script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Nasrudin Hassan Tarik Diri, Tanding Jawatan Naib Presiden

KUANTAN: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menarik diri daripada bertanding untuk merebut jawatan naib presiden parti itu dalam muktamar Pas yang akan diadakan hujung minggu ini.
Katanya, penarikan itu dibuat bagi memberi laluan kepada tokoh baharu yang lebih berkaliber untuk menggalas amanah berkenaan.

“Saya dengan segala rendah hati bahawa saya menarik diri daripada pencalonan naib presiden, kerana pastinya laluan wajar diberikan kepada figura yang lebih baik untuk menggalas amanah perjuangan ini di posisi tersebut.

“Selain daripada muka lama selaku penyandang, perwakilan mempunyai tokoh-tokoh baharu yang telah bersedia menerima pencalonan kawasan ke posisi penting ini,” katanya ketika ditemui wartawan di sini, semalam.

Nasrudin memberitahu, tokoh baharu yang dimaksudkan itu adalah Ahli Majlis Syura, Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memaklumkan akan terus memberi sumbangan kepada parti, melalui jawatan yang dipegang sekarang, jika masih diberi peluang oleh perwakilan.

“Saya akan terus menyumbang bakti untuk jemaah ini, bagi menggerakkan tarbiyah, dakwah dan siasah secara berimbang dan sepadu sebagai jawatankuasa Pas Pusat, jika masih diberi kepercayaan oleh perwakilan di muktamar kelak.

“Saya berdoa dan berharap agar tindakan dan pilihan saya ini benar dan saya juga berdoa agar Pas akan terus hebat dan memiliki Izzah (kemuliaan) mendepani massa,” katanya. #sumber


Share:

Dr Mahathir Ragu Malaysia Capai Status Negara Maju 2020

KUALA LUMPUR: Pendapatan per kapita bukan ukuran sebenar status pembangunan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sebagai contoh, kita mesti mempunyai penduduk berpendidikan tinggi. Secara dasarnya harus 100 peratus," kata Dr Mahathir dalam ucapannya bertajuk 'Leadership in the Final Push Towards Vision 2020' semasa makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Hotel Istana, malam Isnin.
Bekas perdana menteri itu telah mengilhamkan Wawasan 2020 pada  1991 ketika  permulaan Rancangan Malaysia Keenam bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun itu.
"Selain itu, industri yang dibangunkan seharusnya merupakan industri moden yang mencerminkan pengetahuan rakyat," jelas Dr Mahathir.
Beliau turut mengkritik dasar-dasar pentadbiran sekarang yang terlalu memberi fokus kepada pendapatan tinggi, sambil menambah bahawa menaikkan dasar gaji minimum akan membuat negara miskin.
"Bercakap tentang pendapatan tinggi, pendapatan tinggi, pendapatan tinggi. Tidak bercakap tentang produktiviti," katanya.
Dr Mahathir berkata, kepimpinan memainkan peranan penting dalam kemajuan sesebuah negara.
Tambah beliau, dalam tempoh masa lima tahun mencapai matlamat itu, kerajaan memerlukan usaha keras dalam mewujudkan masyarakat yang canggih, celik, kreatif dan produktif.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu masih diragui sama ada ia boleh dicapai atau sebaliknya. #sumber

Share:

Adik Bekas Menteri 'Mat Malaya' Di Tangkap Di Kundasang


KOTA KINABALU: Penjenayah terkenal Mat Malaya akhirnya berjaya ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kundasang lewat malam Isnin.
Lelaki berusia 44 tahun itu merupakan adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar ditangkap bersama-sama dengan isterinya berusia 24 tahun dan bayi perempuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Datuk Sallehhudin Abd Rahman berkata suspek yang dikehendaki kerana menembak seorang mekanik pada 6 Mei lalu tidak membantah ketika penangkapan dilakukan.

Mat Malaya atau nama sebenarnya Mohd Jusnaidi Omar sedang disiasat kerana cubaan membunuh dan memiliki senjata api.

Polis, bagaimanapun, tidak menemui sebarang senjata dalam simpanannya.
Suspek dikatakan telah menembak seorang mekanik di bengkel penghawa dingin kereta selepas kedua-dua mereka merenung antara satu sama lain.
Suspek kemudian naik berang dan bertindak menembak mangsa.

Mat Malaya sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. #sumber
Share:

Tawaran Jutawan, Punca Aktiviti Bauksit Sukar Di Bendung


KUANTAN: "Patutlah peneroka Felda, beriya-iya benar mahu meneruskan usaha menjuakan tanah-tanah mereka... rupanya mereka dijanjikan jutawan oleh para pelombong", ujar seorang penduduk di Taman Impianku dekat sini, susulan tersebarnya salinan surat tawaran mencari gali bauksit yang sedang diviralkan di aman sembang sosial facebook sejak beberapa hari lalu.

"Bayangkan jika kita benarkan tanah-tanah diambil untuk cari gali bauksit dalam masa 3 bulan sahaja, maka para peneroka berpeluang menjadi jutawan segera. Mungkin, inilah punca isu bauksit terlalu sukar untuk diselesaikan", kata beliau lagi. 



Salinan surat berkenaan juga diterima oleh Pahang Daily sejak semalam. Antara lain kandungan surat itu menyatakan dengan detail bayaran-bayaran yang akan diterima oleh tuan punya tanah jika membenarkan cari gali bauksit dilakukan di atas tanah-tanah mereka.



Apapun, semoga pihak kerajaan dapat memantau aktiviti yang semakin kritikal sekarang ini. Soal melombong itu hak masing-masing, tapi pemantaun yang lebih rapi peru dilakukan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar yang berlaku mutakhir ini, katanya. #PDONEWS
Share:

Tawaran Satu Juta, Mungkinkah Tun Mahathir Akan Ghaib !


GELANG PATAH: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan hilang dari persada politik akibat ‘amaran’ sejuta ringgit bagi sesiapa yang mahu mendedahkan salah guna kuasanya?
Demikian soalan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang setelah politik negara hangat ekoran pertelingkahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir.
“Sebelum PRU 13, saya pernah umumkan, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya,  kita akan buka semula siasatan ke atas skandal RM30 bilion tukaran wang asing Bank Negara dan RM100 bilion skandal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir.
“Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, semua agensi kerajaan dijadikan hamba kepada seorang lelaki, Mahathir,”jelas Kit Siang.
Pertelingkahan antara Mahathir dan Najib semakin keji apabila kedua-dua mereka dilihat cabar-mencabar antara satu sama lain dalam mendedahkan skandal masing-masing.
Politik londeh-melondeh itu semakin hangat apabila terbaru NGO Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan sejuta ringgit bagi mendedahkan harta persendirian Tun Mahathir.
Kit Siang berkata, sangat menyedihkan melihat politik Malaysia ketika ini apabila ia menyebabkan berlaku suasana tidak menentu.
“Daripada asyik bersaing siapakah yang lebih teruk (dalam mentadbir), kita harus berusaha untuk meningkatkan penanda aras pencapaian manusia tentang siapakah yang lebih baik untuk rakyat dan negara,”ujar Kit Siang. #sumber
Share:

Tony Pua: "Kerja Menyelamat", Akui Sajalah 1MDB Lumpuh !


PETALING JAYA: Kerja-kerja menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang giat dilaksanakan kerajaan membuktikan anak syarikat Kementerian Kewangan itu telah lumpuh.
Terbaru, Kementerian Kewangan melalui Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Handzlah mengumumkan dua projek 1MDB iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia sebagai dua buah pengurusan berasingan.
Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, langkah mengeluarkan dua entiti itu jelas menunjukkan ini sebagai langkah awal kerajaan bagi membubarkan 1MDB yang telah lumpuh akibat beban hutang melampau RM42 bilion.
Tony memetik laporan Bernama yang turut ‘mengesahkan’ masa depan gelap 1MDB apabila menyatakan syarikat itu akan dibubarkan dan semua operasinya akan dipindah kepada tiga firma berasingan.
“Apa lagi yang tinggal dengan 1MDB jika tidak dibubarkan?
“Husni perlu akui bahawa 1MDB sudah lumpuh dan akan dibubarkan. Dia patutnya hadapi kenyataan 1MDB gagal dan dia perlu cari dalang yang buat negara kita hilang berbilion ringit,” tegas Tony lagi. #sumber
Share:

Dr.M: 'Kalau Saya Najib Saya Buang Menteri Tak Sehaluan' !


PUTRAJAYA: Mana-mana menteri Kabinet yang tidak sehaluan dengan kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri patut disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bertindak sedemikian apabila menteri-menteri di bawah pentadbirannya dahulu tidak setuju dengan apa yang beliau putuskan dalam sesuatu isu.
Justeru, beliau menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan melakukan tindakan sama dengan memecat mana-mana menteri yang tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Saya kalau jadi Najib saya buang sajalah orang yang tak suka dengan saya...saya buang.
"Dulu pun saya buang banyak orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto 2015 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa menteri dan pemimpin parti yang mengkritik cara Najib menangani isu 1MDB dan terus mendesak agar beliau memecat ahli lembaga pengarah 1MDB.
Antara yang membuat gesaan dan memberi pandangan sedemikian termasuklah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Perdana Menteri tidak harus mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dalam isu ini kerana ia akan dijadikan modal politik pembangkang dan menyebabkan pentadbiran kerajaan tumbang.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan juga bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin bahawa penyingkiran ahli lembaga pengarah 1MDB dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai skandal itu.
Turut berpandangan sama adalah Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang turut menggesa agar polis menyiasat syarikat tersebut.
Sementara itu, veteran UMNO dan juga bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata, seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB.
Tengku Razaleigh ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, seluruh Kabinet perlu bertanggungjawab kerana bebannya bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja. #sumber
Share:

Mufti Pahang: Pelarian Rohingya Juga Berhak Terima Zakat


KUANTAN: Kutipan wang zakat di negara ini boleh digunakan untuk membantu pelarian Rohingya kerana mereka termasuk dalam kategori 'ar-Riqab', salah satu golongan asnaf.  

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman (foto) berkata 'ar-Riqab' bermaksud' seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri' yang berada dalam posisi kelima yang berhak menerima zakat, selepas fakir, miskin, amil, dan mualaf.    

"Pasa zaman dahulu, 'Riqab' dikategorikan kepada golongan hamba yang tertindas, namun pada masa kini, ia boleh digunakan kepada pelarian Rohingya kerana mereka juga tertindas dan menerima tekanan daripada pemerintah negara mereka," katanya.  

Abdul Rahman bercakap kepada pemberita selepas menganggotai panel pada 'Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Peringkat Kebangsaan 2015' anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin .

Persidangan tersebut turut dihadiri Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti Brunei Datuk Paduka Seri Setia Awang Suhaili Mohiddin. 




Sementara itu, Mohamad Shukri berkata pelarian Rohingya juga berhak menerima zakat di bawah kategori 'Ibnus Sabil' iaitu musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negara yang mendatangkan pulangan yang baik kepada umat Islam.  



Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku negara Islam mempunyai kewajipan untuk membantu golongan itu atas dasar semangat kemanusiaan dan satu agama, katanya.  




"Bagaimanapun, kita tidak boleh begitu bergantung kepada wang zakat. Apa yang lebih utama adalah sedekah kerana (kutipan) zakat adalah terhad. 

Sedekah itu berpanjangan," katanya.  

Sementara itu, Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata Malaysia adalah penyumbang tertinggi kepada jurnal berkaitan zakat di Library Philosophy and Practice (e-journal) University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. 




"Kajian pada bulan Disember 2014 mendapati bagi tempoh 10 tahun antara 2003 hingga 2013, hanya 108 karya ilmiah berkaitan zakat diterbitkan, dengan sumbangan tertinggi daripada Malaysia, iaitu sebanyak 47 artikel," katanya.  

Teks ucapan beliau dibacakan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP Wan Azhar Wan Yusof.  

Lebih 100 peserta mengikuti persidangan sehari itu yang bertemakan 'Zakat Pemacu Ekonomi Ummah'.#sumber
Share:

NGO Gesa Kes MA Cuai Klinik Kesihatan Bukit Goh Disiasat


KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, digesa menyiasat aduan seorang wanita dari Taman Bukit Goh Perdana dekat sini yang mendakwa begitu kecewa dengan sikap tidak profesional Pembantu Perubatan (MA) di Klinik Kesihatan Bukit Goh (KSBG). Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) kepada Pahang Daily hari ini. 

Menurut Shukri, laporan berkenaan kecuaian pegawai terbabit yang tidak mahu menjalankan tanggungjawab terhadap wanita berkenaan amatlah dikesali. Malah katanya, jika benar dakwaan itu maka pegawai terbabit wajar dikenakan tindakan tatatertib.

Kenyataan wanita yang menggunakan nama Liesa Harith itu telah menjadi viral di laman sembang sosial group Warga Kuantan sejak semalam. "Saya difahamkan kejadian melibatkan seorang bayi yang merupakan anak saudara wanita terbabit. Bayi berkenaan dilaporkan tersedak susu ketika tidur. Dek kerana bayi itu sudah tidak bermaya dan mukanya menjadi biru maka beliau terus membawa bayi itu ke Klinik Kesihatan Bukit Goh (KKGB) sekitar jam 8.10 malam. Difahamkan juga dalam perjalanan beliau beberapa kali sedaya upaya cuba memberikan bantuan pernafasan dan menepuk-nepuk bayi tersebut", dakwa Shukri.



"Saya juga dimaklumkan, keadaan agak reda ketika bayi itu tiba di KKGB...tetapi muka pucat, badannya agak lemah dan tak bergerak.. apa yang menyedihkan wanita terbabit bila bantuan yang diminta daripada Pembantua Perubatan (MA), beliau langsung tidak mahu menyentuh bayi terbabit, apatah lagi untuk membantu. Malah MA itu dilaporkan berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana bayi terbabit masih kecil. Lebih mengharukan dia pula suruh wanita berkenaan membawa bayi itu ke Klinik 1Malaysia di UTC Pahang yang jarangnya lebih 15 kilometer dari lokasi terbabit", tambah Shukri.


Foto kembar bayi yang berkenaan berjaya dirakamkan

"Akibat terlalu kecewa dengan sikap MA berkenaan, wanita itu memohon bantuan pernafasan (oksigen)... Namun MA itu tidak benarkan sama sekali. Akibat terlalu kecewa beliau akhirnya keluar dari KKBG dan membawa bayi itu ke Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) yang terpaksa melalui jalan sesak (jem)  dan sebagainya. Demikianlah luahan kekecewaan beliau yang dipaparkan di laman facebook Warga Kuantan itu", dakwa Shukri lagi. 

Persoalannya sekarang, kenapakah kejadian seperti ini boleh berlaku di zaman moden seperti hari ini. "Mana pergi ambulan dan tidak wajar seroang MA boleh lepas tangan sebegitu mudah.. Saya difahamkan mangsa juga sudah menghantar surat kepada Pengarah Kesihatan Negeri Pahang untuk menyiasat perkara ini. Justeru, saya amatlah berharap agar tindakan tegas diambil terhadap Pegawai Perubatan yang berkenaan. Memang ada banyak laporan yang kami terima sebelum ini, namum kes terbaru yang melibatkan wanita terbabit amatlah mengejutkan sama sekali. Bayangkan jika bayi itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan? Pasti isu yang lebih besar akan timbul", kata Shukri.  # PDONEWS



Share:

Imej 'Google' Mungkin Budak Yang Mati Di Tanam, Di Dapur




PETALING JAYA: Satu imej yang ditemui pada aplikasi Google Street Viewmenunjukkan sepasang adik-beradik yang mahu keluar dari rumah mereka di Taman Usaha Jaya, Selangor mungkin kelihatan biasa sahaja.
Namun imej yang dirakamkan menerusi kamera Google Street View pada Februari 2014 mencetuskan persoalan apabila ada yang beranggapan bahawa budak lelaki dalam imej itu mungkin mayat yang ditemui ditanam di lantai dapur rumahnya pada Sabtu lalu.
Identiti budak lelaki dalam imej berkenaan bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Jiran, Azizan Shafiee berkata, dia tidak dapat menentukan sama ada budak lelaki dalam imej itu merupakan kanak-kanak yang hilang kira-kira seminggu sebelum keluarga itu berpindah.
"Gambar tersebut agak gelap untuk dilihat. Saya tidak mengecam budak lelaki itu kerana imej wajahnya kabur," kata Azizan.
Terdapat beberapa report yang berbeza mengenai bilangan adik-beradik dalam keluarga itu, walaupun kenyataan polis baru-baru ini menyebut terdapat dua lelaki dan seorang perempuan.
Satu mayat kanak-kanak dipercayai seorang kanak-kanak lelaki ditemui tertanam di rumahnya di Kepong pada Sabtu lalu.
Mayat itu dibawa Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Ibu bapa kepada kanak-kanak itu kini ditahan di Sabah untuk siasatan berhubung kes berkenaan. #sumber

Share:

Penumpang Kecewa, Bas Turunkan Mereka Tepi Lebuhraya


MARAN: Sepasang suami isteri warga emas terkilan dengan sikap tidak bertimbang rasa pemandu sebuah bas ekspres yang tergamak menurunkan mereka di tepi jalan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat susur keluar Maran ketika hujan lebat.


Shaharudin Hamzah, 67, dan isteri Fatimah Omar, 66, menaiki bas ekspres berkenaan bagi destinasi dari Kota Bharu ke Temerloh dan mereka sepatutnya diturunkan di Bandar Maran.


Shaharudin berkata, dia menggunakan perkhidmatan syarikat bas tersebut sejak beberapa tahun lalu dan kebiasaan pemandu akan berhenti di pondok menunggu bas berhadapan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran bagi menurunkan penumpang (jika ada), sebelum


meneruskan perjalanan ke Temerloh.


Menurutnya, pada malam kelmarin, pemandu bas syarikat yang sama enggan memasuki Bandar Maran dengan alasan tidak mengetahui jalan ke sana.


“Kami bertolak dari Kota Bharu pada jam 9.30 pagi dan sebaik sampai di Setiu, bas asal mengalami kerosakan dan digantikan dengan bas lain termasuk pemandu.


“Ketika di Gambang, saya maklumkan kepada pemandu berkenaan untuk turun di Bandar Maran.


“Tetapi lebih kurang jam 8 malam apabila tiba dekat dengan susur keluar tol Maran, pemandu bas tidak mahu masuk ke Bandar Maran dengan alasan tidak tahu jalan,” katanya.


Shaharudin berkata, penumpang lain turut membantah tindakan pemandu bas tersebut yang tetap bertegas walaupun ketika itu hujan lebat.


Menurutnya, tanpa sebarang pilihan, mereka terpaksa turun sebelum bas itu berlalu pergi.


“Kami ingatkan pemandu bas akan masuk Bandar Maran seperti kebiasaan dan selalunya bila sampai baru kami telefon anak minta ambil.


“Bila pemandu itu bertegas maka terpaksalah kami turun dan menunggu anak datang ambil hampir 30 minit dalam hujan lebat.


“Hendak berjalan ke tol Maran pula jauh malah kudrat yang kurang berdaya dengan membawa beg, memang kami tidak mampu berjalan kaki ke sana,” katanya.


Shaharudin berkata, dia cukup terkilan dengan sikap pemandu bas tersebut yang tidak bertimbang rasa terhadap penumpang dan berharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain. #sumber
Share:

Bauksit: Penduduk Lega, Amaran Kerajaan Negeri Berkesan


KUANTAN: Amaran kerajaan negeri terhadap pengusaha lombong dilihat berkesan apabila aktiviti pemunggahan semakin berkurangan sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Rata-rata penduduk setempat terutamanya di sekitar Bukit Goh mampu menarik nafas lega dengan amaran yang dikeluarkan itu, malah tiada lagi kesesakan berlaku di kawasan perkampungan mereka itu.

Salah seorang penduduk, Ishak Abdullah, 46, berkata walaupun kerja-kerja pemunggahan masih lagi dilakukan, namun kebanyakan pengusaha bauksit di kawasan tersebut dilihat telah mengehadkan aktiviti tersebut.

“Jika dulu kawasan ini sesak dengan aktiviti mengangkut bauksit, tetapi kini, kerja mengangkut bahan mineral tersebut semakin berkurangan malah pergerakan lori berkenaan agak sistematik.

“Saya percaya perubahan ini berlaku selepas kerajaan memberi amaran dan akan mengambil tindakan kepada pengusaha yang gagal mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, amaran sedemikian sepatutnya telah lama diberikan kepada pengusaha bagi membolehkan mereka melakukan kerja tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan.

Katanya, jika pengusaha berterusan bertindak sebegini, beliau yakin pencemaran di kawasan ini dapat dikurangkan.
“Debu dan lumpur tetap ada bila musim hujan, tapi bila ada penguatkuasaan sebegini ia dapat mengurangkan pencemaran berbanding sebelum ini. Jadi, rakyat tidak akan merungut lagi sekiranya pengusaha lombong mematuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Ishak memberitahu agensi berkaitan perlu beri kerjasama mempergiatkan penguasaan dan pengawalan di kawasan perlombongan dikenal pasti.
“Amaran dah dikeluarkan dan agensi terlibat sepatutnya memainkan peranan memantau bukannya membiarkan aktiviti pemunggahan ini. Saya bimbang amaran ini hanya dipatuhi seketika,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rahmat Marzuki Abd Razak, 46, berpendapat aktiviti pemunggahan bauksit di kawasan itu masih beroperasi seperti biasa, namun kerja memunggah bahan itu semakin berkurangan.

“Sebelum amaran, aktiviti memunggah tak dapat dibendung dan menyusahkan penduduk dengan kesesakan lalu lintas. Tapi kini ada sedikit perubahan, tapi tak yakin berapa lama peraturan dipatuhi,” katanya. #sumber


Share:

Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Beliau Terhadap Anwar


KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik balik saman menuntut RM50 juta terhadap bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan itu selepas bertemu dengan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful Bukhari di kamarnya di sini.

Difahamkan, tiada sebab dinyatakan berhubung penarikan tersebut.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini.

Latheefa berkata hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman. #sumber
Share:

Strok Haba "Punca Sebenar Enam Maut" Di Festival Muzik !


KUALA LUMPUR: Sejak lebih setahun, ramai yang mempercayai kematian enam penonton konsert di Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 pada awal tahun lalu disebabkan oleh pengambilan dadah secara berlebihan.
Bagaimanapun, keputusan bedah siasat yang dikeluarkan dua bulan selepas kematian itu menunjukkan bahawa ia berpunca daripada strok haba, dan bukannya pengambilan dadah sebagai sebab utama.
Dua daripada 16 peserta festival itu dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi tidak dikesan mempunyai bahan dilarang, menurut seorang pakar patologi yang terlibat dalam kes itu, sekali gus bercanggah dengan kenyataan polis sebelum ini bahawa kematian kesemua mereka dikaitkan dengan dadah.

Namun timbul dakwaan di mana pihak berkuasa tidak membuat keputusan yang diketahui itu dan menjadikan 'kematian disebabkan pengambilan dadah berlebihan' sebagai asas untuk membatalkan beberapa konsert baru-baru ini dan satu di Singapura.
Ketua Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr K. Nadesan berkata, beliau telah menghantar beberapa laporan terperinci bagi memperbetulkan kenyataan polis.

"Secara umumnya, polis tidak menunjukkan minat mereka terhadap laporan-laporan itu. Malangnya, mereka membuat kenyataan tanpa alasan saintifik yang lengkap, di mana ia bukanlah dilakukan dengan cara yang betul.
"Mereka sepatutnya bercakap kepada kita dan meminta satu inkues terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan umum untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," katanya.
Dr Nadesan berkata, pihak hospital mengendalikan bedah siasat terhadap tiga peserta yang maut dan turut merawat sembilan yang lain.
Beliau berkata, mereka yang maut disahkan positif dadah jenis ekstasi atau MDMA, tetapi ia jauh lebih rendah daripada tahap purata rekreasi dadah iaitu 0.1 sehingga 0.25 mikrogram per mililiter.
Dalam insiden pada 15 Mac tahun lalu, enam penonton konsert di Stadium Bukit Jalil maut dan mereka terdiri daripada Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M. Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23; dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Prosedur autopsi dilakukan ke atas mayat, termasuk salah satunya mempunyai suhu 39 darjah selsius yang membawa kepada penemuan Dr Nadesan bahawa kematian berpunca daripada strok haba.
"Saya terkejut kerana apabila saya tampil untuk membuat pemeriksaan, tanggapan daripada pengumuman polis adalah peserta telah mengambil dadah secara berlebihan.
"Malah doktor-doktor di bahagian trauma beranggapan semua peserta ini terlalu khayal kerana dadah dan merawat mereka atas pengambilan bahan itu secara berlebihan dan bukannya strok haba.
"Penemuan autopsi dan perubatan tidak merujuk kepada pengambilan dadah secara berlebihan. Polis tidak mempunyai asas untuk berkata demikian. Ia merupakan satu tanggapan yang salah," katanya.
Dr Nadesan berkata, dua daripada sembilan mangsa strok haba tidak mempunyai kesan dadah dalam sistem badan mereka mankala yang lain positif dadah jenis MDMA, ketamin dan morfin.
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang mengendalikan autopsi ke atas tiga lagi mangsa enggan mendedahkan keputusan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan laporan kematian mengejut terhadap enam peserta itu berpunca daripada strok haba.
Dr Nadesan berkata, keadaan semasa hari kedua festival itu disebabkan oleh jerebu yang tebal, kelembapan tinggi dan suhu 35 darjah selsius merupakan punca utama tragedi yang mengakibatkan kematian. #sumber
Share:

Jadikan Kem Penyeludupan Sebagai Destinasi Pelancongan



WANG KELIAN: Kem penyeludupan manusia yang ditemui berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang melawat tapak perkhemahan pada Ahad, menyifatkannya sebagai lokasi sesuai dijadikan tempat pelancongan dan mempunyai kemudahan yang lengkap.
"Ia merupakan kem terbesar di kalangan 16 tapak perkhemahan yang ditemui dan ia terletak sekitar 100 meter dari sempadan.

"Semuanya masih utuh. Terdapat surau, masjid kayu, rumah untuk seorang imam, ladang sayur-sayuran dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa tulisan Thai di dalam masjid.

"Biar pelancong melihat semua yang berlaku. Apabila tempat ini dijadikan sebagai tempat pelancongan yang baru, ia akan menghalang aktiviti penyeludupan manusia," kata beliau.

Tambah beliau, sepanjang perjalanan selama sejam itu mendapati ada tin minuman alkohol jenama Thai dan permainan kad menunjukkan terdapat komuniti besar yang tinggal di sini.

"Saya tidak fikir kem telah dibina oleh rakyat Malaysia kecuali mereka komunis. Struktur khemah yang dibina daripada tenaga pakar.

"Saya menyeru kepada pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap kem ini dan mendedahkan bahawa ia bukan dibina oleh rakyat Malaysia.

"Mengenai perancangan untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan, saya akan berbincang dengan pihak polis dan kerajaan negeri mengenai pemeliharaan struktur semula," katanya. #
sumbet
Share:

Satu Lagi Kem Transit Pemerdagangan Manusia Di Kesan !



KUALA LUMPUR: Satu lagi kem transit pemerdagangan manusia dikesan di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand.
Kem yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dilengkapi dengan generator dan empangan kecil, amat berbeza dengan kem transit yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meninjau ke kawasan itu pada Ahad.
Sementara itu, 35 rangka manusia dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dijumpai di hutan Bukit Wang Burma di Wang Kelian telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah untuk proses patologi.
Setakat ini, sebanyak 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia ditemui antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.
Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa individu yang terlibat dengan kem dan pembunuhan berkenaan dipercayai bersembunyi di Ranong, Thailand bersempadan dengan Kawthoung di Myanmar.
Ranong terletak di sepanjang Pantai Andaman Utara di Selatan Thailand dan mudah diakses melalui bot dari Kawthoung, Myanmar sekali gus menjadi pilihan sindiket untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.
Dalang terlibat dipercayai warga Thailand mengelak dikesan pihak berkuasa, baik dari Malaysia dan Thailand yang terus memperhebat operasi menjejakinya di Ban Ta Lok, Padang Besar, tempat kubur besar mengandungi enam mayat, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui.   
Keseriusan Polis Thailand menjejaki mereka yang terlibat terserlah dengan 81 waran tangkap telah dikeluarkan setakat ini temasuk empat waran tangkap baharu pada Ahad.
Kira-kira 51 suspek telah ditangkap sementara 30 orang lagi masih bebas dan Polis Thailand sedang memburu saki-baki suspek di Songkhla, Satun dan Ranong. #sumber

Share:

Nazmi Faiz 'Mungkin Di Hantar Pulang' Walau Mohon Maaf !


SINGAPURA: Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee masih mempertimbangkan untuk menghantar Mohd Nazmi Faiz Mansor pulang jika didapati bersalah walaupun sudah memohon maaf.
Pemain tengah skuad kebangsaan itu bertindak meludah pemain Timor Leste Filipe Oliviera pada perlawanan pembukaan bagi kumpulan B di Sukan SEA, Sabtu lalu. Malaysia menang tipis 1-0.
Kim Swee yang berang dengan insiden kad merah melibatkan Nazmi Faiz itu berkata, dia akan menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib bola sepak Sukan SEA sebelum membuat keputusan untuk menghantar Nazmi pulang ke Malaysia.
"Ia perbuatan yang memalukan untuk melakukan perkara seperti itu dan saya telah memberitahu Nazmi bahawa perkara ini masih belum selesai.
"Kami perlu menunggu keputusan daripada jawatankuasa tatatertib untuk menentukan hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya dalam masa beberapa hari lagi.
"Saya menjelaskan kepadanya bahawa saya mungkin akan menghantarnya pulang atau mendenda Nazmi dan saya juga memberitahunya supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan dikenakan," kata Kim Swee selepas sesi latihan pasukannya di Stadium Bukit Gombak.
Akibat kad merah yang diterima, Nazmi kini digantung dua perlawanan.
Walau bagaimanapun dia tetap menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukannya seperti biasa pada Ahad.
"Saya akan menunggu keputusan daripada jurulatih serta jawatankuasa tatatertib dan saya akan menerima apa-apa tindakan yang akan dibuat akibat perbuatan saya itu," kata Nazmi lagi.
Sementara itu, pemain berusia 20 tahun itu berkata, tindakan yang membuatkan dia dibuang padang itu merupakan reaksi spontan selepas menerima terjahan Filipe.
"Saya akan meludah ke mukanya sekiranya saya benar-benar mahu melakukannya tetapi saya tidak buat sedemikian kerana itu bukanlah niat saya.
"Insiden ini akan menjadi pengajaran buat saya dan saya berharap akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.
"Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan kerana mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 orang," kata pemain Selangor itu. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.