise­rang seekor beruang apabila dia cuba menghampiri haiwan tersebut hingga mengakibatkan sebelah tangannya putus dalam kejadian di sebuah zoo di wilayah Henan. #sumber