script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'Harga Minyak Turun. "Bunuh Perniagaan" Peniaga Petrol !


PETALING JAYA: Peniaga Petrol mendakwa banyak stesen minyak mungkin perlu ditutup jika harga petrol terus jatuh, memberikan kerugian tinggi sebagai alasan.

Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga bahan api telah menyebabkan para peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000.

"Jika penurunan itu hanya beberapa sen, kita masih boleh berdepan dengan kerugian itu. Tetapi kini dengan penurunan 35 sen (petrol), kami membelinya pada harga tinggi dan menjualnya pada harga rendah.

"Jika ini terus dijalankan, ramai di antara kita terpaksa gulung tikar," katanya kepada The Star.

Sebelum ini, RON95 dan RON97 masing-masing dijual pada harga RM2.26 dan RM2.46 seliter, manakala diesel dijual pada harga RM2.23 seliter.

Harga baru yang bermula pada Jumaat menjadikan RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp) Datuk Abu Samah Bachik bimbang stesen minyak akan ditutup jika harga minyak akan turun dua hingga tiga kali lagi.

"Semua peniaga di negara ini terjejas, tiada seorang pun daripada kami terkecuali," katanya.

Abu berkata para peniaga sedang berbincang dengan kerajaan mengenai cara untuk menangani masalah ini.

Hashim sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa para peniaga sepatutnya mempunyai nilai stok bahan api untuk sekurang-kurangnya tiga hari, sambil menambah bahawa lesen operasi boleh ditarik balik jika ia tidak dipatuhi.

Katanya, ia adalah kerana petrol dan diesel telah dianggap sebagai barangan keperluan.

Ketika diminta mengesahkan khabar angin bahawa peniaga telah kehabisan bekalan, Hashim pada Khamis berkata keadaan ini mungkin disebabkan oleh pengguna jalan raya yang menahan  pembelian bahan api sehingga selepas perubahan harga yang baharu.

"Sesetengah (stesen) kehabisan bahan api kerana orang ramai tidak membeli petrol sehingga akhir bulan ini. Tetapi apabila harga turun, semua orang bergegas mengisi minyak, " katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek mengesahkan bahawa pengedar telah menyaksikan kerugian yang tinggi akibat penurunan harga petrol.

Ditanya apa yang akan dilakukan kerajaan, beliau menjawab, "Buat masa ini kita sedang melihat apa yang berlaku, tetapi kita juga mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat minyak dan peniaga (tentang perkara ini)."

Setiausaha Agung Fomca Datuk Paul Selvaraj berkata perubahan harga bermakna stesen minyak terpaksa berhadapan dengannya, memetik penurunan global harga minyak mentah. #sumber
Share:

Terkini: KM126, LPT Exit Temerloh Di Buka Semula Hari Ini !



KUANTAN: Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dari Plaza Tol Karak ke Plaza Tol Jabor boleh dilalui semua kenderaan mulai 12 tengah malam tadi.

ANIH Berhad, pengendali lebuh raya itu dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, Kilometer 126 hingga 126.9 dekat Temerloh bagaimanapun dibuka satu lorong sahaja di kedua-dua arah.



"Pemandu dinasihatkan supaya mengikut papan tanda yang disediakan," katanya.
Sebelum ini, KM126 lebuh raya itu terpaksa ditutup untuk semua lalu lintas kerana dinaiki air.


Menurut kenyataan itu, pengguna boleh menghubungi talian 03-61951474, 03-61951250, 03-61951266 dan 03-61951121 pada waktu berkerja atau mengikuti @lpttrafik untuk maklumat terkini keadaan trafik. #sumber

Share:

Jumlah Mangsa Di Kelantan, Pahang, Perak Terus Menurun


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Pahang dan Perak semakin baik dengan bilangan mangsa dipindahkan terus menurun setakat malam ini.
Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor dan Terengganu pula tidak berubah berbanding petang tadi, manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit.
Di PAHANG, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 43,624 orang berbanding 43,840 orang petang tadi di 193 pusat pemindahan dalam lapan daerah.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,885 orang di 36 pusat), Jerantut (4,024/34), Bera (3,521/18), Maran (2,438/21), Kuantan (1,074/empat), Lipis (671/10) dan Rompin (49/satu).
Di PERAK, jumlah mangsa sehingga malam ini menurun kepada 7,158 orang daripada 1,945 keluarga berbanding 7,346 mangsa daripada 2,013 keluarga di 48 pusat pemindahan di lima daerah. #sumber

Share:

Jalan Kuantan Ke Pekan Ditutup Kepada Semua Kenderaan


KUANTAN: Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air sedalam 400 milimeter sepanjang 500 meter.
Menurut laman Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, hakisan juga berlaku antara persimpangan lampu isyarat Lamir dan Petronas Ubai.
Kerja-kerja pembaikan sementara telah dijalankan oleh JKR Pekan tetapi keadaan hakisan bertambah kritikal disebabkan paras air semakin meningkat dan arus deras, menurut laman sosial itu.

Berikutan itu, jalan utama antara Pekan ke Kuantan perlu ditutup untuk lalu lintas bagi tujuan keselamatan pengguna dan kerja pembaikan sepenuhnya akan dilaksanakan setelah keadaan air di kawasan tersebut surut.

Pengguna jalan raya yang ingin ke Kuantan atau Pekan perlu menggunakan laluan di Leban Chondong-Muadzam-Gambang.

Menurut laman sosial itu, jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Paya Pulai serta jalan Temerloh-Jerantut telah dibuka kepada semua kenderaan.

Bagaimanapun jalan Kuantan-Kuala Lumpur masih ditutup di Sungai Jempol dan Pekan Tajau.

Sementara itu, menurut kenyataan pengendali rangkaian Lebuhraya Pantai Timur (LPT), jalan dari Plaza Tol Karak ke Temerloh akan dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 8 pagi Sabtu.
Namun, jalan dari Plaza Tol Temerloh ke Plaza Tol Chenor masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga paras air di Kilometer 126 surut sehingga tahap selesa. #sumber
Share:

Isu 1MDB: Pekida Buat Laporan Polis Terhadap Khairuddin


BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan (foto) kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
    
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di sini hari ini.
    
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah UMNO Bahagian Batu Kawan dan UMNO Pulau Pinang.
    
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul secara aman di luar IPD berkenaan.
    
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan. #sumber
Share:

QZ8510: Seramai 14 Lagi Mayat Mangsa Pesawat Di Temui !


PANGKALAN BUN: Empat belas lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8510 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pelbagai negara, pada hari keenam SAR di sekitar perairan Selat Karimata, di sini, hari ini.

Jumlah itu termasuk 10 jasad penumpang pesawat malang itu yang diterbangkan dari Pangkalan Bun dan sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya lewat petang ini.

Kesemua jenazah yang sudah diuruskan itu diterbangkan menggunakan pesawat Charlie CN-295 milik Tentera Nasional Indonesia (TNI). Terdahulu, setiap keranda membawa jenazah itu ditampal kertas berwarna biru tertulis angka 009 sehingga 018.

Sementara itu, empat lagi jasad mangsa pesawat yang tiba jam 6.45 petang waktu tempatan pula akan ditempatkan di Rumah Sakit Imanuddin, di sini, sebelum dijadual diterbangkan ke Surabaya, esok.

Kebanyakan mangsa yang berjaya diperoleh itu, ditemui terapung di sekitar perairan Teluk Kumai, di sini.


Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), SB Supriyandi, berkata kerja-kerja mengangkat mangsa berjalan lancar berikutan cuaca pada hari keenam operasi baik walaupun diselangi angin kencang dan hujan.

"Jumlah keseluruhan mangsa yang kini sudah berjaya diambil adalah 22 orang. 18 daripadanya sudah berada di Surabaya manakala empat lagi masih di sini (Pangkalan Bun)," katanya.

Operasi SAR yang turut disertai pasukan daripada Malaysia diwakili Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menangguhkan misi pencarian hari ini lewat petang tadi. #sumber
Share:

Banjir: PDRM Dan SKMM Giat Buru Penyebar Khabar Angin


PEKAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memburu penyebar khabar angin berkaitan kejadian banjir yang melanda negara sejak pertengahan bulan lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengesan pihak yang terlibat agar mereka dibawa ke muka pengadilan.
Beliau menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit dengan bencana banjir.
"Saya harap sangat agar orang ramai tidak mudah percaya dengan khabar angin. Kita harap mereka dapatkan maklumat yang sah daripada pihak berwajib. Kita tidak mahu ada lagi pihak mengambil kesempatan menyebarkan berita palsu hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk," katanya. #sumber

Share:

Dua Beradik Maut Bertembung Lori Hantar Bantuan Banjir !


KUANTAN: Dua beradik dilaporkan maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori yang menghantar bantuan bagi mangsa banjir, di Kilometer 52, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis malam Khamis.
Mangsa ialah pekerja kilang Mohd Haniff Mustafa, 30, dan adiknya Mohd Affandi Mustafa, 29, pekerja sebuah syarikat swasta yang kedua-duanya berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kemalangan 10.45 malam itu, isteri Mohd Haniff, Shahrina Arapali, 24, cedera parah dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.
"Mangsa bertiga dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Merapoh apabila kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu," katanya kepada Bernama.
Lori itu dilapor baharu selesai menghantar bantuan di Kelantan. Pemandunya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Abdul Razak berkata, siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh dan bercerun selain gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan. #sumber
Share:

Pesawat MAS Ke "Kota Kinabalu" Di Lencongkan Ke Miri !


KOTA KINABALU: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu terpaksa dilencongkan ke Miri berikutan cuaca buruk pada Jumaat.
Pesawat MH2604 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pukul 10.05 pagi.
Bagaimanapun, cuaca ribut memaksa juruterbang mengubah laluannya ke Lapangan Terbang Miri sementara menunggu keadaan cuaca kembali baik.
Tidak dipastikan berapa ramai yang menaiki pesawat MH2604 itu.
Pesawat tersebut kemudiannya berlepas dari Miri dan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 12.45 tengah hari. #sumber
Share:

AirAsia QZ8501: Mayat Khairunnisa Berjaya Di Kenal Pasti


PANGKALAN BUN: Mayat Khairunisa Haidar, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam pesawat AirAsia, QZ8501 antara 10 mayat mangsa yang berjaya ditemui dan dibawa ke daratan.
Nama Khairunnisa, terdapat dalam senarai Mangsa Bencana untuk proses pengecaman, merupakan salah seorang daripada dua pramugari yang bertugas dalam pesawat dan jasadnya dikenalpasti melalui tag nama tertera perkataan, 'Khairunnisa' pada pakaian seragam warna merah yang dipakainya. 
Dia turut memakai jam tangan analog berwarna perak di tangan sebelah kiri. Keranda mayat Khairunnisa dilabelkan dengan nombor 004, diterbangkan ke Surabaya pada Khamis. 
Khairunnisa telah berkhidmat dengan AirAsia selama dua tahun.

Ayah mangsa, Haidar Fauzie, sebelum ini sangat berharap agar mayat seorang kabin krew yang memakai seragam berwarna merah yang ditemui adalah anaknya bagi membolehkan upacara pengebumian segera dijalankan.

Sementara itu, Ketua Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau akan menemani keluarga Khairunnisa pulang ke tempat kampung halaman mereka di Palembang sekiranya keputusan bedah siasat positif mengesahkan jenazah tersebut milik mangsa.

"Sekiranya proses pengecaman mengesahkan mayat tersebut merupakan Khairunnisa, kita akan pergi terbang ke Surabaya dan pulang ke Palembang bersama keluarga mangsa. Ia sangat menyedihkan hati kami," menurut Tony di laman twitter miliknya.

Setakat pagi Jumaat, kira-kira 10 mayat berjaya dinaikkan ke daratan daripada selatan perairan Kalimatan lokasi di mana serpihan pesawat berjaya ditemui selepas ia hilang daripada radar pada 28 Disember lalu. Enam daripada jenazah berkenaan telah diterbangkan ke Surabaya untuk proses pengecaman identiti mangsa.

Seramai 162 penumpang berada dalam pesawat malang tersebut ketika kejadian, beberapa laporan menyatakan juruterbang telah meminta kebenaran untuk terbang pada ketinggian yang lebih tinggi daripada menara kawalan udaran ekoran cuaca buruk. 
Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) turut dibantu oleh beberapa negara termasuk Malaysia terlibat dalam usaha mengesan bangkai pesawat serta kotak hitam pesawat. #sumber
Share:

QZ8501: Ada Mangsa Masih Lagi Terikat Di Tempat Duduk


PANGKALAN BUN (Indonesia): Pasukan operasi mencari kini menemui 30 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia dan seorang pegawai tentera laut Indonesia berkata, lima daripadanya masih terikat di tempat duduk.
Komander kapal perang Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan memberitahu MetroTV bahawa lima mayat itu merupakan antara tujuh mayat yang ditemui di Laut Jawa dan telah dibawa menggunakan kapal milik Indonesia pada Jumaat.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Henry Bambang Soelistyo kemudiannya berkata, sejumlah 30 mayat mangsa nahas QZ8501 telah ditemui.
Seramai 162 penumpang dan anak kapal menaiki pesawat itu yang terhempas pada pagi Ahad lalu, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura. - The Inquirer/ANN
Menurut laporan awal, The Jakarta Post memberitahu bahawa sebanyak 12 mayat lagi ditemui oleh kapal milik Amerika Syarikat (AS), USS Sampson pada petang Jumaat.
"Helikopter tentera laut AS, UH60 Black Hawk menghantar lapan mayat petang ini dan empat lagi masih di Sampson," kata Pengarah Operasi Basarnas, Marshall SB Supriyadi dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara pada Jumaat.
Ketua Polis Kalimantan Tengah, Brigedier Jeneral Bambang Hermanu berkata, enam daripada 12 mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Imanuddin di Pangkalan Bun. 
Enam mayat itu terdiri daripada tiga lelaki, termasuk seorang kanak-kanak, dan tiga wanita.
Sepuluh mayat telah diterbangkan ke Surabaya selepas menjalani pemeriksaan pengencaman awal di Hospital Imanuddin dan akan dipindahkan ke Hospital Bhayangkara di Surabaya.
Jumlah itu menjadikan sebanyak 18 mayat telah dibawa ke Surabaya.
Operasi untuk menjejaki bangkai pesawat dan kotak hitam sedang dijalankan di Laut Jawa. #sumber
Share:

Terkini: Air Kian Surut Tapi LPT Kuantan-KL Masih Di Tutup


TEMERLOH: Keadaan banjir di KM126, LPT susur keluar ke Plaza Tol Temerloh dekat sini kelihatan agak surut daripada biasa. Dalam tinjauan krew kami ke lokasi petang semalam, mendapati air hanya tinggal beberapa meter sahaja dengan jarak sejauh 300 meter. Walau bagaimana pun laluan masih ditutup kepada semua kenderaan baik dari arah Kuala Lumpur mahu pun Kuantan. 



Laporan terkini awal pagi ini juga mengatakan air kian surut dan jika keadaan ini berterusan maka Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan dibuka seperti biasa dalam masa terdekat ini. Kerja-kerja penghantaran barangan keperluan banjir masih dilakukan dengan menggunakan bot dilokasi. Sementara itu difahamkan, laluan Temerloh ke Jerantut melalui Kuala Krau kini sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan. Foto-foto yang dipaparkan adalah situasi air di LPT Temerloh lewat petang semalam di lokasi terbabit.
Share:

Banjir Kian Pulih, Jumlah Keseluruhan Mangsa Kini Turun !


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini, terus mencatat penurunan, iaitu kepada 84,575 orang berbanding 91,025 orang malam tadi.
Keadaan banjir di Johor juga beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah sejak tiga hari berturut-turut manakala di Sabah pula, beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air pagi tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir menurun kepada 28,087 orang pagi ini berbanding 30,309 orang malam tadi di 153 pusat pemindahan.
Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, mangsa yang terdiri daripada 7,000 keluarga masih ditempatkan di 153 pusat pemindahan di tujuh jajahan.
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (976 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Bharu (1,440 orang), Machang (2,555 orang), Pasir Mas (281 orang), Gua Musang (3,006 orang). #sumber
Share:

Tragedi Shanghai: Wisma Putra Sahkan Pelajar Kita Maut !


PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden rempuhan di Chen Yi Square, Shanghai pada malam sambutan Tahun Baru.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, mangsa dipercayai merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Hangzhou namun namanya tidak dapat didedahkan sehingga keluarganya dimaklumkan mengenai berita itu.
"Usaha untuk memaklumkan keluarga mangsa di Malaysia sedang dilakukan," kata kementerian.
Menurut kenyataan itu, seorang lagi rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, cedera dalam insiden tersebut yang mengorbankan 35 orang dan mencederakan 48 yang lain.
"Dia diberikan rawatan di Hospital Changzheng, Shanghai.
"Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawatnya di hospital dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil," menurut kenyataan itu lagi.
Pihak konsulat turut membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang lain terlibat dalam insiden itu. #sumber
Share:

QZ8501: Misi Carian Disambung Dengan Kapal Lebih Besar


JAKARTA: Operasi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia memasuki hari kelima hari ini dengan Agensi SAR Nasional (BASARNAS) mengerahkan kapal melawan ombak, KN SAR Purworejo 101 yang mampu mengharungi ombak setinggi tiga meter ke lokasi pencarian.

KN SAR Purworejo 101 dilapor bersiap-siap untuk berlayar ke lokasi pencarian dari Pelabuhan Kumai, Kalimantan Tengah, bagi menggantikan kapal KN SAR 224 yang berukuran lebih kecil.

"Kapal ini akan belayar dua-duanya," kata Komandan Pasukan Khas BASARNAS, Charles Batlajery di Pelabuhan Kumai.


Kapal SAR Purworejo akan membawa puluhan penyelam BASARNAS ke lokasi pencarian hari ini dan mereka akan akan dibantu oleh 40 penyelam Tentera Laut Indonesia (TNI AL).


"Akan ada tambahan penyelam dari tiga lagi BASARNAS iaitu Aceh, Pontianak dan Pasukan Khas ini," katanya.

Tumpuan pasukan BASARNAS adalah melakukan penyelaman di zon yang sudah ditentukan selepas operasi penyelaman tertunda semalam disebabkan gelombang setinggi tiga meter. #sumber
Share:

QZ8501: Cuaca Kembali Buruk Sukarkan Usaha Pencarian !


PANGKALAN BUN: Hasrat pasukan mencari bangkai pesawat AirAsia yang tenggelam untuk menyambung semula operasi besar-besaran pada Khamis tertutup selepas cuaca yang semakin baik pada awal Khamis kembali buruk, menyebabkan kenaikan paras laut.

Selepas matahari terbit dan langit biru dapat dilihat,  timbul harapan baharu untuk penyelam menyiasat apa yang dipercayai sebagai bangkai pesawat Airbus A320-200, yang membawa 162 penumpang apabila ia terhempas pada Ahad ketika cuaca ribut yang kencang semasa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

"Awan semakin berat ... dan keadaan cuaca akan bertambah buruk lagi," beritahu pegawai rasmi pasukan mencari dan menyelamat, Tatang Zaenudin kepada stesen TV, sambil menambah keadaan itu akan mengehadkan carian udara.

"Untuk carian di laut, kami akan teruskan."

Sekumpulan 47 penyelam Tentera Laut Indonesia telah bersiap sedia untuk menyiasat objek besar dan gelap yang dikesan oleh sistem sonar di dasar laut, yang terletak pada kedalaman hanya 30-50 meter (100-165 kaki).

Jika ia adalah pesawat AirAsia, penyelam akan mendapatkan kotak hitam pesawat.

Tiada satu pun isyarat 'ping' kotak hitam yang telah dikesan, kata seorang pegawai.

Penyiasat membuat andaian berdasarkan teori bahawa pegun aerodinamik dikurangkan apabila juruterbang meningkatkan ketinggian untuk mengelakkan ribut.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tujuh mayat telah dijumpai dari perairan berhampiran lokasi kemalangan yang disyaki, bersama-sama dengan serpihan seperti beg pakaian, gelongsor kecemasan dan jaket keselamatan.

Mayat-mayat yang ditemui dari Laut Jawa dibawa menggunakan beberapa keranda ke Surabaya, di mana saudara-mara mangsa telah berkumpul, untuk pengenalan. Pihak berkuasa telah mengumpulkan DNA daripada saudara-mara untuk membantu mengenal pasti mayat.

Kebanyakan daripada 162 orang di atas kapal adalah dari Indonesia. Tiada mangsa yang selamat ditemui. #sumber
Share:

Penduduk Belitung Dakwa Nelayan Temui Mangsa Selamat


BELITUNG: Terdapat penumpang pesawat milik AirAsia Indonesia, QZ8501 berjaya diselamatkan oleh nelayan di perairan Belitung Timur di sini dakwa BangkaPos.com.
Dalam laporan yang dimuat naik pada Rabu itu, portal berita tersebut menyebut dakwaan itu merupakan khabar angin yang telah tersebar di kalangan penduduk di sini.
Bagaimanapun jelas BangkaPos.com, tiada kebenaran dan pengesahan diperolehi berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
"Tiada pengesahan boleh dibuat hasil daripada maklumat tersebut setakat ini walaupun ada yang mengatakan bahawa terdapat penumpang telah diselamatkan nelayan.
"Malah mayat mangsa juga telah ditemui terapung di perairan Jawa yang merupakan lokasi nahas," kata pegawai polis Belitung, Yanto.
Tambahnya, berdasarkan maklumat dari Pangkalan Bun, berkemungkinan besar tiada mangsa nahas yang terselamat.
Oleh itu penduduk telah diminta supaya menghentikan sebarang khabar angin berhubung nahas pesawat QZ8501. #sumber
Share:

Jumlah "Mangsa Banjir Di Negeri Pahang" Terus Menurun !


KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di seluruh negeri Pahang mencatat sedikit penurunan kepada 51,173 orang berbanding 51,356 orang yang ditempatkan di 244 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah paling banyak iaitu 21,301 orang di 65 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 12,866 orang di 41 pusat pemindahan, Jerantut (5,231 orang/57 pusat), Lipis (3,478 orang/23 pusat), Maran (3,352 orang/28 pusat), Bera (3,174 orang/19 pusat), Kuantan (1,641 orang/lapan pusat) dan Rompin (130 orang/tiga pusat). #sumber
Share:

MKN Nafi Ribut Tropika Jangmi Landa 90 Peratus Kawasan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menafikan dakwaan kononnya ribut tropika 'Jangmi' akan melanda 90 peratus kawasan di Malaysia pada 3 Januari ini.
Beliau berkata, mesej yang tersebar secara meluas di laman sosial pada Rabu berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali. 
Mohamed Thajudeen menjelaskan bahawa ribut tropika Jangmi yang kini berada di kawasan perairan Filipina dijangka akan menjadi lemah di kawasan Laut Sulu. 
"Cuma yang akan berlaku nanti ialah laut akan bergelora, dan berlaku hujan di beberapa kawasan khususnya di sebelah timur Malaysia.
"Kita telah semak dengan Jabatan Meteorologi dan mereka nyatakan ribut tropika itu memang berada di kawasan Filipina. Tetapi tidaklah sampai akan melanda 90 peratus kawasan Malaysia. Ia akan menjadi lemah di Laut Sulu," katanya ketika dihubungiBernama pada Rabu.
MKN menyifatkan penyebaran berita tidak benar sebagai perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab, kata Mohamed Thajudeen. 
Beliau menasihatkan agar perbuatan itu dihentikan, memandangkan rakyat Malaysia baru hendak pulih daripada bencana banjir dan mahu memulakan hidup baharu.
"Janganlah buat perbuatan khianat ini kepada rakyat. Cerita-cerita begini mewujudkan suasana panik, cemas dan mengecewakan rakyat. Perbuatan ini tidak baik dan boleh dianggap mengkhianati rakyat Malaysia," katanya.
Pada Selasa, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora hanya di perairan Sabah, Labuan, dan Miri serta Bintulu di Sarawak dalam tempoh 31 Disember hingga 2 Januari.
Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, pantai barat, Sandakan dan pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Januari 2015, kerana ribut tropika itu dijangka akan menyebabkan cuaca buruk di kawasan-kawasan berkenaan.
Che Gayah berkata, ramalan dari Joint Typhoon Warning Centre (JTWC) menyebut bahawa ribut itu berada 665km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam.
"Ribut itu boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60kmsj yang berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata Che Gayah. 
Beliau berkata, ia boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam makluman terbaharunya menyatakan ribut tropika Jangmi telah menjadi lemah kepada Lekukan Tropika pada 12 tengah hari Rabu.
Lekukan Tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, pantai barat dan pendalaman), Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak.
"Mengikut cerapan pada jam 12 tengah hari tadi, Lekukan Tropika ini berada pada kedudukan latitud 8.9 darjah Utara dan longitud 121.7 darjah Timur. Jarak paling hampir dengan bandar di Malaysia ialah 527 km ke Timur Laut Sandakan.
"Ia sedang bergerak ke arah selatan dengan kelajuan 12kmsj," menurut kenyataan jabatan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet. #sumber
Share:

Sebar Berita Palsu Isu Banjir, SKMM Akan Panggil 14 Lagi !


CYBERJAYA: Setelah lapan individu diminta tampil memberi keterangan sejak tiga hari lepas, 14 lagi akan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat setelah ditentusahkan keterlibatan mereka untuk membantu siasatan ke atas 10 kes penyebaran berita palsu mengenai banjir yang telah melanda beberapa negeri. 
“Sebelum ini kami telah mengenal pasti tiga kes penyebaran berita palsu, iaitu berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, berita palsu mengenai kerajaan menyembunyikan fakta kematian ramai mangsa banjir, dan berita palsu kematian di Guchil yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. 
"Setakat ini, kami telah mengenal pasti sebanyak 10 kes berita palsu yang tersebar dan sedang berusaha menentusahkan individu-individu yang boleh membantu siasatan. Beberapa individu yang terlibat telah diminta untuk memberi keterangan di pejabat MCMC kelmarin dan semalam. 
"Sebaik sahaja individu-individu ditentusahkan keterlibatan, mereka akan diminta untuk tampil dengan kadar segera,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi (foto) dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau lagi, jumlah individu yang akan dipanggil berkemungkinan akan bertambah kerana siasatan sedang giat dijalankan oleh MCMC.
“Jangan berkongsi berita dalam keadaan beremosi kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan. Periksa dahulu kesahihan berita tersebut sebelum berkongsi dan memaparkannya dalam aplikasi pesanan dan media sosial,” tambah beliau.
Orang ramai dinasihat untuk berhenti menyebarkan 'berita' berikut yang sedang dalam siasatan:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.
Share:

KD Pahang Temui "Tiga Lagi Mayat" Mangsa Nahas QZ8501 !


KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. 
Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata, tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.
"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.
Dengan penemuan itu, sudah tujuh mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).
Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.
Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.  
Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang). Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan sejak Isnin lepas. #sumber
Share:

Helikopter PDRM Terlibat Kemalangan Dekat Tanah Merah !


KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu dan berkata, dua juruterbang dan dua kru selamat.
Katanya, keempat-empat mereka terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang awam.
"Saya mengesahkan kesemua mereka selamat," katanya ketika dihubungi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan. #sumber
Share:

Harga "Petrol Turun 35 Sen, Diesel 30 Sen" Mulai 1 Januari !


PETALING JAYA: Harga petrol RON95 dan RON97 akan menurun sebanyak 35 sen seliter manakala diesel turun 30 sen, mulai 1 Januari 2015.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.91 untuk petrol RON95, RM2.11 (RON97) dan RM1.93 bagi diesel.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan akan terus memantau harga pasaran petrol dan diesel, dan juga kadar pertukaran mata wang, dalam beberapa bulan akan datang.
Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.
Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.